HIJAB YANG DITUTUP

Assalamualaikum and hai readers. First of all, thank you FS sebab publishkan cerita aku. Actually aku memang peminat tegar FS. Tapi aku tak berniat pun nak share kisah aku sebabnya aku tak tau nak menulis sangat pun. Ni semua member2 aku yang paksa haha. Siap double check tulisan hmm and aku memang tak reti nak buat ayat nampak seram ke apa. Sorry korang. And sorry gais cerita aku memang sangat panjang. Aku memang taknak buat smbungan ke apa dah.

Sebelum tu aku nak buat short intro dulu. Aku Az, belajar dekat salah sebuah IPTA kat Melaka and aku bestfriend si Anjee yang publish cerita gangguan dekat tempat praktikal and aku pun selalu jugak kena ganggu masa praktikal dekat situ haha. Saje je. Main lampu tu benda biasa. Okay back to my own story sebab bukan yang tu aku nak cerita. Okay ni cerita yg berlaku masa aku di Tahun 3 dekat rumah sewa.

Aku ingat lagi, malam tu malam minggu. Aku duduk sorang dalam bilik sebab roommate aku keluar dating. Akak-akak dengan member yang lain semua dalam bilik masing2. Aku terlelap awal malam tu sebab letih kerja hah. Nak dijadikan cerita,aku tersedar pukul 3 pagi lebih cemtu. And aku ni dah memang terbiasa sangat setiap malam akan tengok masa dekat henfon and at the same time aku akan suluh muka roommate aku(and selalu kena marah haha). Ye lah kau dah pehal kan tetiba suluh muka dia tapi aku bukan buat sesaja.

Okay balik pada cerita aku terbangun pukul 3 pagi tu. Aku tengok roommate aku dah tidur sebelah aku tapi dia membelakangkan aku and jenis aku ni kalau dah terjaga susah nak tidur balik so aku scroll je lah Fb, Insta semua tapi dalam aku duk syok sangat scroll itu ini, bulu roma aku duk tegak semacam. Dia punya rasa meremang tu macam duduk sebelah ais kau tau. Pastu aku pun tak sure bilanya aku terlelap balik. Esok pagi tu aku bangun dalam pukul 7 macam tu roommate aku takde. Dalam hati aku terdetik eh awal nau keluar pepagi tak pernah2 keluar awal pagi camni tambah-tambah awal minggu camtu. Kalau weekday mungkin la kot sebab dia pun tengah praktikal time tu.

Aku keluar rumah dalam pukul 7.30 pagi then balik dalam pukul 1.30 tengah hari camtu and aku tengok roommate aku tengah tengok Tv. So aku tanya la dia keluar pergi mana pagi2 sebab ye lah tak pernah dibuat dia kot tambah2 on weekend. Pastu korang tau dia jawab apa, ”hang pasaipa? Aku balik pun pukul 9 pagi tadi kot”. And I was like ‘hahahahah’ je lah depan dia. Then dia cakap dia tidur rumah kawan dia malam tu so aku malas la nak meneka siapakah gerangannya yang tidur sebelah aku malam tu.

Kes ni kecoh satu rumah, terus akak-akak rumah and member-member yang lain plan nak panggil ustaz. Diorang takut ada ’benda’ dalam rumah sewa.  So dalam 1 minggu lepas tu ustaz2 darulsyifa datang kat rumah kitorang sebab akak-akak dalam rumah takut sangat plus dorang pun selalu dengar benda pelik dalam rumah tu. Masa ustaz2 tu datang, macam biasalah process, baca Yassin, solat hajat, etc. Lepastu ustaz tu tanya siapa yang rasa lain macam. Aku pun memang dah rasa lain macam so berubatlah. Dan ustaz cakap hijab aku memang dah terbuka lama dah. Lepastu ustaz tutup hijab aku. Alhamdulillah pasni dah tak nampak benda pelik2 dah macam sapa yang menyamar jadi roommate aku aritu.Tapi aku tak pernah kena ganggu kena rasuk sebab ustaz cakap dalaman aku kuat.

Tapi aku ada satu habit tidur yang sangat pelik sampai ex roommate aku pindah rumah la. So roommate aku sekarang je yang ohsem sebab berani. Habit ni dari kecik lagi tapi aku x pernah tau pun sampai la roommate aku yang sekarang ni record. Anak2 sedara aku pun x berani tidur dengan aku and siyesly kalau aku ni roommate aku, aku memang dah blah macam ex roomate aku dulu kahkah.
Actually dari kecik lagi aku selalu nampak benda2 macam ni. Cuma buat2 tak nampak jela. Tapi ada certain2 cases memang aku tak boleh lupa.

Antara dia, masa aku umur sekolah rendah (tak ingat umur) dekat Langkawi. Masa tu, ada kenduri. Malam tu mak aku suruh aku balik rumah mak sedara aku dulu sebab dia nak stay lama dekat rumah kenduri so mak aku suruh anak makcik rumah kenduri tu teman aku balik. Kampung tu dia memang dikelilingi hutan so mak aku risau la kan. Otw balik tu elok je akak langsuir terbang atas kepala aku smpai aku rebah sebab lembik lutut. Lepas tu dia landing elok je atas bumbung rumah makcik mana ntah. Lama pulak tu and anak makcik tu pecut patah balik rumah mak dia tinggal aku sorang-sorang hmm. Aku memang takkan lupakan kau budak hah. Lepas aku dah boleh gagah berdiri aku pun buka langkah la balik rumah makcik kenduri tu balik haha.

Ni cerita masa aku darjah 6 pulak. Masa tu lawatan sekolah ke KL. Kitorang stay dekat salah satu kolej pendidikan and aku x ingat nama kolej tu tapi kolej tu bersebelahan dengan kilang tak silap aku. Malam tu cikgu bagi tidur satu bilik 2 orang so aku tidur la dengan member aku sorang ni. Silap nye malam tu bergelak suka sangat dengan member aku smbil tengok gambar dekat kamera (time tu takde fon lagi kah). Tup2 ada pulak bunyi orang (aku memang dah syak tu bukan orang) duk ketuk tingkap. Tingkap dia jenis sliding and ada grill yang petak besar2 tuh. Weh belakang tu semak samun kot sapa je yang rajin nak pergi belakang tu malam-malam buta camtu. Aku pun entah cemana boleh terberani pulak nak bukak langsir tu.

Member aku memang dah tarik2 baju tak bagi tapi entah time tu dia ketegaq kot mana tak tau. Ha amik kau elok je aku tarik langsir tu, elok je benda tu terapung dengan rambut merebang and siyesly benda tu sangat tinggi hmm besar yang menakutkan. Aku memang takut tengok benda2 besar pelik nih apalagi rebah la sebab lembik lutut. And kawan aku dah selamat pengsan hmm. Masa aku rebah tu langsir pun automatic tertutup so memang x nampak dah la. Lepas aku dah boleh gagah berdiri aku tinggal terus member aku and berlari sambil menjerit pergi blik cikgu aku. Disebabkan suara aku yang kuat time tu habes semua orang dekat ground floor bukak pintu bilik hmm. So kecoh.

Tahun yang sama, aku pergi pergi perkhemahan. Hari kedua, kitorang kena jalan sorang-sorang dalam hutan pukul 12 malam. Masa tu ada sorang budak ni dia x berani jalan sorang so dia nak jalan dengan aku. Bila jalan tu macam2 la aku nampak. Ponti belakang busut, nenek kebayan jalan dekat sebelah, terpeluk batu nisan sebab masa ni terjatuh. Tapi aku expect tu fasi2 yang buat, tapi masa last tu dorang tanya apa yang kitorang nampak. Aku diam je sampai la apa yang dorang jawab x sama dengan apa yang aku nampak yang sama, cuma batu nisan je hmm. Sampai sekarang aku ingat macam mana nenek kebayan tu lalu sebelah aku without saying any words dia cuma merenung je then hilang bila aku nampak ada kabus.

Ni pulak cerita masa aku form 3. Masa tu baru balik study malam dekat dewan kampong. Bagus kampong aku ni students yang amik exam tahun tu kena gi study dekat dewan tiap2 malam. Nak dijadikan cerita malam tu aku teringin nak makan burger so aku dengan member aku sorang ni lalu la jalan yang memang x sepatutnya kitorang lalu. Elok je tengah duk bersembang ada sorang pakcik ni dia lalu sebelah kitorang naik moto. Slow sangat dia bawak macam moto tu berat sangat.

Hah memang patut pun berat. Elok je cik pocong dekat belakang dia. Aku x sure pocong tu berdiri ke duduk. Posisi dia tu macam mak2 kita naik moto dengan ayah kita jenih duduk sopan tuh. Aku nampak kaki dia tu macam duduk tapi badan dia tu macam dia berdiri sebab tinggi sangat. Caner nak cakap eh, dia duduk tapi nampk macam berdiri. hah that. Tapi member aku x nampak pulak hmm. Memang dah lembik lutut tapi x sempat nak rebah aku lari dulu tinggal member aku kat belakang. Burger x burger memang lantak lah.

Sebenarnya banyak lagi, tapi dah panjang sangat ni so aku tamatkan dengan satu lagi story haha. Ni cerita masa aku lepas stpm. Ayah aku suruh aku masuk pondok sementara tunggu result. Ni memang wajib dalam family aku. Lepas exam je kena memondok. Spm pun,kah. Okay2 cerita dia camni. Masa tu dah dekat 2 bulan aku dekat sana. Orang2 dekat sana memang dah pesan duk situ mulut kena jaga kelakuan semua. Tapi entah kenapa time tu budak2 yang masuk sama dengan aku (yang mak ayah paksa) tak berapa nak menjaga. Tapi aku tak. Aku behave haha.

Malam tu lepas baca kitab tiba2 ada sorang budak perempuan ni dah pelik kelakuan dia. Dia gelak sorang2, dia pusing2 kepala eh memang scary ingat balik. Lepas tu tiba2 senior sorang ni cakap semua diam. Tengok2 budak tu dah nak memanjat tingkap. Entah bila ada yang memanggil ustaz, terus ada 3 orang ustaz and bila ustaz tengah baca2 tu budak tu terapung and badan dia terhempap dari satu tempat ke satu tempat. Masa ustaz suruh pegang tu ramai yang kena rasuk almost separuh yang kena time tu sampai ustaz x dapat kawal and terpaksa benarkan budak2 lelaki masuk ke kawasan perempuan.

Masa tu memang dah menggigil tapi aku kuatkan je pegang budak yang mula2 kena tu. Tapi disebabkan aku terjumpa dengan seseorang yang aku tak sangka langsung aku akan jumpa time tu dekat tempat tu, aku terus angkat kaki sebab mengigil satu terkejut satu hmm. Sebelum tu ustaz ada pesan jangan sapa pun yang tinggalkan dewan atau stay dekat laluan nak ke pintu. Elok je aku dah memang sampai ke pintu, aku rasa macam ada benda yg masuk-keluar melalui badan aku banyak kali sampai aku rebah and memang tak boleh nak bangun langsung. Tapi tade kena rasuk ke apa. Lepas tu trus kawan aku angkat then bawak balik pondok.

Esoknya guess what. Masa nak turun pergi ngaji kitab, masa nak turun tangga kayu pondok aku (tangga dia sangat tinggi), terasa macam ada benda yang menolak sampai aku jatuh tergolek rebah ke tanah and sebelah badan tak boleh bergerak haha. Makan minggu nak lega. Tapi still mak ayah aku x bagi balik. At last lega dekat situ jugak. Okay tu ja la. Panjang sangat ni. Pada korang yang membaca sampai habes korang memang jjang haha.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

18 comments

  1. “Tapi aku ada satu habit tidur yang sangat pelik sampai ex roommate aku pindah rumah la. So roommate aku sekarang je yang ohsem sebab berani. Habit ni dari kecik lagi tapi aku x pernah tau pun sampai la roommate aku yang sekarang ni record.”

    Ape habit yg serius tu…???
    Ape yg direkod???
    Ghase mcm x bgtau dan ulas secara detail pon…

    1. apa masalah mental ko budak kajang?aku perati je komen ko dr story org lain, bahasa mcm bdk sek rendah nak UP masuk sek menengah..ada je x kena..ko memang ada masalah mental ke?ko ada citer?citer ko best sgt ke?campak tgk kt blog ni aku nk baca & komen.

  2. cerita banyak tp serabut sikit.
    aku pun tertanya juga habit apa sampai roomate takut tu? suluh muka bila terjaga pagi2 buta? ke apa?

  3. Ada citer tergantung nik dik oiii…kata kwn dh check …
    1. Pe habit pelik tu? Gaya cm nk bgtau smpai sudah x citer pun….sedey akak tau
    2.yg kata jumpa seseorang yg x sangka tu manusia(secret admirer) ke hantu?

  4. Dik.. masa nk menulis tu.. bwk rilek jer k.. jgn enthusiasm sgt.. tarik nafas.. lpskn prlahan2.. baca Bismillah n tulislh dgn tenang… jgn robust, just stay calm..

    Dh mcm nk ambik periksa jer advice dr aku ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.