Hantu Muka Panjang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada admin FS kalau cerita aku ni tersiar. Aku peminat tegar FS ni so aku pun nak jugak lah berkongsi cerita aku. Nama aku Y. Cerita ni berlaku masa aku bsekolah di salah sbuah skolah berasrama di Pahang. Kejadiannya berlaku begini.

Hari itu hari ahad yang mana merupakan hari pelajar2 asrama ni pulang semula ke asrama. Aku duduk di bilik paling bawah bersama dengan 4 lagi rakanku yang lain. Nak dijadikan cerita, seorang kawan kami, si A ni demam. Jadinya kami bertiga duk tunggu la dia balik ke asrama semula. Tapi dah sampai pukul 6.30 petang macam tu, si A ni tetap tak balik2. Jadi kami pun cuba lah call dia guna public phone dekat2 situ. Dia bagitahu yang dia demam jadi x balik lah ke asrama hari tu. So tinggal lah kami bertiga malam tu.

Dalam blik kami ade 6 buah katil yang mana disusun secara bertiga2 menghadap antara satu sama lain. Cumanya jarak tu jauh la sebab tengah2 tu laluan utama kami. Kenapa 6 katil? Sebabnya dulu ade lagi 2 orang seblik dengan kami, cumanya mereka dah pindah skolah sebab dapat tawaran ke sekolah lain. Tinggallah kami berempat. Katil aku sekali dengan katil budak 2 orang yang pindah tu, dan katil aku katil tengah. Yang pindah tu sorang kiri aku sorang kanan aku. Si A, S dengan C tido katil 3 belah sana.

Malam tu kami bertiga study sampai larut malam. Aku pulak orang yang pertama mengantuk malam tu. Kami study akt ruang belakang. Ruang depan adalah blik tidur kami dan segala loker2 pakaian lah. Aku pon beransur dululah nak tidur. Kawan2 aku pun suruhlah aku tido kat katil si A ni memandangkan dia pon x balik sebab demam. Katil si A tengah, menghadap katil aku yang seberang sana. Aku pon ikot jelah cakap dorang.

Aku amik segala bantal selimut dan aku pon tido lah kat katil si A ni. Aku tak tahu bila si S dengan C ni masuk tido, sedar2 dorang dah ade kat kiri kanan aku. Mase aku terjaga tu jam dekat pukul 3 pagi. Aku telek la sikit jam kat dinding tu. Aku toleh la tengok member2 aku ni nyenyak giler tido. Tetibe aku tengok kat kaki katil aku yang belah sana, ade lembaga berpakaian putih lusuh, berambut panjang mengurai dan mukanya panjang sampai lah ke perut. Aku punya ketar tu x payah cakaplah. Nak Bismillah pon terlupa apatah lagi nak baca Ayat Kursi. Yang aku ingt selawat je. Aku pon pura2 tido sambil tak berhenti selawat. Pagi esoknya si S kejutkan aku sebab dah terlewat nak g sekolah. Dorang pon pelik aku tido sampai x sedar2.

Beberapa minggu lepas tu, ade la budak-budak laki kelas aku dok bercerita pasal hantu muka panjang yang merangkak atas bumbung dewan makan asrama. Molek lah tu sebab bilik aku memang sebelah dewan makan asrama pon. Dorang pon cakaplah yang dorang nampak hantu tu merangkak g masuk dalam asrama perempuan. Aku dengar je dorang bercerita mase tu, tapi aku x bukak mulut pon. Aku rase hantu tu datang singgah je kot masuk dalam blik aku. Mujurlah mase aku pndang dia tu dia tak merangkak datang ke aku. Mau pengsan keras aku nanti. Tu je okey. Sorry kalau x seram. Haha..

Loading...

One comment

  1. Sllu benda tu dikaitkan salah pki ilmu susuk…
    Tp yg ni rasenye samada tersalah plastic surgery kot…
    Atau pon overdose suntik botox…
    Hehehehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *