#HidungJambu kmpp 1*/13 blok B4

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua. Gittewww! Nama aku Kemboja. Ni first time aku hantar cerita dekat FS. Kalau cerita aku di publish aku ucap bebanyak mekasih kat admin. Kehkehkeh

Okay sebenarnya cerita aku banyak je tapi tulahh tak ada masa pulekk aku nak taip semua. Aku pun tak paham awat lerrr suka nauu benda mistik ni datang kat aku. Pengalaman yang ni masa aku study dekat kmpp dulu. Alahh korang google je la kmpp tu kat mana. Tak femes pun dalam hutan lagi tu pulak. Yang femes nye Charlie tu je. Macam panjang pulekk intro masyaAllah okay skip. Cerita dia bermula masa aku orientasi. Masa tu tak panas bontot pun lagi duk kt hostel tu haa. Aku duk kat blok B4 aras berapa tu aku rahsia lah, kang orang kenal femes pulak aku nanti.

Masa second week orientasi ni, semua pelajar kene pergi dekat dewan kuliah sebab fasi nak kenalkan siapa warden blok masing-masing. Masa dekat kmpp sebilik kene duk 4 orang. Kebetulan jugak aku ada kawan baik aku satu sekolah dulu yang duk sama blok dengan aku tapi bilik lain-lain la beb. Nak dijadikan cerita malam tu mostly blok-blok semua kosong tapi roommate kawan aku dua orang (Bulan dan Belon) ni sengaja ponteng pergi dewan kuliah malam tu. So, roommate Bulan Belon selaku kawan aku tu, aku panggil Cik Kiah.

Perjumpaan kalau tak silap aku dalam pukul 8.30pm. Diaorang duk berdua lah dalam blik. Bilik Cik Kiah ni special sikit. Sebabnya bilik dia kat hujung blok tepi tangga yang mana memisahkan dari bilik-bilik yang lain. Haihh geram pulak aku nak lukis. Korang bayangkan jela hujung blok ada tangga pastu tepi tangga tu ada bilik untuk tempat iron baju. Tepi bilik iron baju tu baru bilik Cik Kiah. Depan bilik Cik Kiah ni pulak bilik study yang besar yang sememangnya tak digunakan pun. Jadi malam Bulan dengan Belon ponteng untuk perjumpaan dengan warden ni, masa tula diaorang kene ganggu. Bilik diaorang aras 4.

Memula tu, si Bulan dengar orang duk naik tangga, tapi Bulan masa ni buat tak tahu je sebab Bulan pikir maybe perjumpaan dah habis. Jadi semua pelajar balik bilik masing-masing. Tapi Bulan salah sebab bunyi orang naik turun tangga lama sangat. Siap dengan pakej lompat-lompat pastu bunyi ‘shhhh shhhhh’ lagi. Bulan dah start cuak tapi Belon cakap “alahhh Bulan kau buat rilex je. Tak yah nak gedik takut sangat lah”. Habis je si Belon ni cakap, terus bilik sebelah tempat iron baju bunyi bising macam ada orang duk mengamuk tengah sepahkan semua barang-barang. Macam laki bini duk gaduh pun hado.

Belon buat selamba badak lagi, siap boleh cakap lagi kat benda tu “Elehhhh, tu je mampu?”. Bulan masa ni dah tarik baju Belon suruh duduk atas katil sebab Bulan dah takut. Tengah diorang duk gosip-gosip sebab nak hilangkan rasa takut tu, pintu bilik diaorang pulak kene ketuk. Belon pun dah start takut sebab pintu bilik diaorang ni terangkat sikit, ape masalah pun aku tak tau tapi yang penting memang lain dari pintu bilik aku dengan budak-budak lain lah senang cerita (yang mana duk dekat kmpp lagi tu korang boleh intai kalau tak percaya tapi tu pun kalau bhep tak tukar lagi hikhikhik). Jadi biasanya akan nampak kaki siapa yang ketuk pintu tu tapi malam tu cuma bunyi pintu bilik kene ketuk je tapi kaki tak nampak. Maunya gelabah monyet si Bulan ni kat atas katil. Tak sampai 10 minit cermin tingkap pulak kene ketuk. Memang melompat la Bulan dengan Belon atas katil tu, mana tak nya bilik aras 4 lepas tu koridor pulak tak ada. Kau rasa kalau manusia biasa, dia sampai tak nak ketuk cermin tu? Kau tak payah rasa lah sebab jawapan dia memang tak kan ada sebab kau naik tangga pun belum tentu sampai.

Lama jugak diorang kene kacau malam tu. Dalam nak dekat pukul 11 dah baru semua pelajar balik bilik. Aku pulak malam tu lepak bilik Cik Kiah sebab aku basuh cadar aku tapi tak kering pulak. Nak tak nak aku kene la buat muka tak malu menumpang tidur dekat bilik Cik Kiah. Aku masa ni tak rapat lagi dengan roommate aku. Dah alang-alang aku dah kenal lama dengan Cik Kiah ni sebab tu aku pergi menumpang.

Masa tengah melepak ni la si Bulan dengan Belon ni cerita apa yang jadi masa diorang ponteng perjumpaan tu. Sebab tu la aku tahu cerita ni. Hahahaa. Aku ingat dah habis dah kene kacau malam tu, tapi aku silap. Bulan dengan Belon ada basuh baju diorang tapi disebabkan kene kacau tadi, diaorang batalkan niat nak sidai baju-baju tu. Lepas je lepak-lepak semua baru Bulan dengan Belon ni sidai baju dekat dalam bilik study depan bilik diaorang. Tak sempat habiskan sidai baju pun Bulan dengan Pendek menjerit macam kene histeria.

Memang berlari la aku dengan Cik Kiah pergi dekat bilik study. Bukan aku dengan Cik Kiah je haa yang berlari rupanya satu aras berlari pergi tengok. Dah tenangkan Bulan dengan Belon, Cik Kiah tanya apa jadi. Pastu Belon cakap dia ada nampak darah kat atas meja. Masa tu aku dah lupa siapa yang masuk bilik study tengok betul ke tak ada darah tu semua. Dua tiga orang jugaklah yang masuk tengok tapi diaorang cakap ada darah tapi dah kering tak macam Bulan dengan Belon ni cakap yang darah tu tengah mengalir lagi. Pastu Cik Kiah wakilkan cakap dekat semua mintak maaf and suruh semua masuk bilik. Aku masa ni dah jeling jeling dekat Belon dengan Bulan sebab memandai je buat cerita.

Aku tarik Belon, Cik Kiah pulak tarik Bulan masuk bilik. Masa ni dua-dua tu tengah menangis tak henti-henti. Aku dah mati katak kat situ tak tahu nak pujuk cemana. Last-last Cik Kiah cakap kita tido kat bawah lepastu pasang ayat al-quran 4 penjuru. Merenung keluar jendela aku kejap, mana tak nya niat hati nak tumpang katil sebab cadar tengah basuh alih-alih kene tido atas lantai. Kahkahkah. Aku pun merelakan jela tido kat situ.

Bulan dengan Belon dah tido dah masa ni mungkin penat nangis kot. Tinggal aku, Cik Kiah dengan Pendek (roommate Cik Kiah jugak) je yang tak tido lagi. Baru je nak lena, handphone yang pasang ayat al-quran tadi tetiba off. Bila on banyak je bateri, aku yang sememangnya penakut of course lah dah cuak nak pulak lepas tu dan-dan je semua phone off serentak. Dekat tangga dah bunyi orang duk turun naik, bilik iron dekat sebelah dah macam-macam bunyi ada. Kalau bukan sebab malu aku memang nak nangis kat situ dah. Tetiba menyesal sebab jeling jeling Belon dengan Bulan tadi. Cik Kiah cakap suruh rilex pastu dia on balik phone dia pastu bangun amik al-quran letak dekat penjuru kepala nak tido tu. Aku tak tahu dia bukak surah apa dekat quran tu yang aku tahu dia letak phone tu atas quran pastu pasang macam-macam surah. Cik Kiah tunggu aku lena dulu baru dia lena. Memang sampai pagi phone tu tak off sebab Cik Kiah sambung dekat charger terus.

Dah subuh tu aku balik bilik aku siap-siap semua pergi kelas. Aku rasa mana-mana matrik sama je kot waktu kelas dia start pukul 8 sampai pukul 5. Dalam pukul 4 lebih nak dekat-dekat asar, aku dengar budak bilik kuliah depan start menjerit. Selang 5 minit kuliah sebelah pulak menjerit. Lecturer aku dah buat muka sambil cakap “awak semua tenang dulu, jangan bising. Jangan ada yang nak pergi toilet sebab saya takut jugak nak keluar”. Adeii aku baru excited nak keluar sebab tak nak belajar. Haihh. Baru nak buat loqlaq, Cik Kiah siku lengan aku (aku satu kuliah dengan Cik Kiah), dia cakap “aku risau roommate aku, aku takut diaorang yang menjerit tadi”. Okay dah la tu. Nanti lah aku sambung kalau korang nak baca lagi. Yang tak suka aku boleh ignore je k? Xyah marah-marah kang cepat tua. Hihihi. Cerita ni tak seram pun sebab bukan kau yang rasa. Cuba kau sendiri rasa? Sah-sah kau cakap dia seram. Sama la macam aku. Tapi start dari sini la hidup aku kene ganggu dengan menda alah mistik ni sepanjang aku dekat kmpp. Actually, sampai sekarang kene kacau hahhaaa sadis kan? Mohon Kemboja kuat. Thank youuuu

HidungJambu

17 comments

  1. sambung la lgi hidung jambu.. apehal bgi name pelik ni 😂..btw cikgu ko mmg best.. sape sroh si belon tu celupar sgt.. kn da kne.. huhuhu

  2. perenggan last tu..kenapa dorg jerit?histeria ke?
    maap kurang paham..harap cik idungjambu blh explain..

    #inibukanmarah

  3. hmmm dri segi tanda bca baik, tpi dri segi teknik ayat yg nk dsmpaikn tu agk dramatik. please editor. edit sdikit. sbb crita nie bgus. tpi ayat2 dia yg bwt jdi ‘agak’ sendu…
    coment ikhlas dri acik bawang
    #cumel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *