Kambing Kuil

Hari ni rajin pulak nak menaip , terima kasih FS sebab sudi siarkan cerita aku ni .

KAMBING KUIL

Alkisahnya bermula sewaktu aku darjah lima, aku di besarkan di kawasan sub-bandar. So, arwah opah aku ni rajinlah membela ayam. Ada banyak ayam dia.

Dan suatu hari tu, adalah kisah kambing kuil terlepas time diorang nak sembelih. Hilang tanpa kesan. Tapi, ada aja kambingnya dekat area-area sungai berhampiran rumah aku. Senang cerita, sungai belakang rumah aku. Tapi tak ada pulak tuan or orang-orang kuil cari, maybe dorang pun dah malas cari sebab dah lama sangat hilangnya, baru ada ura-ura dekat area sungai sana.

Nak dijadikan cerita, petang tu macam biasa aku dan arwah opah bagi makan ayam-ayam tu. Kebetulan pulak kambing tu nak join makan, so aku cakaplah dekat kambing tu, “kau makanlah dengan ayam-ayam aku, share-share sikit.”

Lepas makan, kambing tu pun blah. Hari dah nak senja, so kami berdua cucu masuklah rumah. Senja pun berlabuh. Masa senja tu, arwah opah aku dekat bilik, aku dengan adik-adik aku main dekat ruang tamu, lepas mandi semua. Kebetulan siang tu arwah opah aku ni ambil kipas dekat bilik ayah aku. Bilik ayah aku ni dekat belakang, manakala bilik opah aku depan, bersebelahan ruangtamu. So, arwah opah pun panggil aku, minta tolong hantarkan kipas tu dekat bilik ayah aku. Dia nak solat dulu katanya.

So, dia minta aku hantarkan. Aku pun punyalah degil senja tu, main lagi tak ingat dunia. Aku tengok jam dah dekat waktu mak aku balik kerja. Selalunya lepas-lepas senja ni mak aku mesti sampai rumah. Mak aku operator pengeluaran. Dia balik naik bas kilang, so agak lewatlah sampai rumah. Berbalik pada cerita, aku pun panjat pagar yang arwah opah aku buat untuk adik kecik aku (adalah tinggi pinggang aku). So, kalau sesiapa nak ke dapur memang kena langkah pagar tu. Sekarang ni dah ada safety gate. Dulu tak ada, so, semua kena buat sendiri.

Aku pun panjatlah pagar tu nak pergi hantar kipas dekat bilik ayah aku. Risau kalau tak hantar karang, bising mak aku kejap lagi dia sampai rumah. Masa melangkah panjat tu, tak ada apa lagi. Tapi bila tengah-tengah haluan nak ke dapur dan kebilik ayah aku tu, tiba-tiba mata ni punya meliarlah, terpandang bawah meja makan. Ada botol yang tak ada plastic jenama dia (maksud aku botol tu togel). Nampaklah segala isi dalamnya. Korang tahu apa yang aku Nampak?

Aku pun tak tahu apa benda, sama ada jin atau syaitan, muka dia empat segi sama besar dengan botol. Makin lama aku renung makin besar mata dia dan makin panjang taring dia. Rupa dia macam hantu buku dalam cerita Evil Dead tu. Sumpah aku seram gila masa tu. Aku dengan muka pucat lesi yang aku sendiri rasa  tak ada darah dah kat muka aku disebabkan takut, aku menjerit.

“Oooo… oooo… opahhh!”

Terus aku berlari ke depan, tak tahu macam mana aku lepas ke depan dengan kipasnya sekali. Walhal aku tak sedar yang aku panjat atau tak pagar tu tadi. Aku pun tak ingat. Yang aku tahu, aku dah sampai depan dan peluk adik-adik aku, sekali dengan kipas.

Opah aku dengar aku jerit kuat macam nak luruh jantung, dia pun bingkas bangun. Tanya ada apa, aku cakap, “ada hannn… hannn…hantuuuu…’’

Opah aku tanya, “dekat mana?”

Aku jawab, “bawah meja makan.”

Opah aku pun amik kayu panjang yang dia buat sidai kain, bawa pergi belakang. Aku yang takut-takut berani ni pun ikut nak pergi tengok. Aku duduk belakang opah aku.

Sampai je dekat dapur aku dengar opah aku cakap “Allah!” dan aku tengok mulut dia terkumat-kamit baca surah. Macam-macam surah aku dengar dan mata dia tak lepas dari tengok benda tu. Dia jatuhkan botol tu dengan kayu yang dia bawak dan korang tau apa yang jadi? Benda tu pergi masuk celah dinding ke bilik air dan macam ada badan baby ikut belakang kepala tu sekali.

Malam tu ayah aku balik perasap kemenyan dekat dapur, aku yang muka masih pucat terus masuk tidur.

Esok pergi sekolah kawan-kawan tanya dari dalam bas lagi, kenapa muka aku pucat. Aku pun cerita nak tak nak, sebab hilang semangat aku masih tak pulih lagi. Masa aku menjerit tu, habis budak-budak bujang yang tak reti nak balik semua balik ke rumah sebab takut punya hal. Maybe dorang ingat aku hysteria. So, senja bawak ke malam, tak adalah dengar petikan gitar dari dorang. Dorang ni selalu lepak depan rumah jiran aku. Tiap-tiap malam memekak. Lepas kejadian tu dah tak ada lagi bunyi gitarnya.

Dan barulah aku dapat tahu cerita yang ada orang nampak macam-macam dekat kambing tu, termasuk nampak baby merangkak bawah perut kambing tu. Ada yang kata kambing tu bunting, ada yang kata nampak baby tak ada kepala dekat kambing tu. Aku pun tak tahu nak cakap apa, sebab aku dah terkena.

Dan baru-baru ni jugak baru aku tau dan terbaca kisah anak kerak. So, pendapat aku maybe yang aku nampak dulu adalah anak kerak.

Sekian dari aku. Next time aku cerita pengalaman yang lain pulak. Cerita ni betul-betul kejadian, bukan rekaan. Terima kasih semua yang sudi baca.

SN.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Sha nazri
Tiada lagi iklan menganggu,kini 1 unit iklan sahaja dalam web FS. Web Makin laju. Jika rasa iklan menarik perhatian anda, mohon view untuk support web FS. TQ
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Support FS

41 comments

      1. Ada cuolss anak kerak tu mcm jin belaan lebih kurang cm toyol la katayer.. tp digunakan sbg pelaris, kecantikan dll selalu belah2 thai yg amalkan gitulah.

    1. anak kerak ni sejenis jin/hantu yg berfizikal seperti bayi ala2 toyol. tp anak kerak ni jahat dan ganas sbb suka ganggu manusia.. biasanya pawang/bomoh yg ada kemahiran blh seru anak kerak ni.. rasanyalah.

  1. hantu botol tu ade kaitan ngn kambing ke?
    muka hantu tu ikut bentuk botol tu ke?botol tu bentuk petak ke?
    ehh..byk persoalan aku ni..xleh nak imejin cerita ni camne..hahahaha

      1. haha..mungkin ade kaitan..tp writer x cerita detail..so pembaca kurang paham sikit..
        kite buat2 paham je la..hehehe

  2. Ape kena mgena hantu dlm botol tu dgn kambing..lps tu knpe hantu ade dlm botol.kn slalunye kalo yg dlm botol tu hantu yg kna kurung.konfius laaaa

  3. Ramai yg condem pasal anak kerak anak kerak .. kerak nasi ke typo kera .. google lah guys . Apa guna teknologi dihujung jari anda semua ? Guna untuk bash dan membawang je ke ? Maaflah kalau terasa .. Adios ..

  4. maksudnya kambing tu kan dari kuil, maka ia ada dipuja sebelum ia lari. kalau dipuja maksudnya ada jin yang sudah melekat kat kambing tu. jadi jin yang mengikut kambing tu menjelma bentuk anak kerak/bayi dan menganggu la siapa2 yang dekat dengan kambing tu.

  5. kurg paham sbb skit je cerita pasal kambing tu…knpe kmbing ada kaitan dgn hantu tu..sbb tu kmbing biasa nk buat smbelih tpi lari kn?3x ulang2 bace nih..

  6. Tak phm dgn ape yg kau nak ceritakan sbenarnye. Mcm xde kena mengena dgn kambing pun. Skejap hantu dlm botol, skejap anak kerak. Penceritaan pun mcm budak 6 thun menulis. Mcm xde centre penceritaan kau ni, mcm melilau lilau je. Sory nak ckp tapi tak payahla smbung lg sbb x menarik la cte kau. Sory

  7. thanks for sharing. cerita menarik.
    pergi mampos dgn komen2 diatas. bukan nenek dorang ada bayar.

    tolong. sambung lg kisah seterusnya.

  8. tolol yg banyak komplen ni semua.

    sebab otak jadi bengap dah tepu duk baca cite yg “best” tapi 100% rekaan.

    yg betul betul kejadian di kecam.

    lucu.

  9. means punca dr kambing kuil tulah ek? mende nak jadi..slmt opah pun nmpk sama kalo x kene cop penipu.huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.