Kawan makan kawan

“Kawan makan makan”

Sesi persekolahan yang tidak lama lagi bakal melabuhkan tirai,mula menjadi buah bicara para pelajar di sekolah. Syam yang merupakan pelajar tahun akhir mula memerahkan buah fikiran bagi mencari lokasi menarik bagi dia dan rakan-rakan mencipta sebuah kenangan manis sebelum semua mengikut haluan masing-masing. “Ting”,jari dipetik apabila sebuah idea mula terpancul di buah fikirannya. “Guys, aku dah dapat idea kat mana lokasi yang sesuai untuk kita bermalam bagi sesi percutian kita kali ni” tuturnya memulakan bicara. “Serious laa weh, kat mana?” Syiqin mula tertanya-tanya”. “Sabar-sabar korang just follow ja aku nanti, tempat ni agak jauh dari orang ramai” balas Syam menghentikan tanda tanya yang mula bersarang di fikiran masing-masing”.

“Ok, semua dah ready,kita dah nak bertolak ni” kata Kimi yang berada di seat pemandu. Syam yang memilih untuk berada disebelah pemandu kelihatan leka memandang sebatang pokok besar yang berada di seberang jalan,kelihatan satu makhluk sedang menyeringai penuh makna terhadap Syam. “Ehh kau sabar la kejap” Syam cuba bermonolog sendirian di dalam hati”. Sepanjang perjalanan kami ke destinasi percutian pada kali ini aku lebih banyak membisu manakala Syikin,Umaey,Meha,Sufi,dan Fizi yang berada di seat belakang sedang asyik melayan gadget masing-masing. Corong radio yang memutarkan lagu temberang daripada Ayda Jebat tidak diendahkan sesiapa pun. Destinasi yang dituju kini telah tiba, rumah banglo yang tersergam indah mula kelihatan di tengah-tengah hutan.

“Wah kenapa kau tak pernah cerita yang kau ada banglo cantik macam ni Syam’’ kata Sufi menyentak lamunan masing-masing yang masih terpukau melihat keindahan rumah tersebut.”Macam-macam lagi yang menarik yang akan buat korang takkan lupa punya tuu pun kalau masih bernyawa” tutur Syam dalam nada berbisik sambil tersenyum sinis penuh kejahatan. Apa kau cakap Syam tak dengarlah, tanya Meha. Ehh mana ada aku cakap apa-apa,dah laa jom masuk matahari pun dah mula menghilang diufuk barat. Kain putih yang menutup perabut-perabut di dalam rumah mula di angkat mereka. Rumah yang bertemakan English style itu ditatap Fizi dengan penuh minat. “Rumah ni ada 5 buah bilik , so korang pandai-pandailah bahagikan, kalau ada apa-apa boleh cari aku dekat bilik hujung itu. Malam ni aku ada something special untuk korang ” tutur Syam dengan riak wajah penuh makna.

Pili paip ditolak dan air yang berwarna merah seakan d***h mula mencurah keluar, Umaey yang sedang menggosok mukanya dengan pencuci muka keluaran garnier itu tidak perasaan akan situasi yang sedang berlaku. “Arhhh” jerit Umaey mengejutkan Syiqin yang sedang mengemas baju.” Kau kenapa ni Maey” tanya Syiqin dengan wajah cemas. Dengan suara yang terketar-ketar Umaey memberi tahu yang air paip tuu air d***h yang membusuk. Kepala tak digatal di garu Syiqin ,kau ni mamai ke apa haa ,tengok ni mana ada air d***h. Makhluk yang mempunyai rambut yang panjang dan serabai dengan muka yang dipenuhi ulat serta d***h mula menyeringai menampakkan barisan gigi yang hitam membusuk itu. Mereka tidak perasaan akan kehadiran makhluk itu yang berada di atas pokok besar bersebelahan rumah itu.

Selepas selepas makan malam ,mereka berkumpul di ruang tamu yang bertemakan English style itu. Bunyi gelak tawa mereka menghiasi suasana hutan malam itu.” Bum bum bum” bunyi seakan-akan bumbung dihentam objek berat. Sebaik sahaja bunyi itu hilang ,lampu di banglo itu mula berkelip menandakan bekalan elektrik bakal terputus.” Argh tolong aku.. tolong…,suara mereka berlima saling bertindih memohon pertolongan. Bunyi burung hantu dan unggas mula menggantikan bunyi tempikan pertolongan sebentar tadi. Malam ni aku akan hidangkan kau dengan d***h yang segar,hahahaha..,bisik satu suara dalam kegelapan malam. Syiqin dapat mengecam suara tadi , “apa kau nak sebenarnya lepaskan aku” rayu Syiqin.” Kau ada masa 5 minit untuk lepaskan diri kau dari pokok dan ceracak besi di atas kepala kau ,kalau kau lambat kau boleh ucapkan selamat tinggal buat dunia,hahahaha” . Syiqin yang dalam keadaan bogel,badannya digamkan pada sebatang pokok berusaha untuk menyelamatkan dirinya. Bunyi teriakkan dan tempikkan mula bergema didalam hutan sebaik sahaja kulit terpisah dari badan sehingga menampakkan isi yang merah,d***h merah mula terpancul sebaik sahaja Syiqin memaksa untuk menarik tubuhnya dari pokok itu. “Arghh” sekali lagi tempikan yang kuat dilaungkan Syiqin sebaik sahaja cerakan besi diatas kepalanya jatuh sehingga menghancurkannya. Kematian Syiqin disaksikan dengan penuh senyuman kegembiraan.

Sekarang tiba giliran korang berdua pula untuk m**i, dua bilah parang dlemparkan pada Sufi dan Meha. Tulang belakang mereka dipasang satu sangkar yang akan bergerak sehingga tulang bertemu tulang. “Kunci untuk buka sangkar tu ada dekat dalam tangan korang, selamat berjuang sahabatku,’’bisik satu suara dari arah belakang mereka. Butir-butir air mata mula dirembeskan oleh mata. “Macam mana ni Sufi ,kita kena cepat kalau tak kita akan m**i’ kata Meha. Sangkar yang dipasang mula bergerak menghentam organ dalaman. Bergema bilik kecil itu sebaik tangan mereka ditoreh untuk mencari kunci. Malangnya usaha mereka tidak membuahkan hasil,d***h merah pekat terpancul keluar dari mulut mereka sebaik sangkar yang dipasang bergerak sehingga tulang bertemu tulang. D***h yang keluar tadi perlahan-lahan dijilat makhluk yang hodoh itu dengan penuh kerakusan.

Di dalam hutan bunyi tempikan semakin jelas kedengaran. Fizi dengan kaki serta tangannya diregang dan diikat pada pokok.” Ring ring….” bunyi mesin gergaji bergema didalam hutan sehingga membangunkan Fizi yang pengsan sebentar tadi.” Aku merayu lepaskan aku,jangan b***h aku tolong” rayu Fizi dalam esak tangis.” Aku akan p****g kau kepada dua bahagian ,jangan risau tak sakit pun,hahahaha”pujuk satu suara diikuti ketawa. D***h membuak-buak keluar sebaik badannya mula d******g. Bunyi rayuan semakin berkurang sebaik nyawa semakin kehabisan. Kematian Fizi ditatap penuh kegembiraan. Makhluk tadi mula menampakkan diri sebaik nyawa dan jasad telah terpisah. Senyuman sinis dilemparkan kepada makhluk tadi.

Kimi dan Umaey yang dari tadi tidak henti-henti beristighfar memohon pertolongan dari yang maha Esa kini sedang dihidangkan dengan permandangan yang sangat menyeramkan. Lembing yang tajam kini berada tepak di atas kepada mereka manakala di sebelah kiri dan kanan terdapat pisau yang disusun menghadap mereka. “Aku bagi korang masa 5 minit untuk keluar dari bilik ini ,kalau tak korang dapatlah berjumpa dengan rakan-rakan korang yang lain,hahaha” bunyi gelak tawa menamatkan bisikan tadi. Butir-butir jernih mula mengalir keluar dari kedua-dua pasang mata remeja tersebut. Pelbagai usaha dan cara dilakukan ,tetapi segalanya tidak membuahkan hasil. “Zrapp” bunyi lembing dan pisau yang menembusi badan mereka,perlahan-lahan d***h merah mula mengalir dari tubuh mereka yang hancur dihunus senjata tajam.

Di tengah-tengah bulatan yang terdapat 5 batang lilin dan terdapat lukisan bintang,terhidang 5 mangkuk d***h yang masih segar baunya. ‘Hahaha, terima kasih sahabatku kerana sudi menjadi pelengkap ritual ilmu hitam ku malam ini. Wahai makhluk yang ku sayangi datanglah engkau untuk bersama-sama denganku menghirup d***h ini” tutur Syam dengan senyuman sinis. D***h yang lebih disekitar bibir dijilat penuh kelazatan.Seminggu selepas peristiwa itu terpapar di dada-dada akhbar dan skrin televisyen mengenai kematian 5 remaja yang penuh misteri. Peristiwa tersebut mula menjadi buah mulut orang ramai. Syam yang membaca surat akhbar melemparkan senyuman sinis selepas melihat wajah Syiqin,Fizi,Kimi,Sufi,Meha,dan Umaey yang dilaporkan d*****h dengan kejam.

Syamil shaharudin

20 thoughts on “Kawan makan kawan”

  1. Asal weh aku rasa writer ni mcm mental fiksyen sgt. Aduhh jalan cerita duk main lompat mcm kuih lompat tikam. lol. Aku pl stress berkerut baca Hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.