Kampus Q, di IPTA Sarawak

Helo pembaca-pembaca FS , selamat sejahtera. Dalam cerita ini aku membahasakan diri sebagai Ken, asal kamek orang Sarawak juak dan merupakan penuntut salah satu IPTA sohor di Sarawak ni, itu 8 tahun dahulu. Ini koleksi kisah-kisah seram yang dibawa dari pengalaman rakan-rakan sepenuntut dan juga turun-temurun diturunkan ke juniors yang sedia ada sekarang. Ha..kot kalau FS publish cerita ini, mungkin ramai yang kenal Kampus Q ini. Waima telah meninggalkan alam “kekampusan” namun cerita-cerita dan pengalaman ini masih segar dalam ingatan.

Cerita pertama aku ini, memang dialami sendiri bersama teman-teman sebilik. Perkara mistik ini berlaku di kolej kediaman kami (hostel) yang gah berdiri 4 blok di belakang kantin Kampus Q. Blok kami ni terletak di tengah-tengah keempat-empat blok, dan merupakan wing kedua- Blok 2, wing 2. Entah aku pun tak tau macam mana nak describe. Hahaha.. Bilik aku kat ground level saja, kami kongsi 4 orang dan ada 2 katil double decker.

Malam peristiwa ini berlaku adalah malam kedua selepas MDS berakhir. (minggu destini siswa..kot nama dia..haha..lupa la…tu tahun 2009 dulu). Kami sekawan ni pakat nak tidur sama-sama, maklumlah antara kami berempat akulah yang paling pengecut. Jadi , tilam-tilam kami gabung dan hampar atas lantai. Malam tu kami berempat tidur bergelap, lampu tutup semua lah.Kot dalam masa tak sampai setengah jam kami orang dah tidur membuta dah masa itu, sebab penat kan. Aku ingat lagi masa itu aku terbangun malam-malam buta sebab dengar bunyi ringtone handphone ala-ala loceng gitu…

Lama juga bunyi ringtone handphone tu menyanyi-nyanyi, dah lebih 20 saat macam tu.. Ini mesti member set alarm salah jam, sekarang nak masuk 3 AM kot bila aku tgk kat skrin handphone aku pula. “Kling kling kling cing cing….”. Terus aku bersuara… “ringtone sapa ya?? Padam handphone kau gik Nok (ringtone sapa tu? Off handphone ko Nok) “… Aku melentinglah sikit masa tu. Diam saja kawan-kawan aku. Okay fine. Bunyi dah tak ada tiba-tiba dan aku pun tidur balik masa itu. Tak lama kemudian ada lagi bunyi ringtone tu, yarabbiee…apa kenak sidak urang tok eh? Aku maok tidur tok.. bentak aku dalam hati..

Sekali lagi aku bangun, duduk dalam gelap baru nak tegur kawan-kawan aku…tapi bunyi tu stop. Okay fine, aku baring balik tapi kali ini mata aku masih belum pejam, kepala baru sentuh bantal.. “kling kling cing cing..”… ada lagi bunyi ringtone.. Aku dah rasa nak marah dah masa itu dan terus aku tegur lagi ” sapa punya ringtone tu??????? Kau punya ke Man?? ” aku tanya kawan aku yang tidur paling hujung, menghadap ke tingkap menjenguk ke luar di penjuru meja belajar kami. Memang aku mention nama dia lah, sebab dari tadi bunyi ringtone tu datang dari arah dia..

Dia jawab aku dari hujung sana ” bukan handphone aku lah…….ringtone aku mana ada macam tu Ken…”. Terdiam aku sekejap. Kawan aku si Sand yang tidur sebelah aku pun turut menegur.. “udah gik…off handphone kitak orang eh…”. Lalu Nok dan Man menjawab dari hujung “bukan kami punya lah….huhuhu”.. Dan bunyi ringtone berloceng tu bersambung buat beberapa saat….masa itu baru aku perasan, bunyi tu dari arah hujung, kemungkinan berada di tingkap kami. Lama-lama bila ingat balik, bukan bunyi ringtone tu, tapi dah macam bunyi loceng kat kuil ataupun temple..

astaga aku taip ni pun dah meremang bulu tengkuk… Tuhan je lah tahu macam mana perasaan kami berempat malam tu. Sampai lepas 8 tahun ini pun kami tak tahu itu bunyi apa. Itu the first and the last aktiviti mistik yang aku alami kat Kampus Q, kus semengat mintak simpang memang tak naklah mengalami perkara aneh-aneh ni. Itu cerita di Blok 2 aku.

Ini pula cerita di Blok 4, blok paling hujung sekali. Dan agak nya yang paling sunyi lah kot. Aku pernah juga stay Blok 4 ini dulu. Bilik aku kalau tak silap kat level 3 or 4, sebab 1 sem saja stay sini dulu. Sumpah blok ini memang sunyi siot, kat depan blok ada dewan makan yang selalu berkunci bertutup tak pernah beroperasi.

Ha..budak-budak Kampus Q memang tahulah tempat ni. To cut the story short, bilik-bilik sini tak macam kat blok 2 dan Blok 3. Kat sini, berdua-dua saja satu bilik. Bilik aku pula kalau buka tingkap memang akan nampak ladang fakulti peladangan lah masa tu. Masa zaman aku, Kampus Q ini masih banyak hutan dara di sekeliling nya, tak macam sekadang. Ha..to cut the story short, satu malam tu aku dengan geng-geng keras baru lepas revision, kami orang pun masak lah mee maggi, potong timun cili bagai. Haha.. masa tu jam 2 AM kot.. tengah syok-syok kami makan-makan, kawan aku tiba-tiba berbunyi “entah sapa lah main motosikal kat ladang malam-malam macam ni?

Hari tu pun aku ada dengar ” kata si Fila. “Yakah? Aku pun pernah dengar juga. Guard kot meronda ladang..” kata aku menjawab Fila. Diam saja kami, and betul masa itu memang ada bunyi motorsikal di kawasan ladang. Yang cerita ini aku belum lah tanya kat kawan-kawan peladangan..sorry lah ya kawan-kawan. Mana tahu betul ada guard kat ladang masa tu tengah meronda. Sebab bunyi motorsikal itu memang dalam beberapa minit berlegaran kat kawasan tu. Tapi kami tak lah ada keberanian nak menjenguk keluar. Kot-kot ghost rider ke. Haha..

Zaman aku dahulu ada satu cerita orang jual nasi lemak. Ha, yang ini classic. Rasanya kampus lain pun ada cerita mak cik-mak cik jual kuih ke, nasi lemak ke kan. Ini cerita seniors aku. Mereka ini tengah study week untuk final exam masa tu. Bilik senior aku ni kat level 3, blok 3. Cerita ni pengalaman roomate dia lah. Si roomate dia ni gigih study sampai tengah malam. Lumrah student kan.

Meja belajar pula menghadap tingkap. Tingkap pula dibuka masa tu. Si roomate senior aku ni pun dah mamai-mamai masa tu sebab nap sekejap kat meja dia. Bangun dia nap dia pandang ke tingkap dia yang tengah ternganga tu. Ada orang, macam mak cik “Nak nasi lemak?”. Tapi kawan senior aku kata benda tu jadi sangat pantas, lepas tu dia dah blur dah apa benda dia tengok tu. Ko bayangkan jual nasi lemak kat tingkap, lepas tu bilik ko kat level 3? Apa ko rasa. Demam budak tu masa final exam week. Huhuhu..

My third story is- kelas malam. Yang ni berlaku kepada senior juga. Realiti atau fiksyen, Tuhan saja tahu. Senior aku cerita blok kelas mereka memang tak berapa “bagus” lah. Kami panggil blok ni Blok G. Memang tempat ini besar dan sunyi pula. Aku siang-siang hari pergi hantar assignment ke sign something kat lecturer kat blok ini pun dah rasa macam tak best je..tak tahu kenapa..aura sik bagus ya ada kata orang Sarawak.

Back to my senior’s story, mereka ni ada kelas malam (7PM-9PM) masa tu kat blok ni. Coursemate dia si Zack ni, jam 7.30PM tak muncul-muncul kat kelas. Lecturer dah bising. Mereka call Zack, voicemail pula. Aduh. Sine Zack tok eh? Masa itu jam 8.45PM, tiba-tiba pintu kelas diketuk. Semua tengok ke arah pintu. Maka terpacul lah si Zack tercungap-cungap, berpeluh..muka dia pun putih semacam, pucat. “Kenak you baru datang Zack? Kelas dah maok habis” kat Madam May. “Saya cari kelas dah berapa lama tadi..adoi.. saya tengok lagi nombor kelas apa.. saya ingat kelas bukan kat sini Madam. Berapa kali saya masuk bilik ni memang tak ada orang..saya ingat kelas cancel. Memang kelas ni saya masuk Madam. Pusing-pusing lagi saya cari kelas. Handphone saya takda battery, nak balik hostel saya rasa bersalah pula. Tapi mmg tak da orang dalam ni saya tengok tadi, lampu saja bukak”. Zack demam lepas kejadian tu.

Sama ada Zack nak escape kelas dan buat cerita tak tahu lah. Tapi student mana pula bongok nak datang kelas last minute kalau dah escape,kan? Aku pun meremang bulu roma teringat cerita ni. Tu ha aku tak berapa nak suka kelas-kelas ganti yang lecturer buat malam hari.

Kalau nak aku cerita semua, dalam satu essay memang tak cukuplah kisah-kisah kat Kampus Q.

Mungkin pembaca-pembaca akan kata.. “oh boringlah, bukan cerita kau rupanya tapi cerita yang ko dengar je”. Ya, aku sengaja ingin berkongsi mengembalikan nostalgia. Aku memohon maaf kalau cerita aku membosankan, tapi aku dapat imagine kalau berada dalam situasi seram tu, memang seram lah. Cuma aku tak berapa pandai nak main ayat-ayat plot twist ni. Hehe

Thank you Daun Keladi.. ☺

9 comments

  1. Blok g sik la seram gilak(sb slalu kls mlm dgn meeting mlm2 kt sia) tp blok b dgn blok m lg seram eventho blok m ya baru..dah la bnyk makmal kt sia..blok c pun sma jua seram mun dkt2 kul 10pm ke ats..prnh guna sekali dwn mkn ya tuk prjumpaan tgempar dgn sir awg dgn siswi..sidak junior yg bru msuk malar sebar cerita2 yg sik nyaman & seram di dgr..msh igt cdak mdh patung bjln2 kt blok 2 ka blok 3, x igt..haha..bongok lalu dgr smpai sir awg turun pdg bg clear keadaan..in the end, its just a hoax..bhgn tgh2 antara wing blok pun xprnh kna pkai, blok 1 dgn 4 ada..klau mlm2 nang sikmo pandang lah cermin pintu ya..

  2. hehe… rindok baca bhs swak… kmk dolok kampus q batch 2006-2009… selalu knk tinggal roommate tpaksa la tdo sorg sbb nya salu plg umahnya dkt ajak.. n..alhamdulillah sik pnh mengalami apa2 yg extreme.. salu dgr cita dr mulut ke mulut jakla. tp ada sigek benda terjd. kmk tok suka gilak nenga/nangga cita antu pasya takut kedirik (cliche). nak mdh berani ndak juak, sdg2. kmk pg bmlm bilit kwn time ya wireless kat kolej sik brapa bgus and dpt online kat bilit depan2 jak. bilit kmk ngadap ladang ya juak so ng bkn stkt internet, line telephone pun sik bgs. so tido la bilit kwn sbrg sbb time ya cun roommate balit umah. kwn kmk tuan empunya bilit 2 2 dah tdo so kmk tggal lah suk gik online. kotan sikda benda nk dionline agik kmk dgn beraninya bukak website psl penampakkan sosok2 mombok yg real (mostly from indo). time ya jam 3 pg camya. dlm2 tkt2 ya brn juak nk ngga benda ya tek.. pasya rasa lain macam badan rasa miang2 pasya kmk ttp laptop terus tido. bgn2 pagi tangan2 jari kmk kembang siktauk apahal tp rsnya malam ya dak semandin ya ngga la kali kmk mukak hal sidak ya maybe knk kemeh nya kah apa huhuhu…. pasya kmk demam and kebtln lps ya seminggu uni cuti sbb ada quarantine sakit sars ka apa…. heheh sorry admin spam bhgn comment.

  3. Kmk dolok dpt blok 2b bilit debah skali tepi tmpt basuh baju ya nang exactly tepi ya. Dlm bilit ya ada 4 katil duak igek doubledecker tp dlm ya ada 3 org jak so ada kosong la sigek katil atas. Time ya kmk blt dr class tgh hari/petang around 1/2. Kotan kepak gilak so tido lah. Kmk tok jenis nak malas nak gago hahahaha. Kmk tido tutup tingkap and langsir and kmk pun tutup lampu. Nang gelap bah bilit. Dahlah sorang(nang bencer mena). Nyaman nyaman tido tek alu kmk bgn. Kmk nak angkat, dah bediri tek kmk sikpat gerak kaki duak duak belah. Mcm ada org nahan kaki jak bekali kali mek coba gerak sik juak dpt. Kotan mek geram eh (angol ba kenak kaco time bangun tido) hahahaha so kmk decide dudok jak senyum senyum melayan kerenah benda ya. Nang kdk org gila mek time ya tp mek sik knk rasok ok? Ya nang kmk pun decide nak dudok rah lante sbb kaki sikpat begerak ke depan kanan kirik belakang. Haaaa kmk tok nang ada berani kit. Berani gila org tua mdh. Lps mek dudok senyum senyum sorang sia so kmk decide mek angkat and nak gerakkan kaki. Check check dpt ( kali benda ya san kali nangga kmk senyum melayan kerenah nya ) so pengajaran mun nak tido boh gelap gelita. Even ari gik terang lua ya sbb benda ya suka diam tempat gelap gelita mcm dak gua jamban and mana mana la. So the end.

    1. ng berani ktk tdo bgelap.. tp kmk salu dgr block b tok mmg da something sikit oww dr kwn kmk yg tggal di block ya. kmk tggl dkt block 4a ka 4b yg secong hjg ya. mmg terang benderang la tdo mlm hehe

      1. Kmk nang biasa tido lam gelap tp lps benda ya jadi sikda gik mek tido lam gelap. Sunggah ari lom malam gik benda ya boleh kaco kita dek dek malam nak? Hahahaha

    1. bole je kak lin… sy share cite sy pun bljr kt kampus q sama dgn penulis batch 2006-2009. dulu salu je kene tinggal dn roommate sbb umah die dkt so terpaksela tdo sorg. spjg sy kt situ alhamdulillah xde bende2 yg seram2 sgt, salu dgr cite mulut ke mulut je. tp ade satu bende pnh tjd kt sy. sy suke sgt tgk ke dgr cite hantu, ape2 je yg horror tp lps tu tktla plaks kn. sy jenis yg takla pnakot atau yg berani sgt. ade satu mlm tu, roommate balik umah tggal la sensorg je dlm bilik. bilik sy menghadap hutan, zmn sy tu line telefon mmg x de klu kt bilik sy and access wifi apetah lg. so sy bmlm la dibilik kwn bdpn je dgn bilik sy bwk tilam ape sume. nk dijadikn cite kwn sy tuan empunya bilik tu dah tdo, tggl la sy je srg2 online. sbb dah xde kje lg sy acah2 brani la konon nk tengok penampakan hantu yg real; mostly website dr indo la. wktu tu dah mcm 3 pg, sy bukak satu2 gmbr tu. mmm rase da lain mcm, bdn tetibe je rs miang sy trus ttp laptop n tdo. the next day sy bgn pg jari jemari n bdn sy mcm bengkak masok air! eh…da knp plak kan… tp rasenye mlm sy tgk so called ghost porn tu diorg tu pun ade tmn sy skali kot huhuhu… mengikut kpercayaan kt tempat sy mgkin sy dah kene kencing dgn kak pon… sy pun demam pastu.. cmtula cite sy

  4. aq dlu pun bekas student sane jgk…pnah stay kat blok 4..hujung n jauh plak tu…da la fakulti dekat post guard..hahahha..seram weii ko balik dr kelas malam..dgn mengadap dewan makan nye tu hehehehe blok g naik tgkat atas sgt menyeramkannnnnnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *