Hantu Kokok di Hujung Kampung

Hi admin FS. Terima kasih diucapkan kerana pernah publish ceritaku,โ€™orang minyak di kolej matrikulasi X.โ€™ Kali ni aku nak kongsikan cerita waktu aku berumur 6 tahun.

Sewaktu aku berumur 6 tahun, aku telah mengikuti keluargaku berpindah di daerah Tawau. Di sana aku tinggal berdekatan sepupu sebayaku. Aktiviti mengaji pula bertambah seronoklah sebab ada teman selama tinggal di Kota Kinabalu aku selalu pergi mengaji berseorangan. Sepupuku ni nama ja perempuan tapi gaya tomboy. Semenjak satu sekolah rendah dengannya, kami biasa melepak, panjat pokok dan explore tempat terdekat sebelum diambil pulang bas sekolah.

Ada satu hari, aku dan sepupuku bersiap untuk pergi ke kelas mengaji nun di seberang kampung. Disebabkan sepupuku ni jenis budak yang berani dan nampak boleh menjaga diri, kami dibiarkan berjalan ke kelas mengaji.

Timbul la idea jahat sepupu aku ni. Tak perlu pergi mengaji jalan-jalan keliling kampung kan seronok. Aku pun ikutkan ja. Manalah tau boleh pergi petik buah cermai segala jenis buah sambil panjat pokok.

Puas explore satu kampung, kami pun sampai kat hujung kampung. Kami sangat teruja. Ada sebuah rumah lama betul-betul terletak di bawah sebuah pokok yang besar. Rumah tu tak la besar manapun. Idea nakal kami adalah main panjat pokok sambil main masak-masak di luar rumah tu.

Sewaktu menghampiri rumah tu, muncul satu lembaga berwajah hodoh, hidung panjang tirus ke bawah, yang tinggi, rambut panjang lurus. Yang aku pelik lembaga tu kurus tapi ada dua payudara yang lonjong panjang ke bawah. Aku bagaikan kaku sambil mengamati wajah lembaga tu. Sepupuku berteriak,โ€lariiiiiiii!!!!โ€ Mendengar sepupuku berteriak aku cuba lari selaju yang aku mampu. Sepupuku sempat tersadung akar kayu, dan cepat-cepat bangun sambung berlari.

Tiba-tiba, azan berkumandang lalu lembaga itu hilang dari pandangan. Melihat keadaan itu, kami teruskan berlari sampai ke rumah. Setelah menceritakan kejadian itu pada makcik, kami dimarah dan tidak dibenarkan untuk pergi belajar mengaji lagi. Seperti yang diceritakan oleh makcikku, lembaga itu dipanggil sebagai hantu kokok dan kerjanya adalah menyembunyikan kanak-kanak yang suka bermain hide and seek. Dan hantu kokok ni suka menyembunyikan kanak-kanak di bawah payudaranya.

Pada mulanya sebelum terjumpa hantu kokok, agak kelakar bagiku description orang tua tentang makhluk ini, tapi itulah yang sering diceritakan oleh masyarakat di Sabah sejak dahulu lagi.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Hantu Kokok di Hujung Kampung”

Leave a Comment