Kain Putih

Assalamualaikum readers semua.
Hampa, lamanya tak post. Haha. *No one cares*

Annie sangat busy kebelakangan ni, dengan intern nya, dengan Along nak kahwin nya. Haa, along dah nak nikah dah Alhamdulillah. Mungkin saat cerita ni keluar, along dah selamat diijabkabulkan kot. Hampa doakan kesejahteraan perkahwinan along ye.

Okay, disebabkan lama gila tak cerita kat hampa, kali ni Annie bawak cerita yang baru sahaja berlaku semasa Annie intern ni. Annie intern di sebuah universiti, sebagai seorang pembantu research. Dah dekat sebulan setengah dah, namun dalam masa yang singkat tu, macam-macam berlaku kat Annie dengan Along. *silent crying*. Tak aman aku intern tau dak dengan hidup diselubungi misteri saja.

Cerita ni bermula apabila bakal abang ipar aku ni mai dekat universiti aku ni, sebabnya akak aku pun student di sini. Konon nya rindu lah, hampa ni please lah, nak kawen pun dok 24 jam mengadap muka masing-masing. Okay, balik kepada cerita. Masa tu, kami bertiga duduk main-main sekitar kawasan dalam Kuantan tu, pi mall pastu makan macam tak ingat dunia, dengan along sibuk memilih barang-barang kahwin dia, tiba-tiba baru teringat laa ni pukui berapa dah hampa nak balik pukui berapa? Keluar Penang aku.

Aku ingat last schedule pada hari tu adalah makan di HotPot Seoul Garden walaupun tekak abang ipar tak masuk, aku paksa juga. Haha. Habis makan tu, aku pun bertolak lah ke Kemaman, kampung aku. Sebabnya, masa tu hujung minggu tu yang panjang langkahnya dengan abang iparnya yang bawa kereta, kami bebas daripada bebelan mama.

Habis makan tu, terus kami bertolak ke Kemaman daripada Kuantan tu. Aku ingat lagi masa tu dalam pukul 10.30 malam. Aku dengan along ni pantang duduk dalam kereta mesti sembang tak ingat dunia. Nak hilangkan mengantuk driver pun ada masa tu, tu yang duduk jadi radio buruk dalam kereta. Sembang punya sembang, sampailah dekat satu jalan ni, kalau sapa-sapa pernah lalu jalan Kuantan-Kemaman tanpa highway, mesti hampa tahu kan yang kilang cina MCKIP tu. Ya, disitulah tempatnya. Tapi depan sikit lagi.

Mai nak habaq sikit rupa tempat tu lagu mana, dekat situ memang gelap yang amat tanpa lampu jalan. Nak buat high beam tak boleh sebab kesian kat kereta yang lane sebelah, silau bak hang. Jadinya, berbekalkan lampu kereta rendah abang long bawak boleh tahan laju juga. Lane yang searah jalannya ada 2 lane, hampa faham dok? maksudnya termasuk yang lane berlawanan arah semuanya ada 4 lane. Haaaa, hampa bayang dan hadam lah ea. Masa tu kereta kami ada kat lane kanan, sebab abang long bawa laju. Peliknya, semua kereta malam tu bawa perlahan ja, hampa bayanglah dah la tempat gelap lagu tu, bawa slow.

Jalan punya jalan, kami bertiga nampak ada satu kain putih bertanah dekat depan atas jalan lebih kurang 2 meter ke depan. Nasib baik masa tu lane belah kiri kosong. Cepat-cepat abang long ke kiri mengelak daripada entiti tu. Okay, hampa bayang kan ea beberapa spekulasi tentang kain tu yang dibuat oleh kami bertiga, yang mengatakan kain putih tu adalah entiti yang tak diketahui identiti tapi menyerupai encik po. Pertama, masa kami lalu dekat kain tu kereta berapa di speed 100 km/hr, mungkin ada brek sikit, turun pun dalam 80 km/hr, agak laju disitu namun kain tu tidak berganjak daripada tempatnya, baring tegak di atas jalan tu, lena gamaknya. Kedua, kedudukan kami dalam kereta masa tu, along dengan abang long duduk depan, aku seekor ja ditinggalkan dekat belakang sorang-sorang, jadi masa nampak benda tu, aku lah yang paling tak nampak jelas kan. Daripada pandangan rabun aku ni, yang aku nampak adalah semata-mata kain yang berada di atas jalan, berwarna putih dengan kesan-kesan tanah sikit *omgscaryguys* yang memanjang sepanjang 1 lane belah kanan tu dan dalam keadaan leper. This is what I saw okay. According to along dan abang long, depa nampak kain putih juga, ada kesan tanah juga, cuma tak leper, tebal dan macam kayu balak lebih kurang. Sebab tu abang long ke kiri masa tu, sebab dia nampak benda tu tebal kalau langgar terbalik kereta kami. Misteri bukan?

Nak dijadikan cerita lebih seram, dalam situasi tu aku tak fikir apa-apa pun pasal benda halus ka, misteri ka, aku duduk fikir yang ada orang pi tinggal benda tu tengah jalan malas nak ambil balik ke, something macam tu. Dengan tak semena-mena, mulut aku pi tegur benda tu
“Woi, apa dia tu?!?!?!?”
Lagu tu aku tegur, zapppppp berderau d***h mak nak oiiiii. Lepastu kena marah free2 dengan along dan abang long. Haram sungguh, kalau depa tak marah aku masa tu, mesti aku chill ja, disebabkan depa marah aku jadi takut gila teringat ingat benda tu, clear gila dalam ingatan aku sampai sekarang aku tulis pun meremang habis.

Alamak hampa, aku punya cerita ni panjang sikit lagi dan aku malas nak buat series, so aku sambung ea. Hampa kalau bosan boleh berhenti sampai sini sebab lepas ni cerita aku berkait-kait kat tempat lain dan hantu jenis lain. Kalau hati hampa masih kuat, sila lah baca ya.

Lepas daripada incident kain putih tu, sampai ja rumah kat kemaman aku terus tak boleh tidur malam tu, esok tu badan jadi berat aku jadi macam nak marah orang ja bila depa cuba untuk sembang dengan aku (along dengan abang long ja pun). Lemah semangat kot, aku tak pernah pun kena macam tu disebabkan benda-benda tu, haritu yang aku cerita pasal pengalaman dekat matrik pun, aku takdalah sampai nak mengamuk bila orang lain ajak sembang. Lepas je satu hari aku bad mood tu, aku terus ok. Balik kepada seorang Annie yang periang lagi peramah *fliphair*. Masa tu along pulok yang berjangkit perangai malas nak layan dengan sakit badan tu, hahaha. Sebab? Along punya semangat 10 kali lagi lemah daripada adiknya. Along sejenis manusia yang lemah semangat tapi boleh nampak ghaib-ghaib ni, Allah bagi rezeki tang tu, hang redha ja la along ea.

Okay, lepas along dah kena sakit-sakit tu, dia pun mandi dengan limau purut untuk pulih semangat, baca-baca sikit dalam bilik nak lindungi bilik daripada benda-benda tak sepatutnya yang mengikut. Haha. Ya, benda tu ikut guys. Aku rasa benda tu ikut aku dah masa dekat kampung tu, namun aku sempat baca yasin dan al-manzil malam yang kami kena tu, namun along dia tak boleh sebab datang bulan. Sebab tu kot dia kacau along.

Lepas 3 hari peristiwa tu pulak, aku dan along ni student engineering, so kami ada nak kena buat experiment. Masa tu aku tak buat experiment pun, aku teman along ja masuk lab dalam lebih kurang pukul 9 malam. Kenapa malam? Sebab along kena tunggu beberapa jam untuk reaction tu berlaku. Hehe. Kami buat lah macam biasa, sampai dah selesai semua, aku tolong along masukkan barang yang basah lepas basuh dalam oven untuk keringkan depa tu, along pi simpan barang-barang lain dalam loker. Kami berpecahlah mengikut tugas masing-masing. Lepas tu, aku pun ke loker dekat tempat along letak barang, along terus simpan-simpan barang lepas tu cepat-cepat keluar pergi kat kereta. Masuk dalam kereta along cakap dekat aku,
” Annie, kau baca-baca sikit ayat kursi pastu hembus-hembus sikit dekat along”
Aku tanpa soal siasat terus baca-baca. Adalah tu yang dia nampak dekat lab.

Sampai dekat rumah, aku paksa along cerita. Dia kata, dalam perjalanan nak ke loker tu, dia pandang reflection dia dalam tingkap-tingkap bilik technician konon nya comey laa tu. Biasalah perempuan kan. Dalam duduk tengok muka tu dia nampak dalam reflection tu ada something belakang dia, dia nampak sekilas je lepas tu terus pandang ke depan. Lepas tu dia jalan slow-slow, kumpulkan segala tenaga, papp dia pusing belakang. Tak ada apa-apa. Lepas tu dia terus pergi kat loker tak pandang kiri kanan, pandang fon je. Benda dia nampak dalam cermin? Something putih yang tinggi nya, bukan tinggi manusia biasa. *Goosebumps*.

Itulah ceritanya, yang aku pun tak tahu dan berakhir ke gangguan tu. Sebab kebelahkangan ni, aku selalu nampak benda bukan-bukan juga. Yang tak disengajakan pun aku ternampak, okay cerita-cerita ni aku cerita next entri ea. Along dah whatsapp aku ni, suruh amek dia kat bilik, aku kat lab ni, bukannya nak tulis paper ke, duduk tulis cerita nak hantar kat FS. Hehe.
Lain kali aku tulis lagi ea hampa, terima kasih sebab habis baca. *flying kiss* Until the next entri,
Maassalamah!

Annie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.7]

27 thoughts on “Kain Putih”

    • Dh tu kelebihan yg Allah kurniakan kat dia.. takkn kurniaan Allah tu bala? Mcm mna pon dia kena terima.. stiap bnda yg brlaku atas kehendak Allah n ada hikmahnya..

      Reply
  1. Lane tu line yea… Lmbt sikit mama nk hadam…dah lama abis sekolah.. Apa2 pun mcm2 hantu akan tunjukn diri..nak2 org hjab terbuka ni…redha lah…mgkin ada hikmah..

    Reply
  2. Hmm.. ok je.. Penah juge pecut dalam jalan gelap ngan moto, ..xlame lepas tu head on ngan lembu xsempat brek.. ehheee, sharing is caring.

    Reply
  3. best ahh cita hang. buat lagi nohhh.. psal cita cik cong nie kecik2 dlu aku selalu gk tgk kt dlm rumah dpn cermin. adik aku pun spesis bleh tgk siap gelak2 dkt aku time maghrib. maybe dia nmpk benda lain. haha…

    Reply
    • Kan… x smua reader faham longhat dia x kisah la negeri mana pun tp tolong la faham smua org dtg sini klau bleh nk bce cerita yg mudah nk faham..

      Reply
  4. Awat yang tiap kali ada story mesti ada jejaka tampan berambut ensem berbaju mrah.. Lgi bosan dari slank utaqa.. Utaqa sdap ja..

    Reply
    • La.. tu pun slh ke? Dia x kate pun slang utara x best.. korg ni tolong la faham kami yg bukan utara ni bukan faham sngt slang korg tu n perlu diingat x smua readers kt sini org utara jd msti la ade readers x berapa faham ngan cerita ni.. fiksyen shasha adalah blog umum smua org x kira utara ke selatan ke sabah sarawak ke dtg sni nk bce cerita yg mudah faham k..

      Reply
  5. Jln kuantan-kemaman tu, kat MCKIP tu, mmg dh tmpt dia…byk kes dh situ.. Cuma x heboh jaa… Sbb tu jln org nk balik belah2 sg ular,cherating… Org2 kerja kat gebeng tu,kental hati je yg balik lalu jln tu… Alhamdulillah,selalu lalu jln tu xde pape yg berlaku…cuma kadang2 terase merinding n telinga berdengung kejap… Tp buat x layan je perasaan tu…lepas ni lalu jln tu,jgn bwk laju2… N selalu lah berzikir dlm hati…

    Reply
  6. Pada pendapat aku, benda putih tu adalah geotextile. Dia dlm bentuk roll form. Memang warna putih dan aku ada supply material tu utk projek jalan pintas kt situ. Kdg2 ada subcon yg tinggalkan lebih2 tepi jalan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.