Hotel Di Sarawak

Assalamualaikum FS readers. Ini first time aku tulis cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri di sebuah hotel dalam bandar Kuching, Sarawak. Okay aku mulakan, nama aku Anna. nak dijadikan cerita, pada mulanya, aunty aku call suruh aku bersiap nak gi makan. Dah dia ambik aku kat rumah, dia kata nak singgah ambik kawan dia kat hotel ni.

11:00 malam. kitorang dah sampai hotel. Tapi aunty aku tak masuk carpark hotel tu. Yelah, sebab nak ambik orang je . Jadi dia letak kereta kat bahu jalan berhadapan pokok besar. Masatu, memang kereta tengah banyak yang lalu lalang ye lah malam minggu. Bermulalah kisah seram nya. Adik aku tetibe cakap dalam kereta “ada orang lah dalam tu” dia tunjuk lepastu dia ketawa. Dia just begurau je. Oh ya aku lupa, ballroom yang dalam hotel tu memang nampak dari roadside. Jadi aunty aku cakap “mana ada. Cafe tu dah lama dah tutup hanya ada occassion tertentu je pakai ballroom tu.” So kitorang pun diam je dalam kereta masing masing sibuk main phone, buat hal sendiri .

Sementara tunggu kawan aunty aku balik kerja kan. Tiba tiba…..ada bunyi jatuh atas roof kereta. kitaorang memang terperanjat. Aku dan aunty aku tengok sesame sendiri. Lepastu mama aku cakap “bunyi apa tu? kereta kita kene langgar ke?” {epastu aku dan aunty aku begegas keluar dari kereta sebab ingatkan kereta viva yang park kat belakang ni yang langgar tapi tak! dia siap bagi signal light dan drive slow lagi masa kejadian tu berlaku. Tapi takde apa apa pun calar ke dented ke memang tak! memang sah sah kitorang dengar bunyi macam ada benda jatuh dari atas dan hempap roof kereta. Lepastu, aku tengok atas aku jerit kat aunty aku “ aunty masuk kereta sekarang cepat!!! hujan batu!!!!” memang dengan mata kepala aku sendiri yang tengah batu tengah jatuh jatuh atas jalan. Aku pun masuk kereta lepas tu akucakap kat aunty aku suruh keluar dari kawasan ni.

Dah kitorang keluar dari kawasan tu, mama aku cakap mana ada hujan batu ni. kakak (aku) salah tengok kot” jadi aunty aku jawab “iye kak long, ina sendiri yang tengok batu jatuh bertaburan atas jalan tadi” lepastu aunty patah balik ke perkarangan hotel tersebut. Kawan aunty aku baru balik dan masuk kereta. then dia tanyak “ kau pesal gelabah sangat ni” so aunty aku pun cerita lah dari awal. {epas tu kawan aunty aku cakap “ laa. aku yang kerja sini pun dah penah kena kacau jugak lah dengan dia tu. Dia memang macam tu suka kacau organg. Kadang2 kalau aku kat kaunter tu, dia selalu alih alih barang aku kat tempat lain. Ada satu masa tu, dia tiba tiba buat bunyi mengilai jadi aku just cakap kat dia “kau jangan kacau aku, aku ni tengah kerja cari rezeki lepastu benda tu diam.” then kitorang borak cerita lain. Lepastu hantar kawan aunty aku balik rumah.

kitorang singgah lepak mcdonalds then tetiba mama aku cakap “ aku masih teringat lah benda yang jadi kat dalam kereta tadi. Aku memang dengar benda jatuh menghempap bumbung kereta.” jadi aku jawab “takpelah ma. lagipun kan kakdek yang tegur benda dalam ballroom tu. Dia tegur kita balik lah. Mungkin jugak bukan batu yang hempap atas  bumbung tadi. Mungkin dia sendiri yang “jatuhkan” diri dia. Dan kereta viva tu tadi pun mungkin dia tengok benda tu jatuh atas roof kereta.” aku tengok muka adik aku pucat semacam. Aunty aku cakap “memang tak patutlah kita park kereta depan pokok besar tadi. Pokok besar tu pernah cuba ditebang dulu tapi malangnya tak dapat. Jadi pokok tu stay kat situ je, mungkin tu memang sarang dia gak.” mama cakap dia pernah high tea kat cafe hotel tersebut. Masa tu dah masuk maghrib, adik aku dan sepupu aku main sorok sorok. Mama aku cakap kat diorang jangan main sorok sorok nanti kena. Jadi diaorang pun dok diam je. yelah kotnye lah kena sorok macam mana lah nak cari budak budak ni dalam hotel 19 tingkat ni dah lah banyak ceruk. mama cakap kat cafe tu dia cium bau kemenyan yang kuattttttt sangat. Mungkin benda tu lalu je kot ataupun memang dah tempat dia.

Salah satu suites kat situ pun, sepupu aku pernah kena rasuk jugak sebab tengok ada satu lembaga hitam kat cermin dalam bilik mandi. Dan sampai sekarang dia tak boleh dah jejak kaki kat hotel tu kalau tak dia kena kacau lagi. Bukan tu je, benda yang menyerupai budak 5 tahun dok main tekan bell tu pun ada juga tau. Nak mintak makanan lah, nak mintak hantar balik lah. Ada bellboy hotel tu kata ada guest pernah tolong hantar dia balik. Dia bawa kat tingkat 7, tapi bila dah bukak pintu, rupa rupa nya car park hotel lama. Bertempiaran lah guests tu lari masuk lift. Diibiar je budak tu kat situ. Budak tu pun pernah datang dengan parents dia pakai pakaian serba putih bertompok merah. Dia nak kacau orang. Sampai sekarang masih jadi tanda tanya siapa yang hempap roof kereta kitorang? siapa budak kecik tu? wallahualam.

Sampai tu jela cerita aku kali ini. Sebenany banyak lagi “cerita” kat hotel tu, yang tahu je tahu. Dan da masa ku kn kongsikan lagi cerita ku… Sory kalau tak  berapa seram…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

mermaidsantaiii

4 thoughts on “Hotel Di Sarawak”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.