Hai Asslamualaikum.. kisah yaya ni, mungkin sukar untuk nak diterima akal. Tapi ia terjadi pada diri yaya sendiri semenjak umor yaya 4 tahun. Tapi jadi menjadi semakin serious selepas yaya masuk medik course di sebuah kolej swasta (Yaya taknak sebut namanya). Yaya mempunyai deria ke-6 sejak lahir iaitu boleh melihat dan mendengar bisikan dari suara ghaib atau makhlus halus.
Masa yaya di sekolah menengah, yaya selalunya akan smpai sekolah pada jam 6.45 pagi dengan keadaan pagi yang masih gelap. Yer la.. nama pun naik bas sekolah mesti la awal kan..
Selalunya yaya akan berjalan sendiri masuk ke kelas, tapi pagi tu yaya terlepas bas sekolah maka terpaksa la naik bas awam. Cuma keadaan dalam bas nampak senyap sunyi. Seperti biasa yaya akan duduk dibelakang driver bas di bahagian depan sekali. Tapi yaya jadi pelik kenapa pakcik driver bas tu selalu bercakap dan tumpuannya hanya pada yaya je? Seolah -olah tiada penumpang lain selain daripada yaya. Yaya pun melayan lah jugak sambil bas tu bergerak. Sesampainya di depan sekolah, bas berhenti dan yaya pun bayarlah tambang bas. Pakcik driver pesan supaya yaya melintas dengan cermat. Yaya pulak tanya pakcik tu, “ramai penumpang.. sekolah mana lagi pakcik nak berenti sekejap lagi?”. Muka pakcik tu mula naik hairan, “mana ada penumpang lain.. selain adik pagi ni…”. Aku mulai cemas, lalu aku menunjukkan jariku kearah semua tempat duduk yang berpenghuni itu, tetapi pakcik driver tetap ketawa dan berkata tidak kelihatan siapapun dalam bas. Disitu aku mula rasa yang aku mungkin tidak siuman.
Pelbagai kejadian aneh seperti budak yang datang berjumpa yaya dalam keadaan cemas dan pucat serta pakaiannya yang basah, dan dia meminta tolong kerana jasadnya masih tidak dijumpai di dalam sungai kerana m**i lemas. Keadaan ini membuatkan yaya berasa rimas dan kadangkala ketakutan tatkala dalam keadaan berhadas besar(period/h**d) kerana tidak boleh menyentuh atau membaca Al quran. Selepas dah tamat tingkatan 5, yaya masih dengan masalah penglihatan luarbiasa yaya ni dan juga telinga yang terlajak mendengar bisikan-bisikan lain. Yaya diterima masuk ke sebuah kolej swasta dalam bidang medik, dan yaya menjalankan praktikal di luar kampung halaman yaya. Disini sekali lagi yaya di uji, di mana yaya berkenalan dengan seorang pesakit yang telah 35 tahun m**i akibat kemalangan . “Dia”, si m**i tu seringkali bercerita dan menjaga yaya dari mula yaya start posting sampailah dah tamat. Tetapi tiada apa2 yang berlaku kerana yaya sudah biasa dengan keadaan sebegitu.
Setelah tamat belajar, yaya berjaya mendapat pekerjaan di sebuah klinik swasta di daerah perlis tidak jauh dari rumah yaya. Disini kejadian pelik mula mengganggu hidupku kembali. Oleh kerana klinik itu beroperasi 24 jam, maka kami harus bekerja secara shift, dan yaya selalu diberi shift malam. maksudnya sebelom suboh dah sampai rumah. Tetapi nasib yaya tidak selalunya baik, yaya dirasuk sehingga lupa siapa keluarga yaya, nama yaya. Yaya seolah -olahnya berada dalam dunia yaya sendiri sahaja. Adakah hanya satu ilusi atau khayalan yang diciptakan oleh roh? Sepanjang yaya tidak sedarkan diri, yaya hanya bercakap dengan roh yang tidak mahu aku sedar dari sakit yaya ni. Yaya hanya nampak family dan ustaz yang berubat yaya semua, tetapi setiap percakapan dan gerak tubuh yaya seolah-olah dirantai dan di kawal oleh seseorang. Yaya berasa sangat pelik. Sehinggalah yaya diberhentikan kerja, kerana sakit tu.
Ya Allah berat sungguh dugaan-Mu itu. Sampaikan tidur yaya pun diganggu. Yaya tidak ingat, tetapi sepanjang yaya sakit itu yaya rasa seolah-olah di tolak dari tempat yang tinggi, dan yaya selalu terkejut dan gayat. Sehinggakan yaya takut untuk pejamkan mata. Bila yaya ternampak kucing, yaya jadi takot padahal yaya memang sukakan kucing semasa sihat. Selepas yaya dah sedar dan sihat,barulah semua ini diceritakan olek adik yaya. Ustaz dan ustazah yang merawat yaya memberikan nasihat kepada mak dan abah supaya tidak menceritakan kepada yaya kerana mungkin akan membuatkan yaya teringat kembali peristiwa itu. Ustazah itu memberitahu bahawa yaya mempunyai satu kelebihan dimana dapat mendengar dan nampak roh-roh, dimana tidak semua manusia ada kebolehan itu. Dia juga memberikan doa dan ayat pelindung diri kepada yaya, dan mesti diamalkan jika ternampak atau terdengar bisikan lagi. Yaya berjaya pulih dari sakit tu, tapi banyak memory pasal tempat dan wajah makhluk yang yaya dah tak ingat.. Maaf jika yaya tidak pandai mengarang ye..
jika berkesempatan yaya akan menulis lagi…
tq admin.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
yekot ilusi…klo yaya sorg nmpk org lain xnmpk kompom la ilusi
gangguan luar atau mmg ade mslh kesihatan moden. ape2 pun better berubat kedua2nya.
Tu drebar bas coverline tu.. Dlm ati dia, aduhh budak ni main tunjuk2 plak.. Diam2 sudah la 😂