Hostel IPT

Assalamualaikum guys. Hope korang sihat and stay at home je okay musim-musim COVID-19 ni. Jaga kesihatan ya semua. Korang masih ingat aku lagi kan (nama aku Fiey, in case korang tak ingat hehe). Okay, kali ni aku nak cerita pengalaman aku kena ganggu dekat hostel masa aku study diploma dekat satu IPT dulu. Maaf aku terpaksa rahsiakan nama IPT tapi IPT tu dekat Selangor. Ada beberapa kisah yang kena dekat aku tapi aku akan cerita kisah aku semasa berada di semester 1.

Okay sebelum aku start, aku bagi figure sikit macam mana rupa bilik aku ini. Hostel kitaorang ni jenis kena share toilet. Maksud aku, 1 toilet share 2 bilik. Macam bilik sebelah-sebelah tapi toilet tu perantaraan antara bilik kau dengan jiran bilik kau. Rupa dalam bilik tu pula, buka je pintu terus nampak katil single. Meja study kitaorang menghadap tingkap dan bersebelahan ruang sidai kain, toilet dekat dengan pintu masuk. Jadi masa ni aku tidur berhadapan dengan pintu toilet dan pintu masuk bilik. Oh ya, bilik aku buka jenis katil double decker, ada certain bilik je tapikatil double decker tub oleh je nak buka jadi single bed. Btw dalam bilik aku ada 3 termasuk aku dan toiletmate kitaorang 2 orang je.

Bilik kitaorang ni berhadapan dengan bilik tv yang mana bilik tu dah lama tak pakai which mean bilik tu sentiasa gelap. Yang menambahkan keseraman tu bila setiap kali aku keluar bilik mesti akan terpandang bilik tu sebab pintu bilik tu sentiasa terbuka sikit, tak kisah waktu bila pun akan tetap seram sebab gelap je dalam tu. Oh bilik kitaorang ni dekat dengan rumah warden dan tangga tapi kawasan bilik aku ni sentiasa sunyi sebab 2 bilik je yang diguna pakai masa tu (bilik aku dan toiletmate) dan bilik kitaorang ni ganjil sebab terpisah dengan orang lain. Well tingkat 2 sampai 4 yang sama bahagian dengan kitaorang still riuh sebab 4 bilik yang diguna pakai. Okay back to the story.

Nak dijadikan cerita selama 2 bulan aku stay dekat hostel tu takda apa-apa yang jadi dekat aku. Tapi aku ada dengar senior-senior cerita ada yang kena histeria lah, kena kacau lah, macam-macam lagi. Dan yang paling famous, bila kau study lewat malam seorang diri tak kisah lah roommate dah tidur ke roommate takda dekat bilik ke mesti kena kacau. Part kena histeria tu aku pelik sebab masa benda tu berlaku, aku dah masuk study dalam 2 bulan lebih tapi aku tak dengar apa-apa pun. Aku pun tanya lah housemate aku Siti (bukan nama sebenar) kenapa dekat bilik kitaorang takda dengar apa-apa rupa-rupanya bilik kitaorang tu dah dipagar, sebab tu apa yang jadi luar bilik kitaorang tak dengar apa-apa. Masuk bulan ke-3, aku start kena kacau sebab Siti cakap bilik ni pagar dia dah hancur maksudnya ada orang yang bawa masuk “benda” tu. Aku dah pelik macam mana boleh hancur sampai lah aku teringat satu kejadian.

Satu hari tu, Aminah (classmate aku & bukan nama sebenar) ni kaki dia terseliuh sebab jatuh tangga bas jadi dia tak boleh nak jalan sangat. Kebetulan masa aku sem 1 ni, bilik aku tingkat 1 and bilik Aminah ni tingkat 3. Disebabkan aku kesian dengan dia aku tumpangkan lah dia tidur dekat bilik aku dalam beberapa hari tapi dia tidur dekat atas katil aku lah. Okay Aminah ni jenis lemah semangat jadi senanglah kalau “benda” tu nak masuk dalam badan dia atau bertenggek dekat dia dan aku tak tahu pun yang dia ni lemah semangat sebab dia tak bagitahu sampai lah dia kena kacau baru cerita dekat aku.

Jadi mulalah hari pertama dia tumpang bilik aku dah start ada gangguan kecil. Tapi bukan aku yang kena, Aminah ni yang kena. Malam tu roommate aku Siti dengan Nur (bukan nama sebenar) tidur bilik kawan diorang tinggal lah aku berdua dengan Aminah. Aku tengah sedap tidur tiba-tiba Aminah ni marah aku dengan berkata:

Aminah: Kau ketuk-ketuk apa Fiey? Tidur lah aduh
Aku: *bangun dengan muka terkejut dan pelik* Ha? Ketuk? Aku ketuk apa?
Aminah: Kau ketuk-ketuk besi katil ni kan? Lepastu tanya lagi *dengan muka bengang*
Aku: Bila masa pula aku ketuk katil ni? Aku elok je tidur ni ha. Tangan aku pun dekat tepi
aku. Apa kau merepek ni? Kau mengigau ke apa?
Aminah: Mengigau apa nya? Kuat doh ketukan besi katil ni takkan kau tak dengar?
*masa ni aku dah start fikir lain dan cuba untuk tenangkan Aminah*
Aku: Aku tak dengar apa-apa pun. Dah lah takda apa tu. Mungkin barang Siti ke yang dia
sangkut dekat katil dia.

Jadi, Kitaorang pun sambung tidur. Esok pagi tu ada class tapi Aminah aku pergi sebab MC jadi aku lah siap seorang. Aminah pun tak bangun lagi masa ni. Class aku sampai tengahari je jadi masa aku otw balik aku beli lah nasi untuk makan tengahari tapi aku beli sekali untuk Aminah. Sampai bilik tu aku buat apa yang patut dulu then baru makan sekali dengan Aminah. Masa tengah makan tu aku petik pasal malam semalam. Aminah pun cerita la dekat aku apa yang dia dengar malam tu. Katanya dengar bunyi ketukan katil besi tu TING! TING! TING! 3 kali lepastu diam tak sampai seminit bunyi lagi dan makin kuat. Aku pelik sebab aku tak dengar apa-apa. Jadi, ikut logik kepala aku, “oh mungkin dia nak kacau Aminah je kot, sebab sebelum ni nak kacau kitaorang tak boleh ada pagar”.

Dalam 3 hari selepas kejadian tu, Aminah dah tidur bilik dia balik tapi gangguan tu masih ada lagi di mana aku orang yang paling banyak kena. Aku ni sejenis selalu tidur lambat sebab ada masalah tidur. First time aku kena sepanjang aku dekat hostel tu, aku dengar bunyi orang seret kotak luar bilik betul-betul sebelah dinding katil aku dan masa tu dalam pukul 2 pagi macam tu. Aku pelik pagi-pagi buta ni siapa pula yang angkut barang dan aku bertambah pelik sebab aku keluar sebelum ni takda pula aku nampak kotak dekat luar bilik aku. Hm kejadian tu terus menjadi tanda tanya dalam kepala aku.

Satu benda yang ada dekat aku yang semua orang pelik dan risau adalah aku punya tahap curiosity (rasa ingin tahu) dalam diri aku ni teramat lah tinggi memang tahap tak boleh bendung. Kenapa aku cakap risau, sebab dia ada dekat sambungan cerita ni. Malam pertama diganggu dah pun selesai. Masuk malam kedua, aku tidur berdua dalam bilik dengan Nur. Tengah lena tidur tiba-tiba aku dengar bunyi orang masuk toilet, aku buka mata nak tengok Nur ada ke tak, yes Nur ada dekat sebelah aku. Aku pun sambung tidur dengan fikir positif “oh toiletmate tu masuk”. Tak sampai seminit aku teringat yang toiletmate aku 2 orang tu takda dekat bilik. Aku dah start tak selesa nak tidur ke kanan ke kiri tapi masih fikir positif walaupun dah tahu.

Around pukul 3:30 pagi, aku terjaga nak pergi toilet. Aku bangun masuk toilet, guess what. LANTAI TOILET TU KERING KONTANG!!! Mata aku dah terbeliak, dalam otak fikir nak masuk toilet ke tak tapi sebab dah hujung sangat, aku pun bedal lah masuk. Lepas keluar toilet tu nak basuh tangan, aku terasa macam ada yang sedang perhatikan aku dari tingkat toilet dan pintu toiletmate aku. Ekor mata aku perasan yang pintu toiletmate aku tu terbuka sikit padahal masa aku masuk toilet tadi pint utu tertutup rapat je. Oh ya, pintu yang aku maksudkan ni pintu nak ke toilet which is sebelah aku je tapi dari bilik toiletmate aku.

Lepastu aku pun sambung lah tidur balik macam takda apa pun yang berlaku. Esok pagi tu aku terserempak dengan Faz (bukan nama sebenar dan salah seorang toiletmate aku), aku pun tanya lah semalam ada tak antara korang yang balik bilik or suruh member ambil barang ke dekat bilik, Faz cakap takda sebab semalam diorang stay luar hostel. Makanya aku pun senyum dan berlalu pergi sebab nak pergi class takut lambat. Dalam aku otw nak pergi class tu, aku terfikirkan kejadian semalam tu dan mulalah timbul tanda tanya lagi sekali dalam kepala aku ni.

Selang 2 hari selepas kejadian toilet tu, aku ingat dah takda gangguan sebab dah 2 hari “dia” tak ganggu sayangnya sangkaan aku salah. Satu petang tu aku balik dari class, buat apa yang patut dulu lepastu baru aku buat assignment aku. Petang kan panas, jadi aku buka lah tingkap dan pintu laundry sebelah meja aku. Takda angin, cuaca panas tiba-tiba ada satu hembusan angin yang sangat kuat datang dari luar. Aku pandang baju yang tersidai dekat luar, satu baju pun tak bergoyang. Aku dah pelik mana datang angin ni. Malas nak fikir punya pasal aku sambung buat assignment. Tengah leka buat, aku dengar bunyi orang buka pintu toilet, bila aku pusing takda. Bunyi tu kuat seolah-olah datang dari bilik aku. Nak kata toiletmate tak juga sebab aku nampak diorang dekat café. Jadi, siapa yang buka pintu toilet tadi tu? Masa ni aku dah tak heran sebab nak buat assignment lepastu “dia” asyik main pintu toilet je, so aku malas nak layan.

Sampai lah malam tu, aku tidur seorang je dalam bilik di mana toiletmate dan roommate aku takda. Malam tu aku tidur lambat macam biasa lah and esok tu pun class aku lambat. Aku pun macam biasa pukul 9 macam tu call mak aku, ber-whatsapp dengan family aku and member aku. Around pukul 12 macam tu aku dah stop whatsapp apa semua aku tengok youtube sebab aku tak berapa gemar tengok Instagram. Tengah leka tengok youtube, aku terdengar lagi sekali bunyi seretan kotak dekat luar bilik aku. Kali ni bunyi dia kuat sikit macam kotak tu di seret atas jalan raya. Lama lah juga bunyi tu dalam 5 minit macam tu. Walaupun masa tu aku pakai earphone pun bunyi tu still dengar jelas. Aku dah bengang sangat sebab kacau aku nak tengok youtube, aku pun bangun and keluar bilik nak tengok, yelah mana tahu senior ke yang buat bising kan.

Tapi bila aku keluar tu takda orang pun. Sunyi sepi je, hanya lampu yang menemani sepi malam tu. Aku taknak buat apa aku masuk bilik semula dan sambung tengok youtube. Oh ya masa aku tengok youtube tu bilik aku semua dah gelap. Jadi dalam 15 minit aku sambung aku terdengar suara orang bercakap dekat bahagian sidai kain. Aku dah pelik bila masa toiletmate aku ni balik sedangkan dia tak tidur hostel malam tu. Aku bangun pergi check tempat sidai kain tu tapi takda orang cumanya yang buat aku pelik mana pergi semua baju yang toiletmate aku sidai? Masa aku sidai baju dalam pukul 10 lebih macam tu baju toiletmate aku ada tapi bila aku keluar nak check tetiba baju tu takda. Aku ketuk pintu bilik toiletmate aku tapi takda orang yang menyahut.

Lepas tu aku buat tak tahu dan sambung tengok youtube sampai lah aku mengantuk. Dalam pukul 2 lebih macam tu aku tidur. Tengah-tengah lena tidur aku terjaga sebab aku rasa tak sedap hati. Masa ni aku buka kipas kelajuan tahap 3 je sebab malam tu sejuk, tapia pa yang buatkan aku tak sedap hati sebab aku rasa ada angin yang bertiup dengan kuat dalam bilik aku. Korang mesti boleh agak kan angin dari kipas dengan angin dari luar macam mana feel dia, yes aku rasa lain macam angin yang bertiup tu, sejuk sangat-sangat.

Nak kata tingkap tak tutup, aku dah tutup lama dah. Nak kata pintu laundry tu tak tutup rapat tak juga sebab aku dah siap kunci. Pintu toilet pun tertutup rapat. Hm, mulalah timbul tanda tanya yang entah keberapa kali. Tapi sebabkan aku mengantuk jadi aku bedal je lah tidur balik. Tak lama lepas tu aku terdengar bunyi macam orang terlanggar meja. DUMMMM!!!!! Bunyi tu tak kuat tak perlahan tapi cukup untuk buat aku terjaga. Guess what guys. Aku buka je mata, aku terpandang ke arah almari yang dekatnya dengan katil aku 1 meter je, ada satu lembaga hitam yang tinggi dan besar berdiri dekat hujung almari berdekatan dengan meja study aku. Masa ni aku dah berdebar gila apa lagi aku tutup lah mata serapat yang mungkin.

Lepas dalam 5 minit selepas tu aku buka balik mata nak tengok lembaga tu ada lagi ke tak, well Alhamdulillah Lembaga tu dah takda dekat situ rasa lega sikit lah. Masalahnya lega tu tak sampai seminit dah hilang sebab aku terpandang atas almari aku, DIA BERTENGGEK ATAS ALMARI!!!! Subhanallah, aku dah tak tahu nak buat apa, nak baca ayat suci al-Quran satu pun tak ingat. “Benda” tu bertenggek betul-betul menghadap aku, tapi aku cuba chill kan diri sendiri sebab aku tak nampak muka dia walaupun tak chill juga. Last-last aku pejam mata sebab takut sampai pagi, nasib baik aku tak terlajak bangun Subuh. Lepas dari kejadian tu Alhamdulillah gangguan-gangguan yang agak kasar tu dah takda just kecil-kecil je.

Jadi guys, tulah pengalaman aku kena ganggu masa zaman study diploma dulu waktu aku berada di sem 1. Kalau nak cerita lagi gangguan lain, banyak sangat kan takut korang boring baca panjang-panjang, jadi untuk pengalaman aku kena ganggu masa sem 2 aku akan ceritakan lain kali okay. Terima kasih sebab sudi baca cerita aku yang agak panjang lebar kali ni. Pengajaran, kalau dah tinggal seorang je dalam bilik tu, tidurlah bilik member sebab anything can happen yang kita tak jangka. See you in the next story, bye Assalamualaikum. Peace out 😊

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fiey

2 thoughts on “Hostel IPT”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.