Kereta Nina

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga fiksyen shasha. Terima kasih admin sebab publish KISAH NINA .Kalau ada yang perasan aku ada tulis pasal Kereta aku ni alarm susah nak bunyi , Kecuali kalau ada “Benda” menumpang dia dalam KISAH NINA , dan ceritanya bermula apabila jeng jeng jeng ….
Kereta aku beli masa tahun 2014 . Macam kereta2 lain jugak ada alarm apa semua . dan sepanjang aku beli tu tak pernah sekali pon alarm kereta bunyi , sampaikan aku tertanya2 kereta aku ada alarm tak . teruk betoi aku masa tu . sampai aku pikir cara camna nak bagi dia bunyi weh . sekali pon jadila . macam2 cara tapi 1 pun tak berjaya . akhirnya putus asa . lantak hang la nk bunyi ka tak mau .
Tahun 2017, hari sabtu . Balik dari tengok wayang . masa tu jam dah pukul 7.15 . langit semua merah sangat haritu . Nama pon senja kan . Dalam masa nak parking kereta tiba2 ada seekor kucing jiran tak tahu dari mana arah mengelupur berdarah dan mati . persoalan nya sekarang mana ada lintas dari depan pun . adik yang tolong jaga parking pun tak Nampak dari mana dia datang . nak kata ada dekat dalam rumah . mana ada apa masa tu .

Pucat muka kami . aku turun dari kereta kucing tu tengah mengelupur dan tengok aku . nak nages weh . aku tak dak niat nak langgar pun . walaupun aku spesis takot kucing . aku panggil jiran aku , aku tanya pakcik ni kucing pakcik ke ? Saya tak perasan dia ada mana . saya minta maaf . pakcik tu blah cmtu jer . masa abah balik kerja pakcik peratije abah . dengan muka tak helokkkkkk.
Keesokan harinya kerja macam biasa , badan mula rasa sakit2 bahu berat dan kepala selalu sakit sampai makan ubat migraine yang kuat tu pon tak lega . sampaikan seminggu bertahan akhirnya aku dah nages guling2 tak tahan .

Disebabkan makan ubat ubat tak okay , abah bawak kami pergi rumah arwah paklang. Paklang ni seorang pakcik yang amalkan ilmu perubatan dan arwah juga arif pasal herba . bayangkan kawan aku yang ada penyakit kulit yg dari kecil . Alhamdulillah jumpa arwah paklang .dia bagi daun herba yang dibaca ayat suci penyakit kawan aku lega . niat di hati nak ambik air tawar je . memang tak syak lagi benda2 bukan2 ni .

Masuk je rumah arwah , kami sembang2 macam biasa je takda pun pikir pelik2. Bila paklang baru nak baca bismillah tiba2 alarm kereta berbunyi . tapi aku tak sedar pon tu alarm kereta aku . abah pi tengok luar tengok lampu menyala . abah off kan alarm dan kunci macam biasa . takot ingat mat lalok ka nk pecah keta kan . bahaya okay . lepas tutup balik pintu rumah . dia bunyi lagi .

tutup lagi . kunci lagi dia bunyi jugak . last sekali abah check kawasan clear tak ada apa . abah terus malas kunci kereta . elok tutup pintu rumah . hampa tau dak apa jadi ?? keta aku kunci sendiri weh . keta aku kalau kunci cermin sisi auto tutup so dengar la bunyi tu crettttt . alahai macam pelik ja bunyi . hahaha . abah pi luar buka balik kunci pstu masuk balik . elok abah duduk ja dengar bunyi orang hempas pintu kereta . Macam mana aku tau tu bunyi pintu kereta aku , sebab adik aku selalu buat kerja tutup pintu kuat . cam sangat dah bunyi ni . keluaq pintu keta aku hang ganti baru nah !

Paklang mcm biasa la sibuk baca doa , lepastu dia bangun keluar rumah ambik daun2 herba dia . dia behenti dekat kereta baca2 ayat dan dia masuk . lepastu paklang kata dia marah hampa mai sini . tu dia ikut dok atas bumbung . patutlah masa otw g umah paklang banyak kereta bagi lampu tinggi , rupanya nak habaq ada kawan atas bumbung. Patut berat . abah kata aku makan banyak sebab tu keta tak larat tarik .

Lepas dah siap semua malam tu kami mandikan kereta dengan air yang paklang buatkan untuk kereta . dan sakit kepala pun hilang . kucing tu sebenarnya perantaraan yang dihantar untuk bagi sakit kami sekeluarga , rumah jadi panas dan selalu kami bergaduh . kisah tu nanti aku story kan dalam entry yang seterusnya . maaf kalau ada yang terkurang atau banyak melalut .
#NINA

#nina
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 comments

  1. Kesian kucing tu jd mangsa perantara. Manusia bila dah jahat x kira apa nk jadi jnji hati puas. Best cerita sis. Sambung lh ya🤗

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.