Jangan Panggil Aku

Assalamualaikum Warga FS,

Terima kasih admin sebab sudi siarkan dua
cerita aku sebelum ni
Jangan Pandang Atas Bumbung dan juga.
Lagu Cinta Kain Putih.
Extra terima kasih sebab sediakan video lagu
untuk cerita lagu tu,Aku sendiri terkejut
boleh pulak admin up sekali video lagu tu.

Ada yang bertanya dalam cerita Jangan Pandang Atas Bumbung aku stay sana lagi ke?
2 bulan lepas peristiwa tu aku pindah KL.
Bukan sebab akak cantik atas bumbung tu ya tapi sebab sebab lain ya.

Paling meriah dalam cerita Lagu Kain Cinta Putih,terima kasih kerana respons korang.
Siap tag penyanyi asal lagu lagi.Hahahaha.
Bagi yang cakap lagu biasa je,mengarut,
mana ada berhantu,aku dah mention cuma
Aku tak capslock ayat aku “SERAM BAGI AKU”.

Sebabnya aku terkena masa tu lagu tu,kalau
aku terkena lagu Si Nopal yang memang tak wujud lagi tahun 2008/2009 aku akan cakap
lagu Si Nopal lah,faham maksud aku?
Sampai sekarang seram dia terasa bila dengar
macam mana seramnya dengar Ulek Mayang.
Sama ada lagu tu memang berhantu ke panggil
hantu ke hantu asrama ke aku ke tak tahu
la pulak aku sebab tak nak sempat tanya dia branch mana,HQ mana..

Tapi kalau korang nak betul betul betul seram lagi dengar lagu ‘Menanti Kekasih’ penyanyi dah meninggal dunia,tak tahu masa bila
dia rakam lagu,sebab dia meninggal pun orang
jumpa lepas tiga hari dah meninggal.
Sahih tak sahih aku pun tak dapat nak confirm
Cumanya kalau dah malam jangan la dengar
lagu ni seorang diri kalau rasa tak kuat,
Jadi apa apa jangan salahkan aku okay!

Panjang intro aku kali ni,hahahaha.
Ok,nama aku Jay,asal dari Pantai Timur.
Ni dah cerita yang ketiga kalau admin publish.
Cerita aku kali ni semasa aku umur 11,12 tahun
jadi mungkin tak seram sangat sebab cerita
agak ringkas dan agak cliche macam cerita penulis penulis lain ruangan angker ini.

Kisahnya terjadi pada malam raya ketiga di
kampung tok(nenek),tokwan(atuk) aku sebelah
ayah aku.Rumah memang meriah sebab adik beradik sebelah ayah aku ramai,11 orang.
Selepas isyak,aku dan tiga sepupu aku jiji,sopi dan wan mengira ngira duit raya kami di beranda rumah.Hasil berjalan keliling kampung dari rumah ke rumah agak memberangsangkan.
Duit syiling masing masing membukit tingginya,duit kertas ada juga tapi tak semeriah duit syiling.

Sopi : Jom gi kedai nak.
Aku : Nak gi naik apa?
Wan : Naik motor Cik Udin.
Jiji : Tak kan naik 4 orang kot.
Sopi : Sorang tinggai la,tiga orang cukup la.

Setelah berbincang bincang dan lat tali lat,
Jiji kena tinggal,yang pergi Aku,Wan dan Sopi.
Operasi diteruskan dengan menolak senyap senyap motor Cik Udin ke jalan di hadapan rumah sebab kalau minta baik baik semestinya
akan gagal dek kerana kami budak budak lagi.

Rumah tok wan kami di atas bukit,memang mudah kerja kami,motor tak perlu dihidupkan
awal awal,saat motor meluncur turun bukit,
Sopi masukkan gear dan motor honda cup C70
Cik Udin pun hidup dengan jayanya.Sopi yang bawa,Wan ditengah dan aku duduk paling belakang sekali.Destinasi kami ke kedai Abe Zu
yang berhampiran dengan rumah tok wan.
Sampai di kedai,nampaknya kedai Abe Zu tutup.

Sopi : Kita pi kedai Maniam la
Aku : Tak payah la,kita balik ja,jauh tu,
Wan : Betui,buatnya minyak habih satgi.
Sopi : Ala,jom je la,minyak habih,kita tolak la.
Hahahahahaha.
Aku : Gelap nak pi situ,dah la lalu jalan kebun
getah,kat situ depa kata ada popopo.
Sopi : Pocong,pocong,pocong
Aku : Bingai,hang pi sebut nama penuh buat pa!
Sopi : Hahahahahaha,takdak apa aih,kita ni
Cucu Ghani Siam la.Hahahahaha.
Wan : Jom la pi cepat,awai lagi ni pun,dia biasa
tengah malam ja baru keluaq.Jom jom.
Aku : Yelah,yelah,jom,jom,jom.Mulut tu ja
tolong jaga sama,jangan capoi sangat.

Aku tahu kalau aku berkeras sekali pun Sopi dan Wan tetap meneruskan hasrat juga untuk
ke kedai,lagipun mereka berdua adik beradik.
Bulan pun terang pada malam itu,dan apabila kami lalu jalan kebun getah yang dikatakan keras itu tidak ada apa apa rasa yang seram.
Selesai membayar air kotak,keropok,gula gula yang kami bertiga borong agak banyak sewaktu nak balik,tuan kedai menegur kami.

“Adik,hati hati balik ikut jalan depan sana”
Aku mula rasa tak sedap hati,buat lagi tambah
tak sedap bila Sopi boleh pula bertanya balik.
“Kenapa Aneii(tuan kedai india),ada hantu ka?”
Automatik tangan aku tepuk belakang Sopi.
“Jangan capoi boleh dak,kita nak lalu situ”
Sopi gelak mengekek ngekek.Geram aku.
Motor pun dihidupkan dan menuju ke jalan
kebun getah tadi,memang ada satu sahaja jalan untuk pergi dan balik jadi memang jalan
yang sama juga kena lalu kalau kalau ada yang
tertanya tanya kenapa kami ikut jalan yang sama.

Keadaan dah bertukar 100% pada masa ini,
awan dah menutup bulan sepenuhnya,hanya
lampu motor yang menerangi jalan,Sopi masih
lagi boleh menyanyi senang hati,aku yang di belakang sekali dah mula baca surah surah lazim nak tenangkan hati,sampai di tengah tengah jalan kebun getah.

“Pocong,Pocong,Pocong”
Sopi panggil dengan suara agak kuat.
“Woi,hang buat pasal la Sopi oi”
Aku terasa muka aku dah kebas dah menahan
takut,Wan langsung tak bercakap apa dia sembam muka dia ke badan Sopi sambil tutup mata.Sopi boleh gelak lagi.
“Mana ada apa pun,kan aku dah habaq dia tak
berani kacau kita”
Motor pun meninggalkan jalan ledang getah menuju ke rumah tokwan.
Sampai disimpang jalan nak naik ke rumah tok wan di atas bukit,dari ekor mata aku perasan
ada sesuatu di belakang.

“Cepat sikit Sopi”
aku dah terasa bulu roma aku tegak berdiri.
“Naik bukit nak cepat lagu mana,hang turun
la,mesti lagi cepat” seloroh Sopi.
“ALLAHUAKBAR!” tiba tiba Sopi menjerit.
Pocong terapung di sebelah kanan motor kami betul betul sebelah Sopi.
“ALLAHUAKBAR!” jerit Sopi lagi sekali dan
Dia tendang makhuk yang berbungkus itu semasa kami hampir sampai ke rumah tok wan.
Terus hilang dari pandangan mata kami.

Sampai di rumah tok wan,Cik Udin sudah pun menunggu di pokok rambutan tempat asal motornya di letak kan.
“Hangpa pi mana!Pandai pandai bawak motor
nooo,kalau jatuh,berlanggaq ka aku jugak kena dengan mak,pak hangpa tau dak!”
Marah Cik Udin kepada kami yang belum pun
turun dari motor.
“Kenapa bau busuk macam bangkai ni”
Kata Cik Udin sambil menutup hidung bila kami
turun dari motor.

Belum sempat aku,Sopi dan Wan menjawab kami dengar orang menjerit dari dalam rumah.
“Sudah lah,kenapa pulak tu”kata Cik Udin.
Kami pun berlari lari masuk ke dalam rumah.
Mak Tam rupanya yang menjerit tadi.
Mak Tam seakan akan bersilat sambil duduk bersila bersandar di dinding rumah tok wan
di ruang tamu rumah.Matanya yang putih sahaja kelihatan.Tok wan dah pun duduk bersila di depan Mak Tam sambil mulut terkumat kamit membaca sesuatu yang aku tak
dapat dengar dengan jelas.

Tok Wan : Awat mai kacau ni,hang sapa?
Mak Tam : Depa kacau aku,panggil aku,
Tok Wan : Sapa kacau hang,panggil hang?
Mak Tam : Depa !!!

Mak Tam menunjukkan jari ke arah kami bertiga,semua yang ada memandang kami.
Tok Wan pun pandang dan geleng kepala.

Tok Wan : Dah,la ni pi balik tempat hang.
Mak Tam : Depa nak kawan,aku pun nak kawan
Jugak dengan depa.Ahahahahahaha.
(Bukan gelak kelakar ye,gelak yang seram)
Tok Wan : Tak payah nak kawan anak cucu aku.
Pi balik,Aku janji depa bertiga tak
kan pi tempat hang dah,anak,cucu,
depa pun tak kan pi tempat hang dah.
sampai bila bila.Hang pun jangan mai
sini dah sampai bila bila kalau hang
mai lagi,aku bunuh!

Mak Tam terangguk anguk kepala.
Tok Wan kumat kamit membaca pada segelas air putih dan minum lalu menyembur air ke muka Mak Tam tiga kali lalu Mak Tam pun rebah.
Tok Wan menyuruh Cik Udin dan Cik Man angkat Mak Tam dan bawa ke bilik lalu memanggil kami bertiga.

Tok Wan pun gulung rokok daun tembakau cap kuda,kami bertiga duduk bersila di hadapan Tok Wan sambil pandang ke lantai rumah.
“Takdak penyakit,pi cari buat apa?”
“Kami mintak maaf tokwan” kata kami bertiga.
“Dengar tadi kan,hangpa bertiga tak boleh lalu
situ dah sampai bila bila,ingat baik baik!”
Suara garau tok wan mengecut kan perut perut kami.
“Baik tokwan”.
Masing masing tetap tunduk muka.

Tok wan menyuruh kami melunjurkan kaki.
Dia bangun dan hembus dari kepala ke kaki seorang demi seorang.
Bila asap di hembus ke kaki Sopi,tiba tiba Sopi
mengerang sakit kaki kanannya.Kakinya tiba tiba naik lebam sebesar duit syiling lima puluh sen lama di buku lali.
Tok Wan ambik sehelai daun sirih.Mulutnya terkumat kamit yang aku tak jelas apa yang disebut lalu dihembus dengan asap rokok.
Daun sirih ditekup ke tempat yg lebam pada kaki
Sopi.Menjerit jerit Sopi.
“Padan muka,mulut capoi sangat,hahaha”
aku bercakap dalam hati.

Bila daun sirih dah diangkat,lebam tadi pun hilang dan Sopi dah nampak lega sakitnya.
“Hang pi sepak dia buat apa,dah pi mandi
lepas tu hangpa semua tidoq”
Tok Wan cakap dan geleng kepala.

Sejak pada hari tu,kalau Sopi pergi ke mana mana yang ada makhluk halus dia akan terasa panas pada buku lali,dia cepat cepat akan tinggalkan tempat itu sebab kalau dia abaikan
rasa bahang tu dia akan nampak makhluk yang bermastautin di situ.Nasib hang la Sopi hang pi sepak dia buat apa dah dia bagi hadiah.

Maaf la kalau panjang sangat cerita kali ni,
Lenguh jari aku menaip,maaf jugak kalau tak
dapat tampung keseraman yang korang nak.
Jadi,ingatan aku kali ni,
Jangan sebut nama panjang,sebut nama manja kalau boleh jangan sebut langsung la.
korang yang baca ni baca nama penuh dia ke macam Sopi?
Jaga jaga,kejap lagi dia datang nak kawan.
HAHAHAHAHAHAHA.
SELAMAT BERTEMU JODOH,EH POCONG,EH!

Assalamualaikum.

5 thoughts on “Jangan Panggil Aku”

  1. Cerita dah ok, cuma intro jangan melalut sangat. Org nak baca teruih cerita hang, xdak masa nk baca intro2 meleret nah. tp cerita hang mmg “A”.

    Reply

Leave a Comment