‘Kekasih’ Kawan Aku

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Semoga anda semua dalam keadaan sihat sihat belaka hendaknya. Harini aku nak kongsikan dengan semua tentang kisah kisah yang terjadi pada aku dan member member serumah aku waktu kami sama sama masih lagi bergelar pelajar politeknik. Aku minta maaf sekiranya cerita aku ni agak panjang dan agak tak menarik bagi korang. Tapi aku cuma nak ceritakan kisah kisah aku sahaja.

Hai. Nama aku Mikat (bukan nama sebenar). Aku belajar di politeknik di sebuah negeri. Salah satu politeknik premier yang ada. Aku mengambil jurusan rekabentuk grafik dan kejadian ini berlaku sewaktu aku sedang di semester 5. Aku serumah dengan member aku yang lain. Dalam rumah tu ada 9 orang semua sekali. Dan semua berlainan kos dengan aku. Diorg ni semua junior.

Nak dijadikan cerita , dalam ramai ramai kami tu ada sorang member aku ni dia cantik gila. Cantik nak [email protected] Dia instafamous. Followers nye beribu ribu. Kecantikkannya bak bidadari jelmaan dunia la katakan. Lemah lembut pertuturannya membuat semua lelaki yang mendengar akan terpikat. Mana tak nya, kacukkan bugis. Orangnya kurus, kulitnya berwarna putih susu, senyumannya menambat hati.

Pada permulaan sem itu aku duduk rumah itu seperti biasa. Tiada apa yg pelik berlaku. Semuanya berjalan normal. Tidak sehingga di pertengahan sem, aku dan semua member aku akan dengar bunyi guli dan orang tolak tarik perabut di syiling rumah setiap kali magrib menjelma. YA SETIAP HARI TANPA GAGAL. Pada mulanya ya kami agak takut, tapi sudah hari2 menghadap bende yang sama sampai kami pon sudah lali dengan bunyi itu.

Tidak cukup dengan itu, kos aku adalah kos design. Semua kos design pastinya memerlukan ‘stay up’ sehingga ke pagi. Paling awal aku tido bila stay up adalah pukul 3 pagi. Kebiasaannya aku akan stay up sehingga pukul 5 atau 6 pagi dan class akan start pukul 8 pagi. Rutin hidup aku sebagai pelajar graphic design memang normal seperti itu. Nak dijadikan cerita, setelah ‘kekasih’ kawan aku tu mengganggu kami dengan bunyi guli, ‘dia’ mengganggu aku pula dengan cara yang lain.

Iaitu dengan cara menangis, berbual, memanggil nama dan mengetuk tingkap. Ya aku merasakan semua itu ya sahabat. Kejadian itu semua berlaku tepat pada pukul 3 pagi. Rumah sewa aku tu rumah taman dua tingkat. Betul betul taman perumahan sebelah poli kami (pada pelajar poli situ pasti akan tahu lah dimana lokasi ini hihi). Kejadian yang aku cakapkan tadi tu akan berlaku bila aku stay up dan dia akn ganggu tepat pada pukul 3 pagi.

Ada suatu hari tu, aku tengah sketch design logo aku. Aku kene sketch 60 logo utk rebrand logo syarikat. So aku pon stay up. Roommate aku dh tido dah sebab kos dia mmg tak payah stay up haha. Jadi aku lah stay up sensorang.

Jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Dengan bertemankan lagu zara larsson hush life, aku sketch logo aku. Tiba tiba, aku dengar sayup orang memanggil nama aku betul betul diluar tingkap. Aku tersentak. Terus aku matikan lagu yang sedang bermain di laptop aku. Aku diam untuk pastikan betul ke ada orang panggil nama aku. Tapi lama aku diam , tiada apa. Senyap sunyi. Lepastu aku sambung je lah keje aku sampai kol 5 pagi. Aku cuak beb. Tapi aku diamkan je. Aku memang tahu rumah tu memang ada benda. Tap iaku malas nak amek port.

Itu baru sikit. Kes hari lain, sama jugak malam tu aku stay up. And sama jugak aku stay up sensorang ditemankan sekujur tubuh roommate aku yang dah lena dibuai mimpi. Aku design, siapkan assignment aku. Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Tiba tiba tingkap aku diketuk dari luar. ????????????? . Aku di tingkat dua weh. Tak logik ada kucing ke burung ke nak ketuk tingkap bilik aku macam tu. Memang kenal sangat orang ketuk dengan binatang. Memang aku tahu itu mmg bende tu. Time tu aku memang tak boleh husnuzon lagi weh. Aku tutup laptop. Kemas barang aku. Aku terus tido. Takot weh. Dalam rumah tu memang aku je yang jaga waktu tu.

Lepas je kejadian tu alhamdulillah dah takde kene ganggu waktu stay up malam. Sampai lah dah akhir sem. Waktu akhir sem tu macam biasa lah aku kemas kemas baju, barang barang yelaa sebab aku sem 6 practical. Dah tak duduk situ. Jadi dikala diorang masih ada class, aku dah habis assessment (presentations depan lecturer dari jabatan/fakulti lain). Jadi aku sorang lah free waktu tu dikala rakan rakan sedang masih bertungkus lumus berkerah tenaga di class haha. Aku pon balik rumah sewa sebab nak kemas baju apa semua.

Dan waktu tu aku sure 3000% yang kat rumah tu memang ada aku sorg je. Aku time tu nak amek baju. Dan gerobok pakaian aku kat luar bilik sebelah tangga. Time aku nak amek baju tu kau bayangkan aku dengar orang perempuan menangis sayu je dekat tangga. Tapi aku tak berani weh nak jenguk ke bawah tengok siapa. Aku terus masuk bilik pakai earphone bukak lagu kuat kuat. Aku sumpah weh sayu gila suara dia. Pastu aku citer kt roommate aku, kau tahu dia cakap apa. “Ohh dia taknak akak kluar lah tu. Dia sedih akak dah habis sem” matilanakkkkk. Haram jadah punya roommate.

Rupanya , baru aku tahu yang bende tu sebenarnya ada kaitan dengan member aku yang cantik tu. Sebenarnya dia lebih kurang macam ‘member’ kawan aku lah. Dulu kisahnya budak cantik tu dia selalu datang awal waktu sekolah rendah. Bila datang awal pagi dia akan duduk dekat satu pokok besar ni. Setiap hari. Sampaikan ada penunggu dekat pokok besar tu macam dah minat dekat dia dan sejak itu bende tu ikut dia. Bila member aku tu balik kampong kan aman weh rumah takde gangguan langsung. Tapi bila dia balik je rumah sewa mula lah macam macam bunyi ada.

Ada satu hari tu, mak kepada salah sorang housemate aku ni dia rajin datang duduk kat rumah sewa kitorg. Kitorg panggil dia mama. Jadi terubat lah sikit perasaan rindu kat mak mak kitorg ni haha. Jadi kitorg cerita lah kat mama pasal bende ni semua dan satu hari tu dia buatkan air yasin dan dia renjis kat semua penjuru rumah dan renjis kat satu bilik ni. Tahu tak ? Esoknya mama muntah muntah dan tangan dia sakit. Kalau x silap tangan dia bengkak waktu tu. Aku rasa bende tu marah mama sebab renjis air yasin tu .. Mungkinlah juga..

Ada jugak lagi satu kes ni jadi kat housemate aku dua orang. Masa tu kat rumah ada dia berdua je. Yang lain semua kluar dating. Dan waktu tu mama dah balik rumah dia. Dan waktu tu dah akhir sem. Waktu tu malam dan aku tengah keluar pergi makan dengan pakwe aku. Balik balik aku tengok diorg berdua duduk kt depan pagar sambil muka cuak gila nak [email protected] Aku pelik lah. Aku tanya diorg kenapa duduk luar rumah ni. Buang tebiat ke haha. Lepastu diorang tak cakap pape. Diorang senyum je, tapi aku tahu waktu tu ada sesuatu yang berlaku. Tapi aku diam dulu sampai lah pakwe aku dah balik.

Masa dkt luar tu jugak diorg cakap dgn aku. “Kak jangan masuk dulu. Kitorg nak cerita ni. Tadi waktu kita baring kat atas kitorang dengar macam ada orang tutup pintu tandas. Kuat gila. Lepastu kitorg pelik sebab kitorg tahu takde sape kat rumah selain kitorg. Jadi kitorng tengok, pintu tandas tak tutup pon. Terbuka je. Lepastu kitorg tak sedap hati kitorg pon turun bawah”. Jdi diorg diam kejap. Jadi aku ingat dah habis citer. Tapi  diorg sambung lagi citer. “Waktu kitorang dah turun bawah tu, Kita dengan Kiki (bukan nama sebenar) main phone, tiba-tiba pintu dapur macam ada orang hentak. Kuat sangat. Kitorg terkejut. Kitorg terus lari keluar. Dan bila kitorg dah keluar, macam ada orang hempas pintu grill pulak akak. Kitorg takut sangat. Ni pon kitorang baru keluar ni. Nasib baik akak dah balik. Kitorg tak tahu nak buat apa. Takut sangat kak”. Lepas aku dah dengar citer tu aku pon jadi takot lah nak masuk. Jadi kitorg pon membuat keputusan tunggu luar sampai lah yang lain balik.

Dan alhamdulillah selang beberapa hari lepas tu kitorg pon balik negeri masing masing dan alhamdulillah aku dah balik kampung aku untuk intern. Tapi diorang masih duduk rumah tu uantuk sem seterusnya. Cuma berita baiknya , budak cantik tu dah tak duduk rumah tu lagi. Dan alhamdulillah diorang cakap dah tak ada gangguan lagi lepas tu.

Jadi kepada korang kat luar sana sentiasa beringat walau kat mana pon kita berada, kita kene sentiasa doa pada Allah supaya kita dijauhkan dengan bende bende seperti ini ya. Aamiin..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ameerah Kamsani
FOLLOW FB KAMI.

7 comments

  1. Tak payah tulis cerita lagi dik. Tak payah bagi alasan sbb nanti kau atau kawan kau akan argue balik.
    Yang mana faham maksud aku akan faham lah knp. Kau tak sesuai jadi penulis, tak kiralah penulis citer hantu ke, artikel ker. Mujur kau belajar design so kau stick to design jer lah ya dik.

    1. Engkau nak baca, baca jela senyap2. Tak payah nak judge org sgt. Lain kali engkau jela yg publish cerita, aku nak tengok elok sangat ke cerita yg engkau tulis tu. Bajet helokk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.