KAWAN AKU ADAM part 2

PART 2

Bismillah..
Hi geng. Haris Hensem disini.
Maaf aku bagi korang terbantut dalam post aku yang lepas. Masa tu sebenarnya aku lapo.. makanya aku terus je submit. Haha. Yang perenggan last Assalamualaikum bla bla tu pun admin yang tolong tambah, kalau tak “confirm” lagi korang maki aku. Gantung tak bertali.
Aku serious tak “expect” yang cerita aku kena accept do.
Dorang kata nak email aku kalo cite aku tu lepas ujian saringan ala-ala covid-19.
Tapi hampeh satu email pon aku tak dapat. Huh..
“But still”, trimas la FS sudi publish tulisan aku.
Dan terima kasih jugak buat korang yang sudi baca cerita aku ni geng.
Aku ada baca “comment” korang yang cakap cerita aku ni banyak merapu dan lawak yang tak perlu. Sori la geng.. meh sini aku buat pengakuan berani m**i.
Aku ni sebenarnya penakut.. aku tulis lawak-lawak ni pun untuk hilangkan rasa takut aku sendiri masa type cerita ni je.
La ni pun aku tengah type siang-siang buta do. Gigih bangun pepagi semata nak sambung cerita si Adam ni. Siang-siang takde hantu kan? Yang ada pun korang-korang yang perangai sepesen setan macam aku je la kot.
Okay dah moh sambung..
.
.
.
.
.

MAKKKKKKKK TOLONG MAK! ARIS TAKUT MAKKKK, BUDAK NI GILA!!! MATILA ARIS KALINI MAK , MATILA MATILA MATILA! YA ALLAH TOLONG LA AKU YA ALLAH , LAIN KALI AKU JANJI KALAU MAK AKU KEJUT BANGUN SUBUH AKU TAK MENGELAT CAKAP AKU DAH SOLAT! AKU JANJI AKU TAK KAN CURI ROKOK ABAH PASTU TUDUH MAK YANG SOROK DAH! AKU JANJI! TOLONG AKU YA ALLAH!!

Ye kawan-kawan, itulah yang aku dok doa dalam hati berulang-ulang kali. Korang takde kat tempat aku. Sumpah takut, dah la yang lain tu sume sibuk mentekedarah kat luar.
Ni kalo mamat ni tetibe “transform” jadi mak lampir hisap d***h aku sampai kering pastu tanam aku belakang rumah pun “confirm” dorang ingatkan aku lari tak nak bayar sewa rumah je.

Makanya time sesak macam ni lah baru aku yang jahil ni ingat Tuhan.. Kalau mak aku tau ni confirm dia tarbiah aku “free-free” je 44 hari , time senang nama Allah pun tak heran. Dah kene sergah sampai nak terkincit dalam seluar barulah kau dok ALLAH , ALLAH..

Okay, tarik nafas dalam-dalam , lek Ris. Adam je pun. Kalo dia gila sekali pun paling “koman” member kongkang kepala kau je..
Aku pura-pura batuk sikit lepas tu terus pusing bagi Si Adam satu pandangan “extra” poyo berserta muka toya yang selalu aku bagi kat housemate aku bila dorang paksa aku keluar toilet time aku tengah membuang. Menyampah kot ! Orang tengah buat projek besar kau bantutkan pula (macam ni la kot perasaan korang masa baca part 1 kan? hahaha sori woi!). Cis.

“Kau pahal? Buat ape aku nak rindu kau sia*. Kau dah la jantan. Kalau pompuan takpe la nak tanya-tanya aku macam tu. Geli bod*. Kau dengar sini eh Dam , aku tak kisah la kau bawak BMW ke , kau dekan tetiap sem ke (tibe beno petik kereta dengan akedemik dia. Aku jeles sebenarnya..) ,
kau duduk bilik dengan aku , kau ikut cara aku. Perangai tu semenggah sikit. Kau cakap benda-benda macam tu lagi lepas ni aku debik kau! Dah tepi ! Aku nak mandi ! Rindu-rindu.. rindu hotak kau la”

Bebel aku sambil capai tuala yang sedia tersidai kat pintu almari sebelum aku berjalan keluar bilik dengan langkah yang tenang. Masuk je tandas aku rasa macam nak jerit woi!
Wahaha aku berhasil cover line ! Sebenarnya tadi tu aku acah berani je.. Korang tak tau betapa berdebornya hati aku masa “confront” si Adam tu , macam-macam “scenario gore” buat ulang tayang dalam otak aku weh. Tapi tu la, aku kan lelaki, mesti la tak boleh tunjuk aku tengah takut. Jatuh saham do kalau si gila ni record dalam diam pastu viral aku tengah nangis-nangis lap hingus guna lengan baju depan dia. Haris hensem haruslah kekal hensem tak kira tengah takut macam mana pun.
Aku ingatkan dengan kejayaan lakonan aku yang bertaraf sipi-sipi “Oscar”, kononnya dapat la aku bendung segala perangai huduh lagi menakutkan dia tu daripada keluar.

Korang pernah dengar “Boomerang effect” ? Tak pernah kan? Ha tak payah bazir data kau tu google, meh sini aku share hasil google-an bakal awek aku. “Boomerang effect” ni lebih kurang macam tindak balas yang berlawanan dengan apa yang kau jangka. Contohnya macam adik perempuan aku yang “limit” makan benda manis dengan harapan hujung tahun boleh kurus. Tapi duka citanya berat member makin bertambah lepas diet. Kenapa? Sebab si noob ni tak makan benda manis tapi sume jenis air viral member tibai.
Cukup satu contoh, nak lelebih korang pandai-pandai la fikir sendiri.
Kenapa aku tetibe masuk bab ilmiah cerita pasal “Boomerang effect”? Sebab.. tu la hasil daripada mulut cabul aku yang acah berani marah Adam.
Bila fikir balik aku rasa bodoh gila tindakan aku tu sebab aku dah mulakan provokasi tanpa sedar. Malam pertama sebilik dengan Adam merupakan malam terakhir aku boleh tidur lena.
Malam kedua kami, member dah mula buat hal…

Seingat aku, malam tu aku memang mengantuk gila sebab class aku dengan Yassin habis lambat (Kitorang satu course tapi tak semua class sama). Pastu Yassin boleh pulak tercicir kunci kereta entah kat mana. Dah tak memasal kitorang kena tawaf seluruh pelusuk dalam campus ni yang dia dah redah. Adoi.. Nasib baik kau dengan aku Sin, kalau dengan Ammar memang dia dah awal-awal naik grab tinggalkan kau terkulat-kulat sensorang. Gedebak gedebuk lepas jumpa kunci semua, kitorang sampai rumah time Maghrib. Baru je aku nak bukak pintu rumah, pintu dah dibuka dari dalam oleh Ammar. Muka dia masa tu macam cemas gila. Aku ingatkan dia kena kacau lagi, sekali…

Ammar:”Ris, Sin, err kite lepak luar dulu la weh. Kejap lagi baru masuk”
Yassin: “Aduuu apahal pulak ni? kitorang ni penat, ko nak lepak ko lepak jela sensorang. Dah sana aku nak masuk. Kitorang penat-penat balik nak suruh lepak kat luar pulak. Setan banyak kat luar maghrib-maghrib ni”

Aku yang dah lemau ni pun angguk-angguk je ikut Yassin masuk dalam rumah tapi lepas je dengar bunyi sesuatu yang sangat aneh dalam rumah tu, kitorang dedua terus buat pusingan “U-turn” keluar dari rumah.
Ammar: “Ha.. Tau pun keluar.. Setan banyak kat luar konon. Hahaha” Ammar gelak bukan main lagi lepas tengok aku dengan Yassin join dia bersandar kat dinding luar rumah.
Aku time tu bengkek je dengan setan sekor ni, lain kali warning la dulu kat dalam tu tengah buat sesi pembasami setan, tak memasal terbako badan aku terdengar alunan quran.

Korang rasa sape yang tengah mengaji tu? Ye betul, Adam yang tengah mengaji. Hebat siot dia mengaji.. dengan qalqalah dengung-dengung bagai sume, ni kalau perangai dia semenggah sikit mesti ramai je makcik-makcik Taman ni nak jadikan menantu. Tu la first time orang mengaji kat rumah ni. Selalu Azan pun tak penah bunyik. Mesti segala jin dalam rumah ni rasa kena “game” dengan Adam, ingatkan member perangai sepesen boleh heret masuk neraka, sekali member baca Quran da..

Hal ni buatkan aku rasa yang “mungkin” si Adam ni tak semenakutkan macam yang aku sangka?
Dia baca Quran do, aku yang “normal” ni Quran pon takde. (Sila jangan jadikan aku idola)
Okay Dam, mulai harini aku dengan ikhlas hati terima kau jadi geng bilik aku..
Menyesal aku fikir macam tu sebab malam tu masa aku tengah membongkang, aku terjaga dengar suara perempuan buat bunyi “shuu.. shuu..hmm.. hmm.. shu.. shu..” ala bunyik macam mak-mak buat masa kau kecik takleh tido dulu tu.

Aku yang tengah mamai boleh pulak pusing pandang katil Adam. Dan disitu kawan-kawan aku nampak rilek je ada perempuan tengah baring sebelah dia dok usap-usap rambut member.
Perghh hampeh betul dia ni, kemain kau eh Dam tadi baca Quran bagai pastu bawak masuk pompuan bila aku dah tido..
Disebabkan aku mengantuk sangat, aku plan biar jela dorang buat maksiat, esok baru aku bancuh setan ni. Baru je aku tarik selimut, aku dengar awek Si Adam ketawa “hikhik dah jaga ke tu..?”
Ah sudah.. awek dia pun perangai tak empuk macam dia ke? Asal ketawa gitu do.. Aku daripada mengantuk terus celik, bila aku pusing balik.. KOSONG. Sebelah Adam takde sesape pun.
“Kat sini la.. hik hik..” halus sopan je suara yang sama berbunyik. Masa ni aku dah tahu yang aku nampak tu bukan awek Adam, mungkin tu bini jin dia. Kejadahnya memalam buta nak main cak-cak dengan aku?
Aku tak bongok macam pelakon dalam semua cerita hantu, aku tak toleh pun ke arah mana suara tu datang. Bijak kan aku?

Kesimpulannya malam tu aku lari naik atas berhimpit tido satu katil dengan Yassin. Lantak la dia nak cakap aku kunyit ke apa. Aku takut la bod*!
Korang ingat tido dengan Yassin aku dah selamat?
Tak kawan-kawan.. Sebab Yassin dengan Ehsan ni spesis tido m**i. Korang letak oink oink hutan sondol dorang pon silap haribulan dorang boleh rilek je jadikan oink oink tu bantal peluk.
Elok aku berhimpit dengan Yassin, aku dengar dia main lari-lari kat tangga pastu “flush-flush” jamban pula sebelum dia bagi aku “free foot massage” . Aku masa tu dah keras. Tak boleh gerak, tak boleh cakap. Kalau aku boleh nangis aku rasa aku dah nangis dah. Bukan apa.. Geli bod* dia dok garu-garu tapak kaki aku, dah la rasa macam kuku menatang tu panjang halus je. Entah berapa lama bini Si Adam tu garu kaki aku pun aku tak ingat. Yang aku tau lepas dia berhenti kacau aku , aku tido bersila sambil sandar kat dinding sampai pagi.

Pagi tu pula aku dikejutkan dengan penampo free Ehsan sebab dia cakap dia kejut-kejut aku banyak kali tapi aku tak bangun. Alasan sia*, padahal memang nak tampo aku. huh.
Bila aku dah bangun dia tunjuk kat lantai..
“Guess what geng?” Bantai lantai bilik dorang semua habis basah lencun dengan air yang bau dia macam .. aih tak reti la aku nak terangkan. Busuk nak mampus!
Masalah dia sekarang, kat toilet kering do. Jaadi tak kan la jamban bocor en? (Ehsan dengan Yassin duduk Master bedroom)
Dah tak memasal aku kena tuduh “Prank” dorang (aku jadi suspek utama sebab aku memang suka pedajal bebudak ni. Hobi. HAHAHA). Berbakul- bakul aku kena maki dengan Ehsan. Yassin dengan lagi 3 mangkuk tu tengok je Ehsan mengamuk kat aku. Jadi nak tak nak pagi tu aku terpaksa jadi bibik jantan, mop lantai bilik dorang berulang-ulang kali sampai hilang segala jenis bau. Bengang do.. benda bini Si Adam yang buat hal, aku pulak yang kena. Tapi kalau aku cakap hantu yang buat lagila dorang tak percaya.

Lepas kejadian tu aku dah tak lari pegi bilik sesiapa dah. Kene kacau macam mana sekali pun aku stay je bilik aku. Tak nak aku jadi bibik free lagi.
Bukan tu je gangguan aku kena. Banyak lagi. Terlalu banyak sampai aku tak tahu mana satu nak cerita kat korang.
Masalah dia aku sorang je kena tau. Setan lagi 4 ekor tu tak kena. Padahal perangai dorang lagi hanat dari aku kot.

Kalau setakat duduk bilik dengar perempuan panggil nama aku, main cak-cak luar tingkap bilik masa aku drafting, main cuit-cuit bahu , kaki dan sengkatan dengannya, tu semua aku dah lali dah.
Bulan pertama Adam pindah je aku dah kena “insomnia”. Aku sampai tahap takut nak tidur sebab aku terbayang “kalau” aku tidur pastu aku bukak je mata hantu tu tenjengul tunjuk muka dia dengan mata terbeliak depan muka aku macam mana?
Kalau aku tidur lepas tu Adam menggila k***r leher aku macam mana? Terlalu banyak “kalau” yang buatkan aku rasa tak selamat nak tidur.
Ada sehari ni, aku tengah main game “Dishonored 2” kat bilik, Si Adam sepatutnya tengah buat assignment dengan Dahlia kat mane tah (dorang satu course). Tengah aku syok main-main game tetibe entah dari mana si hanat ni datang terus meluru masuk bilik nangis-nangis melutut siap paut kat kaki aku suruh aku tolong dia, dia dah tak larat katanya. Korang penah tengok lelaki nangis? takpayah la. Burok bebeno rupanya, “gentle” aku cakap bukan macam mamat kpop drama cinta merepek yang korang selalu layan tu.
Belum sempat aku nak terkejut dengan tindakan si Adam tu, tetiba member boleh duduk tegak sambil tersenyum lebar kat aku cakap ” Hehe.. Kau tak boleh lari dah..”
Memang la aku tak boleh lari sia* kau paut kaki aku! Masa ni aku mampu carut dalam hati je. Nak carut depan-depan kang tetibe member naik seh gigit kaki aku pulak kang punah.
Lepas tu elok je dia menguap , bangun dan baring kat katil dia. Siap wish “goodnight” kat aku pula tu. Allah..

Lemau. Jujur aku lemau. Lemau aku tahap lagi lemau dari Biskut Mary. Mana taknya, penah sekali tu aku baru balik dari rumah parents aku. Masa tu tak silap aku “weekend” sebab semua takde kat rumah.
Masuk-masuk rumah, elok je aku nampak si Adam tengah mencangkung kat dapur jilat-jilat lantai pastu jari dia yang tengah menitis-nitis (betul ke ayat ni?) cecair macam d***h?
Mengucap panjang aku bila nampak dia macam tu sebelum aku dengan hormatnya patah balik tutup pintu. Lantak kau la Dam nak makan apa pun, sebelum kau kongkang aku baik aku cau.
Tapi petang tu aku pun tak paham la kenapa aku tetiba baik sangat. Aku boleh masuk balik rumah lepas tu angkat dan hogah-hogah budak tu sambil kata
“Ko ni apahal setan?! ko makan ape ni ha? ko keluarkan balik! ”
Aku korek mulut dia ya kawan-kawan.. (berserta tunjalan bertalu-talu kat belakang kepala si hanat ni nak suruh dia muntahkan balik apa dia makan tu. Tapi lebih kepada nak lepaskan geram aku kat dia sebab buat aku hidup dalam ketakutan selama ni sebenarnya). Bila ingat balik geli sia* ! Habis jari jemari aku ternoda. Si bangang ni boleh pula sempat sengih-sengih kerling aku masa aku korek mulut dia. Cocok mata kau kang tau la..
Aku tak tahu la apa yang dia dah makan tapi aku syak daging mentah sebab bende alah dalam singki tu warna merah-merah pejal-pejal gitu. Jijik kan? Aku pun jijik weh. Nasib aku tak termuntah je masa tu. Lepas habis dia keluarkan kejadah tu sume aku sumbat air dalam tekak dia suruh dia kumur-kumur sampai aku yang puas hati berserta yakin segala mak datok sisa daging mentah tu hilang. Elok siap berkumur mamat ni melalak tetibe kat aku suruh aku tolong dia. Dia cakap dia takut. Kau takut? Aku lagi la takut woi! Hari-hari kene hadap perangai jahanam pelik kau tu…

Aku simpan “insomnia” dan semua hal pasal perangai sebenar Si Adam ni sorang-sorang sampai lah masa tu campus aku cuti mid sem. Aku dengan bebudak ni sume dah plan boek nak pg glamping kat pahang mancing ikan, mandi sungai sume, sekali tetibe Dahlia bagitau aku dia kene setelkan group assignment dengan Adam & beberapa lagi classmate kelas signal system amende tah. Alahai jimbet betul. Aku semenjak tahu yang bakal awek aku ni ade banyak class dengan Si Adam, jarang aku biarkan dia bersendiri bersosial dengan mamat tu. Makanya aku pun undurkan diri daripada pasukan kami. Setelah bertubi-tubi caci- maki diterima, tinggallah aku berdua je dengan Si Adam kat rumah.

Masa ni la kawan-kawan.. zaman kegelapan hidup aku bermula. Satu minggu yang cukup menyiksakan zahir dan batin aku. Kalau boleh give up jadi lelaki, aku rasa aku dah give up kot. Biar la aku hidup sebagai seorang wanita asalkan aku tak dipandang serong bila aku nangis ketakutan bagai nak rak sekalipun.
Sepanjang hari Si Adam ni melekat dengan aku kau tahu? Kalau melekat je boleh tahan lagi ni dia dok memanjang menyeringai sambil tenung aku dengan mata terbeliak. Kau rasa? Nasib baik la jantung aku ni kuat, kalau lemah alamatnya dah arwah lama dah aku.

Kemuncak dia bila satu petang ni aku terlalu letih sebab seharian tolong Dahlia buat charity work tanam-tanam menatang pebende entah untuk club dia. Redah bukit bukau pepagi buta. Jadi bila sampai rumah petang tu dalam pukul 3 aku dah ter-bongkang kat sofa ruang tamu (nampak ayat Ter tu kan? sebab aku memang tak pernah tido lagi bila aku berdua je dengan Adam sebab aku takut). Aku terjaga bila aku rasa macam ada jari jemari kurus bertulang dok main seluk-seluk rambut aku. Masa ni sumpah aku takut sangat Ya Allah.. Aku bertambah takut bila dia cakap
“tengah tidur ke……buat-buat tidur? hikhikhik…”
Tak cukup dengan tu, aku siap boleh rasa rambut benda tu terkibai-kibai kasar libas muka aku. Amende do, ingat ko tengah buat iklan syampu ke nak libas kuat-kuat kat muke aku?
Aku tutup mata rapat-rapat, masa ni aku dapat rasa yang benda tu memang tepat tercongok depan muka aku. Aku pun tak tahu la macam mana aku boleh tahu tapi firasat aku kuat mengatakan yang apa selama ni aku takutkan sedang aku alami.

Jangan bukak mata kau tu Haris, pejammm , jangan bukak jangan bukak. Aku beritahu diri sendiri sambil mulut terkumat kamit baca Al-fatihah (tu je aku masih ingat tika dan saat itu. Allah..)
Tengah aku dok repeat baca Al fatihah tetiba aku dengar suara Dahlia kat luar rumah panggil nama aku berulang kali. Kat sini la silap aku, aku terus buka mata. Dan serta merta aku nampak adam tengah bertenggek atas meja makan sengih kat aku “bangun pun..”

“Paap” blackout. Aku tak tahu la berapa lama aku terlelap tapi masa tu aku confirm hari dah malam sebab bila blackout rumah tu jadi gelap nak mampus hanya sipi-sipi je cahaya dari lampu jalan menerangi rumah tu. Aku daripada kat sofa terus melompat berlari ke pintu nak keluar dari rumah ni, bergetar seluruh anggota badan aku do.
Tapi bila kita panik, benda senang pun jadi susah nak buat. Contohnya macam aku masa tu la. Dengan suara hanat Si Adam bergelak besar macam baru lepas menang lottery, sekeliling gelap, kau ingat senang ke nak buka pintu?
Tengah aku sedaya upaya tahan panik, cari selak pintu ni satu persatu, aku dengar bunyi “sreet….sreettt” macam bunyi kuku yang dicakar kat lantai datang dari arah dapur..
Aku pon tak tau la kenapa aku tetiba jadi bebal sangat. Aku pegi pandang benda tu. Walaupun dalam gelap, aku dapat nampak sosok perempuan tua kerepot rambut menggerbang serabai tengah mengesot menuju ke arah aku membuatkan “parkinson” aku jadi makin teruk berserta pakej sesak nafas. Makin dia dekat makin kuat si hanat ni gelak dan makin susah aku nak bernafas. Benda tu pulak kemain seronok tengok reaksi aku, dia pon macam makin laju je mengesot sampailah aku dapat rasakan jari jemari kerepot dia sentuh kaki aku..

Okay masa ni aku aku dah sampai “limit”. Aku menjerit sekuat hati “ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR YA ALLAH!!!!!” Jari jemari nenek tua tu dari perlahan pegang kaki aku terus dia cengkam sampai aku rasa sakit sebelum tetibe benda tu berpaut kat tengkuk aku sambil tayang muka cantik dia bebetul depan muke aku!
Lepas tu aku pun tak tau apa yang jadi.
Bila aku sedar, aku dah ada kat rumah Dahlia dikelilingi dua orang lelaki dan seorang wanita. Rupanya tu bakal ayah, abang dan mak ipar aku.
Dahlia kata lepas solat maghrib tadi dia rasa tak sedap hati, dia call aku berkali-kali tapi asek masuk voicemail je tu yang dia pelik (selalu kalau dia call sebelum sempat bunyik ringtone aku dah angkat. haha).
Disebabkan dia fikir mungkin aku jatuh sakit lepas “charity work” dia pon ajak la abang dia pergi rumah sewa aku bawak Kari ikan acah konon nak bagi lauk je.
Bila sampai dia bagi salam & panggil nama aku berulang kali tapi takde jawapan,
rumah pulak lampu luar pon tak pasang. Tapi kereta aku ada dan lampu dalam menyala, jadi dia ingat aku tidur. Member pon berlalu pergi.
Bila dah nak sampai jalan utama, dia cuba call aku lagi sebelum suruh abang dia patah balik sebab dia bebetul rasa macam ada benda yang tak kena. Sampai je rumah aku, dorang nampak Adam dah kesana-kesini, kesana-kesini depan gate sambil ketuk-ketuk kepala dia dengan tangan. Masa tu Dahlia kata gaya Si Adam dah macam orang mental. Bila bakal abang ipar aku keluar tanya dia apahal, dia meraung, melalak macam kalah “PUBG” sambil tunjuk dekat aku yang dah terbaring depan pintu rumah tak sedarakan diri. Kecoh jugak la masa tu sebab dorang ingat Si Adam ni dah rodok perut aku ke apa. Habis jiran depan rumah aku pun keluar. Lepas tu dorang terus angkut aku dengan Si Adam sekali pergi rumah Dahlia.

Kenapa dorang bawak aku pergi rumah Dahlia dan bukan Hospital?
Ha meh sini aku bagitahu. Aku pun baru tahu masa tu yang ayah Dahlia ni rupanya Pengamal Perubatan Islam, senang cerita satu family Dahlia ni ada kuasa lebih kurang macam “Power Rangers” la kot. Masa abang Dahlia langkah masuk rumah kitorang je dia dah dapat rasa yang aku pengsan bukan sebab masalah kesihatan fizikal. Sebab tu dia angkut kitorang ke rumah pak dia.
Bila dah sedar, aku diberi minum Air Yassin (bukan Yassin yang buat) sebelum bakal Pak mertua aku bagi salam kat aku berserta senyuman yang sangat menenangkan. Korang tau mascot atok KFC kan? ha lebih kurang gitu la muka bakal pak mertua aku. Friendly kan? Haha.

Okay lah kawan-kawan. Aku stop dulu sebab aku rasa macam dah panjang gila “Part 2” ni. Kalau korang nak tahu pengakhiran cerita pasal Si Adam ni nanti boleh baca part 3. Part 3 aku submit next week la geng. Mata aku ni pon dah berpinau tengok huruf-huruf ni. Member selalu main lukis-lukis animation je, ni tetiba tukar bidang pula. Sampai sini sahaja post aku untuk kali ini. Maaf kalau cara penulisan aku tunggang-langgang. Aku bukan budak Sastera do. Apa-apa pun jangan lupa nantikan episod akhir…. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

HARIS HENSEM

28 thoughts on “KAWAN AKU ADAM part 2”

  1. Best baca…terbayang semua benda..cuma kalau kurang bergurau senda..maybe part3 dah boleh baca kat sini..kekeke..apa2 pun haris hensem..mudah2an Allah lindungi dirimu..kekekek

    Reply
  2. Lepasni tolong kurangkan ‘lawak’ dalam cerita. Dah meleret leret pulak. Terlampau banyak bende meleret sampai tak nampak dah cerita tu ke arah apa. Keep it up bro!

    Reply
  3. Sumpah best baca cter ni..metafora cerita yg camni la yg aku suka baca..lawak + seram..best! Sila teruskan keperibadian anda..

    Reply
  4. alaaaaaa~~apa ni main sambung2, ingat drama sinetron ke? ceritalah sampai habis, tak baik tau tinggal pertengahan jalan macam tu jer..

    salam dari Brunei

    Reply
  5. ok bro..citer yg ni baru ngam utk dibaca…x terlalu meleret sgt lawak tu n serius ni kali aku ada terkekek gelak ngan lawak ko

    Reply
  6. best giler baca ceqita hg ni Haris oii…x sabaq nk tgu part 3….lawak + seram + ayat sempoi senang nk paham…

    Reply
  7. Canteeekkk…pengalaman cerita yg awesome…si makhluk yg bernama Adam ni byk muslihat n musibat nya. ..teruskan penceritaan…kesalahan dlm ayat penulisan tu biasa lah…dah masuk part 2…ada peningkatan tatabahasa dlm tulisan….maaf kan hamba atas komen ini…maaf

    Reply
  8. lawak dia agak poyo sikit tapi gigih baca sebab jalan cerita dia menarik. aku ada jugak kawan macam ni jenis angkat bakul sendiri cakap hensem tapi diri dia sebenanrya xde lah semengah mana pon. Poyo je lebih. Tapi cerita dia best so ignore je la gaya penulisan dia yang agak ‘cringey’ skit.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.