Hantu Pun Cirit

Uolls, aku baru tau kewujudan Fiksyen Shasha. Malam tadi hakak rela bersengkang mata khatamkan sebahagian besar storymory yang ada. Terbaik. Buat aku rasa terpanggil untuk turut berkongsikan pengalaman aku jugak.

Benda berlaku sekitar 2007, masa tu aku merupakan pelajar tahun akhir di UMT. Memandangkan rumah aku jauh di Selangor, aku selalu rasa malas nak balik rumah kalau ada cuti. Malas nak tempuh rasa penat, pening dan loya naik bas jauh jauh dari KT ke Kajang. Lebih lebih lagi kalau cuti yang singkat.

Jadi, ada sekali tu, mungkin dek kerana rindukan anak dara diorang ni, mak dan abah bawak adik adik aku ke Cherating, dan diorang suruh aku turun ke Cherating dari KT.

“Jangan cakap banyak la, abah dah sewa 2 bilik kat Apartment X ni. Ajak Z sekali, nanti dia boleh tidur sebilik dengan O (Z masa tu pakwe aku, O pulak adik lelaki aku).

“Ok abah, see you there”, gitu speaking dengan abah.

Dipendekkan cerita, dah dekat maghrib aku dengan Z pun sampai ke Apartment X. Bertolak pun dah lepas asar, mana tak maghrib baru sampai.

Sampai, jumpa mak abah gitu gini, lepas maghrib abah ajak semua pergi makan.

“Kejap, abah nak call uncle Ku M”.

Uncle Ku M adalah kawan lama abah. Alang alang dah ada kat Pantai Timur, abah tak lepaskan peluanglah nak jumpa kawan dia tu.

Lepas makan, abah dengan uncle Ku M pun terbukak cerita hantu. 2007, zaman Maya Karin dan Pontianak Harum Sundal Malam tengah hip. Jadi, abah dan uncle Ku M ni asyiklah duk sebut Maya Karin sebagai kata ganti kepada pontianak.

Masuk cerita ke berapa entah, uncle Ku M ni makin naik sheikh bercerita. Aku tak ingat sangat jalan cerita yang dia beria borakkan tu, tapi aku paling ingat tiba-tiba dia buat gaya macam panggil seseorang.

“Marilah, jom ikut kami balik”.

Kebetulan masa tu taktau la malaikat lalu ke apa, semua orang terdiam dan fokus pada uncle Ku M. Tapi, memang rasa meremang pulak lepas dia buat gaya macam tu. Aku kerling jam, dan pukul 11 lebih. Mak dan abah pun agaknya dah rasa lain macam lepas scene tadi, kami pun mohon nak balik ke Apartment X tu.

Z dengan adik aku O terus masuk ke apartment diorang, aku, mak abah dengan adik perempuan aku tinggal kat unit sebelah diorang je.

Unit apartment tu ada 1 ruang tamu, kitchenette, 2 bilik tidur, dan 1 bilik air yang ada dua ointu, yang boleh masuk ikut dua2 bilik tu.

Agaknya sebab keletihan, mak dan abah terus masuk tidur. Aku pun ajak adik aku tutup tv, dan masuk tidur jugaklah. Entahlah, rasa seram sejuk pulak. Z pun dah tak balas sms aku masa tu, mesti dah tidur jugak.

Aku pun sejurus je baring, terus terlelap. Tapi tak lama. Aku terjaga sebab aku rasa tangan aku yabg terjuntai kat tepi katil kena tepuk. Sebaik aku bukak mata, aku nampak adik aku tengah duduk oeluk bantal atas katil dia.

“Kenapa ko tepuk tangan akak?”
“Mana ada”
“Habis sapa yang tepuk?”
“Orang yang sama tepuk tangan adik kot”
“…”

Adik aku dah buat muka cuak.
Aku, lagilah cuak ??????

Lepas tu, aku dengar mak atau abah masuk toilet dari bilik diorang.
Tap tap.
Boleh dengar kedua2 pintu dikunci.
Bunyi air, lepas tu bunyi jamban di flush.

Tap tap.

Bunyi pintu diunlock kembali.

Nampak macam biasa kan?

Tapi, kisah bunyi pintu di lock, flush, unlock tu berlaku setiap setengah jam dari 11.30 malam sampai la ke subuh.

Memang tak lena langsung tidur, sebab orang yang lock unlock pintu tu sangat beria. Sekuat hati dia tekan lock pintu.

Mula mula memang aku ingat mak atau abah sakit perut, sebab asyik berulang bilik air.

Esoknya lepas semua dah siap mandi, mak tanya kitorang.

“Siapa sakit perut malam tadi? Banyak kali sangat pergi tandas mak dengar”

Aku pandang adik aku, adik aku pandang aku.

“Kitorang ingat mak dengan abah yang asyik pergi toilet”

Lepas tu apa lagi, terus kemas semua, checkout pagi tu jugak.

Tak sanggup rasanya nak tinggal 1 malam lagi dengan cik pon cirit birit.

Tanya Z, unit diorang tak ada apa apa yang pelik jadi ke?
Diorang kata diorang tidur tak sedar apa.

Masa nak serah kunci, brader kat kaunter tu tanya,

“Ada sorang lagi tak keluar lagi kan?”, hmm? Mak, abah, aku, Z, O dan adik perempuan aku. Semua ada.
“Semua ada dah”, kata abah.
“Oh, anak pakcik yang freehair semalam tu? Kan yang lelaki berdua ni 1 unit, unit pakcik ada 5 orang semalam. Dia kata pakcik jemput dia dekat kedai makan masa dinner malam tadi. Dia datang sini semalam beli tisu”

T_T

Adakah salah uncle Ku M?
Huwaaaaa….

Sekian pengalaman aku. Thanks sudi baca.

.

Madam S
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

13 comments

  1. Oleh kerana ko baru tahu psal Fs ni, mesti ko pun tak tahu lagi yg reader FS ni tak suka character guna abjad ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ.

    Bla bla bla bla

    1. yeke… aku since last year jer follow fs ni.. pembaca tegar kot smpai dah kene gak aku penangan fs ni okey je org guna abcdefg.. ko je kot jenis yg suke nk complain? lulz

    2. yee..aku pun kurang gemar nama dilabelkan dgn abjad. baik tibai je nama samaran mcm uncle Murad. Adik osman..pakwe zain

      1. Betul tu. Kot ye pon terus je pakai nama samaran. X perlu tambah (bukan nama sebenar) sebab memang spoil

  2. syok memang syok cerita nieyh , tapi mohon lepasni jangan guna nama ABCDEFG .. tak syok nak baca boh pi lah nama Z tu Zack , hat O tu Oli haa kan paham sikit .. teruskan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.