Gangguan Orang Minyak

Assalamualaikum admin.
Tergerak hati pula untuk bercerita pengalaman 11 tahun yang lalu sewaktu di matrikulasi X setelah membaca cerita Tiga Sekawan dan Warden.

Pada minggu terakhir sebelum final exam semester ke-2, aku sering ke bilik kawan baikku, Aina, untuk mengulangkaji bersama. Bilik Aina terletak di groundfloor blok C.Bahagian belakang blok C boleh la nampak padang yang luas kemudian pagar yang memisahkan kawasan matrik dengan hutan. Di balik hutan tu ada perkampungan. Kiranya kawasan matrik X ni dikelilingi hutan dan kampung-kampung orang.
Kadang jika terlalu lewat, aku akan bermalam di bilik Aina. Semua roommate Aina ni memang baik habis layan aku macam roommate dorang sendiri.
Ada satu malam tu, semua roomate si Aina ni sepakat untuk study di meja belajar. Sebab sebelum ni masing-masing ambil mood study kat katil..Untuk pengetahuan pembaca, meja-meja belajar ni terletak di satu ruangan menghadap pintu masuk bilik di sebelah kanan dan tingkap sebelah kiri. Dari tingkap tu boleh nampak padang rumput dan hutan.

Jam 2 pagi. Kulihat roommate-roommate Aina semua segar bugar study di meja belajar. Si Aten pun masih bersemangat menghafal nota bio nya sambil ditemani udara segar yang masuk dari tingkap bilik. Berani juga budak ni buka tingkap luas, dah la tingkap tu menghadap padang dan hutan di belakang. Tiba-tiba, kami terdengar suara anjing menyalak (nampak benda tu). Mulanya kami semua buat don’t know la ingatkan salakan tu sekejap.Ada la lama juga anjing tu masih menyalak sambil menghadap hutan.

Tiba-tiba Aten bersuara separa berbisik, ‘’kamu semua, mari tengok sini’’. Apa lagi kami pun pergi la berdiri depan tingkap yang terbuka tu. Dari jauh kami lihat di padang asrama, kelibat seorang lelaki yang berbogel berlari ke arah blok B. Walaupun tiada cahaya lampu yang menerangi padang, jelas di mata kami seluruh badan lelaki itu hitam pekat. Okay part ni start meremang dah.

Dengan sepantas kilat lelaki itu masuk ke dalam longkang kecil di tepi bangunan kemudian keluar menembus ke dinding asrama. Setelah menyaksikan kejadian pelik tu, kami sempat berpandangan sesama sendiri sebelum Aten menutup tingkap bilik. Mana mungkin manusia normal boleh tembus dinding. Boleh pula masuk longkang yang kecil badan manusia yang normal pun tak muat.

Flashback:
Beberapa minggu sebelum ni, di blok asrama ku blok B, rakan yang tinggal di tingkat 4 pernah mengulangkaji seorang diri. Menjerit dia bila ternampak di tingkap seorang lelaki dengan fizikal hitam dan berminyak sedang memerhati dia dari luar koridor. Pernah sekali, lewat malam bila roommates ku semua dah tidur dan waktu itu aku cuba melelapkan mata. Tersentak aku bila ada suara binatang menyeringai entah dari mana. Nak kejutkan roommate katil pun berasingan. Aku pun dengan takutnya berselubung dengan selimut baca ayat kursi berulang kali sampai tertidur. Syukur semenjak dari hari itu, aku sering mengamalkan 3 qul dan ayat kursi sebelum tidur.

Ada kabar angin yang tersebar di asrama siswi, bahawa warden asrama dan ustaz telah pagarkan kawasan sekeliling asrama supaya meghalang kejadian sebegini berlaku lagi. Dan entiti lelaki yang mengganggu asrama siswi disahkam sebagai orang m*nyak, orang yang menuntut ilmu kebal. Syukur..selepas beberapa lama keadaan menjadi aman semula sebelum aku menamatkan pengajian di matrik X.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Tash
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

30 comments

  1. Yang bahaya nya orang minyak ni sinonim dengan merogol (puih geli ak menulisnye ).. syukur pada Allah xde pape terjadi pada siswi2 tu.. kalo terjadi kat siswa2 mungkin orang minyak tu gay

      1. Hahaha kan cikbambam.. baru la unik sikit spesis kunyit kali ni.. Selalunye spesis kunyit ni muke nsem-nsem + cute + putih + jambu tapi kali ni spesis kunyit versi hitam legam

        1. spesis kunyit itam legam ni rare tau..jarang2 ade..
          kalo ade memang naya la jejaka2 malaya..huhuhu..ati2 bro..

  2. Nice setori..Setori tak seram sgt tp menakutkan..sape yg x takut kan kalo jumpa org minyak..kipidap writer..7/10 😘

  3. Aku prnh bc ada 1 stori psl org mnyk ni.. tp tk ingat kat blog sapa ntah.. citer dia pelik ckit.. ikut version penulis tu la kot.. penulis tu kata, actually org mnyak ni dia tk boleh sakiti mangsanya apatah lg nk merogol.. n dia tk pndng pun anak dara, mak janda lg la.. dia carik isteri org.. bila dia dh brjaya masok dlm mn2 rmh, dia akan baring kat tgh2 antara suami n isteri.. biasanya suami isteri ni sdr, tp tkleh wat apa2.. then lps dh baring dlm 5/6 mnt, dia akan bgun n kluar ikut mn2 lubang yg angin bleh lalu.. pntang org mnyak ni 1 jer.. tk leh pijak or mlangkh taik kucing… tu kata penulis blog tu la..

      1. Mn la aku tau.. dh penulis tu tulis mcm tu.. tkkn nk gi tanya org mnyak tu plk.. ko bkn tk tau, susah nk jmpa org mnyak skrang ni.. maklomla dh tk glamer.. tu yg merajuk tu..

  4. Masa kecik dlu,around 5 years old, penah kne ganggu dgn org minyak..tinggi,badannya hitam ,xnmpk muka…serius tkot giler time tu..alhamdulillah org minyak tu just bediri je kt tepi katil..nk menjerit panggil ibu,mulot seakan terkunci,bdn xbole begerak..bile da kne mcm tu,menangis je mampu smpai org minyak tu hilang,dn badn da bole begerak normal…

    Allah sebaik-baik pertolongan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.