jalan kampung part 2

Assalammualaikum semua saya kembali lagi untuk menyambung cerita jalan kampung. Maaflah ye lambat sikit menyambung pada yang membaca tergantung sikit cerita saya kan hahaha. ok jom sambung.

Ok perbincangani pada mulanya antara gegirl je ya.

“weh aku masih takleh lah apa yang jadi semalam”, kai memecahkan suasana (cehh… hahahaha)
“ha tulah aku dah cakap balik awal tapi korang degil nak tolong kemas lah apa lah”, balas mia.
“alah tak payah lah cerita pasal semalam, benda dah lepas takyah cerita” aku mencela.
“tapikan korang, aku rasa dari awal lagi pontianak tu dah kacau kita.” balas titi.
serentak tu semua tertumpu pada titi.

“korang ingat tak kita tgh makan2 tu kan adik amir nangis2 kan? aku kan duduk dekat dengan pintu masuk rumah amir, aku dengar yang mak dia cakap adik dia nampak benda, tu yang mak dia suruh kita kemas2. lagipun malam tu kan kita gelak kuat sangat, aku rasa mungkin kita dah ganggu dia kot”, cerita titi.

“la patutlah, aku pelik jugak sebab amir cakap nak lepak sampai pkul 12 tapi tiba2 dia suruh kemas, kurang ajar punya amir. taknak bagitahu awal2, kau pun titi asal tak bagitahu awal2?”, balas kai.

“aku taknak lah buat kecoh2 sebab aku pun tak tahu apa yang aku dengar tu betul ke tak, aku ingat benda yang mak amir cakap tu anjing ke apa”. titi cuba membela diri.

“jadi betulah, aku perasan waktu kita jalan tu lampu tu macam makin jauh, makin kita dekat makin lampu tu jauh. tapi korang tak percaya”, atul bersuara.

“ha lepastu apa jadi ti?”, balas aku (malas nak layan atul.. hahahaha)

” lepas kita gerak tu aku macam dah perasan benda tu ikut kita, tapi aku tak tahulah tu pontianak, yang aku tahu dia warna hitam. lepastu tiba2 kita berhenti gerak kan? sebab tu aku gelabah sikit suruh jalan sebab aku takut benda tu muncul ke apa, lepas kita gerak balik aku dah tak nampak pula benda tu, so aku ingat dah selamat lah. tapi hmmm..”, sambung titi.

“korang tahu tak betapa gelabahny aku, bila amin call cakap ada pontianak kejar kita. dahla kereta aku time tu semua pengecut, lagi2 si titi ni ha. patut aku biar je dia naik kereta kau kai, biar nana naik dgn aku.” balas mia.

(ok nasib baik aku tak naik dgn mia, aku penakut jugak sebenarnya. cuma bila semua orang tgh takut aku jadi berani. tapi bila semua orang berani, aku jadi penakut ya dan aku rasa semua orang pun macam tu.. ok kita sambung balik).

“eh korang tengah bincang pasal semalam ke?” hafiz mencelah
“perh cerita semalam takyah usik dah, meremang aku ingat balik”, bazli pula mencelah.
“eh semalam macam mana korang perasan ada pontianak ikut kita?”. tanya aku pada baz

“hafiz lah yg perasan, aku tahu apa? aku tahu lari je”. balas baz

(jadi sekarang semua fokus pada hafiz)
“ouh masa aku dn amin kat belakng, aku perasan yang jalan tu lain macam panjang, awal2 aku tak perasan sebab bual2 dgn amin . sampailah amin ni pegi tegur yang jalan ni lama sangat nk sampai simpang dia. mata aku pun mula lah melilau. bila pandang belakang terkejut aku tengok gelap gelita weh jalan padahal bru lalu tadi terang…”

“ouh patutlah kau tinggal kita orang kat belakang, dah la aku bawak kereta. yang lain boleh la kalau nampak kak pon tu pejam mata. aku ni kalau pejam mata, kereta dengan orang2 dalam dia sekali tak sampai tau”. mia mencelah (ha tak puas hati la tu)

“hehehe sorry lah mia, aku takut doh fikir nak pecut je time tu, nasib baik aku baik tau tak tinggal terus. tapi masa tu aku tak nampak kak pon tu lagi. amin yang mula perasan macam ada benda melintasi kita lepastu pegi ke pokok. bila aku tengok betul2 sah pontianak, tu yang aku kedepan suruh pecut”. sambung hafiz.

“takpelah yg penting sekarang semua selamat harap tak kena kacau lagi lah”. balas yin.

“eh mana pula malam tadi kak pon tu masih menyakat ok, korang tak kena ke?” baz mencelah.

ok malam tu kan aku ada mention sebelum ni yang budak lelaki tidur kat ruang tamu kan? sebelum tu aku nak explain rumah mia dan nia ni supaya senang korang faham.

alright rumah ni rumah lot dua tingkat . tingkat bawah, buka je pintu akan terus nampak tangga untuk naik tingkat ats, kalau kekanan akan ada ruang tamu dan dapur lepastu ada bilik stor bawah tangga tu. tingkat atas tu ada ruang family dan kalau ke kanan master bedroom kekiri ada dua bilik. satu bilik nia dgn mia, satu bilik abang diorang. budak llki tido kat ruang tamu menghadap tv dan belakng tv tu ada sliding door.

(ok cerita ni dari baz ye pembaca sekalian)

lepas korang naik, dalam pukul 4 tu aku takleh tido sbb tak selesa , aku tengok kiri kanan semua macam dah tido. so aku amik keputusan untuk baring atas sofa. bila aku bangun je aku macam kaku sebab ada bayang2 kat sliding door tu. secara perlahan2 bayang2 tu bergerak ke pintu.

dangg!!! dang!! dang!!
pintu tu kena gegar, serentak tu semua orang bangun. semua cuak weh time tu , nak lari tak tahu kemana, nak naik atas takut sbb tangga depan pintu. masa ni semua terkedu tak tahu nk buat apa.

dang!! dang!! dang!!!
lagi sekali kena gegar tapi kali ni slow sikit. lepastu lagi sekali bayang2 tu muncul kat sliding door tu. masa ni kita orang semua mencarut dah, tak ingat nak baca2 ke apa. lepastu kitaorang rasa benda tu keliling satu rumah ni sebab bayang tu gerak dari kiri ke kanan sliding door tu . tapi tiba2 muncul balik dari sebelah kiri. lama jugak lah benda tu keliling sampai la pakcik (bapak mia nia) turun baca2 sikit. dalam pukul 5 gitu baru benda tu hilang. tali sebab dah pukul 5, lagi sejam nak subuh dah. kita orang tak tido, lepas subuh tadi baru tido tu yang kita orang bangun lambat sikit.

sekian cerita baz dan cerita kami

ok cara penceritaan ni mcam serious kan . tapi sebenarnya kita orang cerita gelak2 . tapi nak bagi mood seram aku serious kan cerita ni. bnyak lah conversations tak peting aku cut.

kesimpulannya, perempuan kalau nak keluar jangan balik lambat macam kita orang ni. kalau balik lambat pon ajak lah yang lelaki teman. tapi aku dgn kwn2 aku ni memang sejak sekolah suka lepak malam. sebab malam kita orang ada tuisyen so lepas balik tuisyen kitaorang akan lepak sebelum balik, dah jadi habit orang kata. memang tak manis, tapi nak buat memori katanya (ehek jgn kecam). tapi lepas kna kacau pon kita orang masih tak serik lagi, suka lepak malam , sejuk.. tapi kita orang pastikan kita orng balik sebelum 11. cerita seram kami berlapan banyak sebab yelah suka lepak malam kan. tapi yang ni paling hardcore. lain tu kacau2 manja je. apa2 pon thank you sebab sudi baca cerita aku ya .. assalammualaikum.

sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nana

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.