Google Map

Assalamualaikum kepada pembaca fiksyen shasha. Aku nak share sikit pengalaman “misteri” aku hehe. Aku seumur hidup tak pernah nampak “benda benda” ni, tapi aku selalu dengar sendiri je. Tu pun dah takut, kalau nampak lagilah. Nauzubillah. Aku belajar di sebuah universiti swasta di Perak dan masih menuntut di sini lagi. Ceritanya bermula masa aku nak pergi gathering dekat Kampar, Perak.

Kitaorang plan nak gather lepas zohor camtu. Kawan kawan aku semua dari Ipoh, aku seorang sahaja yang akan bergerak dari Seri Iskandar. Sampailah aku nak bergerak ke Kampar tu, aku drive sensorang ikut Kg. Bali nak ke Kampar. (Which is macam shortcut lah) jalan tu jangan ceritalah scary dia especially drive sorang sorang sebab tu kawasan kebun kelapa sawit dan lori keluar masuk. Tapi nak diceritakan, kawan aku dah sampai tapi dia dekat rumah kawan aku sorang lagi, dekat Kampar jugak. So, aku mintak dia share location since aku pun dah sampai bandar Kampar tu.

Dah dapat location tu, aku pun bukak, map tu tulis kawan aku dekat Teja, Perak. Aku pun aikk, kata dekat Kampar, ni dekat mana pulak ni? Dahlah 20min nak pegi sana. Aku pun menonong je ikut map tu pergi mana aku pun tak pasti. Aku macam nak marah pun ada masa tu sebab kenapa jauh sangat ni? Kata dalam Kampar je. Ni aku dah lepas sampai ke Gopeng pulak. Dah kenapa? Dalam hati tengah marah bercampur pelik sebab kenapa jauh sangat.

Dah sampai Gopeng, map tu bagi jalan masuk simpang SBPI Gopeng, aku teruskan since map tu bagi jalan terus je, sampai dah lepas Matrik Gopeng pun dia suruh teruskan. By the way, kawasan tu kawasan kebun kelapa sawit dan banyak lori. Tetiba masa tu tak banyak pulak kereta lalu. Haih dah mula rasa gelabah ni, dahlah sorang, lepastu masuk kawasan kebun kelapa sawit pulak. Tengah tengah aku dalam jalan utama ni, map tu cakap “turn right” eh dah kenapa suruh turn right pulak, aku pun berhenti tepi jalan yang dia suruh turn right tu.

Aku tengok cuma laluan sempit yang masuk dalam kebun kelapa sawit. Takkan rumah kawan aku dalam ni kot? Macam pelik je. Aku call kawan aku 2-3 orang. Semua tak angkat! Yang tak dapat terus pun ada. Aku dah takut dah ni. Nasib aku tak ikut map tu masuk dalam kebun sawit tu kalau tak hmm takut sis. Lepastu aku patah balik dan berhenti depan matrik Gopeng. Kat situ aku call kawan aku baru dia nak angkat.

Aku : “weh, korang dekat mana sebenarnya?”
D : “dekat rumah nad laa, kau dekat mana?”
Aku : “aku sesat taktau dekat mana ni”
D : “kan aku bagi location”
Aku : “ye, aku ikut location kau bagi tu la. Hmm takpelah, aku gerak terus tempat tu, kita jumpa sana nanti aku cerita”

Aku pun teruskan perjalanan aku sampai tempat yang dituju, Bandar Agacia, Kampar. Sementara tunggu kawan kawan aku sampai, aku google jap tempat aku pergi tadi, google : Teja, Perak. Guess what apa aku jumpa? Makam Sultan lama lama. Boleh tahan rasa takut masa tu. Kalau nak terkencing boleh terkincit sebab takut hahahah. And kawan aku pun sampai dan aku cerita dekat diaorang, diaorang semua terkejut lepastu takut takutkan aku. Hampeh punya kawan.

So nak dekat maghrib tu kitaorang pun nak balik, and singgah rumah nad. Tau tak, rupanya rumah nad betul betul tepi jalan utama dalam Kampar tu. Aku rasa aku dah lalu situ tapi disebabkan ikut sangat map tu, haa rasakan. Lepas maghrib tu aku pun drive balik Ipoh since rumah aku dekat sana. Esoknya aku tanya ayah aku.

Aku : “ayah, dekat Perak ni ada tempat nama Teja ke?”
Ayah : “ada, tapi tempat tu bukan ada apa pun, kubur adalah! Kan haritu masa pertabalan Sultan Perak, Sultan Nazrin pergi sana”
Aku : “ohh yeke hmm okay”

Aku tak nak cerita dekat ayah aku yang aku ni sesat ke situ. Nanti dia tau mesti aku tak boleh keluar sorang sorang lagi hahaha. So sampai harini menjadi tanda tanya dekat aku kemana aku pergi sebenarnya? Aku perlukan jawapan untuk merungai misteri ni hahaha.

Thanks kerana sudi membaca 🙂

Loading...

12 comments

  1. “Mereka” berasa sunyi, nak orang datang melawat dorang agaknya.
    Naper tak pegi, kot kot la dapat watikah amanat ke, dapat harta pusaka raja-raja ke….eheh

  2. ni mesti kes x dismiss bile google map tanya nk short cut ke x kan..kite dah terkena jugak sb ignore button tak nak short cut.mmg merapu2 google map bawak padahal nk g rabbit farm je kat semenyih.die bawak ke beranang pastu last jln nk masuk hutan .huhuhu..so jgn risau..xmisteri pon kes awk ni..peace…

  3. Haritu pernah ade ‘benda’ tumpang masa lalu kat kg bali. Time tu dari sri iskandar nak balik tapah. Bukak waze, waze bgi jalan kg bali tu. Nasib baik ‘benda’ tu tak kacau

  4. jauh betoi ko tersesat..smpai ker matrix gopeng nuh..haha
    aku dok kampar..dkt2 dgn rmh nad tuh kot..dah rmh dia tpi jln kn..haha
    nk dtg lg ko search jer bndar agacia tuh..dia bwk direct tros ksana..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *