Jiran Depan Bilik

Assalamualaikum semua.. ini pertama kali aku hantar cerita pd fs. Harap admin approvekan walaupun mungkin pd korg tak lah seram mana sgt..

Nama aku Anis.. banyak sebenarnya kisah seram aku, tapi aku ceritakan pengalaman aku masa di universiti dulu. Pada tahun 2013 aku melanjutkan pelajaran diploma engineering di salah satu IPT di Kedah. IPT yg aku masuk ni tak lama dan tak baru (pada masa aku masuk tu uni aku dah berusia 10tahun) aku masuk lambat dari orang lain. Intake kedua. Jadi aku macam tak berapa tahu sangat laa bilik mana yang berpenghuni dan bilik mana yang tak berpenghuni dan aku tak melalui minggu orientasi (yeayyyy!!).

Pendekkan cerita aku masuk hari isnin. lepas mak aku hantar aku tengok bilik aku (tingkat atas sekali tingkat 4) lepas tu mak ayah aku balik dan tinggallah aku di bilik sorang diri. Kejap lagi pukul 3 aku dah kena masuk kelas. Roomate aku yang lagi 2 orang masih lagi di kelas. Mereka course yang sama dengan aku tapi kelas berlainan. Di setiap floor, Keadaan bilik bertentangan. Kira kau buka pintu bilik kau, kau akan nampak pintu bilik orang depan. deretan bilik aku ni, tingkapnya mengadap ke cafe manakala deretan depan bilik aku mengadap ke hutan. Awalnya aku tak lah syak apa apa sebab aku tengok bilik semua berpenghuni. Jadi aku tak lah seram sangat duduk sorang sorang dalam bilik.

Malam tu lepas habis kelas, waktu maghrib aku persiapkan diri untuk solat. Sebelum tu roomate aku ada ajak ke cafe makan. Tapi aku taknak sebab mak aku bekalkan banyak gila makanan dari rumah. Jadi mereka pun turun beramai2 sekali dgn kawan kawan bilik sebelah dan tinggallah aku sorang di atas. Aku pun capai baldi nak pi mandi dan ambil air sembahyang. Masa aku keluar tu aku nampak pintu bilik depan aku terbuka. Dalam hati aku cakap “kemas juga bilik ni… nampak pakai baju kaler lain ni mesti budak degree” dan aku pun terus ke bilik air.

Lepas selesai segala urusan aku, masa aku nak buka kunci pintu bilik, aku terserempak dengan jiran bilik depan aku. Putih bersih muka nya. Pakai tudung pink baju uni wangi sangat. Aku pun ramah pi tegur dia “hai, kak dok sorg je ke bilik ni??” Dia jawab “haa kami sorang sorang ja duk sini” (dlm dialek kedah) aku pun jawab balik “oh berani nya” dan kemudian kak tu senyum kat aku sambil kata “takut pa tempat kami” terus dia masuk bilik tutup pintu. Aku pun macam… okey….. tapi dalam masa sama macam pelik gak la dengan jawapan dia tadi.

Esoknya aku ada kelas pagi. Lepas kelas aku balik dengan kawan sekelas aku Ana (bukan nama sebenar) dia tinggal selang dua pintu dari bilik aku. Kami pergi lepak cafe dulu sebab lapar. Masa tengah makan (masa tu dua dua kebulur gila) aku pun soal dia “ana, depan bilik aku tu.. memang kak tu duduk sorang je ke?” Ana yg lapar tadi terus stop suap nasi dalam mulut… “siapa???” Dia soal aku dgn mata terjegil… “laahhh! Depan bilik aku tu… kak senior kan.. dia budak degree. Dia sorang je ka duduk situ? Berani kan dia? Tapi bilik dia kemas laa.. wangi!” Terus Ana stop makan dan marah aku.. “kau merepek apa ni?! Floor kita duduk tu, barisan kita je yg berpenghuni tau… barisan depan kita KOSONG! Tak pernah ada yang duduk sejak mula mula buka. Masa kami masuk minggu orientasi dulu, berhabuk teruk bilik2 kat floor kita tu. Kita batch pertama rasmi floor 4. Lagi satu, pintu bilik2 depan kita tu mana berkunci. Kau nak masuk ambik katil ke tilam ke kerusi ke ambik jela” dengar aje jawapan tu aku dah gigil.. ape ni.. siapa atau apa aku tegur semalam? Alahai!!

Lepas makan, aku naik bilik. Masa buka kunci aku tak jeling langsung bilik depan aku.. aku takut! Tapi bila buka pintu nampak roomate ada, aku pun melangkah sikit ke depan pintu bilik tu, dan tolak daun pintunya sikit.. SAH! Memang kosong! Tak macam yang aku nampak semalam… kalau semalam berhias cantik berlangsir wangi dan lain lain.. harini ia berubah 360 darjah. Bilik tu berhabuk, pintu loker terbuka luas, katil2 tak tersusun tilam2 dilipat dan berhabuk teruk. Pokoknya nak masuk bilik tu kena pakai selipar. Masa tu dalam hati aku hanya kata “kena juga aku”

Roomate aku perasan aku dok jenguk bilik tu, diorang tegur “kau nak tukar katil ke?” Aku cepat cepat jawab “tak! Saja tengok ada apa dalam ni.. bilik ni memang tak kunci eh?” Sengaja aku berdalih, taknak mereka takut. Tapi hakikatnya, aku yang takut sekarang ni… kisah ni aku takkan lupa sampai bila bila.. ini bukan pertama kali aku terkena tapi pertama kali nampak depan depan benda tu (walaupun aku bersyukur bukan dlm rupa menakutkan) sampai sini je dulu. ada masa nanti aku ceritakan pengalaman aku yang lain. sekian..

Anis
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

18 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.