Lelaki sebalik kabus Bab 2

Cerita ini cuma fiksyen, tiada kena mengena dengan yang hidup atau m**i.

BAB 2
Musim luruh mula mengambil alih di sebuah tempat yang jauh dari hiruk pikuk manusia. Daun-daun kekuningan yang luruh ke lantai bumi bagaikan permaidani. Nun jauh kelihatan sebuah bangunan besar dan luas seperti castle lama berada di tengah hutan. Istana Hitam itulah namanya. Suasana di sekelilingnya sunyi seolah bangunan tinggalan tetapi halaman dan bangunan kelihatan bersih dan terjaga. Pintu pagar utama yang gah besarnya terbuka dengan automatik. Kelihatan sebuah kereta hitam dengan cermin tinted yang gelap memasuki perkarangan istana.

Ada beberapa orang pengawal di pintu utama dengan baju hitam memegang pedang yang besinya juga berwarna hitam. Tajam berkilau dengan pantulan cahaya lampu. Sekali libas mampu memutuskan kepala musuh. Walau siang namun suasana Istana Hitam nampak suram dengan cahaya lampu yang malap dan tiada tingkap untuk cahaya matahari menerobos ke dalam.

Di balai menghadap, ruangnya luas dan di tengah ada laluan karpet berwarna merah yang dihampar di atas lantai marmar hitam. Seorang lelaki tua berumur sekitar 60 tahun duduk di atas singgahsana. Di sebelahnya ada seorang pemuda berambut panjang melepasi telinga namanya Adria Wyvern. Alis matanya lentik cantik. Persis mata seorang wanita. Namun walaupun cantik, indah di tatap bagaikan kolam di syurga tetapi mata itu penuh dengan bayangan dendam dan benci. Mata berwarna amber itu merenung ke arah dua orang tetamu yang berjalan ke arah mereka. Sebaik sahaja tetamu itu sampai, lalu terus melutut ke lantai sambil tangan kanan di letakkan di dada memberi hormat.

“Yang mulia, kami sudah tiba. Sedia menurut perintah.”
Lelaki tua yang berada di singgahsana memberi isyarat supaya kedua tetamu itu bangun dan duduk di salah sebuah kerusi logam yang diukir cantik. Lelaki tua itu juga bermata amber, rambutnya sudah beruban. Namanya adalah Raja Wyvern atau di gelar Raja Kaum Satanak.

“Ada tugas yang beta mahu kamu laksanakan di Malaysia.”
Kedua tetamu lelaki itu saling memandang lalu menunggu penerangan daripada Raja Wyvern.

“Macam mana dengan demam kau Diana, dah surut?” Donat memegang dahi Diana. Lalu merenung senyuman Diana yang manis. Gadis itu cantik sebenarnya, namun kurang mengambil berat tentang fesyen.

“Dah, dah okey. Makin okey.” Diana cuma tersenyum dengan wajah pucat. Sebenarnya rasa terharu dengan sikap prihatin rakannya.

Sudah tiga hari dia demam. Aurora lah yang menjaganya di bilik. Donat dan Divya juga rajin melawatnya dan membeli pelbagai makanan walau dia menegah kerana tiada selera makan.

“Alhamdulillah.” Ucap Donat tersenyum ceria.

“Aku hampir saja ingat bakal kehilangan kau, masa tengok kau dibawa arus.” Wajah Divya kelihatan lega, dalam masa yang sama masih tidak dapat melupakan kejadian itu.

“Mujurlah salah seorang dari member kita sempat selamatkan aku kan. Aku pun bersyukur sangat.”

“Diana, bukan member dari peserta perkhemahan tau. Kalau kau nak tahu malam tu kitaorang cari kau tak jumpa. Aku masa tu memang dah mula nangis sebab ingat kau dah lemas dalam sungai tu. Sampai la kitaorang balik rehat. Esoknya aku dapat panggilan kau dah ada di hospital. Family Aurora yang jumpa kau.”

“Family Aurora?”

Diana terdiam teringat gerangan orang yang membawanya ketika itu. Dia sudah berhutang nyawa dengan Aurora. Sudah la gadis itu yang menjaganya semalam ketika dia demam. Baiknya Aurora.

Dia menapak masuk ke sebuah dalam restoran lalu memilih tempat duduk yang jauh daripada orang ramai. Selesai memesan makanan dia mula mencapai smartphone di atas meja. Ada laporan yang perlu di sampaikan kepada Encik Nazri. Dalam beberapa saat panggilannya di jawab oleh Encik Nazri.

“Hello assalamualaikum Encik Nazri.”

“Walaikumusalam Khai. Apa cerita kau?”

“Diana dah sihat, sudah keluar dari hospital beberapa hari lalu.”

Dahi lelaki tua itu mengangguk. Peluh di wajah menitik. Bunyi bising di tapak pembinaan membuatkan dia dan Khai terpaksa bercakap dengan cara menjerit. Berita Diana masuk ke dalam hospital kerana hampir lemas tempoh hari membuatkannya tidak tidur malam memikirkan keselamatan Diana. Hanya dia seorang sahaja yang tahu perihal Diana. Andai ibunya tahu pasti kena serangan jantung yang ke dua pula.
“Alhamdulillah bagus la. Nasib kau jumpa dia. Terima kasih Khai.” Nada lega

“Baiklah Encik Nazri. Apa-apa hal nanti saya hubungi lagi ya.”

Waktu kemuncak jam 12 tengahari, Kafeteria Raflesia di penuhi dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang. Di dalam kampus UTA ini, Kafeteria Raflesia lah yang paling terkenal dalam kalangan pelajar, sama ada pelajar tempatan atau pelajar dari luar Negara. Divya leka dengan laptop di atas meja, katanya masih ada lagi bahagian tugasannya yang belum lengkap. Diana pula menghabiskan waktu rehat dengan membaca novel.

“Assalmualaikum.. Salam sejahtera.. salam satu Malaysia..”

Donut muncul dari belakang Divya dengan gaya seperti wakil pelajar mahu berucap.

“Alahai Donut, tahulah engkau dah jadi jentera MPSS (Majlis Perwakilan Siswa Siswi).” Divya mencebik

“Alah.. mengaku aja kau iri ..” Donut sengaja mendabik dada niat bergurau.

Divya dan Diana ketawa sambil sempat juga menjeling ke arah kaki lima yang di gantung beberapa gambar wakil pelajar yang bakal bertanding dalam pilihan raya tidak lama lagi bersama manifesto masing-masing.

“Tak apa, kalau kau jadi MPSS nanti, kami akan undi kau. Siap bawak sepanduk lagi tau.” Divya menaikkan ibu jari dengan wajah bangga.

“Aku pulak boleh escort kau ke mana ja kau nak pergi.” Diana pulak menambah.

“Hahaha satu usaha yang bagus tu .. ini la kawan.” Donut ketawa comel lalu meletak beberapa keping kertas kecil berwarna-warni.

“Apa ni?” Diana bersuara.

“Baca..baca..” Donut kelihatan teruja menunggu reaksi dari rakan-rakannya.

“Kelab seni dengan kerjasama Kelab bahasa menjemput siswa dan siswa UTA menghadiri majlis makan malam dengan tema masquerade.”

“Minggu depan?”

“Menarik tak? jom la pergi..jom la. Makan-makan je, tak ada menari apa semua tu, pakai baju cantik dan topeng” Donat menggoncang tangan Diana dan Divya.

Dewan di bangunan pusat bahasa menjadi pilihan untuk majlis makan malam ala-ala masquerade. Para siswa yang hadir mengenakan kod dan topeng. Manakala siswi juga mengenakan topeng wajah. Siswa akan diberi sekuntum bunga mawar merah dan mereka akan memberi mawar tersebut kepada rakan rapat mereka atau orang yang mereka minati.

Dewan dihias dengan lampu-lampu yang banyak manakala lampu LED yang berwarna warni dengan beberapa botol plastik lut sinar di hias menjadi lampu chandelier buatan sendiri yang besar di tengah-tengah dewan. Namanya juga kelab seni, sudah tentunya sangat kreatif. Disediakan juga karpet merah sebagai penyambut kedatangan para siswa dan siswi bersama halaman yang dihias cantik sebagai sesi fotografi ala-ala artis pada malam Anugerah Skrin. Band music terkenal daripada kalangan siswa dan siswa dijemput untuk memeriahkan suasana dengan nyanyian mereka.
Diana kelihatan anggun dengan pakaian berwarna putih dengan sulaman bunga yang cantik. Di atas selendangnya Diana mengenakan lilitan bunga-bunga ros kuning yang kecil. Ringkas tapi cantik. Donat dan Divya tidak kurang cantiknya.

“Wah! Donat awal-awal lagi dah dapat bunga.” Diana menyiku Donat

“Siapa yang bagi ni Donat, kau ada secret admire rupanya ya.” Giliran Divya pula mengusik.

Donat tersenyum malu sambil mencium mawar merah di tangan.

“Hehe.. ada la. Nama pun secret admire. Kena la rahsia.” Donut masih belum habis tersengih.

“Amboi! Itu pun kau nak rahsia ye.. tak pe kalau aku ada peminat nanti aku bagi tahu Diana sorang je. Kau pulak aku tak nak.” Divya mencebik sambil merangkul tangan Diana.

“Aip.. Diana…. my dear roommate.” Aurora muncul dari belakang Diana sambil memeluk lengan gadis itu.

“Wah! Cantiknya awak Ora.” Diana terpegun.

“Tak ada la. Awak semua pun cantik .” Aurora tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

Diana kelihatan sedikit terganggu. Dia tercari-cari sesuatu. Auroa hanya memerhati gerak-geri Diana. Aroma lembut mawar tiba-tiba muncul. Namun tiada siapa pula antara mereka yang menegur. Sama ada tidak peduli atau tidak perasan. Diana sahaja sedikit terganggu dengan bau itu. Dia cuba mendekati Aurora namun bukan gadis itu bukan punca bau yang datang.

Ketiga-tiga sahabatnya terdiam sambil memandang Diana. Donut pula menyiku Diana yang masih belum perasan.

“Diana..?” Divya memanggil Diana sambil matanya menetap kearah lain.

Diana terdiam. Pandangannya terpaku seketika. Dari sisi muncul seorang siswa yang memakai topeng hitam yang menutup sebahagian wajahnya dan yang tinggal hanya sepasang mata yang redup. Pakaiannya serba hitam. Andai dilihat kembali seakan-akan Phantom of the Opera. Aroma mawar makin kuat menjentik deria bau Diana yang terpana. Pemuda misteri menghulur sekuntum mawar putih ke arah Diana. Matanya redup memandang Diana kemudian berlalu pergi hilang dalam keramaian para pelajar tanpa ucap sepatah bicara.

Entah mengapa buat kali pertama Diana rasa berdebar berdepan pemuda misteri itu. Ada satu kata yang tidak dapat di ungkap. Dia bukan jatuh cinta pandang pertama tapi ada sesuatu yang lain. Tiada kata yang sesuai.

Malam masih muda. Siswa siswa masih rancak dengan majlis mereka. Diana keluar ke luar ke sebuah taman mini kecil yang terletak di bahagian tepi bangunan pusat bahasa. Diana sebenarnya sedikit rimas dengan majlis begitu. Tetapi sengaja dia ikutkan juga ajakan rakannya kerana mahu merasai pengalaman baru.

Malam itu cahaya bulan sangat cerah. Namun tiada pula bintang di langit. Diana duduk di salah sebuah bangku di laman itu. Hatinya sedikit terusik dengan memori lama. Sesungguhnya dia masih belum mampu meninggalkan segala kenangan bersama kak long. Tambah lagi malam itu dia mengenakan pakaian milik kakaknya itu. Sepanjang hayatnya selama 22 tahun, kak long lah sahabat baiknya dan kak long jualah ibunya. Kini harta yang dia ada cuma nenek kesayangan. Diana tidak akan lupa misinya ke Green Highland. Diana memandang langit. Ada mutiara jernih turun ke pipi. Rindu tidak akan padam. Walau sedikit rasa dingin, namun tidak di hiraunya. Terus melayani perasaan rindu.

Lamunan Diana terhenti. Ada seseorang muncul dari belakang merapati Diana. Ada sepasang mata yang sudah lama memerhati. Jaket hitam di letak ke tubuh Diana menghilangkan dingin malam. Diana tergamam cepat-cepat mengesat air mata di pipi. Pemuda itu kemudian berlalu pergi, keluar dari perkarangan taman. Sekali lagi tanpa bicara.

“Awak tunggu.. tunggu..” Diana berlari anak mengekori pemuda itu.

Lenyap begitu sahaja. Cepatnya dia melangkah pergi. Bagaikan angin. Hanya tinggal saki baki aroma mawar dan jaketnya yang masih terlekat di tubuh Diana. Dia datang dan pergi bagai mimpi tidak ubah seperti lelaki di sebalik kabus dalam lenanya.

Selepas pulang ke bilik Diana merenung nota di tangannya itu. Nota yang dijumpai di dalam jaket milik pemuda misteri. Kata-kata yang terkandung seolah-olah dituju buat dirinya.

‘Timbunan rindu makin lama makin membukit tingginya namun rindu itu menjadi sia-sia andai diisi cuma dengan air mata. Hadiah surah pembuka bagai menukar rindu itu menjadi timbunan permata buat mereka di alam sana. Hati moga tabah. Menyayangi tidak semestinya memiliki.’
Satu kebetulan mungkin.

Nantikan kesudahan cerita lelaki seblik kabus bab 3.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “Lelaki sebalik kabus Bab 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.