Kena Tindih – Roh Keluar dari Badan

Kisah ni berlaku masa aku masih belajar kat sebuah universiti di Johor Bahru sekitar tahun 2006/2007. Sedikit latarbelakang, aku perempuan, tinggal di asrama, bilik berdua dengan roommate aku.

Alkisahnya petang dalam pukul 5 lepas kelas aku teringin sangat nak makan apam balik. Tapi kat mana la nak cari apam balik, aku pon tak ada kenderaan masa belajar. Kelas pon walking distance je dari asrama. Kalau nak keluar selalu tumpang kete kawan je. Tapi petang tu tah kenapa aku teringin sangat nak makan apam balik, siap dah terasa-rasa tekstur dan aroma apam balik di rongga mulut dan hidung aku (baca: imaginasi). Walaupon aku tak berapa mengantuk, aku plan nak tido dan setting mimpi makan apam balik. Siap nak setting mimpi, ko mampu? Hahaha.

Aku belum solat Asar lagi masa tu, roommate aku pon ada dalam bilik, dia tengah siap-siap nak pi toilet nak mandi and wuduk. Dia ajak aku sekali, aku cakap kat dia ‘aku nk tidok sat, hang pi dulu’. Dan aku pon meneruskan plan aku, tido dan setting mimpi makan apam balik. Untuk makluman, untuk setting mimpi makan apam balik aku tido meniarap, sambil-sambil setting tu aku dengar la roommate aku tengah prepare kan diri dia nak ke toilet yang terletak di hujung blok. Pastu dia keluar. Aku masih belum tido. Aku kan tak mengantuk sangat. Tido-tido ayam je.

Tak lama lepas tu aku rasa badan aku kena tindih, damn! Kuajaq toi. Tak sempat nak mimpi makan apam balik. Bagi yang tak pernah kena tindih atau kelumpuhan semasa tidur ni mai kak nak cerita sikit, bila masa kena tindih ni ko macam separa sedar, tapi ko tak mampu bergerak waima mengeluarkan suara pon. Memang tertindas la, selalunya kalau time kena ni memang segala surah dan zikir yang ko hafal akan keluar dan tak lama lepas tu akan reda la perlahan-lahan. Pastu ko akan terfikir, eh! Apakah ini mimpi atau kebenaran?

Memandangkan kali ni aku kena aku tak berapa mengantuk sangat dan aku yakin aku kena tindih dan aku bukan sedang bermimpi, so aku bertekad kalini aku nak melawan. Dia kuat jugak, tak lut dengan zikir dan surah aku baca, aku jerit ALLAHU AKBAR sekuat hati dan bingkas bangkit dari katil. Aku lari, bukak pintu dan duduk di luar pintu bilik sambil tercungap-cungap. Tak lama lepas tu aku nampak roommate aku keluar toilet dan menuju ke bilik. Selamba je dia masuk bilik langsung tak tegur aku yang duduk tercungap-cungap kat depan bilik tu. At least tanya la ‘apasal ko letih sangat? joging ke?’ Aku panggil pon dia buat dek de.

Aku pon follow belakang dia masuk bilik, dan aku terkejut gila nampak ‘aku’ masih lagi ada di katil – tengah tidur meniarap. Aku macam WHAT?? Patut la roommate aku tak nampak aku. Aku dah cuak. Macammana aku nak buat ni. Adakah ini pengakhiran aku? Aku dah jadi roh, aku nampak jasad aku. Aku sempat mengucap atau tak tadi, aku sedih gila ending hidup aku macam ni.

Aku beberapa kali cuba matchkan roh dengan jasad aku, aku matchkan jari jemari, kepala, badan dan kaki aku exactly macam posisi jasad aku. Few times, tapi tak berjaya, macammana aku tau aku tak berjaya? Aku angkat kepala aku dan aku masih nampak belakang kepala ku (jasad). Last sekali entah macammana aku try semula, dengan kuasa Allah aku angkat kepala dan tak nampak lagi belakang kepala aku. Sambil aku angkat kepala tu rasa berat (masa tak berjaya tu ringan je) dan aku bagaikan mendapat ‘nyawa’, dan bernafas – Haaaaaaaaahh. Feel like roh dah jasad aku bercantum semula. Aku duduk sambil tengok dan angkat jari-jari, tangan kaki semua. Jantung aku berdebar-debar. Aku gi tengok cermin. Hey, it’s me, again (hihihi). Alhamdulillah.

Aku cerita kat roommate aku dan dia kata memang tak nampak aku kat luar tadi. Yelah, roh kan. Lepas tu aku gi mandi, berwuduk dan solat Asar yang telah aku tangguhkan tadi. Insaf. Dan janji dengan diri sendiri tak nak setting mimpi lagi. Semenjak dah habis study memang dah jarang kena tindih, hampir tiada, Alhamdulillah.

Apam balik? Masih lagi favorite dan wajib beli jika ke pasar malam. Hehehe.

Kak Cik

Leave a Reply

8 Comments on "Kena Tindih – Roh Keluar dari Badan"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Aiiu Pisha Nafisah

Selalu la gak set mimpi tapi ni menarikkkkk

amri

mimpi tido petang tu, imaginasi hahahaha

z

Scarynta nmpk jasad sendiri… Klu Allah x bagi izin masuk jasad balik. Habis lah…
Alhamdulillah Allah main bg peluang. Sma² lah beringt banykkn amalan

z

*scarynya

Fadily Zakaria

Situasi macam ni boleh dikatakan persis movie Insidious tu. Atau secara spesifikasinya, Astral Projection. Mula2 kita akan Lucid Dreaming dulu, kemudian baru boleh buat Astral Projection. Cuba la Google benda2 alah ni. Aku pernah buat AP tu banyak kali jugak.

Fiona Hijau

penah buat ? seriously ? jadi ke ?

anne

aq penah mimpi camni.. tapi time malam r.. memang masa tido..duduk terjaga dr tido, pusing blakang tgok aq tido lg.. 2 3 kali gak dok baring balik nk matchkan badan. bangun tu badan cam sakit..

Darm

hi akak apam balik hehe

wpDiscuz