Homestay Di Johor

Saya nak kongsikan cerita saya dan family (total 6 orang) masa tidur dekat sebuah homestay di Johor. Homestay ni dekat kawasan ladang kelapa sawit tapi sebelah dia ada lah sebuah rumah, orang yang jaga homestay tu. Kitaorang tak kisah sangat kalau keliling tu kelapa sawit sebab kampung belah ayah pun belakang-belakang tu memang hutan.

Homestay tu bahagian belakang dia rumah kayu, bangunan asal rumah tu. Bahagian depan dia dah tambah bangunan baru jadi homestay tu memanjang ke belakang lah. Masa masuk tak rasa apa-apa sangat. Saya ni jenis senang nampak dan sebab kecil-kecil dulu benda tu ajak berkawan, saya jadi senang tertarik dengan tempat yang ada benda tu.

Bila masuk jer, saya dan family explore lah tempat tu. Ruang tamu dengan 2 bilik tidur ada dekat bahagian depan rumah tu (new area). 1 bilik tidur, dapur, ruang makan dengan toilet ada dekat bahagian belakang rumah tu (rumah asal). Saya pergi lah sampai belakang dan ada sebuah bilik dekat belakang menghadap dapur. Tu bilik paling belakang dan dinding, pintu, tingkap dia pun semua kayu. Katil dia pun katil kayu tau, memang style dulu-dulu lah. Saya memang tertarik betul dgn bilik tu jadi saya decide nak tidur dalam bilik tu. Saya tidur sorang-sorang, yang lain semua tidur bahagian depan.

Malam pertama tu, cousin saya yang duduk area situ ajak keluar. Jadi nak dekat-dekat maghrib saya pun siap-siap pergi mandi semua. Dekat bumbung toilet dia macam ada 1 bahagian yang transparent jadi boleh nampak luar. Sepanjang dalam toilet tu, memang rasa tak sedap hati. Rasa macam ada orang perhati tapi tu mungkin perasaan jer kan. Bila keluar toilet, nak masuk bilik kena lalu dapur. Meremang bulu roma dan suasana dapur tu memang nampak suram sangat-sangat jadi cepat-cepat jalan masuk bilik, tak toleh kiri kanan dah.

Malam tu lepas balik jalan-j dengan cousin, pergi lah toilet nak berus gigi, ambik wudhu, siapsiap nak tidur. Dekat bumbung tertiba ada bunyi bising. Macam ada orang berlari atas bumbung, macam ada kucing bergaduh, macam ada benda bergolek. Toilet tu dah lah boleh nampak luar, risau jugak tertiba ada pulak yang menjengah. Jadi saya tunduk jer sampai lah siap semua. Malam tu ok jer tidur tapi rasa macam ada orang baring sekali dekat sebelah. Bila bukak mata, takde apa-apa pun. Bunyi bising dekat bumbung tu still ada tau sampai pagi.

Hari ke 2, tengahari sampai petang kitaorang pergi majlis kawin cousin jadi memang tak duduk dalam rumah tu. Tapi rasa pelik sebab pak cik tiba-tiba tanya “ok homestay tu? boleh tidur tak?”. Makin rasa tak sedap hati lah. Kami balik homestay tu time asar. Kakak dengan adik saya berebut nak mandi dulu. Siap suruh teman, sorang mandi sorang lagi tunggu luar. Diorang cakap tak nak mandi lambat-lambat, sementara tengah terang lagi ni. Diorang dah terkena apa-apa ke?

Nak masuk jer waktu maghrib, bunyi bising dekat bumbung tu ada balik. Memang kuat, rasa macam boleh bolos bumbung tu kalau tu betul-betul orang. Saya buat-buat tak tahu dan siap-siap solat maghrib dan kami keluar pergi makan malam. Masa tu family saya tak nak cerita lagi pasal bising-bising dekat bumbung tu sebab tak nak kitaorang takut sangat.

Balik dari kedai makan tu, homestay sunyi. Takde bunyi bising-bising dekat bumbung, rasa selamat lah sikit. Masa saya masuk toilet nak berus gigi, tiba-tiba ada balik bunyi bising tu. Toilet pun tertiba ada kabus. Memang saya cepat-cepat keluar dari situ dan terus masuk bilik. Sebelum tidur, solat isyak dulu. Masa solat memang tak dapat fokus sebab nampak ada benda lalu lalang keliling bilik. Bilik tu kan dinding kayu jadi ada ruang-ruang sikit antara kayu tu. Bila bangun sujud, memang berharap sangat takde benda yang tertiba berdiri depan saya.

Dah nak tidur tu, saya main lah phone dulu, Whatsapp member dulu. Tertiba nampak dekat celah-celah dinding bilik tu ada orang melintas laju depan bilik. Banyak kali benda tu melintas. Saya cuba tahan lagi tapi dia main cakar dinding pulak. Keliling bilik tu dia cakar. Dari luar rumah pun dia cakar. Saya terus duduk dan fikir nak buat apa. Tengah fikir-fikir tu, benda tu cakar tingkap kayu sebelah saya. Entah kenapa saya diam jer tengok tingkap tu. Bila tingkap tu bergegar, saya terus lari keluar bilik dan pergi depan. Mak, ayah dan adik lelaki saya tidur dekat ruang tamu. Saya terus baring sebelah adik dan tutup muka. Masa tu semua orang dah takut sebab tengok saya. Mak dah risau tapi ayah suruh semua tidur.

Esok pagi tu masa nak balik, baru mak dengan ayah tanya kenapa saya berlari keluar bilik malam tadi. Saya cerita lah apa jadi. Adik saya yang tidur dekat ruang tamu tu cakap, lepas jer saya berlari keluar bilik, dia nampak ada lembaga masuk bilik tu tapi benda tu tunduk jer. Kakak dengan adik saya sorang lagi yang tidur bilik depan pulak, diorang cakap ada benda yang cakar dan ketuk dinding masa malam pertama stay situ.

Saya tak puas hati pasal homestay tu jadi saya soal siasat pak cik saya yang suggest tempat tu. Dia cakap dulu tu rumah anak dara tua, memang tinggal sorang-sorang sampai lah dia meninggal. Orang cakap dia pandai berubat. Dan bilik belakang yang saya tidur tu, mungkin tu bilik dia dan dia meningggal dekat situ sebab tu kawasan rumah asal dia kan. Allahu. Patut lah dia mencakar-cakar, saya dah masuk tempat dia rupanya. Orang area situ pun ada yang cakap, homestay tu ada pontianak. Pesanan untuk korang, sebelum book hotel atau homestay ke, sila lah selidik dulu.

Terima kasih jika sudi publish cerita saya dan terima kasih yang membaca.

hantar kisah anda : fiksyenshassha.com/submit

Syafiqah Kamarudin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.