Assalamu’alaikum w.b.t semua!
Thanks. Aku dah baca semua komen-komen korang. Tak tinggal satu pun. Alhamdulillah. ramai yang suka. Aku tak sempat reply satu-persatu. Tapi betullah. Korang tak payah imagine. Memang bersungguh pun aku laungkan takbir tu. Pedih anak tekak aku.
Okay. Kali ni cerita fresh punya. Baru je berlaku pada malam Ramadhan ke 7. Aku nasihatkan korang baca betul-betul. Ini bukan lawak-lawak macam yang tajuk ‘Kemenyan’ tu. Amaran keras, cerita ni panjang.
Untuk pengetahuan korang, sekarang aku dah pun kerja. Aku ada la menyewa rumah bersama 2 orang housemate aku yang lain.
Kawasan rumah sewa aku ni macam baru nak membangun. Suasana kampung gitu. Kiri kanan semak samun, tanah merah. Jalan tar lak muat satu kereta je. Kalau kau nak mati awal boleh la cuba-cuba racing jadi dak-dak Honda. Test power kereta Honda kau tu.
Malam-malam gelap je, takde lampu jalan. Kerajaan dah habis budjet kot buat mengundi. Kah! Memang bahaya jalan sorang-sorang terutamanya perempuan. Aku nasihatkan kalau korang perempuan dan kawasan rumah ala-ala macam kawasan rumah aku, kau jangan nak buat-buat berani balik sorang-sorang. Ajakla member kau teman. Tapi kau jangan cari pasal ajak boyfriend lak teman. Kang sesaja kena kenduri kau. Jangan cakap aku tak pesan .
Aku ni pulak, lately ada masalah insomnia. Susah nak tidur malam. Ada hari yang aku tak boleh tidur langsung. Esok tu pulak aku kena kerja. Mata penat nak tidur tapi otak aktif. Sudahnya aku memang tak tidur malam kekadang sampai 4 hari. Setakat tidur pejam mata sejam dua, barai wey.
Balik daripada kerja, lepas Asar, sementara nak tunggu berbuka, aku baca la cerita Fiksyen Syasya ni. Buat ubat tidur. Ni bukan bodek okay. Trust me! Betul punya. Waktu tu ada cerita baru publish tapi aku lupa tajuk apa.ada part yang dia nampak makhluk nak melompat dari tangki air ke apa. Macam boleh nampak makhluk lain la. Time baca tu, mata aku pejam. Bibir aku senyum. Senyum meleret-leret macam jumpa kawan bai. Pastu ada suara dalam kepala aku. Cakap apa entah aku macam dah lupa. Tapi suara tu cuba nak sembang-sembang dengan aku. Banyak cantik dia. Macam dah takde orang lain dia nak berbual. Kacau aku nak tidur je. Yang anehnya, sempat pulak aku pesan kat diri aku sendiri, ‘kau dah pehal senyum-senyum waktu tidur?? Bangun sekarang!! Ni bukan diri kau! cerita tu tak kelakar pun.’
Tersentak aku. Terus aku bukak mata. Aku dah rasa aneh-aneh. Malas je nak solat Asar. Tapi aku solat okay. Solat lu jangan tinggal. Perangai buruk tak pe. Asal lu jaga yang tu je. InsyaAllah, lu selamat.
Macam biasa, malam aku tak boleh tidur. Aku gasakkan baca Fs lagi. Tapi sekejap je aku baca. Aku ni bukan berani sangat. Kah!! Pastu aku main-main phone aku. Waktu tu, ada part badan aku yang rasa goosebumps tu. Berbintil-bintil. Tapi sekejap-sekejap je. Macam ada benda bergerak bawah kulit kau. Sekejap kat kaki. Sekejap kat leher. Sekejap kat lengan. Sampai laaaa dalam pukul 1.00am macam tu aku macam mengantuk. Nasib baik fon aku tak buat taik jatuh atas hidung aku. Kalau tak arwah dah. Arwah hidung. Handphone aku tak usik. Mahal oi nak beli baru.haha!
Aku rasa aku dah tidur lama sangat dah. Macam lena sangat. Siap mimpi. Mimpi pulak amboi! Pervert habis. Dan manusia dalam mimpi aku tu, memang aku kenal sangat.Astaghfirullah hal’azim. Mengucap aku. Tak pernah-pernah seumur hidup aku mimpi macam tu. Aku ni suci sesuci Balqis. (Cewah) Aku tiba-tiba terjaga sebab aku dalam mimpi tu cakap, ‘kau bangun sekarang kalau kau nak selamat!!'(Admin please jangan delete part ni..)
Aku bukak mata seluas-luasnya. Macam aku yang dalam mimpi tu roh aku yang berjaya kejutkan aku. It was so real. Otak aku blur. Tengah blur tu, mata aku tertangkap satu imej berbulu putih betul-betul depan mata aku. Kecik je saiz dia. Muka dan jari hitam, hidung dia panjang ke bawah sampai dagu. Tengah perhatikan aku tidur. Benda berbulu putih tu duduk mencangkung depan aku. Dia terkejut agaknya, tiba-tiba dia ghaib. Eleh kau. Dan-dan. Dia yang terkejut ke kau yang penakut.
Aku waktu tu tak payah cakap la. Berdebar. Berpeluh. Terus aku bangun bukak lampu. Aku tengok jam. Baru 1.46 a.m . Geram jugak la sikit. Sebab kacau tidur aku. Aku dah la susah nak tidur. Tak de hati perut langsung. Sempat jugak aku mencarut kat benda jin tu. Yal nakharomm anat semua aku bagi. Aku nak solat Isya’ . Campur sekali aku takut. Ye la. Aku dah carut kat dia. Aku takut dia apa-apakan aku.kang naya je.
Semasa aku nak melangkah masuk tandas nak ambil wudhu’, belakang aku meremang. Seram sejuk. Satu badan. Macam dia tak suka aku nak solat. Tapi masa tu aku tengah geram. Aku cakap. “Kau pegi jauh-jauh jangan kau berani-berani kacau aku. Kau tunggu. Aku baca surah al-ruqyah. “( tapi panjang sangat surahnya aku baca berapa helai je).
Tapi memang sampai ke sahur aku tak tidur. Aku memang sampai sekarang dendam dengan jin tu. Sekarang ni aku tak de la rasa meremang seram sejuk sangat tapi bila nak solat je rasa malas. Pastu baran tak tentu pasal. Pantang salah sikit. Senang nak marah orang. Nanti aku nak pegi jumpa ustaz. Aku confuse, sama ada, ni angkara jin ke, angkara manusia yang dalam mimpi aku tu.
Korang jangan ingat bulan puasa jin tak de. Yang kena gari syaitan. Bukan jin. Mereka wujud. Kalau tak, takkan ada jin islam jin kafir. Ye dok? Korang nak balik terawikh ke tu? Hati-hati. Jangan lewat-lewat
entah la labuuu…
x tau nak komen..hehheh…
Tak berapa nak fhm, emm
cepat2 lah berubat….
HAHAHAHAHAHAHAHAH dah tu tang mana siamang nya?? kenapa panggil jin tu nama siamang? siamang bontot merah ke? adoi lah. hahahaha
panjangnyaaaaaaaa citer awak..
tu jer…
p/s:Saya puasa..
ye tahu awak puasa. awak nak mencarut ke? jangan. tahan sikit rasa marah tu. hahahahah sabar okay?
*gurau je
hurmm..macam x sampai aja cerita nya
Oo hidung jin tu yg siamangnye hihihi π€
Hamboiiii.. kemain lagi. ko pasang je lampu time nk tido tu. Btw, aku pn sama jgk ade Insomnia. Kadang, 3 ke 4hari tak tido. Tapi otak cerdas. Bengang jgk apehelll tak boleh tido. Hangin jek.
syaitan ni bangsa jin juga. cuma syaitan ni adalah nama gelaran pada sekelompok jin yg power bertuankan Iblis laknatullah. kelompok inilah yg dicekup masuk βlokapβ bila Ramadhan tiba. dengan bossnya Iblis sekali masuk dalam. jin-jin yg bukan dalam kelompok yg digelar syaitan tidak digari dan disumbatkan kedalam lokap. begitulah ikut pemahaman saya yg di beritahu oleh Ustadz2 bertauliah yg saya pernah berkesempatan duduk belajar dengan mereka. Wallahualam
tak faham. kbai
cerita tu da ada, tp punchline tak sampai..mcm ada yg tergantung…keep up..
nek..pinjam penyapu terbang..nk g baza romadon..
meh, nek bagi pinjam…jgn bagi org lain naik..
tak bolehhhhhh!
KENAPA X LEH ?…HAHHAHHA
kenapa mcm tergantung je….
Not bad. Gdjob!!ππ
Yg siamang nya c comel berbulu putih hidung panjang smpai dagu tu ke en.mimpi…?hehe…blh la…nak faham ke x nak fhm ni…kompius betaπ
aku aku tak paham
ha ha ha ha aku aku puasa aa aa
bye cahabat cume
ape bendeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Tak faham.. umpama mimpi dalam mimpi ke camne?
π€π€π€π€π€π€
Honestly dude, whats ur point? Pening aku baca pesanan saja dah 18 pages. Duh.
baru baca half da pening. tak paham
Mana ada surah al-ruqyah. Merepek je kau ni. Kau silap tulis tu. Ayat ruqyah ada la gabungan beberapa surah.
Dah try untuk faham tapi takboleh. Hm
Hahaaha lps aku baca komen org lain bru aku thu aku x fham pon cite kau… hmm tpi serius aku rsa kau ni cam halusinasi je psal kau tgh mimpi kan. Mungkin byk sgt pikir n imagine hntu n byk plak bca fs time mlm2…
tak paham -_-
cerita ape nie……
pening awok dibuat nyer….
Surah Al-Ruqyah? Dasat kau ni, tak pernah pulak aku dengar ada surah tu.
π
ni jdinyer bile dak raver nk join citer hantu..
Bosan..syok sendiri je
kata pjg tp cter pendek je.
pahtu isi xde pun tp ayat bunga2 je lbh.
Haha Jin ngn syaitan APA beza dia? Kan muka nk sma..