JEMBALANG DI RUMAH SENDIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FS. Tengkiuu sebab menyiarkan kisah aku SUKA DUKA ANAK ASKAR.

Okay.

Kali ni aku nak cerita pasal rumah kat Melaka tu tapi sebelum tu biar aku jawab dulu beberapa soalan korang semua.

  1. Ye. Aku anak tunggal.
  2. Aku ibu bekerja + pjj dengan suami aku. Sebelum ni kerja dari rumah tapi bila boss dah buka ofis, aku terpaksa masuk ofis.
  3. Aku nak berhenti dah. Jangan risau. Lepas ni aku tak akan bebankan mak dan bapa untuk tolong jaga the one and only cucu dia buat masa sekarang ni okay walaupun mak aku berkeras nak jaga cucu dia. Katanya dia rela jaga cucu dia dari aku hantar cucu dia kepada pengasuh. Takut apa-apa jadi walaupun ramai je pengasuh yang penyayang diluar sana.
  4. Aku tinggal dengan mak bapa sebab bapa kena stroke tapi takdelah sampai lumpuh. Cuma ingatan dia kadang-kadang tu ke lain. Dengan adanya cucu, dah macam terapi untuk dia dan dia semakin pulih dan nampak semakin sihat. Alhamdulillah 🙂

Okay.

Back to the story.
Masa kami pindah ke Melaka, umur aku 11 tahun. Masa ni bapa kena outstation ke luar negara. Jadi beberapa bulan sebelum outstation, kami pun pergilah berjumpa dengan penyewa rumah bapa tu untuk berbincang perihal pindah ni.

Sebagai ganti rugi, bapa carikan satu rumah yang selesa untuk penyewa kami ni stay. Siap burn deposit dan bapa gunakan deposit tu untuk bayar deposit rumah baru mereka.

Penyewa ni nampak seperti orang warak, satu keluarga berpurdah berserban. Cakap pun memang lemah lembut dan sopan. Even sepanjang diorang menyewa tu memang tak ada masalah apa-apa.

Lepas dah selesai segala urusan, kami pun pulang ke kuarters puaka untuk siap-siap mengemas. Masa ni gangguan kat kuarters tu dah kurang dan jarang-jarang. Selalu yang kena pun kucing kami si mimi tu dan bapa.

Sayang nak pindah sebab kawan-kawan aku ramai kat situ.

Satu hari tu, kami balik ke melaka dan aku ditinggalkan dirumah nenek aku (yang halau hantu bulu bulu tu ) sementara mak dan bapa pergi kerumah kami untuk membasuh rumah tu.

Aku ingat lagi masa bapa buka cerita ni beberapa bulan lepas.

Keadaan rumah tu macam rumah tinggal yang dah bertahun tak berpenghuni. Penuh sawang. Lantai rumah, bilik dan bilik air serta dapur semua berlumut. Dinding dapur dan bilik air, jangan cakap lah. Berlumut hitam hijau. (Dinding jubin separuh)

Dinding bilik dengan ruang tamu berdaki. Pintu semua kopak dan ada kesan cakar (pintu kayu solid yang berat tu). Pintu grill berkarat dan reput.

Padahal, masa kami datang untuk berbincang tu, rumah tu helookkk sangat. Bersih suci murni. Dinding putih bersih. Lantai berkilat macam kena mop hari-hari.

Ni nak pijak pun melekit, kena pakai selipar.

Bila bapa masuk bilik utama, bilik tu macam suram sangat padahal bilik tulah yang paling terang dan kaya dengan cahaya sebab dekat dengan garaj luar yang tak berbumbung.

Terkejut dia bila tengok ada satu busut sebesar dua pemeluk dewasa ada kat penjuru bilik berdepan dengan pintu. Busut tu tinggi sampai siling dalam 9 kaki tingginya.

Kat busut tu ada macam tali warna kuning dan merah melilit sekitar busut. Ada sisa batang colok tercucuk pada busut tu. Bilik tu pun bau kepam dan bau asap colok.

Nak dekat seminggu, bapa dan mak dengan bantuan kawan bapa dalam dua tiga orang tolong cuci rumah dan buang busut tu. Busut mati, tak ada anai-anai.

Minggu seterusnya kami pun pindah masuk dan minggu seterusnya pula bapa dah berangkat ke luar negara menjalankan tugas.

Masa nilah gangguan bermula.

GANGGUAN PERTAMA

Aku ni introvert sikit. Suka buat hal sendiri. Aku balik dari mengaji, mandi, makan, buat kerja sekolah dan tengok tv. Mak pula makan kat dapur, meratah lauk.

Tengah syok aku layan mr bean sambil menikmati keenakan eskrim malaysia perisa milo, mak tiba-tiba berjalan laju ke hall dan terus duduk sebelah aku dalam keadaan kelam kabut. Dia terus join aku tengok tv. Aku buat tak tau je lah sebab aku fikir mak minat nak tengok mr bean.

Pukul 10 lebih gitu, hujan turun lebat giler siap pakej guruh dan petir. Mak suruh tutup tv sebab takut kena panah petir. Maklumlah, zaman ni astro takde. Kami pakai antena lagi.

Aku pun dah bosan, main lukis-lukis kat situ meneman mak yang membaca majalah.

Tiba-tiba terdengar pintu rumaj diketuk.

Assallamualaikum kum kum kum…

Aku pandang mak, mak pandang aku. Lepas tu mak sambung baca majalah. Aku pun sambung melukis.

Beberapa minit kemudian pintu diketuk lagi, kali ni kuat sikit berserta salam kum kum tu. Aku hempas pensel atas meja dan bangun nak buka pintu tapi mak tarik aku.

“Biar… Jangan bukak. Buat tak tau je.” Mak cakap. Aku menurut sebab kalau hantu la kan, aku takut mak aku lagi sebab dia garang. Hehe

Senyap dah.

Pukul 11 lebih. Aku nak masuk tidur dah. Mak masih lagi membelek majalah. Tiba-tiba ketukan didengari lagi tapi kali ni kuat giler. Siap sliding door semua bergegar.

Kau bayangkan ketukan macam orang mengamuk suruh buka pintu siap berserta guruh sebagai latar belakang.

Bang!! Bangg!!

Salam kum kum tu tak dengar dah. Cuma dengar suara orang merengus-rengus kasar.

Cepat-cepat mak suruh aku baca quran. Aku pun pantas ambik quran dari bilik aku dan baca kuat-kuat. Tergagap-gagap aku baca sebab takut. Sampai nak masuk baca ayatul qursi, tertiber dengar suara mengekek sinis kat luar.

Mak suruh aku terus baca. Tapi suara tu pun ikut aku baca. Eh eh… Menganjing kau aeee!

Lepas tu dia gelak. Pastu dia follow aku baca sambil gelak-gelak plus bunyi guruh yang makin galak. Sampailah aku terlena.

Aku tersedar pukul 6 pagi sebab kena pekik dengan mak suruh bangun ke sekolah.

“Pukul berapa benda tu berhenti mak?” Aku tanya dalam dok pisat-pisat tu.

” Nak dekat subuh. Dah pegi mandi. Tuala kau mak dah letak dalam bilik air.” Jawab mak.

Aku akur tapi aku tak terus ke bilik air. Aku sempat mengintai dari sliding door. Tau apa yang aku nampak?

Ada payung hitam terlentang terbuka kat dalam garaj rumah. Payung tu basah macam ada orang dah guna.

“Apa lagi kau dok tengok-tengok tu?! Pergi mandi cepat!” Sergah mak. Terkejut aku. Terus meluru ke bilik air dan aku ke sekolah seperti biasa.

Balik dari sekolah aku terus tanya mak pasal payung tu. Mak kata masa aku dah pergi sekolah, dia ingat nak buang la payung tu tapi payung tu dah tak ada. Ghoib!

Pelik giler wei sebab pintu rumah aku ni ada grill. Grill tu jarak dia adalah dalam dua depa dari pintu masuk. Memang takkan sampai kalau nak ketuk atau gegar sekali pun.

Yang pasal mak aku berlari ke depan tiba-tiba tu sebab dia nampak ada entiti hitam besar macam gorilla kat luar dapur (benda tu berdiri dekat belakang rumah jiran kami). Matanya merah menyeringai pandang mak. Masa tu mak tengah basuh pinggan.

Kawan bapa kata, benda tu orang lain punya. Dia tak kacau dan bukan dia yang buat kacau.

Abis tu siapa?

GANGGUAN KEDUA

Sebagai anak tungal, aku memang manja dan cepat merajuk. Satu hari tu aku merajuk dengan mak dan bapa, tapi tak ingat sebab apa.

Jadi aku pun masuk dalam bilik, tutup pintu tapi tak kunci. Kut la kan mak nak masuk pujuk aku kan. Hehehe

Aku menangis sampai tertidur. Sedar-sedar dah pukul 6 lebih petang. Tapi aku dengar rumah aku riuh rendah, siap ada bunyi pintu bilik aku kena ketuk dengan sesuatu dari luar. Lepas tu bunyi kuat macam orang langgar pintu bilik aku untuk buka.

Aku dalam pisat-pisat tu bangun selamba terus buka pintu.

Kelihatan bapa dengan wajah cemas dan mak pula terus memeluk aku sambil meraung-raung. Kat sekitar bilik aku ramainya jiran tetangga memandang aku dengan muka cemas.

“Kenapa bising-bising ni?” Soal aku.

“Kenapa kakak kunci pintu? Bapa nak buka tak boleh.” Soal bapa.

Aku pelik.

“Mana ada akak kunci. Akak memang tak kunci pun pintu ni tadi.” Jawab aku.

Sorang demi sorang jiran minta diri nak balik dengan wajah pelik dan takut kecuali jiran sebelah kami, Wak (aku panggil wak sebab dia orang jawa).

Bapa pun cerita.

Masa aku masuk bilik, memang tak ada apa berlaku. Beberapa minit lepas tu, bapa dengar suara aku jerit-jerit sambil ketawa berdekah-dekah.

“Aku nak matiiiiii! Biar aku matiiiii! Hahahahahahahahahahaahhaha!!!!!”

Siap ada bunyi kaca pecah dan bunyi macam aku hantuk kepala kat dinding kuat-kuat sambil ketawa jahat.

Tu yang diorang kaget sebab ingat aku nak bunuh diri.

Sempat bapa jeling bilik aku. Bersih suci. Tak ada kaca pecah. Kepala aku pun elok tak benjol.

“Masa wak nak buka pintu pun tak boleh. Bila cuba nak pecahkan tak boleh sebab macam ada benda tahan dari dalam” Sampuk wak bila bapa aku cerita dia buka guna kunci pun tak boleh.

“Tapi tadi, akak tidur… ”
Serentak dengan tu ada suara ketawa perempuan garau, ketawa jahat giler sambil ada bunyi pinggan mangkuk pecah dan periuk belangan semua berlaga, datang dari dapur.

Bila pegi dapur, tengok tak ada apa.

Hangin bapa aku. Terus dia hantar aku dan mak ke rumah nenek aku yang terrer halau hantu tu.

Bapa aku cerita, malam tu dia “kerjakan” rumah tu dengan kawan-kawan dia. Bapa aku ni adalah ilmu-ilmu dia belajar masa duduk indonesia dulu. Mungkin juga dari arwah atuk aku. Wallahuallam.

Selain bapa dan kawan-kawan dia, adalah beberapa ustaz datang tolong juga. Bab ni bapa tak cerita banyak macam mana dia halau menatang tu.

Dan apa yang bapa jumpa masa proses ‘bersihkan’ rumah tu pun aku tak boleh nak cerita. Tapi memang bapa ada jumpa sesuatu sebab aku ada nampak bapa macam bungkus sesuatu dan bawa keluar sekali dengan dia.

Sejak tu gangguan dalam rumah dah kurang dan hilang. Bapa kata ada je benda tu tapi dia kat luar rumah. Tak boleh masuk atau lalu sekalipun sebab rumah kami ni dah kena pagar.

Tapi, bila dah ada anak ni, aku makin alert pasal benda-benda ni. Walaupun aku tak boleh nampak, tapi naluri keibuan tu aku dapat rasa macam aku dan anak aku diperhatikan. Semuanya aku berlindung kepada Allah yang Satu.

Bapa pesan, walaupun orang buat kita, balaslah dengan kebaikan. Kita tolong dia dan doa supaya dia dapat hidayah.

Benda-benda gangguan tu semua ada seseorang yang buat dan tinggalkan kat rumah kami dengan sengaja untuk memporak perandakan kami anak beranak.

Aku rasa korang pun boleh tahu siapa. Kalau dah tau, diam diam je dan doakan dia sekeluarga dapat hidayah dan insof.

Iblis bukan sahabat kita. Berpandu semula pada Quran, memintalah pada Allah kerana disitulah kebergantungan kita.

Kembali kita kepada Allah kerana kita ini milik Allah semata-mata.

Sekian.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nurul
JEMBALANG DI RUMAH SENDIRI
8 (79.57%) 46 votes

11 comments

  1. Nape dgn ayah kau. Tahu rumah puaka tapi still tinggalkan anak bini dan lari dari negara. Tu nama laki ke pempuan??? Xde telor ke

    1. zul.xbaik komen cmtu.kan die dh bgtau bapak die kne kje luar..bukan suka2 tiggal anak bini..ko nk tny pun elok2 la soalan ti.ni siap ckp xde telor la ape la bapak biadap

    2. Zul. komen tak pakai profile betul boleh la kau komen macam ni mengata orang. cuba kalau kau guna real profile. mesti kau pun tak da telor nak komen mengutuk ayah dia.

  2. Nice sharing. Alhamdulillah. at least reader mcm aku boleh berhati² jugak bila nak menyewakan atau sewa rumah ni.

    semoga ayah ko pulih seperti sediakala 💓

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.