Jaket kuning

JAKET KUNING

“Aku tak hensem ke? Umur muda lagi baru 21 tahun… tinggi pun tinggi, 167cm, tegap lagi.” Aku mendabik dada.

“Sudahlah Fauzi… Noni memang tak nak dengan kau.”

“Mana kau tahu Shiro?.”

“Aku tahulah. Dah banyak kali tau orang cuba mengurat Noni tu, dia tu ada kerja, kau ada apa?.”

Masa Shiro ketawa ni aku tepuk belakang dia, tersedak mangkuk tu, banyak sangat mengumpat aku. Masa ni lah Noni tu balik kerja, berbaju jaket kuning yang selalu dipakai bersama dengan seorang kawan baik dia, Sara yang sama tinggi, sama lawa, sama segalanya.

Pendek cerita kalau dari belakang memang ingat Noni tu Sarah, Sarah tu Noni. Beriya p****g rambut pun nak sama. Berjalan lenggang lenggok masuk kawasan rumah dia.

“Phiwweett!!!!.” Aku jerit.

Dan pastinya Noni tersenyum girang. Lepastu Noni berlari anak, nasib baik tak tersadung kayu papan kat depan. Jika tidak tentu sahaja dia tertonggeng.

“Kau nampak tu?.” Aku tanya Shiro. “Dia senyum kat aku.. kau? Jangan nak berharap. Aku tetap akan dapatkan dia dan berkahwin dengan dia.”

“Sukatilah kau.” Lalu Shiro pun balik.

Kerja kitaorang memang melepak. Pendek cerita tak kerja pun. Just kacau anak dara orng masuk kampung.

Noni?

Memang paling lawa, paling cun. Nak-nak kalau dia pakai baju jaket kuning dia tu yang aku bagi, memang ikut bentuk badan. Huihhhh aku pun terliur tengok.

Tapi aku rasa Noni ni suka kat aku sebabnya? Bukan kali pertama aku tidur dengan dia. Haha!! Aku dah berkali tidur dengan dia. Dan itu lah yang tiada orang lain tahu tentang keistimewaannya

Sebulan sebelum Sara d*****h (8.20malam)

Hari ni macam biasa, aku ketuk tingkap bilik Noni. Dan masa ini Noni paling gembira, dia tengok line clear, dia bawa aku masuk rumah. Malam ni aku banyak perkara nak cerita dengan dia, apa yang penting aku nak tanya dia, mana rakaman gambar-gambar aku yang dia ambil.

“Rakaman apa Fauzi?.”

“Rakaman lah, awak selalu rakam saya setiap kali kita bersama., saya nak rakaman tu.”

“Alaaa saya nak simpan untuk diri saya lah… kalau saya rindu boleh saya tengok.” Noni buat muka miang pulaaaa

geram aku! Tapi tak apalah, sayang punya pasal.

“Fauzi, Sara, kawan baik saya tu suka dekat awak tau.” Noni mengomel, memuncung seolah merajuk.

“Awak tak cakap dengan dia ke kita ada hubungan istimewa?.”

“Mana boleh, nanti dia beritahu mak, awak tahulah mak saya tu, ingat dia nak ke saya bercinta dengan awak?.”

Masa ni aku hilang mood dah. Kenapa tak nak? Sebab aku tak kerja ke? Kah!! Memang aku tak kerja pun, dan aku kerja menghabiskan masa dengan Shiro je. Itupun kalau Shiro tu ada masa, kalau tak aku duduk rumah je lah tak buat apa. Kalau jiran sebelah beli barang cantik sikit aku curi, aku jual.

“Fauzi kalau betul sayangkan saya… kerjalah, kahwin dengan saya.”

Aku angguk jelah, tapi masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.

Malam tu sekali lagi kami tidur sama. Tapi bagi Noni seperti biasa rakaman perbuatan itu penting, aku pun tak tahu kenapa, tapi bila mengenangkan yang Noni akan tengok aku je tak pandang lelaki lain, aku pun setuju je.

7.00pagi – hari Noni pergi kerja, aku ingat aku nak ikut nak hantar, tapi aku nak buat suprise, yelah orang tak ada masa depan macam aku ni pun tetap ada perasaan.

Yes! Itu Noni!!! Aku dari jauh nampak dia jalan dengan jaket kuning yang memang menjadi perhiasan di tubuh.

Belum sempat aku panggil lagi dia, aku tengok ada sebuah kereta berhenti, lelaki! Yaaa lelaki, yang berhenti dan mengambil dia untuk ke tempat kerja.

Eh? Semalam dia boleh berasmaradana dengan aku, hari ni naik kereta dengan jantan lain? Ok aku anggap kawan untuk dia tumpang, sebab selama ini dia cakap naik bas je ke tempat kerja. Aku malas fikir buruk. Aku sayang dia, dia sayang aku. Dan petang tu aku melepak bersama Shiro dengan muka kuyu.

“Fauzi… dulu aku ada kawan macam kau, tiga kali jumaat arwah dah…”

Ya aku tahu Shiro cuba hiburkan aku tapi aku langsung tak gembira bila memikirkan yang Noni naik kereta dengan kawan dia, kawan kot. Aku cuba sedapkan hati.

“Hoi!! Apahal ni! Tak kan sebab tak dapat Noni kau bermuram durja?.”

Aku masih lagi sama, tetap tak senyum. Tapi memang tak ada siapa pun yang tahu aku bercinta dengan Noni sekarang ni, aku pandang Shiro, Shiro pandang aku. Lepastu aku cakap dengan dia aku tak ada mood dan aku nak balik. Shiro layankan je, tak ada aku pun dia boleh je hidup.

Dia Kata akulah kawan selamanya. Tipu je semua tu hawau! Kejap je aku balik, aku toleh dia dah terbahak ketawa dekat telefon dengan siapa entah

9.00malam – “Siapa tu Noni?.” Aku memang tak boleh nak kontrol. Aku memang sangat sayangkan Noni ni, dah kenapa pula dia yang nak tikam belakang aku dengan jantan lain.

“Dia kawan saya…” Noni tetap tak mengaku.

Aku terpaksa iyekan sebabnya aku tak ada bukti, lagipun kalau nak dibandingkan hidup aku dengan lelaki itu, hidup lelaki itu lagi baik.

Aku? Apa yang aku ada? Tak ada apa…

“Fauzi… saya cintakan awak selamanya, percayalah…”

Aku malas nak mengusutkan keadaan aku pun gembiralah, aku tersenyum dan malam tu aku balik sebab parents Noni ada di rumah, macam biasa Noni memberi kata-kata manis dan dia selalu cium pipi aku.

Aku memang tak boleh kalau Noni tak ada dalam hidup aku. Aku nak dia juga. Disebabkan aku tercabar dengan lelaki tadi, barulah aku ada ikhtiar untuk kerja. Kalau tak jangan harap lahhhh.

Sejak itulah aku bekerja, kerja kedai runcit biasa je. Entah kenapa aku takut sangat kehilangan Noni ni. Dan aku dah kurangkan masa untuk melepak, fokus utama aku, aku nak kawin dengan Noni secepatnya, aku ambil gaji hari supaya memudahkan aku beli barang untuk Noni. Pada masa ni entah kenapa aku fikir yang sogokan berbentuk wang itu lebih cepat untuk kita memiliki seseorang. Dan Noni bangga dengan aku, setiap kali balik kerja, dia singgah untuk tengok aku dan Sara pula? Dia sentiasa tersipu malu.

Satu hari tu aku nampak Sara balik sorang. Terkedek-kedek. Kalau dia pandang belakang, aku ingt itu Noni. Sara dan Noni memang seiras dari belakang. Banyak persamaan.

Dia orang ni berjanji ke? Yelah jogging bersama… zumba bersama… semua nak sama, nasib baik baju tak pilih sama.

“Mana Noni?.”

“Alaaaa…. kenapa cari dia?.” Sara buat muka manja.

“Sara… aku tanya mana Noni?.”

“Kau ni kan… kau ingat dia nak ke dengan kau? Dia dengan Hairi

“Hairi?.” Aku termenung, kotak air yang aku angkat tu aku letak semula. “Siapa Hairi?.”

“Pakwe dia lahhh…” Sara msih lagi buat muka gatal, ikut hati, nak aja aku sagat dengan jalan tar.

“Sara… betul-betul lah….” Aku rasa nak menangis, yelah badan sado tapi hati aku kecil. “Pakwe dia ke?.”

“Semua tempat kerja dah tahu, kau ni kenapa? Rileks lah, aku kan ada.” Satu tawaran dibuka.

Tapi aku tak nak si Sara aku nak si Noni. Masa ni aku tak ada mood aku terus letak kotak tu, aku minta balik dengan bos. Senang kan kerja aku? Sesukahati balik sesukahati datang.

Ah!! Noni dah buatkan aku marah dan bengang!.

Malam tu aku jumpa Noni, dan kami bertekak, kami bertekak sebabnya Noni akui memang lelaki itu adalah kekasih nya.

Habis aku? Kekasih gelap? No! No! Aku adalah lelaki yang bermaruah. Maruah ke? Video aku pada Noni ni.

“Saya nak balik video saya.”

“Tak boleh!!!.” Noni berkeras. Eh! Sesukahati nak simpan bideo aku. Aku tegas aku nak balik,

masa ni Noni ugut aku. Dia kata kalau aku putuskan hubungan dengan dia, dia akan sebarkan gambar aku.

“Serius? Awak tak malu ke?.” Aku tanya.

Tpi Noni kata dia tak nak kehilangan aku.

Kegilaan apakah ini? Kau nak aku, tapi kau pergi kapel dengan jantan lain? Apakah ketahiannya?.

“Ok… saya minta maaf dan saya tak akan ulang balik sikap saya. Saya cintakan awak Fauzi.”
Rayu Noni.

No! No! No! Bila aku rampas balik video tu. Rupanya si Noni ni mengaku yang dia pun ambik video si Hairi tu kwtika bersama?

Apak ah! Kau ni perempuan gila seks ke? Dan memandang kan aku telah ‘dimadukan’ aku terus putuskan perhubungan dengan Noni.

Ah!!! Aku tak peduli. Sekarang ni aku dah buang masa dan sekarang ni aku rasa bodoh. Tak guna punya Noni.

Seminggu sebelum Sara d*****h….

Masuk kali ini dah berbelas hari aku pujuk, dari sebulan lepas aku nak gambar aku, video aku…. tapi Noni tak bagi. Aku menyirap d***h. Dia ingat apa? Aku ni penari tiang. Sekarang ni aku akan pastikan dia pulangkan.

Noni ugut selagi aku tak sambung balik hubungan, dia akan pastikan aku malu dengan semua kawan-kawan. Ugutan ni betul sebab ada satu masa tu Sara jumpa aku dia tanya aku betulke aku berkapel dengan Noni dan dalam masa yang sama aku ada buat video lucah antara sesama sendiri.

Ini dah melebih, aku tak pernah pun kacau hidup Noni. Dan sekarang ni Noni semakin melampau, dia berani jumpa aku depan Shiro dan ugut untuk sebarkan video.

“Video apa weh!!!.” Shiro mulut puaka ni jerit kuat-kuat. “Video blue ke???!.” Dia ketawa,

Sekali lagi aku hempuk kepala dia, tersedak dia minum air.

Aku perhati Noni dari jauh, dari cinta kami jadi musuh. Tapi kali ini melampau sebab nya dia ugut melibatkan orang sekeliling aku.

Aku malu!! Aku malu!!!.

Malam tu aku tak tidur memikirkan apa yang Sarah cakap, apa yang Noni buat. Apa yang si Shiro tau semua tu mengganggu kepala otak aku ni. Aku bengang.

Jadi esoknya aku jumpa balik si Noni dan aku cakap dengan dia yang aku akan cederakan dia jika dia tak pulangkan video aku tu.

Noni terperanjat, dia marah dan akhinya kami mengambil langkah bijak ke balai.

*******

INSPEKTOR YUSOF meletakkan kedua tangan diatas meja, mencantumkan jari jemari, mendengar cerita budak berdua depannya.

“Video apa nya ni ? mari saya tengok?.” Yusuf ambik video tu dan tengok. Mengucap panjang dia tengok video budak berdua tu.

“Korang dah tak ada kerja ke?.” Tegur Inspektor Yusuf. Tidak marah pun sekadar menasihati. Kalau marah pun untuk apa? Kedua Fauzi dan Noni menunduk.

“Dia ugut nak cederakan saya Tuan.” Marah Noni.

“Awak kenapa simpan video dia, memanglah dia marah, awak tak boleh mulakan provokasi Noni…. Sekarang ni delete. Buat depan saya.” Arah Yusuf.

Lalu Noni delete dan kes selesai.

Aku memang gembira, dan aku anggap selesai. Ok masa ni aku dah lega. Tapi tiba-tiba pula dah dua ke tiga hari bila aku nak masuk kerja, boleh pula si Sara cakap dengan aku dia dapat video dari Noni,

Aku hempas air dalam kotak tu. “Mana kau dapat??.”

“Kenapa kau marah? Noni yang bagi aku tengok. Kenapa kau tak beritahu aku yang kau kapel dengan dia?.” Marah Sara.

Aku terus balik jumpa Noni masa tu aku gaduh besar sekali lagi, rupanya dia tak delete semua, dia ada copy. Aku ajak pergi jumpa polis dia tak nak. Dia degil. Yang aku geram dia ugut aku dia akan sebarkan gambar tu satu tempat kerja dan buat macam dia teraniaya.

Tak ke celaka???.

Sehari sebelum Sara d*****h…..

Aku ajak Shiro teman aku jumpa Noni. Tapi Shiro kata dia tak nak masuk campur. Aku dah malu gila ni, soal video aku dah tersebar di merata-rata. Mana tidaknya Noni memang tak tahu malu, berani sebarkan video dia sendiri beromen dengan aku tanpa ada sedikit pun perasaan malu???.

“Aku nak b***h Noni…” Aku cakap dengan Shiro masa lepak, aku cuti kerja.

Shiro ni memang ingat aku main-main sebab takkanlah aku nak b***h Noni. Tapi aku dah niat aku nak b***h dia sebabnya aku tak nampak cara lain untuk hentikan perbuatan dia. Hati dan minda aku dah desak-desak untuk beri pengajaran kepada Noni.

“Beb.. Sara tu lawa juga.” Kata Shiro.

Ah!!! Aku tak peduli. Sekarang ni aku nak Noni m**i. Masa Shiro ni bercerita aku tak layan.

“Kau ni kenapa? Rileks lah… ala buat tak tahu je.”

“Masalahnya kenapa dia sebarkan gambar aku!!!!.” Aku tengking, Shiro terperanjat, tak pernah dia nampak aku marah sampai macam ni.

“Beb!! Kenapa kau putus dengan Noni??? Baik kau teruskan hubungan je. perkara macam ni tak berlaku?.”

Lepas Shiro bagi pendapat yang tak berguna tu, aku balik. Malam tu aku tak boleh tidur, aku memang nak b***h Noni. Dia tak akan berhenti selagi aku tak hentikan.

Aku siap-siap cari besi dan kayu. Dan aku tekad tunggu dia balik kerja esok macam biasa. Aku tau dia shift malam hari ni… jadi hari ni lah pilihan aku.

Sebelum Sara d*****h… 8.20malam –

“Sara… kenapa kau ni? Tak sihat ke?.” Tanya Noni bila tengok Sara muka pucat.

“Aku demam lah beb.”

“Laa kesiannya… Nah! Pakai jaket aku ni…” Noni serahkan jaket kuning kepunyaannya untuk Sara pakai.

Sara ambik dan sarung.

“Waaa lawanya kau pakai. Macam aku juga.” Noni berseloroh.

Dan kedua mereka pun berjalan keluar dari kawasan.

********

Aku nampak Noni dan Sara keluar dari jauh, aku dah lama tunggu dalam semak ni. Bila diaorang berjalan melintasi aku, aku pun ikut belakang. Aku pastikan tak ada orang dulu, aku pastikan semua clear dan hanya budak berdua tu je yang ada. Dari jauh aku dengar samar-samar diaorang berbual. Aku datang dekat belakang.

Aku terus hayun besi tadi dekat dia yang pakai jaket kuning. Aku dah hilang sabar.

“Kau nak malukan aku??? Mampos kau!!!.” Aku hentak besi tu berkali kali sampai hancur kepalanya. Dah hancur aku hentak lagi.

Syaitan memang dah penuh waktu ni. Lepas aku hentak, aku dah puas, aku berhenti. Aku tengok dia terbaring berdarah, kepala dia lekuk, terbelah, keluar otak! aku puas!

“Fauzi….” Tiba-tiba Noni panggil.

Aku terperanjat.

Noni tak boleh berlari, dia terkaku, terkejut.

Aku lagi terkejut bila aku tengok Noni di sebelah. Aku bernafas kencang, aku tengok yang terbaring itu Sara.

“Apa kau buat!! Tolong!!!!!” Masa Noni jerit aku lari lintang pukang. Aku tak tahu arah, aku bersalah. Aku menangis takut.

Kenapa Sara? Kenapa dia? Dari jauh Noni menangis. Aku dah hilangkan diri.

*******
INSPEKTOR Yusuf peluk tubuh tengok Noni bercerita sambil teresak-esak.

“Saya cakap apa dengan awak! Kenapa awak simpan video tu!!.”

Noni tak dapat kawal sedih, dia masih menangis,

malam tu juga gerakan mencari dilakukan dan Fauzi di rumahnya, di bilik, berbaring tidak buat apa-apa. Masa polis datang pun dia tidak melawan. Apa yang dia buat cuma ikut je. Pelik? Memang tak pelik lah sebab dia dah b***h salah orang…

TAMAT

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.7]

2 thoughts on “Jaket kuning”

  1. ni cerita sebenar ke? Kau ni islam ke agama lain? Kau dah keluar penjara ke? Kalau kau islam kau dah insaf ke belum?(tolong jwb aq curious ni)

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.