Kedai Makan

Tatkala aku sedang menghabiskan bacaan tahiyat akhir solat Maghrib, “ting…tinggg…tinggg…”. Nada Iphone aku berbunyi menandakan ada WhatsApp personal masuk. Aku habiskan solat, memberi salam. Biarkan dulu hp Lenovo A889 aku tu di atas meja, kononnya taknak terkejar, seakan aku utamakan duniawi daripada solat. Ya, aku memakai hp Lenovo, tapi meletakkan nada dering Iphone, kerana itu saja yang aku mampu buat untuk berlagak seperti anak orang kaya yang lain. Bacaan doa ringkas saja dalam bahasa Melayu. Aminnn ya rabbal alamin.Bingkas aku bangun, dapatkan hp, “Oit,  makan dok malam ni?”. Wasap daripada bekas roommate aku, Sapik ketika belajar di UiTM dulu.

Dan sekarang kami berdua sudah bekerja, di KL. Tapi tidak lagi duduk serumah, kerana anggur aku berbuah terlebih dulu selepas konvokesyen kami May lepas. So, aku terlebih dulu berhijrah ke KL, sebulan setengah kemudian barulah dia dapat tawaran kerja di bandar yang sama, tapi berlainan company & rumah. “Boleh ajaa… Tempat biase?”, balas aku ringkas. “Roger that”, balas Sapik acah2 gunakan command game Counter Strike ketika zaman belajar dulu. Dia kerap menjadi mangsa headshot AK47 aku.

Aku terus bersiap ringkas, trek suit, berbaju jersi Man City, juara EPL musim sebelum itu. Pekena deodorant Axe & perfume Paco Rabonna sikit. Kunci Honda, wallet sudah di tangan. Aku bergerak turun apartment 4 tingkat yang aku sewa RM250 sebulan bersama 5 orang lagi housemates, tapi mereka semua ade urusan sendiri tiap malam. Arghhhh, mengeluh aku sesampai di bawah sebab terlupa ambil helmet. Hmm, kemalasan itu, aku turutkan. Keluarlah aku malam itu bersama EX5 yang sudah berusia 5 tahun. Hanya signal & hon sahaja yang tak berfungsi. Masalah bateri mungkin.

10 minit, sampailah aku di kedai makan favourite. Tapi hampa, gelap gelita. Terus aku dapatkan hp, call Sapik. Namun tak diangkat. Mungkin dia tengah bawa motor, fikir aku. Wasap jela. “ Pik, kedai tutup. Aku usha kedai lain jap. Nanti aku wasap balik,” cadang aku spontan. Ronda-ronda ke kawasan taman berdekatan, terjumpalah satu kedai makan. Mungkin aku patut panggil restoran sebab besar, tapi xlah besar sangat, 1 lot rumah kedai. Meriah, ramai pelanggan penuh dalam hingga ke luar. Macam mane lah aku x perasan ade port makan kat sini. Mungkin sebab malas nak ronda sebelum ni, ataupun dia hanya buka waktu malam. Terus aku parking motor di bawah cahaya lampu jalan, untuk memudahkan mata Sapik cari sign aku nanti.

Berjalan aku dapatkan tempat duduk di sebalik kemeriahan pelanggan lain yang tengah menjamu selera. Yes, ade 1 meja kosong di luar perkarangan kedai, namun sisa pinggan & gelas masih tak berangkat. “Sis…” panggil aku sambil tunjuk isyarat bersihkan meja. Sementara menunggu, wasap aku berbalas. “Mane saiton?”, soal Sapik sambil menyetankan aku. “ Restoran ******* area taman belakang Giant, betul2 depan kedai tayar”, balas aku. Instruction ringkas itu sudah cukup untuk dia sebab kami berdua masing2 sudah familiar dengan area2 dekat sini, walaupun rumah Sapik 15 minit dari apartment aku.

“Order bang?”, soal pelayan lelaki, sambil aku menjenguk-jenguk ke arah lain mengharapkan sis yang bersihkan meja tadi melayan aku. “Umm…Horlick ade?”, soal aku. Biase laa, asal aku order minum tu je, mesti banyak kedai cakap xde. “Hahh…Horlick ais 1, buat kawww, makannnnn?”. “Umm… Mee Bandung deh?”, pesan aku sambil memandang papan menu di dinding. Harga, not bad. Mungkin sebab inilah kedai ni meriah. Tak sabar aku nak rasa Mee Bandung kat sini, adakah kuahnya sepekat kedai favourite aku? Soal dalam hati. Sementara menunggu order & Sapik sampai, mata aku meliar melihat ape yang menarik di kedai ni.

LCD TV 50 atau 52 inci tergantung dalam kedai, woo… sesuai utk jadikan port tengok bola. CCTV di 2 penjuru bertentangan, 1 menghadap kaunter bayaran yang sibuk dari tadi, 1 lagi menghadap hadapan kedai. Manakala 1 screen besar di luar untuk pancar projector. Sahhh, ni port tengok bola. Bangga aku dengan tekaan sendiri. Tapi malam tu tiada perlawanan bola berlangsung. Hanya TV di dalam kedai saja yang terpasang.

Leka aku menilik sudut kedai, dari awal aku duduk tadi, bising dengan lelaki berkopiah menjerit-jerit memanggil pekerjanya di kaunter untuk melayan karenah pelanggan. Mungkin tuan kedai. Teka aku sendiri. Jam sudah 8 suku. Sapik pun sampai tika aku leka belek-belek WhatsApp group. “Mane nye order xsampai lagi?”, soal Sapik tanpa bagi salam. Sambil dia duduk, pelayan lelaki tadi datang membawa Horlick ais aku, zupppp…terus disambar Sapik. 3 teguk masuk ke mulutnye. Ahhhhh… bunyi kelegaan. Jilake, bisik aku dalam hati. Yela, aku dah lame mengidam Horlick ais, dia pulak pergi rasmi dulu. Dah la berkongsi straw. Risau terbit genetik gay nanti. Hmm. “Order sorang lagi ni bang”, panggil aku sambil tunjukkan Sapik yang baru duduk tu.

Tengah Sapik memesan order, Allahuakbar!!!Allaaaaahuakbar!!!! Harghhhhhhhhh!!!! Bulu roma aku meremang tegak terdengar jeritan dari arah dalam kedai. Suara seperti seorang perempuan yang menjerit tapi kasar & garau. Terus aku berpaling memandang tepat ke dalam kedai. Mata aku terbeliak memandang 1 lembaga hitam duduk bertenggek di atas besi rak tv yang tergantung. Hanya hitam yang aku nampak, tidak jelas rupanya. Terkejut dengan ape yang aku baru nampak, tuan kedai dari jauh tegak memandang tajam aku, berhenti melayan pelanggan di kaunter, mungkin perasan akan apa yang aku nampak!

Aku menoleh cepat ke arah meja aku, memandang Sapik yang masih lagi sedang memesan order. Tapi lelaki yang sedang melayan Sapik, turut memandang tajam ke arah aku, renungan sama seperti tuan kedai, seakan marah dengan kebenaran yang telah aku tahu. Kehairanan aku melihat Sapik seperti tidak mendengar jerkahan suara kasar ketika azan mula berkumandang tadi. Begitu juga dengan pelanggan yang lain, seolah tiada apa yang pelik berlaku. Terus volume tv dikuatkan untuk menyahkan laungan azan dari surau yang tak jauh dari bangunan kedai. Mungkin kebetulan laungan azan tadi berkumandang selari dengan transisi 2 iklan di TV, kiranya ada gap “silent” antara iklan.

Aku masih terkejut, terdiam seketika. Tak tahu ape yang harus aku buat, aku memikirkan alasan untuk pergi secepat mungkin. “ Pik, aku balik jap, nok berok lelerr ni ( nak buang air sangat2 ni)”, itu je idea yang terlintas di fikiran aku masa tu sambil capai kunci, wallet & hp di atas meja. Belum sempat Sapik mengaju soalan, aku sudah pun berlari ke arah motor. Bibir terasa tawar, badan seram sejuk, bulu roma masih menegak. Sedang aku menolak motor ke belakang untuk keluar parking, azan sudah pun habis. Papppp!!! Cahaya lampu jalan bergoyang sedikit, seperti ranting pokok yang tiba-tiba dihinggap burung. Hahhh… Makin meremang bulu roma & tengkuk aku. Tak payah pandang atas, aku tahu benda tu sedang bertenggek di atas tiang lampu merenung aku.

Bremmmm. Aku memulas cemas throttle EX5 aku seolah-olah baru saja m******h orang & mahu lari dari tempat jenayah secepat mungkin. Masuk gear 1, terus aku pergi dari situ, sambil tangan membengkokkan side mirror ke bawah. Kenapa? Saat aku fikir mungkin benda tu akan menumpang di belakang aku & aku tak nak nampak dia kat belakang aku, motor aku tiba2 berat. Ramalanku benar belaka. Saat motor aku bergerak melalui lampu2 jalan, terpantul la bayang aku bawa motor bersama bayang lain di tempat duduk belakang. Tapi bukan duduk seperti penumpang lain, dari segi pantulan bayang tadi, dia seakan bertenggek. Rasa nak menjerit, tapi tak terlafaz, umpama mencintai seseorang dalam diam, bila sampai masa nak ungkap rasa tu, tak keluar dari mulut. Hah, macam tu la rase.

Allahulailahailla…Huwalhayyuqayyum…. Ayat kursi mula keluar dari mulut tawar aku. Dalam gelabah aku tu, aku masih mampu berfikiran waras. Apa yang aku fikir? Aku takkan bawa benda ni balik apartment aku! Aku taknak bayar sewa rm250 sebulan untuk 2 kepala! Terus aku bawa motor ke arah surau tadi, even tak tahu celah mana, aku dapat agak dari arah mana azan tu datang tadi.

Sambil mencari, sambil mulut terkumat kumit, sambil kepala fikir macam2, risau kot dia peluk pinggang. Wuuuuu. Nak jugak cuba ngesot p******g aku ke belakang sikit demi sikit, nak rase betol2 ade ke tak, tapi sekadar niat… aku dah la tak pakai helmet! Seram sejuk tengkuk! Dalam keadaan motor yang berat tu, ibarat naik bukit pakai gear 4, aku pun jumpa laa surau yang dicari. Terasa macam dah ringan motor aku. Terus aku parking betul2 depan anak tangga, masuk cepat2 nak menyelamatkan diri acah2 terkejar nak solat sunat Qabliyah.

“Dik….Dik…..”, seorang jemaah surau memanggil aku dari belakang. Dengan muka pucat, aku menoleh. “Ni kunci motor tak ambik lagi. Barang pun ade lagi dalam raga motor. Hilang kena curi nanti”.
Hehehe. Aku berikan ketawa fake kat jemaah tu. Selesai ambil ape yang patut, terus aku ke ruangan wuduk. Debar hati aku semakin lega, sambil berfikir kenapa hanya aku yang perasan jerkahan kasar di kedai tu tadi. “Orang lain dah makan & minum air tangan kedai tu, tu yang diaorang tak sedar”, suara halus kedengaran dari belakang….

-AK-

.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

34 comments

  1. awat la hang x bagitau nama kedai tu nama apa ? bagitau la kamiii.
    Ya Allah, jaohkan lah kami dari makan minum dan pergi ke kedai macam gituuu.

    1. Selalunya kedai yg mcmni akan gantung frame surah2 dlm Al Quran,tp kalau org mata tajam akan dapat tangkap yg surah2 tu dah diubah ayat dia.kita p makan selalu tak tgk pun surah2 yg digantung ni sebab tu taktau.

  2. Wauuu woooooooo ini memang terbaik bang!!!!
    Bang, jgn lupa sambung lagi cerita, tak sabor sabor nak baca.
    Pencerita idaman saya, selain drpd #SiCelupar, #Rumah, dan beberapa pencerita yang lain, lupa nama.

    1. Tinggal je le kot. Sebab awal2 dia dah gi pancung air horlicks yg bro ni order, so dia tak dengar ler apa yang jadi dan berbunyi. Berhuhuhuhuh jelah dia. Keh keh keh keh…

  3. Menarik kisah nie. Tp gamak hang tinggai member hg sorg2 kat situ. Hg biaq dya merasai kenikmatan pelaris yg dikenakan. Sila sambung kisah anda. Nak taw apa jadi kt mmber hg td. Nk taw apa dya mencarut kt hg bila dya taw asbab hg tinggaikan dya kt kedai td.

  4. Eeeuuuwwww…
    Seram jijik namenye nii…
    Errrkkkk…takoottt…
    Tuan kedai tu pn mcm antu gak trs jer dpt detect org yg realised kewujudan benda alah tu…
    Ko kena bersyukur sbb kwn ko sebat air horlicks tu dlu,bknnye mengJILAKEkan die…
    Ko ni tau setiap sudut jln dan kwsn tp nk gi surau tu ko main agak2 x pasti je plak jln tu ekk…
    Curiga…hhmmmm….

  5. natang tuan kedai…paka kopiah tapi duk wat mende2 syirik…

    sian sapik kena tinggal,…last2 ye kene bayar hok mu order tu

    -suara halus tu ? siapakah?

  6. byk kali dengar kedai restoran mamak byk guna pelaris mcm kisah ni…tu sebab 24 jam ramai je orang datang makan walau tak la sedap mana makanan dia orang…

    Nak test ada pelaris ke tak..bila korang gi makan kedai mamak/atau mana2 kedai yg korang tgk berduyun2 org datang makan walau tak sedap mana…lepas duduk kat meja makan tu korang baca ayat Qursi kat situ byk kali….jika tiba2 ada angin laju menerpa kat korang lepas baca tu tanda mmg ada jin jaga kedai makan tu dan marah kepada anda sebab baca Qursi…cepat2 la bangun dan pergi ketempat lain….jin setan yg ditugaskan jaga kedai tu akan kencing berak diatas makanan dan minuman anda tanpa anda nampak…tu sebab org2 alim agama tak mo makan kedai..mrk leh nampak dan rasa…

    Air tangan org tak solat lebih hina dari air kencing anjing hitam…jadi berwaspadalah nak makan minum….makan minum la jika disediakan oleh orang yg tak tinggal solatnya…

  7. Ada bakat menulis ni. Best baca. Tapi dik…sian la kawan kau. Patut nya ajak sekali. Kalau ada citer lagi…tulis lah ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.