Rumah Baru Makcik

Hai. First of all saya nak bagitahu kisah ini saya alami waktu umur 12 or 13 tahun. Which means masa tu tahun 2006 or 2007. Tak silap saya lah. Sebab dah lama. Tapi saya ingat lagi ceritanya. Hehe. Sorry lah kalau tak seram mana pun. But just nak kongsi pengalaman.

Pada masa tu, rumah makcik saya baru saja siap. Tempat tu saya tak boleh nyatakan di mana lah. Tapi kawasan ni adalah kawasan kebun buah dan ada juga terdapat beberapa kolam ikan. Sebenarnya tempat tu terdapat dua buah rumah keluarga saya. Rumah first tu rumah makcik saya iaitu adik kepada mak saya. Gelar dia Mak Ipah jer lah yer guys. And second which is yang baru siap tu rumah kakak mak saya. And gelar dia Mak Iam jer la. Mak Iam ni sebenarnya orang kaya. Gelaran datin. Tapi diorang ni suka suasana kampung. Thats why la diorang buat rumah kat sana. Lagipun itu tanah dia. Dia sebenarnya tinggal kat bandar.

Nak dipendekkan cerita, rumah dia yang baru siap tu lah yang jadi tempat kitorang sekeluarga selalu berkumpul. Kalau nak buat apa-apa aktiviti memang kat situ lah. Maklumlah, rumahnya besar dan halamannya pun luas. Pemandangan pun cantik. Tapi takda jiran. Dikelilingi hutan (kebun). Ada pun rumah Mak Ipah la yang terletak beberapa kilometer dari sana. Rumah Mak Ipah ni rumah kayu jer. Macam rumah orang dulu-dulu tu yang diperbuat daripada bambu. Tak berdinding kecuali bilik. Best tidur kat sana tapi agak seram lah. Diorang dah biasa dah. Sebenarnya itu bekas rumah Mak Iam dulu. Dia bagi kat Mak Ipah.

So ceritanya bermula macam ni. Masa tu first time lah kitorang sekeluarga berkumpul kat rumah Mak Iam tu. Tak silap saya, masa tu belum kenduri lagi rumah tu. So semua duduk bermalam kat situ. Maklumlah, excited kot duk rumah besar tu hehe. Sebenarnya petang tu saya dengan cousin(ain) decide nak pergi rumah Ila (anak Mak Ipah) merangkap cousin saya juga dan nak tidur kat sana. Saya dengan ain ni memang sekepala.

Nak buat apa-apa kitorang memang sesama selalu hehehe. Ila cakap ‘aku balik dulu la. Mak suruh aku on lampu kat rumah sebelum gelap. Nanti korang turun lah. Aku tunggu kat bawah’ kitorang pun okay jer lah. Nak pergi rumah Mak Ipah tu memang kena turun bukit sikit. Thats why Ila cakap ‘turun’. Untuk lebih korang faham lah hehe. Hari dah hampir maghrib. Tup tup tak jadi pula aku dengan Ain pergi tempat Ila disebabkan kitorang tak berani nak turun and hari dah makin gelap. Tak perasan pula yang Mak Ipah pun dah turun balik dah.

So malam tu kitorang tidur kat sana jugak la ramai-ramai (rumah Mak Iam). Ila jer yang takda. Dalam bilik tu kitorang yang cousin perempuan jer lah tidur dengan orang gaji Mak Iam. Aku dengan ain tidur kat katil. Yang lain tidur kat tilam jer. Hahh aku lupa nak bagitahu. Ain ni sebenarnya ada sixth sense. Turunan dari ayah kandungnya. Tapi yang aku tak berapa nak senang tu, dia asal nampak or dengar ‘benda’ jer dia mesti nak bagitahu aku then aku pun seram. Hahh bab tu aku tak suka gaya dia ni hah. Dah masak dah dengan perangai dia yang tu.

Okay sambung cerita. Malam tu aku tidur tak nyenyak sangat. Hati rasa macam tak tenang. Aku tengok Ain dah nyenyak dah tidur. So aku paksa jer la nak tidur. Dah aku nak start nyenyak tidur tu tiba-tiba aku terasa yang Ain makin lama makin dekat dengan aku. Dah la aku tidur kat tepi. Nasib baik tak jatuh. Dah dia makin dekat tu dia gesel-geselkan bahu dia dengan bahu aku(bagi signal nak bangunkan aku).

Tapi aku rasa dah tak sedap hati dah. Ni mesti ada something ni aku cakp dalam hati lah. Tapi aku tetap tak buka mata. Aku pura-pura tidur nyenyak sebab aku dah tahu dah apa yang Ain nak sampaikan. Lebih kurang 5 minit juga lah Ain try nak bangunkan aku. Last-last dia give up kot. Then aku perasan dia tarik selimut and tutup satu badan dia. Aku sebenarnya dah takut dah tapi aku buat-buat tidur and tak nak buka mata. Syukurlah aku tidur nyenyak juga. Esoknya lepas bangun jer Ain terus buka cerita. ‘Weyh, kau sedar tak aku bangunkan kau semalam?’ Aku cakap aku tak sedar. Nak sedapkan hati.

Then Ain terus cerita yang mula-mula tu dia nampak ada perempuan duduk kat depan meja solek dengan rambut yang panjang sambil belai rambutnya dengan kuku yang panjang. Aku tak nak percaya tapi cara Ain nak bangunkan aku tu memang macam ‘benda’ tu betul-betul ada sampai Ain tak berani nak bercakap.

Then Ain teruskan cerita. ‘Masa aku tengah nak bangunkan kau tu, pelan2 ‘dia’ toleh kepala ‘dia’ nak tengok aku. Seolah olah dia sedar yang aku nampak dia. Lepas tu aku terus tarik selimut tutup satu badan aku. (Yang tu aku perasan). Tak lama lepas tu aku rasa ada something kat hujung katil. Aku pelan-pelan buka selimut sedikit and aku nampak ada budak sedang melukis or menulis something di buku betul-betul kat hujung kaki kau.

Aku tengok kau tak sedar. Siapa nak buat benda tu tengah malam buta kan.’ Aku terkedu lepas Ain cerita pasal tu. Patutlah aku tidur tak tenang malam tadi. Aku berfikir sendiri. Tapi nasib baik juga lah bukan aku yang nampak. Syukur. Then kitorang bagitahu lah cerita tu kat makcik-makcik kitorang. Diorang cakap memang kan situ ada penunggu.

Rumah tu kan belum dikenduri lagi, so sebab tu lah kot ada macam-macam kelibat. Tak habis lagi. Tak lama kemudian, Mak Ipah dan Ila datang. Ila tanya aku, ‘korang ada turun tak semalam?’ Then aku jawap la kat dia kitorang tak jadi turun. Then Ila ckp jwp la betul-betul. Aku dah rasa lain dah. Memang betul kot kitorang tak jadi turun kat rumah dia.

Then Ila cakap, ‘jadi siapa yang datang semalam tu’. Aku dah mula seram dah. Ila start cerita. Masa maghrib tu dia dengar aku dan Ain panggil dia kat rumah. Dekat rumah Ila ada batu besar. Dari situ lah Ila kononnya dengar suara aku dan Ain panggil dia dengan suara seperti orang yang kepenatan (seperti baru lepas berlari).

Ila ingat memang kitorang yang panggil dia. Dia suru masuk rumah terus tapi ‘kitorang’ still lagi panggil nama dia. So dia ingat ‘kitorang’ nak main-mainkan dia. So dia cakap ‘masuk la wei. Jangan la main-main.’ Lepas tu sama juga. ‘Kitorang’ tak masuk juga. Then Red(abang Ila) pula bersuara and takutkan ‘kitorang’. ‘Masuklah. Petang tadi ada orang baru meninggal tau. Kang kena kang baru tau’ then senyap. Diorang dah rasa lain dah masa tu. Dahsyatnya lagi, diorang semua dengar suara ‘kitorang’ tu termasuk Mak Ipah. Tapi Mak Ipah tak menyahut. Ila beranikan diri jenguk kat luar kot-kot kitorang bersembunyi. Tapi memang ‘kitorang’ takda pun kat situ.

Mak Ipah cakap kat Ila ‘tu bukan diorang la tu’. So Ila pun naik seram dah. And then makcik-makcik and pakcik pesan lah. Kat batu-batu besar ni memang ada ‘penghuni’ so tak boleh main sangat apatah lagi dah nak maghrib. Petang sebelumnya kitorang semua memang main kat area tu sampai larut petang.

Tapi ‘benda’ tu menyerupai suara kitorang sebab kitorang janji nak turun kot. Nasib baik lah lepas tu dah takda gangguan lagi. Upacara kenduri pun diadakan bagi nak pagarkan rumah tu dari benda-benda tak diinginkan.

Cerita aku tak seram sangat kot sebab tak nampak sangat. Tapi itulah yang aku pernah alami dan tak dapat aku lupakan. Sorry lah kalau panjang sangat and boring yer. Sama-sama kita ambil pengajaran. Tempat yang baru kena sembahyangkan dulu bagi mengelakkan benda-benda ni datang. And jangan lah bermain hingga larut petang. Nanti benda ni ikut ‘main’ juga. Assalamualaikum.

Sha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

8 thoughts on “Rumah Baru Makcik”

  1. cerita kau sangat best sebenarnya tapi yang buat annoying tu part asyik minta maaf takut tak seram. Seram tak seram belakang cerita la dik yang penting yakin bercerita

    Susunan cerita, 5/5
    Keyakinan 2/5

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.