Nenek

Tegerak hati nak bercerita kisah seram yang saya pernah alami. Ok macam ni, dalam family saya ada 5 orang adik beradik, saya ni anak keempat. Memang family saya semua hijab dah terbuka, mak ayah saya pun boleh nmpak dan selalu dikacau, kalau kena himpit tu perkara biasa. Mula-mula dekat rumah saya ni ada pokok pisang belakang rumah, kan tmpat pontianak lepak. Kat situ kalau malam jumaat tak sah kalau cik pon tu tak mngilai atau menangis. Itu jadi kebiasan.

Abang saya nombor 2 tu hijabnya paling terbuka luas. Dia pernah cerita yang dia ternampak penanggal terbang2 dekat sekolah dia time tuisyen malam. Dia kata, muka penanggal tu macam tengkorak dan sangat-sangat bidak (buruk). Ok tiba2 datok belah mak saya meninggal, so kami kena lah pegi, ayah terus book ticket kapal terbang, malam tu jugak kami pergi ke sana, nasib ada flight tengah-tengah malam hehe. Dalam flight kami semua risau ni (time tu datok tak meninggal lagi, tapi dah nazak) so, kami sampai je kat airport, minta pakcik ambil terus ke rumah datok. Baca al-quran ramai-ramai tepi datok.

Kemudian, datok meninggal jam 4:30 pagi. Semua sedih. Esoknya orang ramai datang rumah. Yang ramai bukan apa, dorang nak tengok datok saya sebab datok saya ni ada bela saka. Dorang nak tengok macam mana datok meninggal. Ish3 ?. Tapi takde apa2 yang jadi pagi hingga petang tu. Kami bemalam d rumah datok temankan nenek. Malam tu kami rasa lain mcam. Kami abaikan saja mula2. Dah tengah malam ada bunyi gelas jatuh lah, bunyi atap kena baling batu, banyak lagi.
Pastu ayah bercadang supaya kami sekeluarga pindah ke kampung nak jaga nenek, adik beradik mak yang lain semua jauh2.

Lagi satu nenek takkanlah nak tinggalkan rumah pusaka tu, ye dok? Terpaksa lah kami ikutkan je. Rumah nenek ni kawasan hutan, memang sheram!! Dah seminggu tu xde apa2 jadi smpai lah dah dekat 3 minggu kami di sana. Satu malam tu, mak tengah cuci pinggan sebab ada bekas makanan arwah. Dah habis mak cuci pinggan, saya nampk mak lain macam, saya dah agak mesti ada yang x kena. Tapi biarlah mak yang buka crita. Rumah nenek ni 1 tingkat je. Rumah kayu. So jalan sikit krik kruk bunyi lantai.

So malam yang sma, jam 1:30 macam tu, saya nak p tandas. Lepas buang tu nak p bilik balik jalan slow2 . Tapi tym jalan ke bilik tu ada satu corner ni saya trnmpak lembaga hitam besar, tingginya setinggi-tinggi siling, saya kalau nampak memang cakap dalam hati, “xpe slow2 kawal diri” so, memang rasa nak pecut tapi takut sangat. Esoknya cerita kat mak, mak cakap mak pun nmpak benda sama macam yang saya nampak, mak cakap mak nampak kat dapur tym cuci pinggan.
Tiba2 abang saya pulak buka cerita, waktu kami pindah sini, first day tu, Abang saya ada nampak lelaki tua tengok kami nak masuk simpang rumah.

Orang tua tu pakai jubah putih, Abang saya abaikan je. Dah seminggu kami kat sini, Abang saya nampak lagi orang tu berdiri kat busut depan rumah. Pun dia abaikan. Hmm. Tym dia main telepon luar urmah pakcik tu ada jugak, berdiri kat luar rumah, tapi mula pakcik tu macam takut. Abang saya pun takut jugak asyik jumpa pakcik ni. Dia masuk. Lepas dia masuk nenek keluar. Lepas tu dia masuk balik, muka nenek merah, dia tutup pintu kuat2. Kami diam je, pastu sambung tengok TV. Tiba2 satu malam, nenek punya ibu jari kaki kena gigit macam kena hisap d***h. Nenek dia x cakap apa pun.

Malam tu nenek pengsan, jadi bawa ke klinik, tapi xde apa2 . Pastu ayah panggil imam, imam tu baca doa macam2, tiba2 nenek bangun, matanya merah. Tu bukan nenek. Pastu imam tu tanyalah, “knapa kau kacau dia?”. Nenek aku jawap, “aku lapar, nak makan”. Pastu imam tu picit ibu jari kaki nenek, nenek nangis ckap sakit. Imam tu suruh bnda tu keluar. Benda tu xmau. Jadi imam tu paksa lah benda tu ekluar. Last2 benda tu keluar. Kata imam tu saka tu xde tuan sekarang dan nenek setuju jadi tuan baru. Tapi xtau nak bagi makan apa. Tu lah benda tu isap jari kaki nenek.

Yang pakcik tu bunian. Dia tau yang rmah tu ada yang jaga. Tula dia asyik usha je. Tapi aku x pernah lagi nampak pakcik tu. Sob. Tapi imam tu cakap, tempat rumah nenek tu memang laluan bunian, saka datok ni macam kuat tu pakcik tu takut. Mungkinlah. Tapi benda pelik pun selalu je jadi sampailah nenek dah x tahan dan dia p buang tu saka. Tapi ada lah juga nampak benda aneh d rumah ni. Hmm. Tu ja. Bai.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

13 thoughts on “Nenek”

  1. Ikut pemahaman bacaan aku. Mak dia basuh pinggan tu masa tu dorg dah pindah lpas atoknya meninggal. Abis yg kata mak dia basuh pinggan bekas makanan arwah tu.. arwah sape pulak?

    Reply
    • tak silap org2 kampung mmg basuh simpan bekas2/pakaian yg arwah selalu guna. So mak dia nak basuh2 la simpan barang2 yg arwah penah guna.

      Correct me if I’m wrong.

      Reply
  2. Muka nenek merah nak cendol ka?πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚gurau

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.