Misteri Kolej Wanita

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pembaca setia FS. Terima kasih buat admin FS kerana sudi menyiarkan cerita aku ni. Aku adalah seorang wanita.

Kisah yang ingin aku kongsikan adalah mengenai pengalaman aku tinggal di kolej sebuah universiti di area Shah Alam. Sejujurnya aku cakap, aku sebenarnya sangat menggemari kisah-kisah mistik ni, aku suka dengar orang bercerita, kalau dorang tak cerita aku sendiri yang akan tanya. Setiap kali cuti sekolah pula, aku dengan sepupu-sepupu akan berkongsi cerita hantu masing-masing. Benda ni dah jadi macam aktiviti wajib cuti kitorang. Tapi aku takdelah pulak selalu kena ganggu dan taknak pun. Pernah la kena tapi biasa-biasa je.

Kisahnya macam ni, waktu ni aku semester 1. Kami budak-budak sem 1 ni memang ditempatkan di tingkat 5 atau 4. Kampus aku kecik je, so kolej pun ada 5 blok je, Blok 1 blok lelaki, blok 2,3,4 blok perempuan, blok 5 pulak campur.

Masa daftar aku dapat blok 4 aras 5. Satu aras tu ada 4 rumah, aku dapat rumah tengah-tengah. Malam first kitorang masuk rumah, aku ajak semua housemate buat bacaan Yasiin, yelah sebab tempat baru kan risau jugak, tapi yang join aku cuma Amy dengan Nad je.

Awal-awal sem takde apa-apa yang menakutkan kat rumah tu cuma aku ni dapat satu bilik dengan Nad. Masa first kitorang masuk nak kemas barang, Nad ni cakap bilik ni macam suram sikit, dia kata dia takut sebab dia ni jenis yang agak sensitive dengan bunyi-bunyi. Lagi satu bilik kitorang guna katil double decker, aku ambik katil bawah sebab malas nak panjat-panjat.

Yang Nad ni pulak cakap dia tak biasa tidur katil atas. Malam first tu aku dengan Nad dah menumpang bilik yang ada 4 orang. Antara 2 katil double decker tu, kitorang letak tilam tengah-tengah tidur kat situ. 1 tilam 2 orang. Sepanjang sem 1, Nad tak pernah sekalipun masuk tidur dalam bilik sendiri walaupun siang, kadang-kadang aku tidur je sorang dalam bilik tu acah-acah berani sebab aku dah tak tahan berhimpit dengan Nad kat 1 tilam, sakit belakang.

Kalau aku tidur sorang dalam bilik tu, aku akan make sure aku tidur awal dari orang lain, pintu aku biarkan terbukak dan aku tak bagi orang last tutup lampu ruang tamu tu. Tidur aku pulak mesti bertemankan earphone sebab aku takut terdengar something. Aku tak pernah lena tidur dalam bilik tu waktu malam, tengah-tengah malam je mesti aku akan tersedar. Siang hari lena pulak aku tidur sesorang.

-BUNGKUSAN KUNING-

Pernah sekali lepas cuti mid sem, Aku perasan ada satu bungkusan macam bunjut dalam salah satu toilet. Aku tanyalah housemate kot-kot dorang tahu apa tu, tapi dorang pun terkejut sebab tak pernah perasan pun benda tu sepanjang guna toilet. Kitorang mula-mula takut jugak nak buang benda tu, last-last sorang kawan aku, Abil ambik buangkan.

Satu hari tu entah macam mana kawan aku, Fatt terbukak cerita pasal rumah kawan dia kena ganggu. Dia pun ceritalah yang dia pun pernah kena kat rumah ni tapi biasa-biasa je macam kena tindih sebab dia dah biasa kena kat kampung dia.

-BALING BATU-
Nad pulak cerita ada satu malam tu dia dengan Fatt ni tidur lambat sebab main phone, pastu dia dengar macam ada orang baling batu kat tingkap. Dia tanyalah si Fatt yang duk sebelah tingkap tu, tapi Fatt ni tak dengar sebab pakai earphone. Bilik housemate aku Siti dengan Far tu pulak dorang cakap selalu bunyi orang tarik kerusi dan meja malam-malam. Tapi dorang buat dunno je. Aku pernah jugak bunyi tarik kerusi meja tu tapi aku rasa tu rumah sebelah kot sebab rumah kitorang paling atas sekali.

Kemuncak gangguan masa sem 1 adalah masa final exam. Paper kitorang tak banyak tapi gap exam tu lama gila. Dah hujung-hujung sem kitorang semua decide tidur kat ruang tamu ramai-ramai sambil study.

-PEREMPUAN MERINTIH-

Sebelum ni Nad pernah cerita kat aku yang dia selalu dengar bunyi something selepas pukul 2 pagi. Malam tu dalam pukul 1 lebih kot, masing-masing buat hal sendiri tapi semua dah baring atas tilam. Ada yang baca buku, tengok movie, main phone. Aku main game kat phone. Habis game aku tengok jam dah hampir pukul 2, entah macam mana mulut aku masin sangat malam tu, aku tercakap “Eh nak pukul 2 dah, aku nak tidur dulu takut bunyi something” Nad dah siku aku sebab cakap camtu.

Lepas tu Azie dia tidur paling hujung hampir dengan beranda, dia pun dah siap-siap nak tidur jugak sebab takut. Fatt pun tutup la semua lampu kat ruang tamu tu, cuma ada cahaya lampu kat ampaian luar je. Aku pakai earphone masa tu, lepas tu tiba-tiba aku dengar Nad yang tidur sebelah aku ni duk berbisik-bisik dengan Far. Aku tanyalah kenapa. Fatt yang tidur sebelah aku satu lagi cakap dorang bunyi something. Mula-mula kami buat taktahu je, lepas tu si Amy dengan Far yang tidur tengah tu tiba-tiba bangun secara mengejut sambil menjerit.

Kitorang semua pun bangun jugaklah sebab terkejut. Nad suruh Fatt bukak lampu. Oh housemate kitorang lagi 2 orang, Abil dengan Siti dorang tidur dalam bilik masing-masing masa tu. Bila kitorang dengar betul-betul bunyi tu macam suara perempuan merintih. Amy dengan Azie cakap bunyi tu macam datang dari luar beranda.

Kitorang pun apa lagi cepat-cepat pasang and baca Yasiin. Habis baca Yasiin, aku cakap kat dorang cuba stop dulu, nak dengar bunyi tu ada lagi tak. Bila kitorang senyap, bunyi tu dah takde. Amy ni tiba-tiba teringat yang tingkap dalam bilik 4 orang tu tak tutup, lagipun dorang tak pernah tutup tingkap masa tidur sebab panas.

Dalam bilik 4 orang masa tu ada Abil, tengah tidur. Masa Amy melangkah nak masuk bilik tu, dia dengar bunyi tu. Berlari dia keluar. Kitorang suruh Fatt temankan Amy tutup tingkap. Kitorang ingat nak sambung tidur, tapi kali ni tak nak tutup lampu. Masing-masing dah nak baring tiba-tiba bunyi tu datang lagi.

Kelam kabut si Nad tu pasang balik Yasiin. Bila bunyi tu dah takde, tengok jam pun dah nak pukul 5, so kitorang pun decide untuk tunggu Subuh terus. Hampir dah nak azan Subuh tu, Amy dengan Azie cakap dorang dengar lagi sekali bunyi tu tapi tak kuat, lepas tu bunyi anjing menyalak kat luar barulah bunyi azan Subuh. Yang lain hanya dengar bunyi anjing menyalak. Lepas Subuh barulah kitorang tidur dengan lena.

Keesokannya, Amy ni cerita pasal kejadian malam tadi pada jiran kami, Izza. Izza cakap rumah dia selalu jugak kena sebab ada sorang housemate dia ni jenis yang boleh nampak. Dia selalu nampak ada kelibat dekat ampaian, bunyi-bunyi takyah cakap la, selalu sangat bunyi. Beberapa minggu lepas tu, kitorang dah tak bunyi benda tu maybe sebab tidur awal tapi haritu Azie dengan Amy tumpang tidur bilik aku sebab katil dorang dah penuh dengan barang yang dah dipacking. Azie kata dia bunyi benda tu tapi buat taktahu je. Malas nak layan.

Bila aku dah masuk sem 2, aku still duduk di blok 4 tapi aras 3. Masa sem 2 ni kurang sikit gangguan, aku selalu dengar bunyi guli bergolek tapi aku fikir mungkin bunyi dari orang rumah atas. Housemate aku Sue pulak cakap dia bunyi macam anak dengan mak duk bergaduh malam-malam.

-SEMESTER 3-

Sekarang aku sem 3.Aku dapat blok 3 laman C aras 2. Alhamdullilah rumah ni takde pape berlaku walaupun kitorang takde buat bacaan apa-apa masa mula-mula masuk. Orang-orang cakap blok 3 paling ‘keras’ tapi entahlah sebab aku tak pernah kena kan.

Rumah ex-housemate aku Far di blok 3 jugak tapi dia bawah sekali laman B selalu kena ganggu. Rumah dia selalu bunyi guli bergolek especially waktu mahgrib, pernah sekali housemate Far, Yaya tengah lepak main phone dalam bilik sorang tetiba patung kura-kura Far dari katil atas jatuh kebawah macam ada orang baling. Yaya ingat Far yang baling benda tu so dia buat dunno je, sekali Far bukak pintu bilik sebab nak masuk pakai baju. Dua-dua terkejut, Far ingat Yaya yang main patung tu.

Macam-macam lagi cerita aku dengar, yang duk blok 3 laman A aras 5 memang lagi kuat kena ganggu, housemate baru aku Erra sem 2 pernah duk laman A aras 5 tu dia cakap rumah tu macam-macam bunyi ada, sampai dia tak pernah dapat tidur dengan lena.

-BERKAWAD-

Kes yang terbaru jugak dorang cakap, budak yang duk aras 5 tu dengar bunyi orang berkawad kat belakang blok, memang situ tempat orang berkawad tapi malam tu takde orang berkawad. Orang-orang cakap blok 3 laman A dengan blok 4 laman E tu memang dah laluan benda halus tu. Pastu rumah kawan aku Zue blok 3 laman B aras 4, sebelah rumah dia ada rumah kosong. Katanya rumah tu untuk benda tu duduk, tapi entah la betul tak sebab ada sorang classmate aku laki cakap memang ada satu rumah kosong tapi di blok 5, dia cakap rumah tu kalau bukak, satu kolej boleh histeria sebab kerajaan dia bertapak disitu. Nad ex-housemate aku cakap pulak rumah kosong yang blok 5 tu dah bukak sem ni untuk budak sem 1 duduk. Sejauh mana kesahihannya tu aku pun taktahu sebab dengar dari cerita-cerita orang, bila kena batang hidung sendiri baru la tahu.

Oh ya mengenai bungkusan yang kitorang jumpa dalam toilet tu sebenarnya bukannya petanda something yang buruk pun, pengetua kolej kami cakap tu ubat apa entah yang memang diletak dalam toilet. Kitorang tahu pun sebab kitorang terjoin program kolej yang dibuat untuk pelajar sem 1. Punyalah penakut masa sem 1 tu, siap nak gi jumpa ustaz lagi nak cakap pasal bungkusan tu, nasib tak pegi, buat malu je nanti.

-WHATSAPP-

Lagi satu kejadian yang aku takleh lupa sampai sekarang, kejadian ni pun masa sem 1, malam tu aku dan Nad tidur dalam bilik 4 orang. Aku, Nad, Fatt, Amy dan Azie tengah main phone. Tiba-tiba whatsapp group housemate masuk mesej dari Abil “KORANG DAH TIDUR KE?” aku orang first baca mesej tu, aku tanyalah dah kenapa Abil nak whatsapp ni, dia duk katil atas tu je kan. Yang lain macam terkejut. Amy bagitau aku yang Abil dah tidur dari tadi lagi, mana ada main phone.

Orang lain still tak dapat mesej tu. Aku terperanjat bila Amy cakap Abil tidur, dah tu siapa whatsapp? Aku terus off phone, ambik selimut nak tidur. Yang lain pun bacalah whatsapp tu, dorang semua diam. Amy pun cakap maybe Abil hantar malam semalam tapi malam ni baru sampai sebab takde internet sebab Abil baru balik dari kem tengah hari tu. Yang lain diam je tak tahu nak cakap apa. Fikir-fikirkanlah logik ke tak apa yang Amy tu cakap.

Sekian, terima kasih.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Isha
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 comments

  1. mngkin betul la, wsap tuh mngkin dia dh antr awai tdi. tpi bru msuk kt korang.
    jgn biarkn hdup anda dselubungi misteriiiii
    #cumel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *