Ibu Macam terkena stroke. Bersilih ganti gangguan menerpa ibuku.

Assalamualaikum semua disini saya nak cerita tentang kisah sebenar yang di alami ibu saya. Cerita ini tak menarik manapun, tapi saya saja nak berbagi cerita kepada penggemar fikshen Shasha.

Kisah ini diceritakan oleh ibu saya sendiri, sebab pada masa itu saya masih kecil lagi. Ibu saya termasuk wanita pekerja keras bukan sebab ayah saya tak bekerja, tapi sebab kami hidup sederhana dengan 6 orang adik beradik yang belum ada akal lagi.

Cerita bermula ketika ibu tolong ayah kerja, iaitu angkat buah niur dari dalam parit di lemparkan ke atas, maksud nya niur itu dari kebun kami yang di darat di hanyutkan ke Kuala supaya kapal senang nak angkut antar ke bos.

Hari itu ibu rasa badan dia rasa berat, lain macam. Ibu tak bagi tau ayah masa tu, kemudian lepas sampai dirumah ibu rasa badan tak dapat gerak, cakap pun tak boleh, badan Still lemah.

Esok hari nya Korang tau tak apa jadi?
Mulut ibu aku pindah ke kiri, macam orang stroke aku rasa Korang fahamlahkan. Mata ibu tak dapat melihat. Ayah apalagilah yelahkan anak semua kecik lagi.
Masa tu ayah pegi rumah orang pandai, akupun tak tau nak artikan orang tua tu apa, maybe dukun, tapi entahlah semacam orang sakti juga.

Lepas orang pandai tu tenung wajah ibu aku, dia cakap ibu aku tak sengaja ganggu hantu masa dalam air . Sebab tu hantu tu hinggap dekat badan ibu aku.

Lepas masa perubatan sebulan lepas Alhamdulillah ibu aku dapat di pulihkan walaupun tak sepenuh nye.

Semenjak kejadian puluhan tahun lepas sampai sekarang ibu aku tak boleh kene tinggal Sorang Sorang, kerap kene ganggu macam2 mahluk. Yela tempat kami mana ada ustad yang pandai perubatan Islam.

Ada suatu hari ibu aku ni rasa kain kain dia dalam almari semua hilang , lagi satu pinggan mangkok semua hilang, and ibu aku kerap sakit kepala tiap petang, so ABG aku jemputlah tok aji yang dapat pulihkan ibu. Tok aji tu cakap kain and pinggan mangkok tu orang bunian yang ambik, and nak bekawan dengan ibu aku. Tak berakhir sampai situ,
Hari terakhir Ramadhan 2022 ibu aku macam biasa petang petang dia mesti turun tanah keliling rumah, yela sebab ibu aku ni suka tanam tanam sayur n buah buahan, jadi konon nya nak petik sayur untuk makan malam.


Masa tu aku tengah busy nak siapkan buka puasa nak masak lagi, tiba tiba ABG aku jerit dia nampak ibu aku tumbang dalam semak, bukan semak rumput yer, pekarangan rumah aku ni memang semak dengan tanaman. Banyak pokok tinggi2, jadi nampak gelap.
Lepas ABG aku jerit tu kiteorang langsung la kejar ibu, masa tu ibu aku dah pengsan. Lepas bangun dari pengsan ibu cakap dia sakit perut yang amat sangat, menangis meraung tak kenal dengan kami, lepastu dia cakap banyak nya semut dekat badan dia.
Satu rumah gelabah, lepastu ABG aku jemput tok aji yg pernah rawat ibu aku Mase kene ganggu hantu bunian, tok aji tu cakap Mak aku kene gangguan, tak taulah hantu Mane lagi yang ganggu ibu.


Sejak kisah 20 tahun lepas Sampai sekarang ibu tak pernah sihat, selalu kene kacau hantu. Mata dia pun rabun sejak diganggu hantu parit tu.

Terime kasih semue yang Telah Sudi baca cerita saya.
Maaf jika banyak kesalahan dalam bahasa dan tulisan sebab saya dari Indonesia 🙏🙏

Nindy

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 51 Average: 3.6]

2 thoughts on “Ibu Macam terkena stroke. Bersilih ganti gangguan menerpa ibuku.”

  1. assalam..solat 5 waktu dan mengaji jgn tinggal..cek kat doktor kalau ada kencing manis,d***h tinggi dan kolesterol..ini penting bila dah tua lagilah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.