Gelang Kaki Berloceng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga FS. Bila baca cerita korang ni, buat aku teringat hal yang pernah jadi dekat aku 3 tahun lepas. Which is aku baru masuk alam 20an dan sedang menuntut ilmu di sebuah Politeknik di Selangor. Mana satu, aku takmo kasi tahu lah ye hihi.

Meh aku gambarkan sikit dekat korang keadaan masa tu. Aku dulu menyewa dekat satu apartment ni, em quite famous la apartment ni untuk students poli aku. Okay, aku menyewa level 2. Rumah aku selang satu rumah dari lift. Kami menyewa 8 orang dan rumah tu ada 3 bilik. Master bedroom 4 orang, middle room 2 orang, and 3rd room which is bilik aku dengan sorang roommate aku ni. Aku namakan dia Ani. Semua satu class dengan aku kecuali Ani. Kami kawan satu poli jeww huhu.

Master bedroom dengan middle room ni sebelah menyebelah je. Bilik aku je jauh dari orang huhu. Kalau kau masuk apartment tu, first first kau akan jumpa pintu bilik aku dulu. Then baru kau jumpa toilet, dapur dan ruang tamu yang menghadap master bedroom & middle room. Normal apartment la kan, last baru balcony.

Okay now cerita dia macam ni. Roomate aku si Ani ni, selalu (in a week, almost 4 days) dia takde dekat rumah. Ke mana tu aku malas nak ambil port. Cuma aku tahu dia keluar jumpa kawan, that’s all. Macam biasalah, bila roommate takde tu aku akan keseorangan lah kan. Tapi takpe, dah biasa. Aku pulak, jenis suka berloceng. Time tu aku pakai gelang kaki yang berloceng. Sweet tau bunyi dia, lol.

Satu malam tu, Ani kasitahu aku dia nak keluar. So aku tidur sorang lah dalam bilik hujung tu siap tutup kunci lagi pintu bilik. Actually aku ni bukan berani sangat dan takdelah penakut sangat. Kalau dah terpaksa tu, aku kena buat-buat berani lah.

Semua orang dah tidur. Tengah nyenyak tidur, aku terdengar bunyi loceng kaki aku berlegar-legar dekat depan pintu bilik aku. Aku tak tahu lah berapa lama dia bunyi, Cuma aku sedar-sedar dia tengah berbunyi je. Huhu. Pelik lah, sebab dalam rumah aku ni aku sorang je yang berloceng. Tapi aku malas nak fikir negative sangat, sat lagi aku sendiri yang tak boleh lelap. So aku decided untuk fikir esok je dan sambung tidur even dah berpeluh dah time tu hahaha.

Esok paginya aku bangun untuk ke class. Ani still tak balik lagi. Elok-elok nak ambil tuala mandi, tiba-tiba eh gelang kaki aku elok je tersusun atas dressing table. Ahhaaa kau, cemas sekejap aku. Tak pandai dah nak husnudzon macam mana lagi. Aku pun sarunglah balik gelang kaki aku tu ke kaki aku dan terus ke bilik air, mandi.

Sampai class, aku tanya housemate aku yang lain. Memang tempat dan waktu berborak yang paling syok adalah time class. Erm typical student la kan, kan. Aku tanya ah dorang ada yang pakai berloceng dan ada yang berlegar-legar depan bilik aku tak malam tadi. Hm tapi semua kata, “aku sedap tidur malam tad”. Pelik~

Dorang ada jugak tanya aku kenapa pulak nak tanya soalan tu, aku cakap jela aku mimpi ada orang lalu-lalu depan bilik aku dengan bunyi loceng bagai. Takpe, kita cakap je mimpi. Sebab malas nak panjang cerita dekat dorang. Kang semua nak lari rumah hahaha.

Balik class, aku nampak si Ani ni tengah syok main candy crush dalam bilik. Aku pun tanya lah dia, kot-kot la dia ada menyinggah balik sekejap ke malam tadi. Even aku tahu dia pun bukan berloceng punya orang. Takpe, sis cuba je tanya. Hm hambar jugak. Dia kata dia tidur rumah kawan malam tadi. Pelik~

Aku pun buat keputusan mengadu dekat mak aku. My mom macam cool gila je. Boleh dia kata, “biasalah, mana-mana tempat ada macam tu, pengalaman”. Hmm. Persoalan siapa yang bukak gelang kaki tersusun baik je atas dressing table, memang aku fail. Sampai sekarang tak dapat jawapan. Lol. Fyi, until now gelang kaki tu aku pakai, haha.

Okay, aku nak kena chow. Ada masa aku sambung lagi. Sorry guys!

Leave a Reply

8 Comments on "Gelang Kaki Berloceng"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
N

kalau hakak ler dik, gelang silver dah ku humban dlm jamban kasi flush..kalau emas kite kasi jual amk gelang tangan pulak..kikiki

Mal

Ni bukan masalah emas perak gelang kling² sis..setakat yg aku belajar apa² objek yg kita suka pakai, pastu objek tu untuk orang nampak kita pakai selalu dan kita obses dgn objek tu..maknanya ada la yg akan ikut objek tu, nak main² apa² kat situ..

Kak Yulie

Kita ni org Islam x elok pakai gelang kaki berloceng…
Sbb bunyik loceng tu menarik perhatian…
Apatah lg yg mengamalkan budaya gelang kaki loceng ni adalah budaya org hindu…
Dan selalunye yg bergelang kaki ni x berstokin…
Sdgkan kaki pon aurat kan…
Dah antu pon suke pki gelang kaki loceng, makanye jgnlah kita same ngan antu…
Simpan je yer…
Pki kt umh je kot kot tingin, sesambil mengemop tak pon berzumba…
Heheheheeh…

Azwin

Perdana 13

che

kat mana seramnya ni -.-

unknown

aku pon dok carik mana seramnye

bingbang

Aku cuma ada pemadam loceng je. Tu pon time darjah bape punye..huhuu

ZulfieZafran

Best..now tgh habiskan cerita dari Gelang kaki berloceng..

wpDiscuz