Harum malam di depan Pusat Koko lama UTHM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pembaca FS. Nama aku Balkis. Aku nak berkongsi tentang pengalaman aku yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Kisah ini terjadi ketika aku berada pada tahun 2 di uthm. Cerita ni tak seram lansung tapi bagi aku yang lalui pengalaman ni memang cering bulu roma jugak la pasai aku ni bukan orang yang jenis berani sangat.

Malam tu, aku dengan kawan baik merangkap housemate menghadiri kelas malam di library ‘donut’. Kelas kami habih dalam pukul 10.30 macam tu. Tara dok tunggu bas etika lagi mau sampai depan hostel pukui 11 lebih. Aku duk TDI. Sesampai ja depan TDI, kawan aku ni, nama Tini merungut lapaq. “kis lapaq. Hang tak lapaq ka? Jom la cari makan”. Memandangkan dah lewat, kafe pun dah tak dak apa dah. 11 lebih dah waktu tu.

Sebab lapaq kami pun ingat nak keluaq dari u p beli burger. Burger kukuih abg ayie kt taman u yg paling awesome. Aku dgn tini pun pi la pinjam moto kawan kami. Nama dia zura. Masa ni kami tak bawak moto lagi. Zura naik moto ego s hat haluih comey lotey tu la. Ambik ja kunci moto kat zura aku pun start moto merancang atas highway p taman u nak beli burger abang ayie. Dah sampai depan kedai burger dia orang punya la ramai. Masa tu dalam pukui 11.30…”abang burger daging double daging double cheese 2, burger ayam double cheese 1″ tudia order sebab lapaq bukan main.

3 biji order sebab ada kawan aku lagi sorang dok tunggu kat bilik. Nama dia Niyo. Abang ayie cakap “ramai dik.kalau nak kena tunggu”. So,sebab burger dia yang super duper awesome tu aku dengan tini pun tunggu la. Tunggu punya tunggu burger pun siap dalam 12.15 macam tu…

Bayaq ja aku dengan tini pun terus rabat moto nak balik u. Masak la kalau kena tahan dengan guard. Dah pukui 12 lebih ni. Tapi selalu dak pun. Masuk ok ja…

Sampai ja depan pintu gerbang uthm aku pun masuk. Nasib lepas tak payah nak tulis nama bagai. Tini dok belakang duk rancak sembang cerita nu cerita ni. Macam macam dia duk cerita. Aku bawak moto ja. Masuk pekarangan u aku tanpa pikiaq apa aku belok kanan lalu depan dataran siswazah. Aku tak guna jalan utama. Aku pun tak sedar yang aku tergerak nak lalu jalan itu untuk balik ke TDI.

Jalan tu akan lalu di depan pusat koko lama tepi padang golf. Dah termasuk simpang tu dah malas nak patah balik..jalan ja la. Waktu tu kereta sebijik pun tak dak. Sunyi gila. Memang sunyi la. Jam pun tunjuk pukui 12 lebih dah. Sampai ja tang corner depan pusat koko tiba-tiba aku terhidu bau yang sangat harum. Sangat wangi. Wangi gila weh. Macam calit kat hidung bau dia punya melekat. Aku dah bedebaq dah. Yang tini dok rancak becerita belakang aku. Dalam hati aku…”ish tini tak bau ka..takkan aku sorang ja”…aku pun panggil la nama tini… “Tini”…

Di Dok cerita lagi..lepastu aku panggil lagi..”tini”. Dia duk cakap tak habis lagi. Kali ketiga aku panggil keras sikit “tini”. Dia pun senyap. Tiba-tiba dia jerit nama aku “kissss” sama dia jerit tu dia terus pulas minyak moto sampai habih. Dia pun dapat bau jugak bau yg wangi tu. Gila la…rupanya aku tak pulas minyak moto. Aku punya dok asyik bau wangi tu sampai aku tak sedaq yang aku tak pulas minyak moto. Masa tu jalan yang pendek tu terasa panjang sangat nak sampai ke TDI.

Sesampai ja depan TDI .aku dengan tini tak terus naik..kami dok temanggu kat parking moto. Tini tengok aku. Aku tengok tini. Pastu dia kata kat aku. Masa aku lalu jalan tu tadi dia dah tegerak dalam hati dia “awad kis lalu jalan ni” tapi dia tak cakap apa pun la. Sebab tak terfikir apa. Aku dengan tini duk ckp pasal bau yang memang harum sangat tu. Meremang bulu roma weh. Memang tak pernah bau wangi macam tu. Macam calit kat hidung punya kuat wangi dia. Tiba2 ja wangi macam tu betui kat jalan depan pusat koko lama uthm. Nasib baik cuma bau. Kalau rupa mau tekencing kat situ…

Sebelum naik bilik kami baca ayat kursi dan 3 qul. Lepas 10 minit baru aku dengan tini pun naik bilik. Kisah ni memang tak seram mana tapi ni lah pengalaman yang aku rasa aku tak mungkin lupa sampai bila-bila. Kalau ada kalangan pembaca FS ni budak uthm..hampa mesti tau kan pusat koko lama dalam u. Jalan tu malam lepas pukui 12 memang sunyi. Kalau boleh nak balik malam guna ja jalan utama dalam u dan elakkan guna jalan tu..tapi kalau hampa berani level bangunan FKASS takpa..guna…

Apa apa pun…tetap sayang uthm. “dengan hikmah kita meneroka”..

.

Balkis
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

14 comments

  1. mmg lalu situ bau wangi….dari dulu dah tau…..dengan member…tp member yang bau…aku x bau…masa tu pergi tgk list nama kumpulan dekat lab geomatik lama…patut kawan ajak cepat blah dari situ…rupanya dia ada bau…hahahaha

  2. perempuan memang selalu lalai, tak pikir pasal keselamatan sendiri ! dah mendapat baru padan muka korang ! Suka cari masalah..

  3. UTHM tringat mkcik pda ex bf mkcik. klau dia bca nie mkcik nk dia tau mkcik masih sygkn dia. hahaha iklan jp
    #cumel

  4. Hahaha. Aku pun pernah terkena area situ. Malam around pukul 1 pagi, dalam tahun 2015, buat overnight study dkt library UTHM. Oleh sbb dh mengantok, kuar kejap, lepak duduk atas hood kereta. Then, dengar orang macam buat konsert dkt situ. Bila pergi situ, terus senyap, pastu angin menderu sejuk (sebab aku turunkan cermin kereta), lg seram nmpk cm ada bayang2. Mujur pergi jenguk berdua dgn membe, last2 kami tidur atas meja study library, smpai pukul 6 pagi. Takut punya pasal. Sejak dari tu, tak pergi round2 UTHM waktu tgh mlm, anyway aku ex grad 2015, FKAAS.

  5. baru2 ni, kat fptv pulak ada kakak tu..
    tak tau la dia jenis merayap ke apa..sebelum ni ada orang nampak kat tasik g3 tu..

  6. Tapi an. Kat situ hari2 Malam mmg bau wangi. Sebab dah hari2 Kan. Aku X puas hati. So pada satu pagi kelas dekat bangunan E15 ke tak silap. Memang Derek jalan tu Ada pokok daun dia mmg wangi. Aku siap tunjuk suh kawan Aku wangi. Rupanya ini lah Yg org dok Seram wangi wangi. Bila Malam dia kuat bau maybe sbb sejuk, embun ke cane Kan. So Aku Mcm , ooo, haaa camtu la . Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.