Gambar

Hujan turun dengan lebat.Tiada tanda untuk berhenti.

Keadaan bilik agak suram.Aira sedang berbaring,cuba untuk melelapkan mata.

Keadaan sejuk begini sesuai untuk tidur petang.

“Tak boleh tidur.Baru pukul 3 petang.Apa aku nak buat ni.”Dia mengeluh.

Dia terdetik untuk membelek galeri,melihat gambar-gambar lama.

Tersenyum dia mengenangkan momen yang tersimpan dalam setiap gambar.Gambar yang banyak menyimpan kenangan persahabatan.

Senyuman Aira mati apabila matanya tertancap pada satu gambar.

“Laaa,aku simpan lagi gambar ni.”

Lalu gambar itu membawanya mengimbau kembali memori pada tahun 2016.


Sewaktu cuti sekolah seminggu.
Hari Khamis,pukul 10 pagi.

Aira,Mimi,Bai,Ika,Sha dan Ina baru selesai kelas tambahan Kemahiran Hidup.Sebagai calon PT3 yang cemerlang,mereka tetap hadir walau tak rela.

Mereka gigih memanjat tangga hingga ke tingkat tiga.Tangga itu hanya dibenarkan untuk dilalui oleh pelajar perempuan sahaja.Terletak sebuah kelas di sebelah kiri tangga ini.Kelas yang terletak hujung sekali di sepanjang koridor ini.

Kelas 3A1.

Mereka berenam merancang untuk menghias kelas.Baguskan,ahli kelas semuanya 33 orang.Hanya enam orang sahaja yang menghias kelas.Haa,tepuk.Nasib baik ahli kelas semua sudi membayar duit untuk menghias kelas.

“Adoi,semput.”

Mereka semua mengeluh.Stamina semua tak cukup.

Setelah meletakkan beg,Ina sebagai Ajk keceriaan kelas mula membahagikan tugas.

“Aira,Mimi,Bai dan Ika balut meja dengan kertas hadiah ni.Lepastu balut dengan plastik ni.”Lalu Ina memberikan plastik yang penuh pembalut hadiah.

“Ina,hang ada gunting dua ja?Tak dak lebih ka?”Bai menyoal.

“Tak dak.”

“Tak pa,aku ada gunting aku sendiri.”Kata Aira

“Hang beli mana pembalut ni.Lawa la.”Mimi pula bertanya.

“Aku beli kat kedai RM2.Jimat sikit.Oh ya,pembalut corak bunga tu untuk perempuan,yang ada gambaq binatang tu untuk lelaki.Dah boleh mula dah,boleh balik awal.Aku dengan Sha buat sudut kat depan dengan belakang.”

Aira membelek pembalut hadiah yang bercorak kartun binatang itu.Ada gambar gajah,zirafah,harimau dan lain-lain.

“Dah macam zoo aku tengok.”

Mimi berada mula membalut meja bermula di sebelah kiri kelas.Kedudukan dia betul-betul di tepi tingkap.Dari tingkap itu, terbentang luas padang sekolah.

Aira pula berada di barisan kedua sebelah kanan berdekatan pintu hadapan kelas.Dia mengambil tempat di hadapan sekali.

Bai pula berada di belakang dia.Ika berada paling belakang sekali dalam satu barisan yang sama.

Aira membuka lagu.

Kamu di depan mataku
Dekat tapi jauh
Jauh dari dakapanku
Namun teringin ku mengenali
Mengenali hati

Aku cuba menghampiri
Dekat tapi jauh
Jauh dari pantauanmu
Harus ku mencuba lebih lagi
Mengenali kasih
Dekat tapi jauh

Dia membalut meja sambil menyanyi.Salah satu cara menghilangkan stress.

Dia menukar lagu lain.

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhh

Bai pun turut sama menyanyi.

“Amboi,join juga.”

“Eh,mesti.”

Lalu mereka ketawa.

“Hampa ni jangan dok bising sangat.”Ika menegur.

Aira menutup lagu.

Ika sedang membuka surah Yasin di telefon bimbitnya.

Wajah dia bertukar pucat.


Pukul 12 Tengah Hari

Selesai menghias kelas,mereka semua mengambil gambar di tengah kelas.Berada di bawah kipas.Sejuk sikit.

Kemudian, mereka melepak di dalam kelas sambil membuka media sosial menggunakan wifi sekolah.Line memang laju.

“Wei,jom kita balik.”Ika mula bersuara.

“Ala,rileks la.Awai lagi.”Ina berkata.

“Awai lagi la.Kita lepak sini sat.”Bai membantah cadangan Ika.

“Mimi,jom pi toilet.”

Lalu Ika dan Mimi berlalu pergi ke toilet di tingkat paling bawah sekali.


Pukul 12:40 Tengah Hari

“Dah,jom la balik.Aku lapaq nasi ni.”Ina mengajak semua.Dia sedang menutup pintu hadapan kelas.

“Sat,kami nak ambil gambaq.”

Mimi dan Sha mengambil gambar berdua.

Ika berada di luar kelas bersama Bai,Ina dan Aira.

“Cepatlah.Aku nak tutup pintu belakang ni.” Aira mula menutup pintu.

“Haa,ya.Kami keluaq la ni.”

Mimi dan Sha kelam-kabut keluar kelas.

Kami mula berjalan melewati koridor kelas tingkatan 3.Kami bercadang untuk melalui tangga lelaki yang berada di tengah bangunan antara koridor tingkatan 3 dan tingkatan 4.Lebih dekat dengan tempat letak motosikal.

“Ika,awat hang dari tadi pucat ja.Pasaipa?”Bai mula bertanya.

“Sebenarnya,aku ada nampak benda hitam berbulu tadi.”Ika mula bercerita.

“Oh,patut la hang buka surah Yasin tadi.”Aira berkata

“Masa kita ambil gambar ramai-ramai lepas habis kelas pun,benda tu ada kat bawah meja yang kita duduk tu.”

Mereka semua terdiam.


Pukul 5 Petang.

Aira membuka group whatsapp yang tertera nama ‘Geng Masuk Ayaq.’

Ahli group mengandungi empat orang iaitu Aira,Mimi,Bai dan Ika.

Beberapa gambar telah dihantar oleh Mimi.

Satu chat masuk dalam group.

Mimi: Cuba hampa tengok gambaq ni,tak rasa pelik ka?

Bai: Apa yang peliknya?

Aira:Ni kan gambaq last yang hampa ambil sebelum keluar kelas.Awatnya?

Aira melihat dengan teliti.Gambar Mimi,Sha dengan Ika.Gambar terakhir yang diambil sebelum dia menutup pintu kelas.

Satu chat lagi masuk

Mimi: Bukan ka aku dengan Sha saja ka orang last yang ada dalam kelas?

Bai: Haa la.Bukan ka Ika ada kat luar kelas masa tu?

Sel-sel otak Aira terus berhubung.Bulu romanya meriding.

Dia terus bergegas menunaikan solat Asar.


Isnin.

Hari ini hari pertama sesi persekolahan bermula setelah cuti seminggu.

Aira,Mimi,Bai,Ika,Sha dan Ina berkumpul di pondok yang berada di hadapan surau.

“Wei,kenapa benda tu kacau kita?”Ina memulakan perbualan.

“Aku takutla jadi apa-apa.Sapa-sapa pi la tanya ustaz.”Mimi memuncungkan mulut ke arah Ustaz Shah.

“Hang confirm yang hang ada kat luar kelas masa tu.”Aira menyoal.

“Wei,sumpah wei aku ada kat luar kelas.Lepas balik toilet,aku dengan Mimi lepak kat koridor ja.”

“Bai,hang pi la tanya dengan Aira.Hampa kan berani.”Sha memberi cadangan.

Mereka semua bersetuju.


“Ustaz kata apa?”Ina bertanya

“Tak ada apa la.Tak payah risau”Bai bersuara.

“Cepatla cerita.Kenapa benda tu kacau kita.”Mimi pula berkata.

“Hampa ingat tak hari Rabu,sehari sebelum tu kita ada kemas kelas juga?”Aira mula bercerita.

Mereka semua mula mengingat kembali.


Rabu

Habis kelas Kh,sembilan orang termasuk tiga orang lagi iaitu Piqah,Nurul dan Farah mengemas kelas.

Mimi,Ina dan Piqah menyapu kelas.

Yang lain-lain mula menampal kertas untuk menutup cacat cela di papan belakang dan hadapan kelas.

Ada yang membalut meja dan menyapu habuk.

Aira pula terbaring di meja sebelah kanan kelas.Dia demam.

“Mimi,satgi balik hang bawak moto tau.Aku sakit kepala ni.”

“Haa.Okay.”Mimi sedang sibuk menyapu di belakang kelas.

“Ina,bilik belakang ni nak sapu ka?”Sha bertanya.

“Haa,sapu pi la.”Ina pula sibuk menolong Nurul.

“Uih,banyaknya sampah.”

Aira sekadar memerhati.

Ada kaca tingkap pecah,puntung rokok dan beberapa kertas.

Ina membantu mereka.

Hampir penuh tong sampah dengan sampah dari bilik belakang.

Bilik belakang tanpa pintu itu hanya ada kotak kuasa yang menempatkan suis elektrik satu koridor ini.Billik itu penuh dengan contengan.

“Aku pelik la,dari mana mai sampah ni.Sebelum ni aku masuk tak ada apa pun.”Ina mengerutkan keningnya.

“Mungkin budak lelaki kot.” Piqah mula memberi andaian sendiri.


“Sebab tu la.”Aira menyudahkan ceritanya.

“Tak faham.”Mimi berkata.

“Hang sambung pula Bai.”Lalu Aira meneguk air.

“Macam ni.Hampa ingat tak apa Ustaz Shah pesan dulu masa awal tahun.”

Mereka semua mengelengkan kepala.

“Ustaz kan ada pesan jaga adab,jangan buat perangai dan jangan usik bilik tu sebab tu kan tempat dia.Dia marah la kita kemas tempat dia.”

“Ooooooo.Baru ingat”

“Silap kita la pi sapu bilik tu.Kita semua terlupa.”Bai memberikan kesimpulan.

“Ustaz kata tak payah risau.Benda tu cuma bagi warning ja.Sebab tu dia menyerupai Ika dalam gambar tu.”

“Silap kita juga,bising sangat masa tu.”Aira pula menyambung.

“Apa pula kami,hang dengan Bai la.Melalak tak ingat dunia.Suara dah la tak sedap.”Kata Ika.

Mereka semua ketawa.

“Eh,tapi kan.Dari mana datangnya sampah di dalam bilik tu.Sebelum ni aku,Mimi dengan Bai masuk tak ada apa pun.”Aira menyoal.

“Budak lelaki kot.”

“Bukan depa selalu merokok dalam tandas ka?Kalau merokok dalam kelas mesti kantoi.Nak buat jahat pun kena pandai-pandai la.”

Mereka semua terdiam kaku.

-Tamat-

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga Fiksyen Shasha.Saya Aira Humaira (nama pena).Panggil saya Aira.Cerita ni memang pengalaman sebenar saya.Sampai sekarang saya agak takut bila dengar lagu Dekat Tapi Jauh tu.Maaf ya kalau ada sebarang kekurangan dan maaf juga kalau cerita tak best.Terima kasih buat admin yang sudi approve dan terima kasih buat yang sudi membaca.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 thoughts on “Gambar”

  1. Maaf ya semua.Saya masih baru lagi dalam bidang penulisan ni.Insya Allah, lain kali saya akan perbaiki lagi.Terima Kasih ya.😊

    Reply
  2. Dulu adik aku pernah meracau mase die kena gangguan.. die nyanyi lagi forteen jugak.. tapi lagu “Kita” lirik die.. “manakah kita jika kau dan aku tidak sekata, Sepi walaupun bila bersama”.. dia asek ulang je lirik yang sama.. panggil2 tak menyahut.. sampai sekarng pun bile dengar lagu tu bulu roma meremang..

    Reply

Leave a Comment