HANTU KEMOLOK

Sebelum menulis dengan lebih panjang, aku nak ucapkan terima kasih pada admin kerana menyiarkan ceritaku sebelum ini yang bertajuk “Khamis Malam Jumaat”. Tidak dinafikan ada yang mempertikaikan asal khamis malam jumaat jer fikir hantu. Secara kebetulan ‘benda’ tu nak keluar malam tu dan kebetulan masa aku buang sampah kat perhentian tu pon nak dekat pukul 12.00 tengah malam, sah2 la time ‘benda’ tu keluar. Takde kena mengena dengan hari khamis malam jumaat pon. Hari lain pon ‘benda’ tu keluar jugak. So jangan nak fikir negatif sangat and salah faham pasal malam jumaat tu ya. Ape ‘benda’ tu?? Kenala baca cerita tu.

Ok kali ini ada cerita lain yang nak aku ceritakan. Tak taula kalau korang pernah dengar tak dengan nama “Hantu Kemolok” ni. Mengikut cerita orang-orang tua dulu, hantu kemolok ni juga adalah salah satu belaan nenek moyang kita zaman dahulu kala. Bentuknya kalau ikutkan menyerupai seekor beruk yang besar, berbulu lebat, bermata merah dan yang bezanya hantu ini dengan hantu yang lain ialah hantu kemolok ni akan menutup muka dia dengan sebelah tangan dia setiap kali terserempak dengan manusia. Ini kerana dia mempunyai muka yang tersangat hodoh dan buruk dan agak menakutkan jugak la kan. And hantu kemolok ini ada satu tabiat yang pelik. Ape yang peliknya? Ok jom baca kisah aku di bawah.

Kejadian ini berlaku pada aku kira-kira 16 tahun dahulu. Di kawasan perumahan kampung terletak di sekitar Selangor. Daerah mana biarlah rahsia. Nak dijadikan cerita, masa tu waktu Maghrib. Cerita tv waktu Maghrib masa tu yang famous ialah cerita “ALONG” (siapa lahir zaman 90-an tahula akan cerita ni…cerita pasal mascot bentuk kucing tu). Patutnya masa-masa Maghrib orang akan sibuk solat Maghrib. Tapi aku lebih fokus tengok cerita tu. Cerita tu pun habis pukul 8.00 malam so sempatla nak solat Maghrib lepas tu (kang korang kata aku tak solat pulak). Masa ni aku tengah tengok tv dengan kakak kedua aku kat tingkat bawah. Emak aku takde kat rumah masa tu pergi rumah arwah nenek aku. Arwah ayahku tengah solat kat tingkat atas.

Sedang khusyuk tengok tv tu, tiba-tiba kami terdengar ada suara budak menangis di luar rumah. Kedudukan rumah aku dengan rumah jiran-jiran lain agak dekat. Sepelaung jer orang tua kata. So kalau dengar orang menangis ke, melalak ke, suami isteri bergaduh ke kompem boleh dengar dengan jelas. Masalahnya menangis dia bukan sekejap yer, agak-agak dalam 15 minit camtu dan tambahan lagi bunyi dia menangis tu macam sayu sangat.

5 minit pertama aku dengan kakak aku bolayan jer sebab kitaorg fikir mungkin anak jiran yang menangis. Tapi makin lama makin mendayu and makin sedih pulak tangisan tu. Kitaorg pun pelik. Lamanya budak tu menangis. Tiba-tiba masa tu bulu roma aku dah meremang semacam. Waktu maghrib malam tu tak macam malam-malam yang lain. Sunyi sepi jer. Sebab tu memang boleh jelas dengar bunyi tangisan tu. Kakak aku pun tanya “nur, ko dengar tak suara budak menangis?” aku pun jawablah “dengar. Tapi kenapa lama sangat eh dia nangis?”.

Bila kami amati, tangisan tu tak jugak berhenti. Merintih sangat bunyinya. Kami pon ape lagi, berlarilah dapatkan ayah kami di tingkat atas. Ayah tengok muka kami dah pucat semacam. Kami pun ceritalah kat ayah ape yang kami dengar tu. Kebetulan ayah tengah mengaji masa tu. Ayah pun turun bawah, bukak pintu dan bawak sekali al-quran. Ayah kata dia tengok kawasan keliling rumah tak nampak ape pon and bunyi tu pon tetiba hilang. Pelik. Padahal tadi bukan main lama suara budak tu menangis.

Tapi bunyi tu tak habis takat itu sahaja yer. No no no. Dalam pukul 10.00 malam tu, masa kami nak masuk tidur, masa ni kakak sulung aku dah balik dari kerja. Kami kongsi satu bilik 3 orang sebab bilik kami agak besar la jugak huhuhu…katil kami ada 2, satu single siza and satu queen size. Aku katil single and kakak-kakak aku kongsi katil queen tu. Katil kami terletak berdekatan dengan tingkap sebab senang kalau malam-malam rasa panas boleh bukak sikit tingkap tu bagi udara masuk.

Masa nak tidur tu tak sampai 5 minit, aku and kakak kedua aku terdengar bunyi tangisan yang kami dengar masa Maghrib tadi. Masalahnya kakak sulung aku tak dengar langsung bunyi tangisan tu. Kakak kedua aku pon secara berbisik tanya aku “nur, tu bunyi orang menangis yang kita dengar tadi kan?” Aku masa tu dah keras membatu atas katil. Badan dah mula berpeluh-peluh ketakutan. Mana taknya bunyi tu dengar dengan jelas dekat sebelah luar tingkap yang mengadap katil aku. Bilik kitaorg kat tingkat 2 okey. So macam mana tangisan tu boleh dengar dekat tingkap aku tu? Entah. Aku tak dapat bayangkan.

Kali kedua kakak aku tanya terus aku kumpul kekuatan, aku bangun bukak pintu and lari ke bilik emak ayah aku. Kakak-kakak aku pon turut berlari keluar bilik. Kakak aku yang sulung dah blur tapi dia pon turut sama lari jugak. Hahaha. Dia pon tanya “korang dah kenapa tetiba lari keluar macam tu tadi?” aku pun tanya dia “ko dengar tak bunyi budak menangis tadi?”. Dia menggeleng kepala buat muka blur. Sah-sah dia tak dengar bunyi tu.

Masa ni ayah dah tidur. Emak jer still berjaga tengah tengok tv. Mak pun tanyala kenapa kami tercungap-cungap berlari. Aku kata takde ape. Esok jela kami cerita kat emak. Pagi esok tu masa sarapan pagi, aku and kakak kedua aku pun cerita ape yang berlaku semalam dekat emak. Emak dah buat muka. Tampak risau sangat rautnya. Mula-mula emak macam keberatan nak cerita. Bila kami desak barula emak bukak cerita.

CERITA EMAK

Sebelum ni pon emak dah banyak kali dengar bunyi tangisan tu. Mula-mula emak abaikan tapi makin lama makin menjadi-jadi. Waktu yang emak akan dengar bunyi tangisan tu samada waktu maghrib and tengah malam. Emak jadi tak sedap hati. Kebetulan malam tadi emak ke rumah arwah nenek bertanyakan akan hal tu. Nenek aku ni ada sixth sense sikit, boleh nampak and rasa kehadiran benda-benda halus ni.

Nenek pon bagitau bunyi tangisan yang emak dengar tu sebenarnya bunyi hantu kemolok. Sebab sebulan lepas tuan dia baru meninggal. So takde orang yang nak sambung menjaga belaan dia tu. Sebab tu hantu kemolok tu merayau-rayau sekitar kampung. Dan bunyi tangisan itu adalah disebabkan hantu kemolok tu kelaparan. Takde tuan nak bagi dia makan. Jangan tanya hantu kemolok ni makan ape sebab sampai sekarang aku tak tahu and tak pernah tanya arwah nenek aku. Kesian pulak dengar. Seram pun ada jugak huhuhu…inilah tabiat hantu kemolok yang aku cakapkan tadi. Nenek pon ada cerita yang pakcik aku, iaitu adik emak aku pernah terserempak secara berdepan dengan hantu kemolok tu masa balik kerja malam. Tapi masa tu hantu kemolok tu ada tuan yang jaga dia lagi.

CERITA NENEK

Ini ape yang diceritakan oleh pakcik aku pada nenek. Malam tu pakcik aku kerja overtime. Ada banyak keja kat opis katanya. Masa tu dah pukul 11 malam. Rumah nenek aku ni jauh sikit dari jalan besar. Adalah dalam 200m. Kiri kanan jalan masuk rumah nenek aku ni hutan and lalang yang tebal. Laluan nak ke rumah nenek aku tu memang sunyi. Jarang orang lalu time-time macam ni. Lampu jalan ada tapi kedudukan dia agak jauh antara satu sama lain.

Bertambah lagi kesuraman malam tu. Pakcik aku balik kerja naik bas masa ni. Yela orang kampung kan. Belum ada kenderaan lagi. Turun jer pakcik aku dari bas tu, dia dah rasa tak sedap hati. Tapi dia tepis perasaan tu laju-laju. Dengan harapan dia selamat sampai rumah dengan cepat. Jalan punya jalan tiba-tiba dia terperasan lalang sebelah kanan dia dalam jarak 6 meter dari tempat dia berdiri tu bergerak-gerak. Dia pon berhenti. Lalang tu masih bergerak umpama ada orang yang berjalan dicelah-celah lalang tu.

Tak lama lepas tu muncullah hantu kemolok tu. Dengan saiznya yang besar, mata yang merah, tangan yang menutupi hampir seluruh muka dia, pakcik aku tau ni bukan beruk atau monyet atau binatang yang seangkatan dengannya. Dia dapat rasa inilah hantu kemolok yang diceritakan oleh nenek sebelum ni. Dia berdiri betul-betul menghadap pakcik aku. Face to face gitu. Kata pakcik aku masa tu lutut kaki dia dah lemah dah.

Tak boleh nak berdiri tegak. Nak menjerit pon tak guna sebab tiada siapa akan dengar pon. Rumah jiran pon jauh. Memang takkan dengar punya. So nak taknak pakcik aku terpaksalah berdepan dengan hantu kemolok tu. Baru pakcik aku ingat pesan nenek. Bila berdepan dengan iblis atau syaitan macam ni jangan takut. Kalau takut lagi dia akan sakat kita. Pakcik tu pun kumpulkan semangat, buang rasa takut and baca surah2 lazim yang dia ingat. Pakcik aku pun tegur hantu kemolok tu “aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Aku nak balik rumah dengan selamat jer”. Tak lama lepas tu hantu kemolok tu pon bergerak masuk perlahan-lahan ke dalam hutan. Pakcik aku pon ape lagi, langkah seribu la dia berlari balik rumah huhuhu…seminggu dia demam. Kesian pakcik aku hihihi…

Dari situla aku dapat described rupa bentuk hantu kemolok tu macam mana. Sejak ari itu dah tak dengar dah bunyi tangisan tu. Samada hantu kemolok tu dah jumpa tuan baru atau tak allahualam. Walaupun apa yang aku dengar tu hanya bunyi tangisan dia jer tapi bunyi tu kalau korang dengar dalam suasana yang hening mesti akan terasa seram. Sayup-sayup jer bunyi dia. Aku yang tengah taip cerita ni pon dah meremang bulu roma. Huhuhu…

So lepas ni kalau korang dengar bunyi tangisan budak-budak tu, check betul-betul. Suara budak ke atau suara HANTU KEMOLOK.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.7]
nur iman

6 thoughts on “HANTU KEMOLOK”

  1. So lepas ni kalau korang dengar bunyi tangisan budak-budak tu, check betul-betul. Suara budak ke atau suara HANTU KEMOLOK.

    huhuhu cuak je lps ni nk amati suara bduak menangis mlm2

    Reply
  2. Hmm cakap pasal tangisan budak2 ni teringat waktu aku dengan adik menyewa di penang dulu.. Rumah yg kami sewa ni rumah flat.. Mulanya aku yg dengar ada budak lelaki macam menangis tapi tak syak apa2 sbb waktu tu ptg dalam pukul 6 macam tu.. Waktu baru balik kerja.. Kebetulan rumah paling atas dan hujung.. Hmm lif pulak di tgah banggunan dan besebelahan dengan tong sampah besar.. Nak dijadikan cerita lepas je aku dengar ‘tangisan’ budak tu hampir setiap hari aku dengar tangisan yg sama juga.. Tapi tangisan tu makin lama makin sayup dan makin berlanjutan sehingga lewat malam.. Sampaikan adik dan aku terfikir panjang betul ke yg nangis tu budak.. Sbb aku pernah cek kawasan rumah yg terdekat tapi suara tangisan tu bukan datang dari arah rumah2 yg ada.. Jadi berkemungkinan ke ianya makhluk halus?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.