Guard malam di PPU TNB

Assalamualaikum wbt kepada Team FS dan pembaca sekalian. Semoga anda semua dalam rahmat dan lindunganNya

Kisah kali ini ketika saya bertugas sebagai guard shift malam di salah 1 Pencawang Pembahagi Utama TNB zon selatan berdekatan dengan padang golf. Lokasi dirahsiakan demi menjaga kredibiliti dan nama baik beberapa pihak.

Petang itu saya mendapat panggilan dari pegawai ronda untuk mengisi kebocoran post kerana ada staff yang bercuti. Saya pun bersetuju dan akan memulakan shift dari 7malam hingga 7 pagi.

Malam pertama:
Keadaan PPU yang agak bersemak dan tunggang langgang. Kawasan agak kotor dan dikelilingi semak samun. Tiada kemudahan tandas yang sempurna dimana proses membuang air agak sukar.

Kebiasaan mereka membuang air kecil dalam longkang dan ini akan membuatkan gangguan akan selalu muncul. Saya seperti biasa masuk dan lapor mula tugas.

Jam menunjukkan 9pm dan mata mulai mengantuk. Order dari panda jangan kira sebab nak kill time asyik mengunyah kudap kudap hilangkan bosan.

Seperti biasa clocking dan ronda setiap sejam. Habis bosan layan movie tukar ke lagu pula. Jam masih lambat lagi nak bergerak.

Ketika rondaan pada pukul 2am. Gangguan mula muncul. Ternampak kelibat menghulurkan muka dari celah dedaun tingkap. Beberapa kali muncul, namun saya biarkan saja. Tak cukup dengan itu, benda tu mula jalan mengeliling post kawalan dalam gerakan perlahan. Dengan jelas nampak susuk tubuh seperti orang tuan jalan bongkok. Rambut botak, mulut ternganga da air liur menitis tak henti.

Kami bertentang mata setiap kali dia keliling pos kawalan selama beberapa kali. Saya abaikan dan mula kuatkan pagar diri. Beberapa p****g ayat dibaca dan zikir dilafaz untuk kuatkan inti dalaman dengan momohon dariNya.

Hilang sebentar susuk berkenaan. Saya pun mulai meronda seperti biasa. 3am dia datang lagi mengganggu, kali ini ketika meronda. Dia melonpat-lompat atas bumbung post kawalan sambil ketawa.

Ya ALLAH terkejut dibuatnya dengan suara yang nyaring itu. Semakin saya suluh ke arahnya yang berada di atas bumbung, semakin kuat gelak tawa.

Dalah hati berkata, tak boleh jadi kalau gangguan berterusan macam ni. Akan menggangu kerja nanti.

Lantas saya ambil segumpal tanah, dibacakan al Fatihah 7x, Ayatul Kursi 7x dan selawat Nabi 7x. Dibalingkan pada benda tu, jeritan panjang dan nyaring membelah kesunyian malam itu.

Rasa seram muncul namun syukur diberi keberanian olehNya dalam menghadapi gangguan tadi.

Malam kedua.

Jam menunjukkan 12 malam, dia datang lagi. Tapi kali ni dalam bentuk seorang budak kecil yg muncul sambil bawa layang2.

Berlari-lari sambil jerit melalak. Di sebelah tnb ni ada rumah kongsi indon namun nampak gaya mereka tak dengar suara budak menjerit. Semua tidur mata agaknya.

Gangguan budak itu hanya berlari dan hilang beberapa minit. Saya hanya memerhatikan dari jauh malas nak ambil port.

Malam itu gangguan tak lama dan berakhir begitu saja. Itulah kali terakhir sy bertugas disana.

Makhluk2 jin,syaitan dan iblis ni memang menghuni alam yang sama dengan kita. Meraka memang akan selalu nak sesatkan dan takutkan anak Adam A.S. kita kena senantiasa mohon dr ALLAH SWT perlindungan dan kekuatan supaya tak terpengaruh dengan mainan ilusi makhluk berkaitan.

Sehingga berjumpa lagi dalam kisah baru seterusnya seperti tarik susuk emas maharaja, bilik 1010 hotel di ampang point dan ilmu pemikat wanita sabah, inshaa ALLAH.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq
Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.