Kebangkitan Hastungkoro

Bismillahirrahmanirrahim Assalamua’laikum

Kisah tidak berkaitan dengan yang hidup atau m**i. ( Seram biasa)

Suasana tenang damai di perkuburan masjid kampung Labuk batu mengiringi jenazah arwah Daeng Aduka. Seorang lelaki yang baik yang terkorban kerana ingin menyelamatkan nyawa insan kesayangan nya. Dia telah d*****h kejam oleh penduduk kampung yang sedang kegilaan akibat amukan puaka yang tidak tenang.

Di atas pohon rimbun terdengar sayu bunyi hilaian yang menyeramkan. Tetapi sebenarnya tangisan kesayuan kerana insan yang dicintainya telah terkorban kerana dirinya puaka jadian. “Wuuuuuuuu wuuuuuuuu wuuuuuuuu,” panjang esakkan si puaka. Rambutnya masih panjang mengurai mencangkung di atas dahan, kain baju nya berjuntaian ke bawah. Dia melihat sahaja kekasih hati dikuburkan di sana. Dia tak boleh masuk ke kawasan masjid tubuhnya kepanasan dan seolah olah menggigit gigit panas nya hingga ke dalam.

” Hastungkoro bangkit lah dikau…Hei pemilik jasad di kuburan ini ku seru kau semula!” Seorang lelaki tua menyeru nyeru nama Hastungkoro. Lelaki tua ini terlalu pingin kan seorang anak buat isteri tersayang. Lalu dia dengan berat hati melangkah ke kuburan usang tidak berwaris. Dia menunggu setelah sekian lama waktu sesuai hanya Jumaat Keliwon masa terbaik untuk dia menyempurnakan ritual memanggil roh ini.

Setelah beberapa lama dia mengulangi bait bait seruan. Serta merta langit yang tadi tenang kelihatan berangin kuat. Guruh berdentum kilat sabung menyabung.

Kuburan lama di hadapan nya terbelah dan keluar asap tebal busuk sebusuk benda yang tak dapat dihuraikan. Di hadapan nya muncul susuk wanita berpakaian putih. Matanya hitam dan putih.

“Hurgghhh,” dengusan puaka pemakan d***h kini betul betul berada dihadapan Pratama. Dia tidak gentar sedikit pun melihat puaka pontianak Sulu ini. ” Aku arahkan kau duduk di hadapan ku”, perlahan lahan Pratama memegang leher pontianak di hadapan nya dan memasak paku di tengkuk nya. Sekali hentakan kuat paku tersebut masuk dan saat itu jeritan kuat dan sangat halus nyaring kedengaran.
Wajah dan penampilan Pontianak di hadapan diri nya berubah wajah. Menjadi seorang seperti manusia biasa.

Berdiri di hadapan Pratama jelas sekali seorang wanita muda yang sangat cantik dan ayu. Pakaian nya kebaya dan kain batik. Berselendang kuning cair. Wajahnya anggun tanpa sepalit noda.

” Kau ku gelar kan Ayu, mulai sekarang kau akan mengikuti ku. Aku adalah bapa di rumah nanti ada seorang wanita itu adalah ibumu. Mengerti?” Pratama menjelaskan satu persatu pada Ayu.

” Baiklah Pak, Ayu faham,” lembut sahaja tutur katanya. Hingga jika didengar oleh manusia ingin segera melihat Ayu.

“Tetapi kau mesti ingat Ayu, paku mu itu jangan dicabut jika tidak kau akan menjadi puaka semula. Dan kau akan terus kekal begitu. Makanan mu nanti adalah d***h. Kau akan dihina dan dibenci.”

“Baiklah ayahku,” lembut sekali bicaranya. Terasa bagaikan tiupan seruling yang sungguh asyik.

” Marilah kita bertemu mak mu, mesti dia sangat bahagia.” Pratama berjalan lancar dalam pekat malam disuluhi jamung dan awan yang cerah dek cahaya bulan purnama.Malam ini suasana hutan terasa meriah unggas bersahutan seolah-olah meraikan kehadiran Ayu gadis yang dilahirkan semula sebagai manusia.

Walaupun sekarang Hastungkoro telah menjadi Ayu, namun jiwa lama masih ada. Pertembungan dua jiwa ini akan menyebabkan Ayu terpinga dan berduka lara. Seolah-olah kehidupan nya kehilangan cinta dan seperti diragut nyawanya.

Apabila malam menjelma mimpi adalah satu kepastian buat Ayu, dan mimpi sangat mengerikan seolah olah dia melihat dirinya m******h banyak jiwa. D***h hanyir mengalir di tanah. Pekat hitam hanyir. Tetapi pelik nya Ayu tidak jijik.

Mimpi nya juga ada berupa arahan. Ada suara memberikan arahan. Suara itu menyuruh nya menuntut bela atas kematian diri nya. “Carilah orang daripada keturunan Barigoto. Tuntut lah hak kematian diri sendiri.” Suara itu setiap hari berkata demikian sehingga dia sudah boleh hafal mimpi tersebut.

Pratama dan isterinya Mawar amat menyayangi anak mereka ini. Bagi mereka ini adalah kurniaan yang telah mereka perolehi atas kebaikan mereka.

Ayu dijaga dengan rapi dan sempurna, tidak dibebani dengan kerja yang berat dan tidak diizinkan bercampur gaul dengan mereka yang tidak tahu asal-usul.

Satu hari kedua ibubapa Ayu bercadang untuk keluar ke pekan sari berdekatan. Ayu juga turut sama mengikuti mereka berdua. Arakian sampai nya di pekan sari tersebut amatlah ramai orang-orang nya. Semua mata tertumpu pada Ayu terkesima melihat persona yang indah tiada tandingan di depan mata. Ayu berjalan menunduk ke bawah dia tidak selesa dipandang sedemikian sehingga dia rasa ingin mengigit sahaja leher mereka dan menghirup d***h segar yang mengalir. Ayu dapat merasakan bahawa d***h itu sedap dan menyelerakan. Pelik dan aneh kehendak jiwa Ayu saat dia tidak ketahuan.

Ayu singgah bertamu di satu sudut ruang yang menjual pelbagai jenis kain batik dan selendang. Dia suka dan sangat terpesona dengan kecantikan tenunan kain tersebut. Motif bunga dan daun bau kain nya wangi seharum bau sundal malam.

Sedang asyik melihat selendang rupanya Ayu diperhatikan oleh dua orang. Seorang jejaka di kedai itu Daeng Aduka dan datuknya Daeng Kasturi.

Daeng Kasturi memerhatikan gadis di depan mata nya ini dengan wajah marah dan tidak selesa. Entah apalah dosa Ayu sehingga kan sanggup Kasturi marah kepada dirinya.

Berbeza dengan cucunya Daeng Aduka pandangan nya pada gadis ini adalah pandangan cinta dan sayang. Dia terpukau dan terpikat pada ciptaan indah di hadapannya.

Ayu tiba tiba terasa panas berbahang tubuh nya. Dia mengangkat kepalanya dan terus memandang ke arah datuk Aduka. Renungan nya tajam ke arah Kasturi. Seolah-olah musuh yang telah sekian lama mencari akhirnya bertemu jua.

Pertemuan Ayu dengan Aduka dan datuknya di pekan sari tempoh hari telah menyebabkan dia tiba-tiba seperti kerasukan. Jiwa nya seperti di simbah api dendam lama. Satu suara berkata ” Itu lah waris Barigoto! Kau harus hapuskan mereka sebagaimana keturunan mereka menghancurkan kau dulu”. Ayu keliru dengan pertembungan antara dua jiwa nya. Hatinya sendiri sudah pun terpaut pada Aduka mana mungkin dia sanggup m******h insan yang dia telah mula jatuh hati. Setiap malam Ayu bermimpi mencari Aduka di rumahnya. Aduka sedang duduk sendirian di beranda rumah melihat ke langit. Ayu akan datang kepada Aduka dan melihat kekasih hati nya setiap hari di dalam mimpi.

” Datuk, saya ingin berkahwin dengan seseorang datuk,” Aduka meluahkan hasrat hatinya kepada datuk kesayangan nya.

” Dengan siapa nak kau ingin berkahwin, siapa namanya?”

” Saya tidak tahu namanya dan di mana dia tinggal,”

“Bagaimana pula mungkin kau ingin mengahwini seseorang yang tidak kau ketahui nama dan tempat tinggal nya?”

” Datuk ingat tak ada seorang gadis yang melewati tempat jualan kita tempoh hari? Gadis yang memakai kebaya dan kain batik berselendang kuning cair”,

” Aku tidak suka jika itu pilihan kau! Itu bukan manusia biasa dia adalah puaka!”

” Datuk, apa yang berlaku ni?”

” Jika kau melihat dengan pandangan mata kasar memang kau melihat nya cantik, tetapi lihatlah dia menggunakan mata batin mu”,

Daeng Kasturi nekad Jumaat Keliwon ini dia akan menyeru seteru keturunan nya itu untuk menamatkan segala dendam kesumat. Semua ini harus segera di selesaikan atau cucu nya akan menerima padahnya.

Pratama dapat merasakan ada sesuatu akan berlaku. Hati nya tidak selesa dia bangun dan melihat anak nya Ayu. Ayu tiada di rumah dan dia melihat jendela rumah terbuka luas. Pratama dapat rasakan dia akan kehilangan anaknya tidak lama lagi. Anaknya itu akan kembali kepada fitrah puaka. Bagaimana keadaan isterinya nanti jika anak kesayangan ini telah pergi.

Pratama menunggu sehingga Ayu atau wujud puaka Hastungkoro kembali. Ayu kembali sebelum fajar menyinsing. Dia bertenggek di jendela sebelum dia masuk ke dalam rumah. Alangkah terkejutnya dia melihat Pratama sedang menunggu kepulangan dia.

” Anak ku, kemari aku ingin bicara dengan mu?”

” Hurgghhh,” dengusan nafasnya kuat, dia sudah tidak dapat mengelakkan diri daripada Pratama. Ayu tidak menukar diri nya menjadi manusia. Ia wujud dalam bentuk puaka. Walaupun dirinya dalam keadaan bersedih namun wajah puaka itu sama sekali tidak menunjukkan sebarang reaksi kesedihan malah menakutkan. Gigi nya menyeringai bersiung mengerikan, walaupun dia cuba tersenyum. Rambut yang selalu disisir rapi ibunya kini mengerbang kusut kasar. Bajunya juga busuk dan hanyir. Pratama memandang kesayuan wajah anaknya.

” Ayu apa yang menyebabkan kau menjadi puaka, sedangkan paku mu masih ada. Aku rasa rumah ini penuh kasih sayang tidak cukup kah semua ni?” Suara lelaki tua itu amat menyedihkan hati Ayu.

” Ayah, aku.. perlu.selesaikan dendam lama yang telah menghapuskan sifat manusia di dalam diriku, kerana keturunan nya aku menjadi puaka tidak dapat hidup seperti manusia biasa. Aku tidak mampu m**i selamanya ayah,” Ayu melutut pada Pratama mana mungkin dia melupakan jasa kedua ibubapa angkat nya ini. Mereka lah yang menjaga nya sebaik mungkin.

” Ayu mulai hari ini kau ku bebaskan, pergilah kau selesai kan urusan mu itu. Andai nya kau sudi kembali lah semula pada kami”, dengan linangan air mata paku di tengkuk Ayu dicabut oleh Pratama. Pratama bukan calang-calang orang dia memang tinggi ilmu jika tidak masakan dia mampu mengawal puaka tinggal bersama nya.

Ayu menjerit nyaring dan dia memandang kesayuan wajah ayahnya. Dia akan kembali semula setelah selesai urusan nya. Dia terbang merentasi kayu kayu hutan tebal mendayu dayu tangisan nya kerana kesedihan yang teramat.

Daeng Kasturi jadi tidak keruan malam ini malam perhitungan. Hastungkoro akan kembali menuntut dendam lama. Semua ini kerana kejahatan keturunan nya sendiri. Moyangnya yang telah menghancurkan hidup seorang gadis baik dan polos. Kini dendam kesumat berterusan menuntut haknya kembali.

Hilaian bunyi pontianak begitu sayup kedengaran dia tahu Hastungkoro telah dekat dengan kawasan rumah nya. Shakti naga laut nya telah pun bersiap sedia untuk menyerang jika diperlukan.

Pertarungan antara dia dan Hastungkoro tidak seperti yang disangka kan apabila penduduk kampung telah masuk campur. Mereka telah bersiap sedia untuk memerangkap Hastungkoro. Daeng Kasturi tidak suka hal ini terjadi kerana penduduk kampung tidak tahu menahu tentang hal sebenar nya. Campur tangan mereka hanya akan mengeruhkan keadaan. Lebih banyak nyawa tidak berdosa akan terkorban. Hastungkoro kini telah sepenuhnya menjadi puaka yang berkuasa. Seandainya ada penduduk kampung yang di gigit maka ia akan menjadi racun dan mereka akan menjadi sifat puaka pula.

Jamung dipasang di seluruh kampung. Gendang dipukul. Buluh tajam telah disediakan. Lembing dan pemanah telah bersedia.

Hastungkoro terbang melalui kampung dan dia telah dijebak oleh panah mengena pada tubuhnya. Dia menjadi berang dan dia telah mengamuk menyerang semua orang kampung tanpa belas. Bunyi jeritan dan pekikan manusia ketakutan sangat membingitkan malam Jumaat Keliwon. Banyak yang telah menjadi korban dendam.

Aduka bersedia untuk berjuang habis-habisan. Datuk nya mendekati nya dan berkata bahawa pontianak yang sedang menyerang itu mencari mereka berdua. Semua ini berpunca daripada kezaliman keturunan mereka, menganiaya gadis tidak berdosa. Perbuatan yang sedikit itu telah menjadi beban dosa keturunan yang lain.

“Hastungkoro itu adalah Ayu, kau perlu tahu tentang itu”,

” Tak mungkin datuk, Ayu bukan begitu,”

” Nanti kau jumpa lah sendiri dan pastinya kau mengenal dia dan dia mengenali dirimu.”

Mereka berdua menaiki naga terbang ke arah hutan melintang dan terus menuju kampung.

Hastungkoro telah berjaya ditangkap. Walaupun dengan mengorbankan nyawa ramai penduduk tidak berdosa. Pontianak puaka itu terikat di kayu kelihatan lemah tidak bermaya. Terkejut nya Aduka sebaik sahaja melihat Ayu diperlakukan sedemikian rupa. Bagi nya Ayu tidak bersalah keluarga nya lah yang telah menyebabkan Ayu menjadi sedemikian rupa. Ayu atau Hastungkoro telah menjadi korban dendam dan kezaliman nafsu serakah manusia.

Tindakan Aduka menyelamatkan Ayu telah menimbulkan kemarahan penduduk kampung. Mereka telah memanah tepat ke dada Aduka. Aduka dalam kepayahan membuka ikatan yang mengikat Ayu. Ayu sempat melihat Aduka sebelum dia terbang melayang melarikan diri.

Daeng Kasturi terbang bersama Shakti menuju ke arah cucunya Aduka. Dia tahu Aduka tidak akan dapat diselamatkan lagi. Namun dia perlu mengambil jasadnya. Penduduk kampung terkejut melihat saiz naga yang besar berwarna biru berkilat. Mereka berundur daripada tempat Aduka. Daeng Kasturi menjelaskan kedudukan sebenar kepada mereka semua dan mengambil cucunya untuk dikuburkan di kampung mereka sendiri.

Ayu tidak kembali kepada ibubapa angkat nya. Dia tidak mahu menjadi beban kepada sesiapa pun biarlah dirinya kekal menjadi puaka penunggu hutan melintang. Kesedihan hatinya kehilangan cinta seorang lelaki yang baik. Walaupun lelaki itu adalah keturunan yang menzalimi dirinya satu ketika dahulu tetapi Aduka tidak begitu. Biarlah dia terus mengisi kehidupan nya yang hancur ini dengan keadaan begini. Dia tak layak menjadi manusia biarlah dia menjadi puaka penunggu hutan untuk selamanya.

Dendam tidak melenyapkan segala persoalan. Kezaliman itu lah punca segalanya akibat nafsu serakah haiwan. Andainya semua nya dapat dikawal dendam tidak akan wujud kemusnahan dapat dielakkan.

Sekian

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Kebangkitan Hastungkoro”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.