Hari Ke Lapan

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Hai gais! Ada beberapa orang yang ‘pm tepi’ pada aku mintak nak ‘berguru’, suka aku nasihatkan berguru lah dari guru yang soheh, yang ‘bersanad’ datang dari Rasullullah. Aku cuma seorang yang cinta kan ilmu, tak lebih dan tak kurang. Aku sangat suka bila audience membaca mereka mula meng’usul’, tapi disebalik ‘bunga’2 cerita, cerita hanya kekal sebagai cerita, tanpa amal…

Jadi cerita kali ni tak mistik dan tak berapa seram, cerita tentang sorang sahabat aku yang dah ‘hilang dari radar’, yang membuka ‘HARI KELAPAN’ dalam hidupnya.. Hari kelapan ni adalah ‘metafora’ yang digunakan sebagai kata ganti istilah perbuatan ghaib itu sendiri.

Anehkan? Hari ada 7, tapi dia ada 8 hari…

Bahawasanya tidak ada sesuatu yang aneh didalam ‘tangan Allah’, dan apa yang terjadi hanyalah sedikit dari seluruh kekuasaan yang ada padaNya.

Hari kelapan ni duduk nya masih lagi dalam ‘alam misal’ (jangan tanya aku, carilah guru), satu ‘DIMENSI’ ghaib yang langsung tak logik kalau di timbang tara, langsung tak menepati zat, sifat, asma’ dan af’al. Sungguhpun begitu, ia masih wujud.

Pada zaman sebelum kemerdekaan tanah melayu, orang Melayu lama menggunakan hari ke lapan untuk menyimpan senjata, dikhabarkan senjata-senjata contohnya keris dan parang yang dijumpai secara ghaib ataupun di’tempa’, batu-batu delima, duit, dan macam-macam benda lagi, mereka ambik dan simpan pada hari kelapan, dan bila sampai pada keadaan terdesak contohnya dikepung musuh, rumah kena pecah masuk, mereka bukak hari kelapan, ambik keris atau barang-barang ghaib yang lain dan guna!

Ada beberapa cerita yang dah aku dengar, contohnya masa kejadian konfrontasi indonesia dan malaysia sebelum kemerdekaan indonesia (lewat tahun 30’an), sorang lelaki, tiba-tiba dikepung oleh askar payung terjun yang di jatuhkan oleh kerajaan indonesia di tanah melayu, dan tiba-tiba…. semasa di kepung 6-7 orang askar indonesia, dalam tangan dia sedang mengenggam tekpi. Tekpi yang di ANGKAT dari hari kelapan!

Bagaikan harimau yang menerkam mangsa, 3 orang pecah sendi, terburai perut, terseksa mangkat, dia rembat guna tekpi, lipat selagi terlipat, ALLAHU AKHBAR!

Huishhhhh!!!!!

walhal kalau dikira logik…. askar kan, korang boleh bayangkan tak pakai senjata apa?

Penyudahnya bila askar tu tengok ubat bedil (peluru) dah tak makan di badan, gerak tari sebuas harimau luka, me’langkah’ bagai tempurung hanyut di air, ber’oleng’ sembunyi gerak dari dibaca, keluar kuku dari ruas, berkilas bagai buaya melibas….. Askar lain yang masih mengepung tak berani nak menyerang! Begitulah hebatnya generasi kita di zaman dahulu! Ubat bedil tu ‘makanan’ untuk hidup!

Berkobar-kobar pulak aku rasa masa bercerita!

Macam dapat pangilan perang!

Bahenol!

Sorang kawan aku ni masa muda, dia ada pergi menuntut ilmu hari kelapan ni, dimana? Aku pun dah lupa kat mana dia beritahu pada aku. Dan atas amalan yang ‘strict’ yang dia buat, puasa putih 21 hari laa.. Dan tah apa2 lagi yang rahsia, dia dapat ilham yang ‘jalan’ hari kelapan dia dah dibukak!

Dia pernah ‘tunjuk’, masa tu aku berdua je dengan dia, entah macam mana, tiba-tiba tangan dia ada kerambit.. Aku tanya mana dia dapat? Katanya datang dari hari kelapan!

Macam mana dia ambik ‘barang’ tu, macam tu lah dia simpan. Hebat kawan aku ni, ilmu pendekar memang tak ter’kalah’, namakanlah apa saje, kipas senandong la, pasak bumi la, perabun la, penderas la…. malangnya aku tak berminat nak belajar apa-apa… Sebab yang aku cari bukan untuk jadi hebat… Lagipun perkataan ‘hebat’ itu sendiri sangat ‘subjektif’, hebat pada dia, belum tentu hebat pada aku, dan hebat pada aku, belum tentu hebat pada orang lain.. And so on…

So dia pernah cerita, kita anggap sebagai sebuah cerita fiksyen kalau korang susah nak percaya… Jangan jumudkan pemikiran kerana ilmu itu luas, seluas alam… Apa yang kita tahu, cumalah apa yang ada dalam lingkaran pengetahuan kita je.

Kawan aku ni berkerja di pelabuhan, tempat kapal-kapal besar berlabuh dan meneruskan transmisi dalam skala besar.

Satu malam, lepas balik kerja, hujan turun lebat…

Sejam berlalu…

Dua jam telah pun berlalu

Masuk jam ketiga, dia pun fikir ‘tak boleh jadik ni’, hujan takde tanda nak reda. Balik kerja pukul 7, tapi sampai pukul 9 malam masih lebat lagi… Jadi kawan aku pun ‘berkayuh’lah balik dengan motor kapcai dia….

Setengah jam ride motor atas jalan sepi.. Hujan makin lebat, lebat sampai wizer tak nampak clear ke depan… Jalan pun dah naik berkabus, sebab sejuk berlawan dengan air hujan yang turun..

Dari jauh dia nampak sebuah bas stop, Dia stop motor dekat bas stop, tongkat kan motor, dan mencangkung atas seat bas stop, dalam keadaan mengigil kesejukkan.

10 minit kemudian….

Di langit masih ada banyak pancaran kilat… Dengan hujan yang menderu-deru lebat….

Tiba2…..

Satu dari panahan kilat, memanah di hujung bas stop tempat dia berteduh.. Sekonyong-konyong nya, nampaklah ada satu cik pon tengah berdiri sama tumpang berteduh…

Aisehhhhhh….

Member aku dah gabra…

Aku tak kacau ko, ko jangan kacau aku…

Seperti biasa… (cewahhhh… Nak jugak sekali sekala guna ayat noobies! Hahaha…. Banyakla korang punya seperti biasa, apa yang biasa pun aku tak tau! Bahahahaha)

2 kali lagi panahan kilat berturut-turut di langit… Cik pon tu mula menghampiri dia…

Agaknya cik pon pun cuak dengan kilat, dulu-dulu masa aku kecik, aku penah dengar cerita tahyul, kilat dilangit tu, menandakan malaikat tengah panah jin atau syaitan dari langit.. Ahahaha

So bila ‘dia’ makin dekat dan semakin dekat, member aku daripada mencangkung dah jadi berdiri!

Member aku risau jugak! Dibuatnya kena rasuk kat bas stop tu, kalo kena rasuk, leceh laa.. Dia dah la sorang-sorang kat situ, nak mintak tolong kat siapa-siapa pun tak boleh…

Kata dia….

dia bukak hari dia yang ke lapan, ambik ‘petir’ yang dia dah pernah simpan, genggam dan buat balingan tujah kat cik pon tu!!!

Dengan sekali tujah je!!

POMMMMMMMMM!!!!

Meledak api depan mata!

Berasap-asap naik ke atas sebab seat besi bas stop hangus kena petir yang dia baling!

Terus legam area sekitar dek kesan tujahan petir tu… Dan beberapa pokok di belakang bas stop patah rentung kena petir tadi

Cik pon tu pulak… Ghaib!!!

Mungkin dah hangus!!

Kawan aku berpuas hati tengok tempat tu dah separuh hitam hangus, dia relaks balik cangkung macam tadi. Bukak rokok surya yang dah benyek kena air, layur atas api ‘lighter’ bagi kering, dan dia bakar surya sebatang…

Macam takde apa-apa jadi… Haha

Seperti biasa lagi (bahahahaha)…..

Bila hujan reda sikit, dia sambung balik naik motor balik rumah, dia tak cerita kat siapa-siapa apa yang berlaku, sampailah beberapa tahun kemudian bila dia tunjukkan aku kemampuan hari kelapan dia tu, baru dia bukak cerita, rupanya dia dah simpan petir, kerambit dan tah apa-apa lagi senjata kuno yang aku takleh ceritakan kat sini, maaf aku dah berjanji… Hihi..

So begitulah cerita kawan aku, yang bakar cik pon pakai petir dari hari kelapan…

Pengajaran yang aku kutip dari sini, macam mana hebat pun kita, ada yang lebih hebat lagi, jadi ikutlah resmi padi,

kata saidina Umar R.A, Ilmu tu ada 3 tahap,
Tahap pertama berilmu, kamu mendabik dada, dan kamu rasa seolah kamu tahu segalanya
Tahap kedua berilmu, kamu rasa rendah hati
Tahap ketiga berilmu, kamu rasa kamu tak punya apa-apa…

Dan sabda Rasullullah, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad…

Maka galilah ilmu, walaupun cuma ilmu memasak, semoga dengan ilmu itu, mendatangkan kebaikkan buat kamu khususnya dan buat masyarakat secara am nya..

Sekian cerita aku, moga terhibur!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 5]

7 thoughts on “Hari Ke Lapan”

  1. Dulu pernah ikut seorg penulis di FB nama dia shah paskal. Mula2 seronok jugak baca tulisan kawan dia di FBnya. Tapi lama2 makin mengarut. Tambah mengarut bila dia cerita Tun M ni adalah tokoh yg disokong oleh alam ghaib. Kira tokoh yg akan selamatkan Malaysia dgn emas tanah melayu. Mcm2 ramalan dia drp alam ghaib. Nasib baik aku blah (tak ikut) sejak sebelum PRU14. Skrg ni FB dia suam2 kuku dah.

    Reply
  2. Konfrantasi Malaysia Indonesia peristiwa tersebut terjadi selepas Kemerdekaan Indonesia dan sebelum pembentukan Malaysia. Garis masa sekitar tahun 1960-an.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.