Hadirnya Kelibat

Assalamualaikum kepada semua penghuni fiksyen shasha. kali ini aku terpanggil untuk berkongsikan pengalaman aku yang tak seberapa, Sebelum itu biarlah aku buat pengenalan sedikit, nama aku Zal bukan nama sebenarnya, berumur 26 tahun. Aku tak berapa pandai sangat nak mengarang, harap korang boleh paham. Rasanya cukup sekadar itu saja pengenalan dari aku. Lets to start..

Sejak pkp bermula semua tempat terasa sunyi dan sepi, pergerakan kesana sini pun terbatas, nak beli barang pun susah sikit, sebab bila dah nak pergi beli barang waktu pagi tu memang kena bebaris. Mana lagi kalau nak keluarkan duit dekat atm yang berdekatan, memang agak susah sedikit masa tu, dan Alhamdulillah sekarang dah okay sedikit, Malaysia memang boleh.

Malam itu agak sunyi di luar rumah dan selalunya mesti ada orang yang lalu di kawasan perumahan ni. Tapi disebabkan pkp waktu tu, memang takda lah orang yang nak berjalan lagi. Lupa nak bagitahu yang rumah aku tinggal ni adalah kawasan perumahan kampung yang mana satu kawasan tu memang terdapat banyak rumah dan semua rumah tu tak berjauhan, kiranya berkelompoklah.

Disebabkan keboringan malam tu aku mengambil masa tu untuk mencuci kereta. Sebelum tu aku isap rokok dibawah tangga, dan dalam masa yang sama aku perasan ada bayang-bayang hitam yang lalu di tepi rumah, masa tu aku biarkan saja mungkin orang kot yang lalu, Tapi serius masa tu memang perasaan aku tak sedap. Dalam fikiran aku sering terlintas ” Takkan orang pula laju semacam jalannya”.

Aku terus keatas rumah untuk mengambil barang-barang yang diperlukan bagi mencuci kereta malam tu. Dan aku terus hidupkan lampu depan rumah bagi senangkan sedikit kerja aku cuci kereta, jadi terang sikit la juga depan rumah malam tu.

Dalam masa aku turun tangga tu, kedengaran bunyi yang kuat Pammmmmp!!!!! dari arah jalan raya utama, seakan ada orang yang kemalangan masa tu. Dalam fikiran masa tu kuat juga bunyi tu, masih tertanya-tanya entah apa yang berlaku dengan bunyi yang kuat tu. Keadaan bunyi yang memecah keheningan dan kesunyian malam itu, belum cukup bagi aku rasa tenang, menambahkan masalah perasaan takut aku ada lah.

Kembali berlegar fikiran masa tu, sampailah aku terfikir dengan bayangan hitam yang baru saja berlaku. Aku tak nak layan perasaan aku masa tu dengan apa yang terjadi, aku terus bakar sebatang rokok bagi mengurangkan perasaan takut.

Tak sampai beberapa minit, aku disapa oleh satu kelibat yang suaranya cukup aku kenal ” Buat apa tu Zal dah malam ni… ” ….. Rupanya pakcik Hasim ( bukan nama sebenar). Pakcik Hasim ni kiranya jiran rumah yang tak berapa jauh dari rumah aku. ” Tiada ni Cik, mahu cuci kereta tapi macam lewat dah pula..”. Sekali lalu ja dah hilang, dah tak nampak kelibat pakcik Hasim. Aku semakin kehairanan dengan apa yang terjadi. Takkan pula pakcik hasim lesap begitu ja. Dalam hati aku, entah apa ilmu pakcik Hasim ni pakai. Perasaan aku bertambah tak sedap dengan apa yang terjadi, start dari gangguan kelibat hitam lagi.

Masa tu aku tak nak fikir panjang dah terus kemas barang, rasanya nanti esok baru cuci kereta. Selesai kemas barang, aku terus naik ke rumah dan tutup pintu. Malam tu memang sunyi sangat, dan dalam keadaan sunyi tu terasa pula keseraman.

Esoknya seperti hari biasa, seakan tiada apa yang terjadi pada waktu semalam. Bayangan hitam, bunyi kuat yang mengejukan, Lesapnya bayangan pakcik Hasim, semua itu tiada terlintas di fikiran. Sampailah waktu petang tu aku lepak kejap dekat rumah jiran aku. Disebabkan boring takda nak dibuat, memang jawabnya lepak lah rumah kawan kejap. Aku lepak dekat rumah kawan aku yang tak berapa jauh juga dari rumah aku. Kawan aku ni namanya Mirul, memang ada saja ceritanya bila kami lepak. Sebab tu aku suka lepak dekat rumah dia nii..

Cerita punya cerita tadi, terlintas pula dalam fikiran tentang kejadian semalam tentang Pakcik Hasim. Dalam kepala otak aku tu nak tanya pakcik Hasim, dia juga ka yang tegur aku semalam tu, sebab rasa pelik pula tiba-tiba terus menghilang. Masa di tegur tu aku sempat nampak dia, cuma tak berapa jelas sangat, bukan apa baru kejap tengok tempat lain, dah lesap. Itu yang membuatkan aku tertanya-tanya adakah itu benar pakcik Hasim.

” Kau ada nampak pakcik Hasim tak””….. Lepas saja aku bertanyakan tentang pakcik Hasim, kawan aku terus jawab soalan aku. ” Aik, kau tak tahu kah, semalam ada kemalangan depan jalan raya utama tu. Pakcik Hasim meninggal dunia, berlanggar dengan lori. ” Ingatkan kau tahu…”…. Aku terus mengucap panjang dalam hati, betul lah mungkin bunyi kuat semalam tu memang ada kemalangan. Takkan juga pakcik Hasim yang sapa aku semalam tu, Tapi aku memang yakin itu pakcik hasim, sebab dari suaranya aku memang dah kenal.

“Innalillah Wainna Lillahi Rojiun….. Oh semalam…..”
Panjang jugalah cerita aku dengan Mirul masa tu. Tapi aku takdalah cerita dengan Mirul yang semalam tu juga aku ada nampak kelibat pakcik Hasim, selepas bunyi kuat seakan ada kemalangan tu. Kiranya biar aku sendiri saja yang tahu masa tu.

Dalam satu malam 3 kejadian pelik yang menimpa, biarlah menjadi satu memori yang pahit dan manis bagi aku…..
Rasanya sampai disini saja perkongsian aku kali ini, InsyaAllah nanti aku akan share lagi cerita-cerita yang lain..
Komen yang baik semua.. Supaya dapat aku perbaiki kekurangan dalam perkongsian ini.. Sekian terima kasih….Asslamualaikum..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Hadirnya Kelibat”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.