Kawanku Musuhku

Assalamualaikum. Nama pena aku Rose. Aku berusia 26 tahun. Ini adalah kisah pertama aku post disini. Maaf kalau ada salah silap atau tidak menepati cita rasa kalian. Ini bukan kisah seram hantu tetapi aku harap kisah ini boleh dijadikan pengajaran.

Aku mempunyai 5 orang kawan baik sejak di tingkatan 3 lagi kerana kami sekelas. Maksudnya kami berenam lah. Aku dan 5 orang kawan baik tadi. Harap jelas lah ye. Aku namakan mereka sebagai Nesi, Lina, Eca, Mimi, dan En. Kami berenam hanya satu sekolah dan satu kelas masa tingkatan 3 sahaja. Tingkatan 4 semua berpecah tukar sekolah. Kebetulan sangat aku, Mimi dan Lina dapat satu sekolah yang sama di Perlis. Tapi alhamdulillah masih berhubung akrab dengan rakan-rakan yang lain. Kadang-kadang cuti sekolah kami akan keluar bersama. Maklumlah lama tak jumpa. Persahabatan kami berenam masih baik hingga lah di alam universiti cumanya tidak seakrab dulu.

Yelah masing-masing dah sibuk dengan assignment, buah hati lagi dan Eca pun sudah berkahwin. Untuk pengetahuan kalian antara kami berenam, aku, Lina dan Nesi sahaja yang melanjutkan pelajaran hingga ke Ijazah (Ha yang ni aku nak bagitahu sikit. Walaupun aku belajar sampai Ijazah pun Bahasa Melayu penulisan aku tak hebat ye. Aku tak pandai mengarang cerita. Tapi aku cuba lah ye). Yang lain hanya sampai Diploma. Alasan malas katanya. Padahal pandai-pandai. Lantak korang lah.

Okay point ceritanya disini. Aku sudah ada kekasih hati semasa aku di praktikal diploma. Ha pekerja sana lah yang mengorat. Haha. Aku namakan kekasih aku tu Fizo. Bukan Fizo Omar ye. Fizo ni kira first love aku. Baik orangnya, penyabar, hormat orang tua, tak kedekut, ramah pulak tu. Fizo bukan anak orang kaya tapi selalu mewahkan aku. Bukan lah dia bagi aku duit beribu atau rumah banglo ke itu bukan lah. Apa kau fikir aku bercinta dengan anak raja? Haha. Kemewahan bagi aku adalah perhatian, bila aku susah dia selalu ada. Handphone aku jatuh rosak dia terus belikan. Pantang dengar aku merungut dia pasti akan penuhi lah walaupun aku tak mintak. Perempuan kan biasalah suka membebel. Panas sikit kat asrama tuu merungut. Banyak nyamuk pun merungut. Pantang salah sikit membebel.

Jadi bila macam tu Fizo tak boleh tengok aku tak selesa. Tadi aku cakap panas kan? Jadi selang seminggu aku dapat kiriman pos kipas. Bila macam tu aku rasa serba salah sangat sebab dah menyusahkan. Haihh mulut ni! Tapi jangan ingat aku kaki kikis ye. Aku akan balas setimpal lah. Bila ada hari-hari yang penting pandai-pandai lah buat surprise dari jauh. Oh ye aku sambung study jauh di utara. Fizo pulak di Shah Alam. Mula-mula dapat offer susah juga dia nak lepaskan. Tapi aku degil nak juga. Orang cakap cinta jarak jauh susahkan. Banyak dugaan dengan susah nak jumpa lagi. Betul tak? Tapi Alhamdulillah aku tak. Fizo akan datang lawat aku selang seminggu atau dua minggu. Jadi dia akan bermalam dekat tempat aku tu semalam. Tapi kat hotel luar lah. Esok paginya dia terus balik ke Shah Alam. Universiti aku ni paling lewat boleh masuk pukul 1pagi. Jadi paling lewat dia boleh hantar aku masuk asrama pukul 1pagi baru lah dia balik ke hotel. Baikkan dia. Susah nak cari lelaki macam tu bagi aku lah. Bonus tak merokok.

Semua kawan baik aku tahu mengenai Fizo. Fizo pulak selalu datang rumah aku bila aku balik cuti semester. Jadi memang selalu lah terjumpa mereka. Kami berenam memang selalu berkongsi cerita. Memang tidak ada rahsia langsung lah. Mereka yang lain pun ada yang dah ada kekasih. Kalau bab kisah bercinta ni aku selesa bercerita dengan En. Yang lain bukan apa takut mereka jemu dan terasa. Lina dan Mimi single. Faham kan? Eca dah kahwin ada anak. Tak kuasa lah aku nak serabutkan dia dengan cerita aku. Nesi lak jarang balik. Dia study USM. Disebabkan En ni dah ade kekasih juga jadi aku selesa bercerita dengan dia.

Kira saling berkongsi cerita lah. Kebetulan pula masa tu aku dan Fizo nak bertunang. Ikat sekejap je lepastu kami rancang nak kahwin. Kalau ikut planning masa tu kami nak kahwin bila aku sem 5. Masa tu aku baru sem2 tak salah aku. En ni pula ada abang saudara si wedding planner. Harga pun berpatutan dan berbaloi. Aku saja lah nak survey okay ke tak dengan bajet ape semua.

Masa ni cincin risik tunang dengan nikah dah beli ye. Awalkan. Fizo excited. Ada duit lebih terus beli. Barang-barang hantaran pun kami dah survey sampai ke Perlis. Baju kahwin pun sama. Ha punya lah excited masa tu. En ni pula dia macam tak nak aku ambik dengan abang saudara dia. Aku perhati je cara dia. Tapi aku tak tanya pula kenapa. Si En ni kerap sangat tanya pasal aku dengan si Fizo ni. Aku rasa dia sangat prihatin. Ahh sayangnya aku kat En masa tu. My true friend! Cehh. Tapi aku perasan dalam ramai- ramai kawan aku si En ni je beriye datang rumah aku. Ajak tidur rumah dia. Tapi biasa ada yang follow lah. Si Mimi tu mana boleh tinggal kalau tidur rumah En. Bak kata Mimi makanan banyak. Haha. Yelah Mimi makan je kerja kau. Dan En masa tu habit dia yang baru suka datang rumah aku tengah malam tapi bila aku jemput masuk rumah dia taknak. En datang untuk cakap dia bosan saja datang sembang ataupun datang nak ambik inai. Oh ya depan rumah aku ada pokok inai. Mak aku tanam. Besar pula tu. Warna inai tu pun lawa. Ramai jiran-jiran aku bila nak kahwin ambik inai tu. Benda ni berlarutan untuk beberapa bulan sebelum aku tahu aku ni “sakit”.

Sejak akhir-akhir itu, aku kerap naik angin. Ada sahaja tak kena. Badan aku pun asyik bahang je walaupun pagi buta. Bayangkan dalam dewan exam yang ada aircond sejuk nak m**i tu aku boleh berpeluh. Aku jumpa si Fizo ni pun dah takde hati. Tapi mengenangkan dia baik dari jauh datang nak jumpa aku layankan lah walaupun rasa rimas. Bila nak beli barang kahwin untuk hantaran, aku terus takde mood. Aku perasan Fizo banyak kali terasa. Aku marah tak tentu pasal. YaAllah jahatnya aku. Kesian sangat kat dia masa tu. Hati kata kesian tapi mulut aku lancang sangat marahkan dia. Lama aku macam tu. Sebelum ni pun aku ada jugak marah-marah tapi bertempat lah. Kali ni hampir nak setahun jugak aku macam tu. Bermula dari aku sem1 sampai lah dah habis sem2 nak masuk sem3. Lebih kurang. Aku pun tak berapa ingat sebab masa ni aku pelupa ya amat. Disebabkan aku ni pemarah kadang- kadang ada juga aku luahkan dekat si En. Yelah menyesal semua. Sedih tau kalau kita sakitkan hati orang kita sayang padahal dia baik je dekt kita. En ni bagi kata-kata motivasi dekat aku untuk berubah. Aku ya kan je. Sebab esok lusa marah aku datang balik. Aku buat lagi. Tak boleh kawal.

Mungkin Allah nak tunjuk dan nak bagi pengajaran dekat aku supaya jaga mulut bila marah tu. Suatu hari tu, aku gaduh besar dengan Fizo. Masa ni aku dekat Universiti aku. Fizo lak dekat Shah Alam. Punca gaduh kecik je tapi minta maaf aku tak ingat langsung. Aku marah Fizo teruk sangat. Semua makian aku bagi. Name it. Semua binatang ada. Astaghfirullah. Akhir aku marah dia, aku cakap nak putus. Aku cakap berulang kali. Aku tahu Fizo ni baik selama ni kalau aku cakap nak putus dia tak pernah nak ego. Confirm 100% dia akan pujuk sebab dia tahu aku marah macam mana. Tapi malam tu sangkaan aku meleset. Selama 3tahun aku dengan dia, itu yang pertama kali dia cakap “okay kita putus”. Paling tak sangka dia marah aku teruk. Siap guna aku kau. Dia cakap dah takde hati kat aku. Aku rasa macam kena lempang masa tu. Terkejut sangat. Aku minta maaf kat dia.

Aku explain situation aku. Padahal sebelum ni dia dah pernah cakap kalau aku marah dia faham. Kali ni tak langsung. Malam tu jugak Fizo dan aku officially putus tanpa kompromi walaupun aku pujuk banyak kali. Nangis semua dah tak lut. Padahal baru je sejam sebelum gaduh tu kami bersweet whatsapp. Akhirnya putus. Sedihnya masa tu tuhan saja yang tahu. Aku nekad esok habis kelas aku nak balik KL jumpa Fizo. So aku pun balik KL esoknya. 8jam dalam bas kerja aku menangis je. Baru tahu insaf. Aku ingatkan jumpa Fizo hati dia cair. Tapi tidak ye. Fizo dah keras sangat. Dalam kereta masa dia ambil aku kat Jalan Duta pun dia dah kejung. Heartless. Dia hantar aku balik rumah lepastu terus dia patahkan simcard dia dan tukar nombor. Aku macam orang gila kat rumah. Makan tak semua tak. Masa ni aku baru masuk sem3. Mak aku pujuk aku tak lut.

Aku kan ada bff lagi 5orang tu. Jadi aku maklumkan kat dalam whatsapp group sebabnya aku nak support. Aku dah lembik sangat masa ni. Bangun pun jatuh. Aku ada jugak call En. Menangis aku bercerita. Bagi aku En pandai bagi kata-kata motivasi berunsur nasihat sebab tu aku call dia.

Mak aku tak tahan tengok keadaan aku jadi aku dibawa berubat untuk pulihkan semangat aku. Mak aku risau aku nak berhenti belajar masa ni. Mak aku bawak aku jumpa seorang pakcik ni. Dia bukanlah ustaz tapi dia tahu lah ubat orang. Kiranya pertama kali juga mak aku kesini. Lepas ceritakan situasi sebenar. Pakcik tu cakap macam ni kat aku.
Pakcik: adik jangan risau. Kekasih adik ni memang jodoh adik. Lambat cepat dia pasti datang.
Aku: betul ke pakcik?
Mak aku: Saya nak pulihkan semangat anak sy je.
Jadi pakcik tu bagi lah botol berisi air yang dia dah jampi. Jampi ni aku tak nampak dia buat macam mana sebabnya dia masuk bilik. Aku dengar dia baca-baca je tapi tak jelas baca apa. So husnudzon je terus balik kerumah dan aku terus balik Universiti aku malam tu jugak sebab esoknya ada kelas. Selang seminggu aku balik kerumah aku di KL kerana tak boleh fokus belajar. Makan pun tak selera. Aku rindukan Fizo teruk masa ni. Nak kata setiap hari aku call En untuk luahkan rasa sedih aku. Mak aku pun aku call. Air yang aku dapat daripada pakcik tu tak mujarab apa.

Jadi mak aku bawak pergi berubat tempat lain. Dengan niat yang sama nak pulihkan semangat aku. Masa ni lah aku dapat tahu kisah sebenar. Orang yang ubat aku ni makcik. Ubat kampung tapi bukan bomoh. Dia cakap aku ni kena buatan orang. Aku terkena sihir pembenci. Orang tu adalah kawan baik aku sendiri. Punca dia bagi sebab cemburu ya amat. Paling penting sekali orang yang bagi ni dah lama bencikan aku. Makcik tu suruh aku berhati-hati.
Masa ni sumpah aku tak percaya. Aku decide pergi berubat tempat lain. So aku pergi ke Johor pula untuk berubat. Ni pun kenalan mak yang bagi. Makcik Johor tu pun cakap benda yang sama. Tapi lebih detail. Makcik Johor tu cakap orang yang bagi ni kurus, muka baik, cakap baik lemah lembut tapi hati dia busuk sangat. Masa makcik Johor tu cakap busuk sangat tu. Mata dia besar bulat. Umpama nak tekankan betapa jahatnya perempuan yang buat aku tu. Ha lupa nak bagitahu yang buat aku tu perempuan. Aku tanya apa motif dia nak cemburu dengan aku. Makcik Johor tu cakap dia cemburu dengan semua benda lagi-lagi bila aku bahagia dengan Fizo. Jadi dia sengaja nak pisahkan aku dengan Fizo. Dah banyak kali cubaan dia buat tapi gagal tapi kali ni dia berjaya. Bila terkena benda ni memang mangsa akan cepat marah dan mangsa akan rasa benci dengan pasangan. Benda sihir ni lagi cepat masuk bila mangsa dalam keadaan marah dan sunyi dok termenung. Itu apa yang makcik Johor tu bagi tahu aku lah. Aku dah tak peduli dah dengan penerangan tu. Aku sibuk memikirkan sape lah yang buat aku.

Mak aku tiba-tiba bersuara sebut nama En. Aku beriye mempertahankan En. Tapi kalau fikirkan balik ada betulnya juga. Selama ni En kerap sangat datang rumah aku. Tak kira malam pun dia berani datang sorang naik motor. Padahal macam takde point pun. Entah lah aku bercelaru masa tu. Dalam masa yang sama aku terfikir layanan aku dekat si Fizo adakah relate dengan kisah sihir aku ni. Punca aku marah teruk sampai bergaduh dan putus adakah berpunca daripada sihir pembenci tu.

Aku cakap dekat makcik Johor tu pulihkan aku cepat aku nak Fizo aku balik. Bagi aku kalau sihir ni takde means Fizo akan jadi normal aku pun akan normal macam mula-mula kami bercinta. Sihir pembenci ni akan jadi dekat suami isteri biasanya. Tapi ada juga untuk hubungan anak beranak. Kadang-kadang kedua belah pihak akan saling membenci walaupun hal yang kecik boleh jadi gaduh besar. Tapi macam aku ni, aku takde sampai membenci Fizo. Aku cuma baran tak bertempat dan rasa rimas dekat Fizo. Kadang-kadang diawal aku kuat baran ni ada jugak aku rasa tawar hati. Fizo yang benci sangat dekat aku sampaikan dia marah aku malam kami putus tu guna perkataan jijik.

Pendekkan cerita aku berubat. Lepas aku jumpa makcik Johor tu ada jugak aku berubat dengan orang lain. Tu sebagai alternatif lain. Yelah nak berulang ke Johor tiap bulan secara konsisten payah. Tapi aku kerap call makcik Johor tu. Sebabnya makcik tu pernah pesan kalau ada rasa lain macam terus call makcik Johor tu. Yelah aku kan student lagi masa tu. Agaknya dia takut aku b***h diri kot. Haha.

Si En tu lepas aku berubat, dia tak tanya khabar aku langsung. Aku pun dah mula percaya yang buat tu dia. Untung saja aku tak pernah maklumkan pada En aku ada pergi berubat. Kalau tak mahu dia tambah lagi sihir tu. Semakin banyak tempat aku berubat semakin jelas memang En lah orang dia. Banyak sangat petanda. Menurut salah seorang yang ubatkan aku tu, dia cakap rambut dan gambar adalah benda utama dia gunakan untuk menyihirkan aku. Aku ni pakai tudung, nak bukak tudung masa dalam rumah je lah. Aku pulak kerap tidur rumah si En. En ni kalau datang rumah aku siang dia akan masuk rumah duduk dalam bilik aku. Cuma malam je dia tak masuk rumah aku. Lepastu info tambahan pulak aku dapat tahu En ni suruh ayah dia je sihirkan aku. AYAH DIA BUAT! aku tahu ayah die boleh ubatkan orang.

Aku ingat ubat untuk mengurut dengan demam- demam je. Mana lah aku tahu ayah dia dukun. YaAllah dah lah muka ayah dia baik nak m**i. Senyum je. Tapi aku perasan ayah dia suka pandang aku senyum. Aku ingatkan sebab aku ni macam anak mithali ke apa. Sekarang aku dah faham makna pandangan dan senyuman itu. Kurang ajar kau pakcik. Ajar anak benda baik. Ni bukan- bukan kau ajar.

Mana aku dapat tahu ni aku relate kan balik dengan kisah sepanjang aku kawan dengan si En ni lah. Aku perasan ada sorang kakak ni rajin datang rumah En katanya nak berubat. Aku jenis suka berbaik sangka. Memang tak pernah fikir lah dia nak ubat apa. Aku tak pernah bertanya dan En pun tak pernah bercerita. Kawan-kawan yang lain kalau berjumpa kami jumpa kat mall dan rumah aku je. Dorang tak pernah tahu pun kewujudan kakak tu pergi rumah En. Mimi aku tak pasti lah tahu ke tak. Pokoknya tak pernah bertanya lah senang cerita.

Lepas aku yakin dan pasti si En ni yang sihirkan aku. Suatu hari tu aku whatsapp dia. Aku taip lebih kurang begini:
“Hebat kau kan. Dengan aku kau boleh tipu berlakon. Dengan Allah kau takkan boleh terlepas. Ingat Allah tu ada. Terima kasih En buat aku macam ni”. Then, aku block En. Aku tak nak ada kaitan lagi dengan En. Aku dah cukup seksa. Sepanjang aku berubat daripada sihir ni kawan-kawan aku tak tahu. Aku mula bercerita bila dah setahun aku berubat. Lama aku berubat. Dua tahun aku berubat baru aku sembuh. Sebabnya si En tak berhenti menghantar lagi. Aku tak balas pun. Aku nak aku sihat je. Kalau aku balas sama je lah aku dengan perangai En tu.

Sepanjang tempoh aku berubat, Fizo ada contact aku. Call whatsapp dan video call. Sebabnya dia rindu. Dia kata cintakan aku rindu sayang semuanya tapi dia tak boleh pergi kat aku. Aku tanya kenapa. Dia cakap dia tak boleh. Dia cakap macam ada benda halang. Masa dia cakap macam tu aku terus terang kat dia pasal sihir tu. Aku ajak dia berubat. Dia taknak. Dia marah-marah aku balik. Masa ni situasi bertukar. Kalau dulu dia yang penyabar.

Kali ni aku yang penyabar dia pulak panas baran. Tapi aku dah redha. Ni balasan untuk aku. Kami berjumpa tapi aku dapat berita yang sedih. Fizo baru lepas bertunang dengan orang lain. Aku tanya dia kenapa. Dia jawab taktahu. Aku tanya dia kenapa perempuan tu. Apa istimewa perempuan tu. Fizo jawab sebab dia nak lupakan aku. Aku diam sebab aku tahu aku banyak buat salah kat dia sebelum ni. Aku ingatkan lepas tu kami tak berjumpa tapi silap. Fizo kerap contact aku. Dia akan cakap benda yang sama. Rindu cinta sayang tapi tak boleh pergi kat aku. Aku suruh dia istighfar ingat tunang dia. Hati aku masa ni hancur luluh dah. Aku ingat Allah je. Kalau tak dah lama aku b***h diri. Sakit dia perghhhh!

Buat pengetahuan pembaca, sepanjang aku berubat ada yang mengatakan selain daripada En ni ada juga yang terlibat. Orang tu adalah kawan kerja Fizo. Dia berminat dengan Fizo. Jadi umpama langkah kanan lah bila aku dan Fizo dah berpisah dia cuma sambungkan tugasan seterusnya je lah. Orang tu adalah tunang si Fizo tu sendiri. Aku masa ni dah redha seredhanya. Tak kisah lah siapa buat siapa. Biarlah asalkan korang bahagia. Jadi aku dah tak larat sangat nak sakit hati sebelum Fizo kacau hidup aku lagi. Aku buat keputusan untuk pindah rumah dan tukar no tel. Aku doakan mereka bahagia. Bukan aku tak usaha untuk dapatkan dia. Macam-macam dah usaha cumanya takde lah sampai aku bomohkan dia. Bagi aku cinta sayang tu biarlah daripada hati.

Kalau guna bomoh tak in lah perasaan bahagia tu. Haha. Dah lebih kurang 4 tahun kisah ni jadi. Masa aku nak lupakan Fizo, yaAllah seksanya. Tapi alhamdulillah aku dah pulih sepenuhnya. Kawan-kawan aku yang lain pun dah tahu kisah aku ni. Mereka pun dah lost contact dengan En. Takut katanya. Kecuali Mimi sahaja masih in contact. Sebab apa entah lah. Aku bukan taknak berbaik dengan En. Tapi aku ingat lagi pesanan orang-orang yang ubatkan aku dulu.
” walau berapa lama pun lagi si En ni tiba-tiba datang nak mintak maaf dan nak kawan macam dulu. Jangan sesekali dekat dengan dia. Nak maafkan terpulang. Tapi berkawan jangan. En takkan puas. Dendam dia kat kau ni dalam”

Aku tak cantik pun guys. Dah lah dia bomohkan aku, seri muka aku pun dia nak ambik. Apa ke lahanat betul member macam tu. Kenapa dendam dia teruk sangat. Aku bukan orang kaya jugak. Nak apply loan kereta Bezza ni pun belum di approve lagi. Aku tak pernah caras pakwe dia pun. Bukan pakwe dia je.

Mana-mana pakwe orang lain pun tak pernah dan tak akan! Lupa nak tambah kesan daripada sihir pembenci ni aku jadi pelupa teruk. Suka mengelamun dan jadi pemalas sikit. Memang kena lawan benda ni dengan solat,mengaji dan zikir. Sebenarnya sepanjang aku berubat banyak kejadian pelik tapi aku kuat iman sikit so takde lah sampai terbawa-bawa.
Aku pun dah konvo. Lawa aku masa tu sebab dah kurus. Turun 20kg masa tu. Yelah makan hati. Haha. Yang penting aku dapat Second Class Upper. Ha kira okay lah dengan aku asyik ponteng kelas balik KL lagi kan. Walaupun aku sakit, kuiz ke exam semua aku tak pernah meniru okay. Baik kan aku. Aku bersyukur Allah sayang aku.

Fizo dah berkahwin dengan tunang dia tu. Dah ada anak sorang dah pun. Haritu dia follow aku kat ig. Aku dapat lah tengok jap. Lepastu aku terpaksa block dia sebab nak jaga hati buah hati aku lah. Nesi pun baru je berkahwin minggu lepas. Aku lah tu jadi bridesmaid dia. En je takde. Yang lain ada. Giler nak invite dia jadi bridesmaid. Tapi Nesi tak kejam ada lah ajak- ajak ayam En datang kenduri. Tapi tak nampak pun dia datang. Mimi aku tak berapa nak dekat sangat dengan dia sebab dia rapat dengan En sampai sekarang. Jadi aku behave. Sebenarnya En tu rajin datang kat Mimi. Bukan Mimi cari En. Motif apa aku taktahu. Masalahnya kawan yang lain En tak cari pun.

Kesimpulannya, jangan mudah percaya kat orang walaupun itu adalah orang paling dekat dengan kita. Kisah bahagia pun tak payah lah kita bercerita dekat orang lain. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Itu sahaja daripada aku. Maaf tidak seram langsung. Memang dah mentioned tadi kan. Haha.
Assalamualaikum.

#irose

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

109 thoughts on “Kawanku Musuhku”

  1. terima kasih dengan cerita untuk pengajaran
    cuma kan, macamanana seseorang tu boleh tau sape yang buatkan?
    macam ada orang cakap. jangan percayakan benda – benda macam ni sebab takut jin dan iblis cuba untuk mengadu domba.

    Reply
    • org pandai berubat ni ade kebolehan kot. aku pernah kene sihir jugak dulu. lama dh.. yg ubatkan aku tu describe org yg buat aku. kurus2 tinggi putih2 mcm cina.. time tu aku bru lepas reject lelaki seperti yg die describe itu. haha. aku pon xphm kenape dy nak sihir padahal aku reject baik gile kot lembut je… lama gile nk bebas dr sihir tu.. dh 10thun pon still ade sisa

      Reply
    • Betul tu. Mule2 sy tak percaya. Macam sy ckp dlm cerita sy tu, sy banyak pergi berubat. Mereka yg ubatkan sy tak pernah bg tau sape org tu secara tepat. Mereka hanya bg bayangan org tu mcm mana. Yg lebih mngukuhkn En yg buat sy bila die dah tak dtg rumah lg. Mmg sy block die. Tp biasa kalau kami bergaduh manja mesti akan dtg rumah nak mintak maaf. Konfem berbaik. Tp ni tak langsung. Smpai lah ke hari ni. Byk lg hint yg sy dpt. Wallahualam.

      Reply
    • Betul.. mungkin itu kelebihan dia.. mcm pakcik sy.. dia pn blh berubat org dan tgk2 kan org.. mcm kes sy, kwn baik sy sndri yg sllu lepak rumah sy, curi barang kemas kt rumah sy.. byk dia ambil.. minta tlg pakcik tgk kn siapa yg ambil.. dan dia bgthu ciri2 org tu.. dia mmg tak bgthu details tp ckup kita blh tahu siapa org tu.. n betul sangkaan tu.. dah lama kes tu baru kwn ni mengaku mmg dia amik n nak minta maaf.. huhu~ kwn baik sbnr ny takleh percaya.. jd hati2 pilih kwn..

      Reply
      • Kawan rapat ni dia tahu serba serbi hal kite. Tu lah yg senang dorang nak buat jahat. Masa dia mintak maaf tu ade tak ganti balik barang dia curi tu kak Mah?

        Reply
    • Org yg pandai brubat ni ad yg bole SCAN pesakit..scan ni da umpama ko tgk tv..muka semua mmg jelas,ape yg si penyihir buat mmg sebijik ko npk mcm kat tv tu…tp x semua perubat mcm tu..x semua bole scan pesakit dia

      Reply
  2. cerita cu mngkin tak seram seperti yg cu mentioned di awalan cerita, tp cerita ni bole dijadikan pengajaran buat cucu2 nenek di luar sana terutamanya yg perempuan.. dalam2 byk2 kawan yg kita ada, bkn semua nya berhati suci dan ikhlas dengan kita.. pasti ada rasa cemburu dan iri hati, sedangkan dlm adik beradik pon kalau mak kita pilih kasih pon kita rasa tak puas hati kan… jadi sentiasa la berhati2 dlm berkawan.. jgn la terlalu show off sgt dgn ape yg kita da, terutama dgn kebahagiaan yg kita kecapi.. jadi la seperti nenek ni, siang je cantik, mlm bertukar hodoh..hehehehe.. buat cucu nenek #irose, nek doakan semoga segala urusan cu untuk membina masjid dipermudahkn..semoga bertemu dgn jdoh yg baik2 dikelilingi kwn dan org yg baik2… Amin..

    Reply
  3. terima kasi kongsi cerita . semoga bahagia selalu ye kak , ha yg pacik ni ckp ada pcya tak ,heheh
    jodoh d tangan Tuhan.
    “Pakcik: adik jangan risau. Kekasih adik ni memang jodoh adik. Lambat cepat dia pasti datang.”

    Reply
    • Mula² akak jadi ceria lepas pakcik tu cakap. Yelah baru lepas putus kan. Gila tak hepi dgr org cakap mcam tu. Tp lama-lama akak baru sedar. Dia bukan tuhan. Baru lah boleh terima realiti. Alhamdulillah bila kita redha. Hati pun jd lapang.

      Reply
        • takpe laa cu…mungkin ada hikmahnya berlaku semua ni..kalau dia masih bersama fizo bkn anak omar tu sampai skrg mngkin irose akan dibayangi sihir hingga ke akhirnya… jgn lupa juga hidup ni umpama roda, yg bersalah tu akan dpt balasan juga nnt akhirnya.. cuma cepat atau lambat jek..

          Reply
  4. betul tu…dlu mak aku slalu pesan ,rapat kite dgn sape skalipun jgn la smpai semua bnda kita story dn luahkn..klau story pasal bhgia slalu msti ada yg sakit hati,susah nk jmpa kwn yg baik skrg ni..aku dh terkena 2 kali..cuma tu la berkawan tu berpada la..jgn smpai salah pilih kwn..dn aku fhm sakit mcm mana bila org yg kita percaya tu buat kita 🙂

    Reply
      • yer cik rose..2 kali…first kena sbb org tu ingat sy tuduh dy curi barang..padahal sy baru tanye jer..dh xnk bkwan die hantar bende2 yg x elok..2 tahun jgk bru selesai kes prtama tu…lpas tu jmpe kwn baik mase lpas hbis blajar..xde la baik sgt..tapi tu la kn bila kita dh serasi dh lama..kepercayaan dkat sahabat tu akan timbul..tapi bila sy bagi peluang untk percaya ..xsngka dalam diam sahabat yg kedua ni jadi musuh dlm selimut..dia berkenan dgn tunang sy dlm diam heehee..dh puas sy jaga hubungan tu..tpi ape bleh buat bila manusia ni dh trlalu taksub dgn benda2 khurafat ni dn sy pon penat dh ulang alik berubat dekat 1 tahun jgk berubat sampai ke sabah..kes teruk laa heee malas nk story dlm fs…dn sy tinggal tunang sy tu mcm tu je dh pmpuan tu nk sgt..alamak skrg dh jdi ex tunang..heeheee..tapi skrg dh nk nikah dh..tapi sakit masa kena tu hanya org yg dh lalui je akn fhm..awk pun hati2..semoga kita sama2 dlm lindungan nya..Amin

        Reply
        • Macam- maca manusia skrg ni. Tanya pon dah kena. Haish. Tp sy tak faham. Mksdnya awk putus tunang so skrg dgn org yg sama ke org brbeza? Btl lh tu tindakan zaza tu. Kite dh penat usaha. Sy fhm. Org ckp kalau cinta lepaskan. Kalau die pergi kat kite maksudnya dia lah orgnya. Kalau sebaliknya insyaaAllah ade lg baik.

          Reply
  5. Semoga awak tabah ya #irose, memang sebaiknya kisah bahagia kita jangan cerita dengan orang lain, mungkin dalam diam dia simpan dengki kita pun taktahu hati orang kan. Da takdir Allah awak berpisah dgn fizo tu sebab Allah nak gantikan dia dengan jodoh sebenar awak. Moga lepas ni awak bertemu dengan jodoh terbaik awak dan lebih bahagia daripada seblum ni. Aamiin.

    Reply
  6. Mintak jauh laaa ada kawan yg hati sebusuk busuk bangkai camtu….mmg x layak ada kaean kalau perangai camtu..kecuali kwn2 dia sama perangai ngan dia…hahahah…

    Reply
  7. Even up kebahagiaan kat FB pun boleh kena sihir thru gambar yg di upload.. Apa lagi dgn kawan2 realiti yg dengki.. Tu sebab berpada2 bercerita.. Jadikan kisah ni teladan keatas diri sendiri..

    Reply
  8. Tumpang simpati dgn awak Rose. But must always bare in mind, everything happens for a reason. Boleh jadi apa yg kita suka, sebenarnya tak elok utk kita. Apa yg kita benci mungkin itulah yg terbaik buat kita. Ujian & dugaan hidup membentuk Rose sehebat hari ini.
    Btw. Ape IG awak ye? Teringin nak follow..

    Reply
    • Btl. Maybe kalau sy stay dgn dia sampai bila² sihir tu still ada. Sy tak sangka sy boleh lupakan dia wlupn amek masa lama. Haha. Untung sape dapat lelaki sebaik dia. Alamak ig ke. Segan pulak beta😂

      Reply
      • Rose, sesuatu yg baik belum tentu ianya yg terbaik utk kita. Bole jadi yg baik itu tak serasi & tak sesuai utk kita. Ia sesuai utk org lain. Tp yg telah ditakdirkan utk kita itulah yg terbaik buat kita. Allah tak pernah silap dlm ketentuanNya. Moga Rose dpt segala yg terbaik dlm hidup.
        Takdirnya awak menulis di sini, ramai yg nak berkenalan. Moh la share IG. Tambah kenalan. Ramai yg akan doakan awak kelak.

        Reply
        • Kenapa rasa sedih ye baca komen ni😭. Ketentuan Allah mmg tak pernah silap. Syukur lah sy belum jadi isteri dia. Kalau tak dah janda dah skrg. InsyaaAllah sy doakan Sang Jentayu pn dpt yg terbaik dalam hidup. Ameen. Tak salah tambah kenalan. Boleh lh Sang Jentayu bg ig. Nanti sy follow.

          Reply
  9. Nayo woooo…
    Brengset punye kawan…
    Cariklah kebahagiaan memasing…
    Adooiii…!!!

    Cume akak mcm kurang paham pasal kakak yg selalu berubat ngan bapak En tu…
    Disebut namenye bbrpa kali…
    Seolah mcm ade kaitan dgn kesah Rose…
    Ke xde kaitan???

    Reply
    • Takde kaitan pun kakak yg selalu berubat tu. Cumanya sy baru perasan selama ni ada je org yg dtg berubat dekat ayah En. Sy egtkan berubat biasa utk mengurut atau demam². Tapi kalau fikir logik takkan lah kerap sgt dtg. Perempuan pulak tu. Baru lah sel otak sy berfungsi. Sy selitkan lah dlm cerita ni.😁

      Reply
  10. Sedih baca cerita akk😭terima kasih sbb beri pengajaran pada saya💕semoga akk sentiasa bahagia disamping org yg tersyg 💕💕but nk ig akk boleh..sbb rse terminat kat akk pulk rsenya😍💕🌸

    Reply
  11. Saya pun pernah jugak terkena dengan kawan baik sendiri.. tapi tak pasti lah adekah dia yg ‘buat’ saya suami isteri renggang dan bergaduh sebab saya tak pegi berubat..
    Tapi tu lah, dia melaga laga kan kami berdua.. sampai suatu masa tetiba je dia marahkan kami berdua, siap maki hamun atas bawah kiri kanan.. kerana apa? Sebab kita suami isteri dah berbaik..
    So mungkin dia tak berjaya, lepas tu dia marah2 dan salahkan kami berdua.. kita dua pon confuse dgn perangai dia..
    Sebab dari mula tu, bila saya ada masalah dgn suami, saya ceritakan semua dgn si kawan baik ni.. yelah.. ape tak nya.. mulut manis.. sentiasa kata dgn saya.. takpe, aku akan selalu ada disini bila kau ada masalah, kau kan kawan baik aku..
    Baik lah sangat.. puik!!
    Yg bestnya, masa tu saya hamil anak kedua tau! Kena maki hamun dgn kawan baik sendiri! Apa punya kawan! Mula2 mulut manis, tetiba je dia boleh berubah character terus kutuk2 saya mcm saya ni yg ada buat salah dgn dia..
    Ya Allah. Kalau nak cerita mmg panjang.
    But now mmg saya dah tak berkawan pun dgn dia lagi. Dah buang jauh jauh. Buat pe kawan dgn org yg dengki dgn kita kan??

    Reply
    • YaAllah kesiannya awk. Org mcm tu mmg patot dijauhkan. Jgn lah dekat². Bahaya. Awk dah berkahwin lagi tu. Sebab tu dlm ape² hubungan pun kalau gaduh pon kena setelkan sesame psgn. Kalau dah taktahan sgt baru lh cari mak ayah. Nak cerita dgn kwn² ni tah lah. Lepas terkena ni rasa trauma. Sy rase awk pn rase bnde yg sama. Takyah peduli kawan camtu dh awk. Dia jeles tgk awk bhgia je tu. Doakan die brubh je.

      Reply
  12. kisah awak lebih kurang mcm kawan saya kena sihir tapi bukan dgn kawan baik tapi dengan orang yg suka bf kawan saya tu..bila dia share dkt twitter geram rasa bila baca kita pulak yg sakit hati dgn perempuan tu main sihir2 pulak

    Reply
    • Org mcm tu dah tak ingat halal haram dah. Dosa neraka pon takde dlm kepala otak dorg. Yg penting dorg dpt ape dorg nak. Ishh bahaya btl org camtu.

      Reply
  13. bukn nk buka aib atau membawang saya 15 thn bru abis pt3.. spnjg sy brskolah di smk……..dr form 1 smp skrg sy dpt ada org benci sgt2 kat saya. tp dia diam.. saya tak tau lah apa salah sy…sy xprnh pun kacau org … sy bkn student femes pun..cantik lagi lah… saya hrp sy dpt tips dru akak cara nak hindarkan diri dri dekat dgn org2 mcm ni ada la jgk mnta nsihat dri motivator tp hmmm semua ckp bnda sama buat tak tau… …Tq best sgt crita akak.Semoga Allah melindungi akak sekeluarga dripd anasir jahat.

    Reply
    • Takde tips dik. Mcm akak skrg memang kurang bergaul sgt dgn kwn². Tak kesah lah kawan kerja ke kawan zaman budak sekolah ke. Ade je alasan akak bg. 10kali ajak kua , ade lah 2 3 kali akak join. Walau takde alasan pon akak akan cipta alasan. Tak sure kesan dpd tu better to be alone lah. Tu bg akak. Akak pon dh tua. Tak kesah sgt bab kawan ni. Huhu. Sbb kawan lah dunia akak jahanam kan dulu. Even mak akak lg prefer akak takde kawan skrg. Haha. Tp macam adik muda belia lg ni komfem tak boleh. Dunia adik byk lg kene teroka. Kawan lah dik jd diri sndiri tp pesanan akak jgn mudah pcye kat kawan². Yg benci kat adik tu abaikan. Mksdnye adik ade kelebihan yg mereka takde. Buat hal adik. Susah nk bg semua org suka kite. Blaja rajin² je dik. Pedulikan mereka. Plg penting adik jaga diri.

      Reply
  14. Saya pernah disihir seramai 3 org..secara serentak..satu sihir pemisah..satu sihir nak bg m**i secara pelan2..satu lg sihir nak bagi hilang kewarasan…hairan la..kenapa nak ada dengki2..sampai nak sihir2 segala..sihir paling teruk skali bila kena sihir nak bg m**i tu..cuma allah sahaja yg tahu..perit..telinga dua2 mengalir d***h dan bernanah tanpa sebab..pas tu hilang pendengaran..kepala mcm nak meletup..siap nak b***h diri lg….dalam masa 4 tahun kena 3 sihir serentak org yg berlainan..kawan2 semua menjauhkan diri..bf lari..di buang kerja..semua org benci…yg saya ada masa tu cuma mak saya..huhuhu(tq mom)..berubat ngan seorg ustaz..kena ruqyah..ya allah..mcm nak hilang nyawa…tp syukur masih bernyawa…ustaz tu bg bimbingan…amalkan zikir..doa pelindung diri dan solat jgn tinggal…alhamdulillah dah beransur pulih…cuma ada sisa smpai skarang benda sihir nak bagi m**i…tp tu la..mak saya pesan..jika kita ingat allah..maka allah jauhkan kita dari benda tak baik…ingat hanya allah sahaja yg memberi dan mencabut nyawa manusia..yg saya hairan sekarang menjadi pertanyaan..semenjak semua itu berlaku..hijab mata terbuka..dan sentiasa mendapat petanda awal pas dapat petanda…kepala rasa mcm nak meletup..huhuhu semoga kita semua di jauhkan dari benda2 yg kurafat..

    Reply
    • YaAllah besarnya dugaan awk ni tinymore. Skrg ni awk mcm mana? Dah fully sihat ke? Hijab tu setahu sy boleh ditutup. Kena cari ustaz yg boleh tutup tu. Ada cuba berubat utk tutup hijab tak? Maaf byk tanya. Sy faham perasaan awk tu. Dulu masa sy sakit tu pon perasaan nak b***h diri meluap². Sampaikan ada sorg pakcik ni cakap syukur sy cepat berubat kalau tak mmg sy jadi gila. Allah tu Maha Berkuasa kan. Doa hamba teraniaya nii hebat. Alhamdulillah sy sehat tp side effect mmg ade lh. Pelupa tu sgt ketara. Lepastu suka fikir bkn². N tdo je mst terjage tgh pagi buta. Mcm skrg. Just nk tye lg.awk berubat ade tak org tu ckp jodoh susah nak lekat sbb kesan tu? Sbb nye sy ade dpt pesanan mcm tu. Idk nak percaya ke tak sbb jodoh tu kat tgn Allah. Tp btol ke tu antara side effect?

      Reply
  15. “Aku pun dah konvo. Lawa aku masa tu sebab dah kurus. Turun 20kg masa tu.. ”
    hahaha.. kau nie kelakarlah.. mana gambar konvo, bagi aku tengok sikit.. hahaha..
    sebenarnya maksud Cinta tu adalah melepaskan sesuatu yang kita paling sayang dalam hidup…

    Reply
  16. Kurang lebih sama macam cerita aku. Bf aku dulu, kurang setahun bercinta, dia tetiba jadi baran macam si rose tu.
    Asyik nak marah, naik angin je. Aku call, tak berjawab. Hantar 10 msg, 1 je dia reply. Tu pun kalau nasib baik je.

    Setahun lebih jugak aku bersabar. 100 kali dia cakap nak putus, tapi aku pujuk n cakap elok elok. Tetap call, whatsapp walaupun aku twu takkan ada jawapan. Time jumpa je, baru dia okay sikit. Lepas hantar aku balik, dia macam biasa, hilang jejak.

    Lepas kurang lebih setahun, tetiba dia reply msg aku n cakap nak putus. Time tu, ayat dia betul betul buat aku sentap gila babas. Tapi aku masih nego lagi. Dia je yang degil.
    Aku pun cakap, takpe laa kalau kau nak sangat.

    Aku pun start diam, biasakan diri dengan keadaan. Sebab dia jarang cari aku, so agak mudah untuk aku biasakan diri. Cuma aku susah nak lupakan dia.

    Tapiiiiii, beberapa bulan lepaa tu, tiba tiba dia msg aku. Aku reply sepatah dua je. Sebab aku frust + tawar hati.
    Dia pulak yang kejap kejap cari. Habis dia suruh family aku n family dia untuk pujuk aku balik.

    Rupanya lepas dia cakap pasal putus tu, dia jadi tak berapa sihat. Pergi berubat, orang tu cakap yang dia da ‘terkena’ sihir pemisah. Orang tu nak buat dia hidup sendiri (dia anak tunggal), biar dia benci dengan pasangan sendiri.
    Orang tu, orang kg dia jugak.

    Masa tu, aku masih keras hati untuk terima. Tapi bila dia da tunjuk effort, aku cuba bagi peluang. Sebab bukan salah dia pun, kan.
    Memang beza sangat dia yang dulu, dengan yang sekarang.
    Dia je yang asyik cari aku, buat itu ini untuk aku even aku kekadang tak reply msg dia😅
    Bukan balas dendam, tapi sebab da terbiasa dibiarkan macam tu sebelum nie. Cumanya, perasaan masih sama. Dia pun faham.

    Sekarang nie kitorang da bertunang n akan kawen tak lama lagi.
    Doakan ye gaiss🌸

    Reply
    • Takpe jgk Seroja bertunang akhirnya n nak kahwin. Kuat jodoh korg. Kahwin pelawa lah warga FS. Kami mai ramai². Hahah. Doakan kebhgiaan utk Seroja dgn bakal suami hingga Jannah. Ameen.

      Reply
  17. Bila yg tertulis untukmu,(fizo)
    adalah yg terbaik untukku,(rose)
    Kan ku jadikan kau kenangan yg terindah dlm hidupku,
    Namun…x kan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupmu,
    Yg tlah terukir abadi sebagai #kenangan yg terindahhhhh…. aaa aaar aaaa arrrr…..

    Akak doakan rose sentiasa dilindungi oleh Allah s.w t serta kita semua di lindungi daripada anasir2 jahat..

    By the way ig akak @aishah_hanis89
    Follow please…😀😀😀😀

    Reply
    • Amboii kau akak siap nyanyi ye kat sini😂 Ameen kak atas doanya. Sy doakan akak sekeluarga dilindungi dpd anasir jugak.. Done follow akak😘

      Reply
  18. Sama la dengan kisah saya. Dulu pernah ada bff sorang. Memang rapat sangat. Tapi lost contact bila kami bergaduh. Macam2 dia buat fitnah tapi saya diamkan. Sampai la baru ni saya pergi berubat dengan seorang makcik ni sebab dah almost 4 tahun saya berubat dek kerana sihir. Masa tu saya baru dapat tahu yang dia ni pun ada hantar sihir pada saya. Saya pun tak tahu apa yang dia berdendam sangat padahal dah kahwin then Allah bagi rezeki anak lagi pada dia. Saya dah 3 tahun kahwin but still tak ada zuriat tapi saya redha. Saya cuma harap dia bertaubat sebelum terlambat sebab kita hidup pun belum tentu lama.

    Reply
  19. macam sedih je cerita ni. sakit hati tu ada la jugak tapi sedih tu tak boleh bendung. bukan senang nak pujuk hati terima hakikat. sis sangat tabah.

    Reply
  20. Antara punca tidak suka berkongsi masalah dengan orang
    Depan je baik belakang tak tau la
    Penat bersangka baik dah

    Biar la orang nak cakap sombong ke apa ke tanak pertolongan orang lain

    Reply
      • Selalu org yg sihr ini org yg kita kenal. Saya pun kena sihr pembenci. Mcm awak mcm mcm nama binatang saya panggil dia, makian, pukulan.Suami saya sihr cinta Kat perempuan tu. Dia cari Suami saya Kat ig.Hantar brg kat rumah ganggu saya dan Anak
        Jadi dia boleh berasmara dng suami msg2. Dia ingat saya bodoh. Bila ganguan ada kat rumah saya tahu ia dtg dng sihr. Yg lebih baik lagi, mimpi menjadi nyata. Suami saya kerap mimi perempuan berpurdah panggil dia dari tengah laut. Mimpi digigit binatang. Anak mimpi saya digigit ular. Suami mimpi ada perempuan dnt saya (jinn) Mcm2 dia hantar saya. Tiap Kali saya rawat diri saya atau suami rawat saya dia hantar lagi. Hari hari mintak cerai. Jinn dlm badan pun bersuara ceraikan dia. Dah ok. Lepas tu hantar lagi hingga saya gugur kandungan masuk 4 bulan dan perasaan Benci pada suami kembali. Sihr ini kita kena kuat lawan.

        Semoga Allah membalas perbuatan mereka Dunia akhirat.
        Sila mampus. Latnatullah.

        Reply
        • Tabah lah That girl. Sihir² ni kite mmg kena kuat. Lagi² org macam awk dah berumah tangga ada anak-anak lagi. Jgn ikutkan perasaan bila mrh or tawar ati. Banyakkan amal ibadah. Kalau hati kite kosong lagi senang benda tu nak masuk badan. Awk kuat. Bila marah pikekan balik rumah tangga awk yg dah bertahun bina. Takkan nak biarkan org luar hancurkan. Sy doakan kebhgiaan n keamanan utk family awk.

          Reply
  21. terasa ke lubuk hati broken hearted nya anda. tp percaya lah, jodoh itu rahsia Allah. nak nikah kawen pong kerana Allah. baru kekal lama. cinta semata tak kemana.

    Reply
  22. Org2yg mcm nie org yg sakit jiwa.dia x blh tgk orang lain lbh pandai ,lbh bahagia, lbh cantik…..klu blh sgla perhatian mesti dia jer yg dapat….
    Sentiasa cari.kelemahan org lain…..kelemahan diri x nampak….bahagia bla org lain sengsara…..itulah penyakit jiwa…smga kt sentiasa readha dan bersyukur dgn sgala pemberian dr allah…amin

    Reply
    • Manusia kan. Egtkn dunia makin canggih otak tu brkembang lah sikit. Ni still lagi cara kuno. Dok bomoh. Nauzubillah terkena sekali ckup lah. Ameen atas doa tu. InsyaaAllah sy doakan keredhaan awk jgk.

      Reply
  23. Best gile cerita . Tu la sedih part last tak bersama dgn bf tu n dia kawen dgn org lain tu yg tak best denga tu. Takpe! In sha allah jodoh yg baru ni sampai ke jannah ok

    Reply
    • Salah 1 dugaan sy dlm dunia ni. Takpe lah. Wlupn ending die sedih tp benda ni byk ubah diri sy jd penyabar. Ameen. Dah 26tahun nii doakan jodoh sy yg baik² ye. Hehe.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.