Hostel

Assalamualaikum adan salam sejahtera semua… Terima kasih dekat admin sebab sudi siarakan cerita aku yang membosankan ni.

Ok, kisah aku masa ni aku tengah study kat johor. Masa sem 1 aku dok kat hostel tempat aku belajar ni. 1 bilik ada 2 orang dan roommate aku ni dari kl.. Masa mula mula masuk aku tak de kene kacau pun…takat dengar bunyi orang alih barang malam malam je.. Aku malas nak ambek port sangat pasal bunyi tu..sampai satu hari ni lecture nak buat kelas malam.

Time ni kitorang pergi kelas ramai ramai ngan budak laki sekali sebab jalan nak pergi kelas memang gelap.. Laluan pejalan kaki memang tak dihidupkan lampu.. Oh lupe nak bagi tau..kat tempat aku belajar ni memang keras sikit..maklumlah tempat lama.. Pihak atasan tempat aku belajar bagi kelonggaran kat security guard untuk tak buat rondaan waktu malam hari. Sebab confirm akan terserempak/kacau dengan bende bende tu punya la.. So diorang hanya akan buat rondaan pada pukul 12 malam je..pastikan tak ada pelajar kat kelas lepas pukul 12 malam..

Sebab kitorang ni selalu buat kelas malam..untuk guna bengkel, atau ada nak setup even. Sebab kitorang ni student kemahiran..so memang semua buat sendiri la…lecture bagi tajuk je.. Yang lain pandai hidup la nak settelakn tugas

Time dalam perjalanan ke kelas tu ada sorang budak laki ni kononnye menyorok kat belakang bunga sebab nak takotkan budak budak perempuan.. Time aku lalu tempat tu dari jauh aku nampak bunga gerak gerak macam ada orang..so aku tak terkejut la.. Tapi kawan aku yang lain ada yang tengah syok borak memang terkejut la diorang tibe tibe kene sergah..

Suasana bising sekejap..start dari situ aku perasan ada sesuatu follow kitorang dari belakang.. Aku rasa macan ada budak kecik follow tapi aku tak toleh..aku buat tak tau je jalan terus masuk kelas..buat buat tak nampak je..

Lepas habis kelas, ada kawan aku yang pergi ke kantin nak beli kunyah kunyah la..aku lak terus balik lepas letak barang kat bilik ambek segala macam assignment aku terus pergi bilik kawan aku.. Lepas siap assignment dalam pukul 1 pagi aku balik bilik aku semuala nak tido kan..bilik aku 1 aras je ngan bilik kawan aku ni..masa tu ada sorang dua je yang tengah buat assignment kat luar bilik.. Bagunan hostel aku ni khas untuk student art.. Ada fesen, grafik, dan industrial.. Aku student industrial

Dalam perjalanan nak balik bilik aku ni aku rasa ada budak tu follow belakang aku..aku cakap dalam hati ‘haisss..dia follow aku sampai balik bilik ke.. Aku da berlakon buat tak nampak dia da..hais..lantak la janji ko tak kacau aku da la..malas aku nak layan’

Lepas masuk bilik aku pun kemas semua barang aku tadi.. Tibe tiba rasa macam nak pi tandas la..kacau…disebabkan aku tengok roommate aku tido lena da..tak sampai hati aku nak bising bising..so aku bergerak dengan keadaan slow bagi tak keluar bunyi.. Tandas ngan bilik aku tak jauh pun, sebelah kiri bilik aku bilik kosong..diorang buat bilik patri tapi tak ada orang pakai pun.

Sebelah bilik kosong tu tempat sidai baju. Sebelahnye bilik cuci pakaian then baru tandas. Sunyi sepi je time tu..takot? Ada terdetik gak..tapi tak kan aku nak tahan kencing sampai pagi kot kan? Silap silap terkencing time tido pulak nanti. So aku cekalkan hati je.. Tak de apa apa pun jafi masa aku pergi tandas tu..

Masa masuk bilik semula aku sidai tuala membelakangkan kawan aku yang tido tau.. Time ni aku perasan macam kawan aku ni ter bagun. Macam orang dari baring terus terduduk kan boleh rasa dia bergerak..

Aku da rasa bersalah gak takot kawan aku teganggu sebab aku bising ke.. Aku terus la pandang kawan aku nak mintak maaf. Sekali kawan aku tengah syok tido weiiii..tak terkuik pun dia..posisi dia masih sama sebelum aku pergi tandas tadi..tiba tiba aku nampak almari kawan aku ni macam terbuka sikit..macam ada orang tolak dari dalam.

Sebab roommate aku ni memang tak suka tutup pintu almari dia.. Dalam hati aku cakap ‘ahhhh dia da start la tu nak kacau aku pulak..baik aku cepat cepat tido’ aku terus baring kat katil aku terus tido..sebelum tido aku baca doa dulu..

Masa tengah syok tido tiba tiba aku rasa macam ada orang sentuh kaki aku..so aku nak bagun tengok tapi badan aku tak boleh bergerak..rasa berat je badan ni.. So aku agak aku kene tindih.. Aku nak jerit panghil kawan aku tapi tak keluar suara..so aku pun baca alfatihah ngan sebuat Allah huakbar dalam hati sambil lawan benda tu..tengah aku lawan tu tiba tiba rasa macam kene tarik weii.. Terkejut aku..nak jerit x boleh nak gerak tak boleh tapi aku jeling hujung kaki aku..nampak ada budak tengah tarik kaki aku..dia senyum je pandang aku.

Aku nampak jelas muka dia.. Dia budak lagi..dalam 5 ke 6 tahun.. Rambut dia lurus sampai bawah bahu..muke ada macam kesan lebam sikit Dia tersenyum kat aku..lepas tu dia terus hilang..aku rasa macam krik krik gak la..sebab selalu nampak je hari ni kene kacau lak..adoii… Rasa macam lambat loading je otak ni..ya la tengah penat weii..ngantok tiba dia ajak main pulak..alahaiiii

Esoknye aku cerita kat kawan kelas aku ngan lecture aku yang buat kelas malam tu..dia bagi tau kat tempat aku belajar ni memang keras..nak nak bagunan kos aku tu..memang tempat dia. Kalau malam malam pc terbuka sendiri memang da biasa…nasib la hantu tu tak main mesin mesin kat bengkel.. Lecture aku kata lagi kat bagunan seni ada langsuir dan pontianak.. Tapi yang kacau aku semalam tu bukan bagunan aku punya.. Tu bagunan lain punya..agaknye dia tau aku boleh rasa kehadiran dia..tu dia nak ajak aku main tu.

Tak lama lepas tu roommate aku ni dia berhenti sebab dapat tawaran masuk u..so aku dalam bilik sorang sorang wei..kalau ada kelas balik malam confirm aku akan buka lampu awal awal..sebab takot kalau balik nanti gelap entah apa apa aku nampak..sejak hari tu kadang kadang aku dengar bunyi guli, nampak ada bayang hitam masuk bilik kawan lain..yang tinggi ada. Yang jalan super laju ada.. Tapi da tak de yang kacau aku la..

Sepanjang aku stay kat hostel tak ada kes rasuk ke histeria ke.. Aman damai je..takat kacau hitu gitu je la.. Bila next sem kitorang semua stay rumah sewe sebab hostel tuk budak budak baru..haaa time ni agak seram sikit.. Tiap tiap malam ada kes histeria kat hostel..laki perempuan mesti ada yang kena histeria.. Budak laki kelas aku ada sorang jadi fesi kat hostel..soalan wajib tiap kali masuk kelas diorang akan tanya ‘wei, malam tadi ada yang jerit tak?’

Nanti ada masa aku cerita lagi..byee…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Liana
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.