Jane: Study Week KML

Assalamualaikum para readers. Thank you admin sebab siarkan cerita ni.Nama aku Jane. Bukan nama sebenar. Umur 30 tahun. Asal dari Sabah. Sudah tinggal di tanah malaya selama lebih kurang 7 tahun. Sudah berkahwin dan ada 2 org anak. Selama ini aku cuma silent reader. Best baca cerita2 yang dikongsi dlm page ni.

Memang best bila layan waktu petang. (Malam tak berani baca). Hehe. Kadang terbaca kisah yang lebih kurang pengalaman aku. So aku pun rasa nak kongsi jugak. Sebenarnya banyak jugak nak cerita ni. Tapi aku cerita one by one. Hidup selalu diselubungi misteri la kiranya. Sorry ya kalau ayat berterabur sikit and sangat panjang. Aku tak tau mcmna nak pendekkan cerita ni.Aku mula kan…

KML Blok D

Bagi aku cerita ini yang mngubah haluan hidup aku. Aku pernah study di kolej matrikulasi labuan. Batch 04/05. Pertama kali aku tinggal di asrama. Pengalaman yg amat baru utk aku. Mula2 semuanya ok. Biasala kalau nampak bayangan hitam etc tu. Tapi bukan itu yang nak aku ceritakan.
Cerita bermula pada study week sem 2. Biasa la study week budak2 akan stay up mengulangkaji. Roommates aku ada 2 org. Kitorangg biasa buat hal masing2.

Aku biasanya akan study sekali dgn Liza, Gia, and adalah beberapa org lagi. Satu malam lepas study aku balik ke bilik aku. Masa tu lewat da. Roommates semua aku tgk da tido. Aku pun baring atas katil n pejam mata. Habit aku time ni pasang Walkman and tidur sambil dengar lagu. Malam tu aku rasa semacam tapi aku tak layan la. Rasa mcm susah sangat nak tidur.

Tiba2 aku rasa mcm hujung bantal aku kena cakar. Ah sudah…. aku buat tak tau lagi. Kali ni cakaran tu makin dekat rasanya. Makin kuat aku pejam mata. Kali ketiga. Time tu aku nekad nak tgk apa benda yg mngacau aku nak tidur. Bila aku tgk, tak ada apa. Fuhh… lega. Nasib baik tak ada apa. Kalau ada something mau gila aku lari tak cukup tanah. Aku tarik selimut sampai atas kepala and baca semua ayat yang aku ingat biar pun da tunggang langgang time tu.Haha. Tak lama lepas tu aku pun tetidur. Selamat sampai esok pagi.

Weekend minggu yang sama, hari sabtu, aku dan Liza duduk melepak dekat pondok berhampiran surau lepas balik dari outing petang tu. Liza ni jiran bilik aku. Satu kampung dgn aku. So kira kitorg agak rapat la. Seronok bersembang and bergelak sakan sampai kitorg tak sedar yang hari da malam. Budak2 lain da beduyun2 ke surau utk solat Isyak. Kitorang pun cepat2 balik bilik. Mana tak mandi lagi. Bilik aku time tu tingkat 2. Bilik 2nd last dari hujung kalau tak silap. Sambil aku menuju ke bilik aku perasan jugak budak2 lain pandang aku semacam.

Tapi aku buat tak tau. Suka hati dorg la kan. Sampai bilik aku rasa lapar sangat. So aku capai roti. Sambil aku sapu peanut butter tiba2 roommate aku tegur aku. “Kau ok ke?” Bila aku pandang dia, muka dia terus berubah. Aku jawab la ok. Aku tanya kenapa. Lepas tu dia terus cepat2 geleng kepala and keluar bilik. Da siap makan aku terus ke toilet n mandi. Bila aku balik bilik aku jadi blur. Aku tak sure aku nak buat apa sebenarnya. Then, Liza datang. Roommate aku tadi panggil dia suruh tengok kan aku. Sebab dia da seram. Liza pun pujuk aku suruh pakai baju and pimpin aku masuk bilik dia. Dia pun tanya aku ok tak. Aku da rasa pelik. Apasal dorang semua ni kan. Aku rasa ok je. Sampai tempat dia, dia bagitau yg roommates aku semuanya tengah takut tengok aku sekarang. Muka aku lain macam.

Bila pandang rasa seram. Then bila aku senyum semua rasa seram. Aku bertambah la blur kan. Liza cakap jangan risau. Dia da buatkan air yassin utk aku. Dia suruh aku minum. Mula2 aku rasa berat. Tapi da kena paksa sampai letak gelas kat bibir aku, aku pun minum je la. Pas tu… tak ada apa jadi. Hahaha. Liza cakap dgn aku rilek dulu. Da ok kot. Aku ambik hp and jalan keluar bilik. Duduk mencangkung kat kaki lima and call mak aku. Risau jugak la kalau da semua org pandang aku semacam kan. Aku dail number mak. Aku tak mampu pulak nak bgtau apa jadi. Aku cuma sempat cakap aku sakit. Lepas tu mulut rasa terkunci. Aku panik.

Aku paksa diri aku bangun and bagi Liza cakap dgn mak aku. Aku rasa blur sangat sampai aku rasa mcm aku didunia lain. Semua nampak slow motion and apa pun aku tak dengar. Then Liza panggil aku. Dia cakap mak aku suruh rehat. Mungkin penat katanya. Hati aku betul tak sedap. Aku ikut kan je. Liza ajak stay bilik dia malam tu. Boleh belajar sama katanya. Lagi pun esok pagi ada paper. Aku iyakan je. Sambil2 belajar aku tgk keluar tingkap. Tingkap menghala parking space berdepan dgn koperasi. Masa tu sekitar kul 2 3 pagi rasanya. Apa yg aku nampak masa tu memang hebat. Kat luar nampak sangat busy. Ramai sangat. Cuma yg ramai tu bukan manusia. Ada yg merangkak didinding, ada yang terbang, ada yang begayut di lampu jalan. Sangat ramai. Peliknya aku langsung tiada perasaan takut.

Dekat Subuh, Liza ajak aku tidur. Sebelum tu nak solat dulu. Aku terus ke katil dan baring. Cuba tidur. Perlahan2 aku dengar Liza keluar n tutup pintu. Beberapa minit lepas tu aku dengar org mnjerit. Lepas pintu dibuka dan dihempas. Aku sempat terfikir bising nya lah Liza ni. Org lain tgh tidur kot. Lepas tu ada bayang hitam lalu belakang aku. Aku tunggu kejap. Tak lama lepas tu Liza masuk and nak solat. Aku tanya dia bila masa dia keluar lagi. Dia cakap dia lambat sikit tadi sebab tiba2 perut memulas. Jadi apa yang aku nampak and dengar tadi? Aku paksa mata aku utk tidur. Kejap lagi ada paper.
Sedar2 aku, da siang.

Liza seret aku ke toilet and paksa aku mandi. Aku menurut mcm si bodoh. Sebab aku langsung tak tau apa tu mandi and pakai baju! Nama aku pun aku tak kenal. So Liza kena seret aku ke dewan periksa, cari meja aku n paksa aku duduk. Bila aku duduk semuanya nampak so foreign. Aku cuma mampu tulis nama and nombor matriks aku berdasarkan apa yang aku nampak atas meja. Selebihnya aku biarkan kosong. 10 minit lepas tu aku keluar dewan dan duduk diluar sampai lah Liza datang jumpa aku. Seminggu exam, seminggu itu jugak lah aku jadi bodoh. Apa pun tak tau apa masalah aku sebenarnya.

Mulut aku mcm terkunci. Yang aku tau start azan Asar je aku akan makan non stop sebab aku rasa kebulur. Aku tak pernah rasa kenyang. Habis exam aku balik kampung. Bermula proses rawatan pulak. Tapi nanti la aku cerita. Panjang sangat ni. Sebelum aku balik kampung tu pun ada ceritanya jugak. Kalau ada sambutan, aku sambung. So thank you admin and readers. See you!
Jane.

.

Jane
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

22 comments

    1. bagi jer sedibik. Diorg ni kadang2 test water jer..nak tengok ada sambutan or tidak….boring cerita mcm ni. anyway dik..cerita kau best tapi tergantung..ko tak habiskan cerita takpe..atleast bagi kesimpulan…..

  1. Benda tu masuk badan ko smpai ko nmpk apa yg dia nmpk, haha dia pun mcm blur…mcm termasuk dlm. Menarik, x pernah dngr lagi kesah mcm ni. Smbung…

    1. Sy batch 09/10… Uitt, bkn forbidden area kah tu Level 4 block A… Sy dulu dpt Bilik Kat Block D level 4, opposite dgn Bilik Jane ne.. ? tp, Bilik Jane tu mmng slalu bdk kena hysteria… ?

      1. Iya aku batch 08/09 Blik A tingkat 3, kosong tu ging tingkat 4 tu. Sebab kenapa kosong sampai sekarang tidak pernah ku tau jawapannya. Tiada juga cerita gangguan ka masa kamu?

  2. ….Seminggu exam, seminggu itu jugak lah aku jadi bodoh. Apa pun tak tau apa masalah aku sebenarnya…

    ke smpai skrg ni ko masih berkeadaan spt di atas??? sbb tu laa ko biarkan story ko tergantung….

  3. Dik jane, habiskanlah satu satu cerita tu. Ni bukan cerita dik. Ini dipanggil introduction. Belum sempat takut ni bah. Harap dapat sambung segera ya.

  4. Natang pon tingin nk amik exam…
    Selalu student kan sukeee usung ‘toyol’ msk dewan exam kan…
    Hehehehehe…

  5. cam bodoh jer citer….apa yg cuba diceritakan pun tak tau..asyik2 dok blur..pastu azan,pastu dengar bunyi..pastu blur..kena heret sana ini…apa kejadahnya aaa bongoook

  6. aku rase yang jenis suka tulis sambung2 ber part2 ni sebenarnya nak kan perhatian..erti maksud lain ialah kurang kasih sayang..haha…

    jenis nak kan perhatian tp buat org lain tertunggu2 so baik xpyh bace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.