Jalan Paloh Hinai

Nama aku Nabilah. Terima kasih admin sudi siakan. Taktahulah seram ke tidak kalau korang baca, tapi aku rasa seramlah jugak haha.

Masa berlaku ketika aku tingkatan 3. Nak bercuti rumah nenek kat Terengganu. Gerak pagi dalam jam 8 camtu dari Melaka, sampai kat Paloh Inai, Pahang dalam pukul 1 lebih camtu ah. Nak ke Terengganu abah lalu jalan dalam. Kene lalu Segamat, Muadzam Shah. Then masa tiba kat Paloh Inai tu, jalan jem sikit sebab ada kemalangan.

Kereta Perodua Kancil dari arah bertentangan masuk dalam paya tebing jalan. Tenggelam habis kereta tu. Masa kereta abah lalu pun kiteorang yg dalam kereta nampak bumbung kereta kancil yg tenggelam tu. Ramai orang berhenti tengok apa yang terjadi. Selang sehari ke camtu ah, berita kemalangan ni masuk surat khabar Metro. Anak dan ayah meninggal. Tak silap aku ayah dia. Tak ingat sebab da bertahun lepas kan.

Abah teruskan perjalanan macam biasa. Pap pap pap dah 4 hari kat Terengganu, nak balik ke Melaka tu pun abah ikot jalan dalam. Jalan yg sama masa nak pergi haritu. Otw balik tu, kiteorang gerak petang. Masa masuk jalan Kuantan tu da malam ada singgah berhenti makan jap kat pehentian tepi jalan tu. Dalam kereta lepas habis makan, Mama tanya kat Abah, mcm ni la lebih kurang bunyi soalan tu “abang, kat mana ek tempat haritu exciden? Kesianlah bang budak lagi tu”.

Dalam kereta sambil drive tu abah hisap rokok dia malas lah nak layan soalan mama. Abah diamkan aje. Yela da malam. Pastu mama tanya lagi soalan yg sama. Nak tahu kat mana tempat exciden tu . Abah diamkan lagi. Pastu tetibe Abah drive slow gila macam tak tekan je minyak tu sebab memang slow sangat. Adik2 dalam kereta yang laki da membuta. Yang celik tinggal aku, mama, abah, kak ti. Depan kereta abah tu, kereta Kancil dan kereta tu siap pasang lampu lagi dalam kereta dia. Aku pun pelik dan hairan kenapa pasang lampu. Agak lama gak ah dia bukak lampu sebab Abah drive ikot belakang die lama gak. Disebabkan slow sangat , Abah pun agaknya da fedup dia pun lenconglah.

Masa Abah lencong tu, aku( duduk seat belakang mama) pandanglah kiri sebab nak tengok sape la yang bawak punyalah lembab dan perlahan tu . Pandang je kiri punyalah tergamam nampak pemandu muka dia hitam (sebab masa abah lencong tu, masa kereta abah dan kereta dia seiring, dia pandang kanan so kami macam berpandangan seketika) and sebelah pemandu tu ada macam struktur manusia dibalut dengan kain kapan. And struktur tu tegak dibaringkan secara menegak di sebelah seat pemandu. (Tegak mcm mayat sebab da kejungkan) dengan lampu dalam kereta dia menyala

Allahu. Terkedu.
Lepas 10minit ke 15minit Abah da lencong tu. Aku tanya mama.
” Ma, ma nampak tak tadi?”
“Nampak, kakak nampak apa?”

Aku pun ceritalah kakak nampak pemandu tu bla bla bla……
Abah cari petrol station sebab nak hisap rokok sambil nak pulihkan semangat mama yang da ketakutan dengan apa yg kami nampak. Pastu abah cakap,

” hah tu la mama, dari kat kuantan lagi tanya tanya kat mana tempat exciden, tadi tu la agaknya tempat exciden”.

Lepas abah hisap rokok, kitorang pun sambung perjalanan balik. Dalam kereta pasang surah surah al-Quran je. Sampai rumah, semua masuk rumah tak kemas pun barang-barang dalam kereta sebab takot. Hehe. Hahh tu la cerita perjalanan di Paloh Inai. Tempat tu dengar cerita memang agak keras. Nanti aku sambung cerita pasal pakcik tua kat paloh hinai lagi k…

Nabilah Putera
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

12 thoughts on “Jalan Paloh Hinai”

  1. Cite skrg r.nk draf rekaan cite dlu ke.asik nk smbung je trend skrg ak pasan.nmpk benor nipunya.bajet nk suh org merayu r tu post cite ag.puihh .admin pn satu stakat cite sampah gni pastu syok sndri nk wat sambungan x pyh lyn r.buang masa.

    Reply
  2. Kat mana sebenarnya? Jalan segamat kuantan ke paloh hinai? Kalau jalan segamat kuantan tu mmg keras.aku bnyk kali kena.maklumla,duk segamat.seminggu sekali blk mersing umah mertua.malam2.kekadang tgh malam. Kalau setakat nampak tu,biasa.buat keras jela.wife penah meracau n mengamuk dlm perjalann nk blk segamat.nak turun.sampai umah aku ubatkn n tanya nape? Katanya nampak ada sesuatu atas setiap pokok yg kami lalu sepanjang perjalanan.. Ni antara cite aku la.. Ada gak yg lain,cik pon duk bertenggek atas tiang, tengkorak manusia bersandar kat pokok, kabus tebal tetiba atas jln n sebagainya n aku x pnh berhenti walau sekalipn.biasa port faveret berhenti petronas muadzam shah.kat situ pn penah terserempak kt tandas..

    Reply
  3. mama kau ni sememangnya perempuan bodoh. gi tetanya timing tak sesuai. bapak kau diam tak jawab pun, mama kau still tak paham2 bahasa. if akulah… aku sekeh je kepala mak kau. bodoh piang, dah tua lama hidup pun bangang lagi. elok meninggal mak kau tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.