Hostel vs rumah sewa

Assalamualaikum semua..thanks admin sebab siarkan cerita aku last time. Terima kasih dekat semua jugak sebab sudi baca…aku tak reti nak karang cerita..kalau ada yang korang tak faham boleh komen ya .. Sorry semua korang mesti bosankan baca cerita aku je..aku baru je join fs ni masa pkp bulan 3 hari tu..jadi silent reader je..kali ni sebab aku bosan sangat pkpb kat selangor tak abis abis so aku share sikit sikit pasal pengalaman aku..

Ok sebelum tu aku nak kenalkan diri aku dulu…nama aku liana (tak boleh bagi nama penuh..nanti kantoi kawan aku ramai dalam fs ni… malu kalau kawan aku tau).. Cerita hostel ni berlaku dalam 6 ke 7 tahun lepas. Dan kali ni aku mohon tukar tajuk cerita aku dari “hostel”( https://www.facebook.com/210245742651319/posts/1327373197605229/ ) ke “hostel vs rumah sewa” sebab dua dua cerita ada berkaitan sikit..aku ni bukan seorang yang dikurniakan hijab untuk nampak mahluk Allah pun sebenarnya..cuma kadang kala ada la ternampak sikit sikit..selalunya aku dapat rasa kehadiaran dia je..

Ok da penat bebel da..kita sambung cerita.. Yang ni cerita masa aku sem 2..aku stay rumah sewa dengan akak senior..1 rumah ada 8 orang, 6 orang akak senior , lagi sorang tu kawan sekelas dengan aku. Sebelum masuk rumah sewa tu akak senior ni da kata rumah ni agak keras sikit.. Tapi sepanjang diorang stay rumah tu tak de la selalu kena kacau..ada sorang dua je yang kena.

Ni kisah akak senior nama dia Juu.. Akak juu ni dia agak kuat semangat jugak orang nya.. Kak juu ni kalau hujung minggu dia suka balik kampung sebab kampung dia dekat je..kat mersing.. Akak senior yang lain lak diorang suka jalan jalan keluar pagi balik malam..

Aku cerita plan rumah aku dulu bagi korang faham…rumah aku ni ada 3 bilik.. 1 bilik kat tingkat bawah, 2 bilik kat tingkat atas.. Korang buka je pintu masuk terus jumpa ruang tamu dan tangga ke tingkat atas, dekat ruang dapur ada 1 bilik and 1 tandas.

Kat tingkat dua pulak, dari tangga akan lalu master room dengan bilik yang ke 3..berhadapan dengan tangga ada 1 lagi tandas (rumah sewa aku ni kecik je).. Ok sambung cerita

Aku stay kat bilik master room.. Ada 3 orang.. Sebelah bilik akak senior 3 orang jugak..yang kat bilik tingkat 1, 2 orang sebab bilik tu kecik.. Cita ni berlaku masa cuti sem, aku dengan 2 kawan sebilik dengan aku ni da balik kampung awal awal da.. akak senior yang lain tak balik kampung.. Sebab nak jimat duit dan assignment diorang ada banyak.. nak di jadikan cerita bilik aku ni da kosong la kan..

Haaa masa ni kak juu belum balik kampung lagi sebab malas nak drive, Esok baru dia balik kampung.. Kak juu duduk la kat rumah sorang sorang sebab yang lain keluar..masa kak lala kat tandas tingkat atas tengah cuci muka… Dia tak tutup pintu tandas ya la dia just cuci muka je ..time tengah cuci muka ni dia nampak ada lembaga hitam keluar dari bilik aku turun ke tangga..dia pun macam terkedu la..yala bilik aku kan kosong time ni.. Siapa yang keluar dari master room tu??? Jeng jeng jeng..terus la kak juu masuk bilik tido.. Malam tu kak juu ada dengar gak la bunyi orang mengilai bagai..tapi dia ignore je..

Sebenarnya kak juu ni selalu kene kacau..tapi sebab aku nak ringkaskan cerita kasi korang faham aku skip mana mana yang aku rasa tak penting… Contohnya kak juu trrdengar orang mengilai atau bunyi pintu terbuka tertutup..

Ok part seterusnya ni aku pula kene kacau..ada 1 petang ni akak akak senior semua ni tengah masak diorang panggil aku join makan sekali..aku kata jap nak kemas barang sat…masa aku tengah kemas barang ni aku rasa macam kelibat lalu dari kiri ke tingkap sebelah kanan aku..laju weii dia jalan.. Tapi dia tak jalan kat depan aku..dia jalan kat belakang aku..macam mana aku perasan dia jalan? Sebab kat kiri aku ada tilam ngan bantal..pastu belakang aku ada almari kain yang berzip tuu..pastu kat tingkap ada langsir. Jadi bila ada orang lalu kita akan terasa angin dan ada sedikit pergerakan kat tilam, almari kain dan langsir..

Time ni aku da rasa tak sedap da…aku cepat cepat turun..seram..malam tu masa nak tido aku rasa seolah olah diperhatikan..tapi aku buat tak tau je la..malas nak layan sangat..aku tak nampak bende tu..tapi aku agak je..yang kacau aku ni perempuan tua..muka dia hodoh wei..macam muka orang kene bakar..jalan bongkok bongkok..aku rasa dia ni penjaga rumah ni..atau dia tumpang tinggal kat rumah ni gak

Haaaa kat kisah aku sebelum ni aku ada mention kat hostel tempat aku belajar ada orang histeria kan??? Jeng jeng jeng…the next sem (aku sem 3) aku stay ngan junior lak (dak dak sem 2) dannnn ada di antara budak junior ni la penyebab histeria berlaku kat hostel sampaikan tiap tiap malam mesti akan ada yang menjerit…

Aku kenal junior aku ni dari wataniah..aku dulu aktif wataniah.. Jadi aku tanye la budak junior ada nak cari rumah sewe tak..sebab ya la next sem akak senior rumah aku semua da habis study..so tinggal 2 orang je rumah tu.. So ada sorang senior aku ni dia kata dia tengah cari rumah sewe gak..tapi ada kawan dia yang lain..dalam 7 orang..so aku kata ok je la..9 orang tak la ramai sangat pun kan..hahaha

Disebab kan junior baru ni diorang bawak banyak bag barang..so kitorang setuju untuk jadikan bilik sebelah master room tu sebagai bilik simpan barang..so tak la sesak sangat rumah ni.. Dalam master room ada 4 orang.. Bilik bawah pulak ada aku ngan kawan kelas aku…yang lagi 4 orang ni diorang kata nak tido kat ruang tamu je.. So kitorang pun ok je la..

Junior aku yang tido kat ruang tamu ni diorang sukaaaaa sangat cerita hantu atau tengok cerita hantu.. 3 hari masuk sem baru tiba la bulan ramadhan..dan time bulan ramadhan ni la aku start kene ganggu…setiap malam aku tido mesti akan ada yang tindih aku..masa kali pertama aku kene tindih aku nampak jelas muka hantu tu… Hantu perempuan yang kacau aku dulu.. Time ni memang ngeri wei..muka dia macam marah kat aku..dia macam nak gigit aku..aku nampak gigi dia tajam tajam..aku try nak kejutkan member sebelah aku..tapi tak dapat nak gerak..aku tengok member aku pun macam nyenyak je tido..

Esok nya lepas sahur aku terus tak berani nak sambung tido..seram muka dia..sampai sekarang aku ingat.. Aku cerita kat member satu bilik apa yang jadi kat aku then roommate aku kata dia sedar malam tadi..nampak aku macam meronta ronta..tapi dia kata dia tak pasti aku tido ke tak sebab gelap kan.. Dia ingat aku ngigau je..so dia pun sambung tido laa..hampeh

Haaaaaa start dari hari tu aku kene kacau sampai laaaa aku depress takot nak tido malam.. Kalau balik kampung pun aku takot tido malam gak..aku dapat rasakan ada benda ikot aku kemana aku pergi..tapi aku tak cerita kat sapa sapa hal ni..aku pendam..

Nanti aku sambung k..da juling mata korang baca cerita aku …daaaaa..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Liana
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.