Jangan Kau Tegur

Jangan kau tegur
Assalamualaikum dan hai.
Beberapa hari lepas aku terbaca pasal kisah ‘kerusi rotan di pangsapuri perdana’. Cerita itu memang membuat bulu roma aku meremang sebab aku pernah menyewa di blok itu tapi di tingkat lain.

Disebabkan itu,aku juga mahu menceritakan pengalaman aku sewaktu menyewa di situ. Tapi ceritanya bukan pasal pangsapuri itu.Mintak maaf sebab aku tak pandai nak mengatur ayat untuk memulakan penceritaan.
Pengalaman seram aku terjadi cuma satu malam sahaja, tapi aku masih ingat sampai sekarang. Cerita ini berlaku pada tahun 2011 dimana aku baru bermula bekerja di sebuah kedai di Seksyen 13. Tempat kerja aku tak jauh dari rumah, cuma perlu berjalan kaki saja berulang alik dari rumah ke tempat kerja.Aku tinggal bersama dua orang kakakku di kawasan ini. Aku menyewa bersama Acik manakala Along tinggal di rumah yang dijadikan asrama tempatnya berkerja.

Pada satu malam itu, aku dan Acik menemani Along ke klinik kerana Along demam. Kami menaiki teksi kerana kami tidak mempunyai kereta pada waktu itu. Yang ada cuma sebiji motorsikal. Klinik itu pula terletak di Seksyen 2. Tidak jauh mana dari tempat tinggal kami, hanya memerlukan masa beberapa minit sahaja.

Sampai sahaja di Sek 2 ,kami terus ke klinik swasta berjumpa Doktor untuk memeriksa keadaan Along. Along cuma mengalami demam biasa. Setelah selesai kami keluar dari klinik dan menuju ke kedai makan untuk mengisi perut. Klinik tersebut tidaklah jauh dari kedai makan. Aku lupa nama tempat itu, aku cuma namakannya foodcourt Sek 2. Sebab situ memang banyak kedai makan. Situ jugak tempat student2 UITM selalu lepak makan dan abg2 Rapid berhenti berehat.

Nak dijadikan cerita, aku ternampak seekor kucing bersaiz besar. Kat situ memang banyak kucing-kucing terbiar. Laju mulutku berkata “Eh kucing garfield”sambil tanganku menunjuk ke arah kucing tersebut. Kucing tu tak macam garfield pun cuma saiz nya besar dari kucing-kucing yang lain yang berada di situ. Aku pun tak tahu kenapa mulutku berkata itu kucing garfield. Ntah la. Kakak-kakak ku tak memberi apa-apa respon pun untuk melayan aku dan kami pun terus berjalan dan duduk di satu meja di sebuah kedai.

Suasana seperti biasa agak bingit dengan keadaan org sekeliling. Kami seperti biasa sja cuma Along agak sedikit pendiam mungkin kerana dia tidak sihat dan kepenatan. Selepas makan kami menahan sebuah teksi untuk pulang ke rumah. Sampainya di pangsapuri, Along pulang ke rumahnya di blok 2 manakala aku dan Acik di blok 4 .

Sampai di rumah, Along menghantar pesanan ringkas kepadaku.” Nak mandi boleh?”.Aku cuma membalas “tak payah lh, basuh kaki jer, malam-malam air sejuk..nanti demam makin teruk.” Lebih kurang mcm tu la aku balas. Aku pun tak ingat sangat.. Along pun tak membalas sms ku lgi.. Setelah selesai ku basuh kaki, cuci muka apa semua, aku dan Acik terus tertido
Lebih kurang pukul 2 pagi, telefon bimbitku berbunyi. Kak Ita housemate Along menelefonku.
“Adik, boleh dtg ke rumah kah.?” Tenang sahaja percakapannya.
“Kenapa?” Aku tanya dalam keadaan masih mamai.
“Datang sajalah”.
Aku pun terus kejutkan Acik untuk menemaniku ke rumah Along.
Sampai saja dirumah Along, aku lihat Along sudah menangis teresak2, tubuhnya menggigil. Entah tiba-tiba Along menjerit meracau bila saja aku dan Acik masuk ke dalam rumah. Kak Ita masih tenang sambil memegang Surah Yasin. Kak Ita ni jenis tenang saje orangnya, cakap pun lembut jer.
Waktu itu aku rasa itu bukan Along lg dah. Kak Ita pegang badan Along takut Along lari. Aku dan Acik duduk di depan Along.
Kak Ita tanya ” Apa yg ka mau? Janganlah ganggu dia,kesianlah dia. Keluarlah kau” .

Fuhh Kak Ita ni, berani betul nak borak-borak. Boleh pulak tenang lagi. Aku respek la dengan Kak Ita ni, walaupun waktu tu dia duduk berdua jer dgn Along. Dia masih boleh tenang lagi. Housemate2 lain ada yg balik kampung, ada yg keluar dating tak balik lgi.Kalau aku kat tempat Kak Ita,dah lama aku lari.Maaflah aku mmg penakut .
Kak Ita tanya lagi “Apa yang kau mau?”.
“Aku nak dia!”. Keras Along menjawab sambil jarinya menunjuk ke arahku.

Aku terus beralih sembunyi di belakang Acik. Dalam kepala dah macam-macam aku fikir. Apa yg aku dah buat .? Kenapa pulak aku.? Apa salah aku.? Semua doa aku baca walaupun tunggang langgang. Agaknya doa makan pun aku baca sekali. Nasib baca dalam hati jer.
Aku dah memang menggigil dah waktu tu. Nak menangis pun ada. Yelah apesal benda tu nak aku pulak. Aku taknak dia lah. Tak tahu ker aku ni penakut.

Tiba-tiba aku teringat pasal rakan sekerjaku pernah bercerita pasal ustaz yg pandai uruskan hal ini. Aku terus telefon Adu dan menceritakan hal yg berlaku. Dalam beberapa minit Adu dtg dgn housematenya J bersama seorang ustaz. Nasib baiklah ustaz tu duduk di blok yg sama dgn Along. Cuma rumahnya di tingkat atas sekali. Adu pula menyewa di blok 3. Jadi takdelah lama sgt kami menunggu.
Ustaz cuba mengubati Along dgn izin Allah yg maha kuasa..Dibacanya doa2 suci.
“Apa yang kamu mahu. Jangan kau ganggu anak cucu Adam”. Aku tak ingatlah dialog ustaz ni, lebih kurang mcm tulah..
“Aku nak dia!” Jerit Along sambil tunjuk ke arahku walaupun matanya tertutup.Eh lagi lah aku gelabah,mata tertutup pun leh tunjuk kat aku lagi.Makin takut la aku.
“Kenapa kau mahu dia.?” Ustaz bertanya.
” Dia yang tegur aku dulu.” Kali ini Along bernada sedih.
“Aku nak kawan dengan dia. Aku nak jaga dia”. Sayu jer suara Along. Tapi tu bukan Along.
“Dia tegur aku tadi. Dia nampak aku tadi”.Sambung Along lagi.
Aku sorok rapat belakang Acik. Dalam kepala aku dok fikir,bila masa aku nampak dia, bila masa pulak aku tegur dia. Yang aku tegur cuma………..Aku tersentak. Aku cuma tegur seekor kucing besar. Ya. Baru aku sedar, itu bukan kucing sebenarnya. Itu cuma jelmaan. Patutlah besarnya lain macam. Aku dah makin ketakutan Rasa menyesal semua ada.
Benda ni pandai berlakon tau, kejap dia buat sedih, kejap dia marah, kejap dia ketawa, kejap dia nangis.
“Aku haus. Nak air”. Along meminta air.
“Tak boleh. Kami tidak mahu menjamu apa-apa pun pada kau”. Ustaz menjawab lagi. “Keluarlah kau dari tubuhnya. Kau mahu aku halau kau secara lembut atau secara kasar”.
Along menjawab ” Bagi aku air, aku haus..aku lapar. Aku janji akan keluar, aku nak air”. Sedih jer nadanya.
” Baiklah. Kau janji akan keluar ya”. Ustaz mengambil segelas air kosong yg diberikan oleh Kak Ita. Ustaz membacakan sesuatu lalu dihembus perlahan lahan ke dalam air tersebut dan diberikan pada Along.
Along tak minum banyak,dia teguk dan terus disembur balik. Tak telan pun air tu.
“Panas. Panas. Aku taknak air ni . Aku haus. aku taknak air ni!”. Marah Along.
Ustaz dah malas nak layan terus dipegang ibu jari kaki Along berlapikkan kain batik.
Menjerit Along “Sakit!.” Sambil menangis. Aku rasa kesian sangat waktu tu. Tapi aku tak tahu nak buat apa. Aku takut.
” Aku janji aku keluar.”
Ustaz membaca ayat-ayat suci Al Quran dan menyuruh benda itu keluar dari tubuh Along. Meraung along waktu tu .
“Ok aku keluar” dan Along terus pengsan.

Dalam beberapa minit, Along terjaga. Ustaz berpura-pura tanya apa nama Along sebab ustaz tu tahu benda tu ada lagi. Benda tu tipu. Benda tu sebut nama lain. Benda tu pandai berpura pura. Ustaz suruh baca Al Fatihah, tergagap2 dia baca. Ntah apa yg dia baca.

Dengan izin Allah, ustaz tu buang betul-betul benda tu. Aku tak ingat mcm mana ustaz tu buat. Tapi semua ayat-ayat suci Al Quran, ustaz tu baca. Kali ni memang betul-betul benda tu dah takde. Along terjaga dan haus. Ustaz tu bgi air yg dia baca tdi. Along minum sampai habis dan terus tertido kepenatan.

Aku berterima kasih pada ustaz, Adu dan J sbb bnyak membantu kami. Diorang pun balik ke rumah masing-masing. Aku dan Acik tido dirumah Along malam tu. Kak Ita tido sekali dengan kami. Kami tido beramai ramai di ruang tamu. Aku takut benda tu ada lagi. Tapi alhamdulillah takde dah pun.

Keesokkannya, aku mintak maaf pada Along sbb aku yg tegur tapi Along yang jadi mangsa. Mungkin benda tu senang kacau Along sebab waktu tu Along dalam keadaan tak sihat dan demam.
Along menceritakan padaku waktu di kedai makan, benda tu ikut kami. Along nampak dan dia diamkan saja. Bukan setakat kedai makan, dia ikut sekali balik rumah. Mungkin sebab Along naik ke rumah sorang diri dan dalam keadaan tak sihat dia senang kacau Along. Sebenarnya kami nak teman, tapi Along tak bagi.

Selepas Along mesej aku sbelum dia terkena tu, dia terlelap. Lepastu dia terjaga dan ada benda di kipas siling melambai2 kat dia. Benda tu mcm panggil Along dan waktu tu lah Along dah start meracau. Dan Kak Ita terus call aku.
Aku rasa menyesal sangat-sangat sebab kesalahan aku, org lain yg jadi mangsa. Kesimpulannya kalau korang nampak benda yg pelik-pelik janganlah gatal pergi tegur. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata terimalah padahnya. Aku mintak maaf kalau cerita aku ni tak seram. Tapi tulah satu2 nya pengalaman aku yg aku ingat smpai sekarang. Assalamualaikum…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mai
FOLLOW FB KAMI.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.