Keris Melayu

Hi korang. Ni Bulan lagi ni.
.
Alhamdulillah ini cerita keempat yang aku karang untuk FS. Taknak banyak cakap, kalini aku nak kongsi pengalaman ketika aku membuat kajian tentang Keris. (Cerita ini telah ku ubah beberapa jalan ceritanya. Aku taktahu la kenapa bila aku mengarang tentang kejadian sebenar, aku terasa seperti diperhatikan. Maka itu, cerita yang aku kongsi kan kepada kalian ini ada yang telah diubah sedikit ya )
.
Ketika di Form 6, kami diminta untuk membuat satu kajian. Aku pun taktahu la kenapa aku memilih untuk membuat kajian tentang Keris Melayu. Bagi aku, Keris Melayu ni ada keistimewaannya yang tersendiri. Aku sebernanya tak arif sangat bab keris ni. Jadi kalau ada yang aku ceritakan disini ada kesalahan, mohon betulkan ya.
.
Seperti yang kita tahu, Keris ni merupakan senjata warisan yang digunakan oleh orang dahulu kala. Tapi tak semua keris ni ‘kosong’. Ada sesetengah yang meletakkan ‘isi’ pada keris mereka. Aku taktahu apa tujuan mereka meletakkan ‘isi’ pada keris mereka.
.
Dah namanya pun kajian, mestilah kena interview orang sana-sini kan..? Okay ketika itu, kawan aku yang tolong aku untuk dapatkan orang-orang yang arif pasal keris ni. Thanks Azrul dan Nisa! Jasa korang aku amat hargai.
.
Orang yang pertama aku interview tu aku panggil dia sebagai Abang Ahmad (bukan nama sebenar) lah ye? Abang Ahmad ni memang guru silat. Jadi, beliau memang ada menyimpan keris-keris semua ni. Beliau yang mengajarku tentang setiap luk keris ni mempunyai makna tertentu. Tapi jangan risau, kesemua keris abang Ahmad ni semua ‘bersih’.
.
Orang kedua yang aku berjumpa ni aku namakan Pakcik Idris (bukan nama sebenar). Pertemuan aku dengan dia dirancang oleh ayah kepada sahabat aku. Sebab ayah kepada sahabat aku ni memang minat bab-bab menyimpan barang antik jadi beliau memang ramai kenalan tentang barang-barang antik semua ni.

Disini lah benda tidak diingini bermula…,

Pakcik Idris ni pembuat keris sebernanya. Beliau juga ada menyimpan koleksi keris yang ada ‘isi’ . Sedang aku seronok berbual dengan pakcik Idris, tiba-tiba salah seorang anak buah beliau membawa kan antara koleksi keris yang pakcik Idris ada.
.
Banyak sangat! Pelbagai bentuk dan corak. Namun aku tertarik dengan satu Keris yang berbalut dengan kain kuning atau merah aku dah tak ingat . Bagai mengetahui isi hati aku, tiba-tiba pakcik Idris mengambil keris berbalut kain tersebut dan menunjukkan kearah aku.
.
Pakcik Idris “ni keris orang punya ni. Special sikit”

Aku “oh yeke. Apa yang special nya ni..?”

Pakcik Idris “sebab ada ‘isi’ . Pakcik bukan apa, pakcik simpan kan aja”

Aku “ada isi..?..maksudnya apa itu..?”

Pakcik Idris “ada khadam nya lah..”

Aku “betul ke..?” aku telan air liur sebentar.

Pakcik Idris “Ha ah. Mari cuba pegang. Panas tak..?”
.
Aku terus cuba pegang keris tersebut. Ya memang panas. Tapi sekejap je. Lepastu rasa okay balik. Pakcik Idris terus sambung..
.
Pakcik Idris ” Keris yang ada ‘isi’ ni takboleh dibuat main. Ada tatacara dia kalau nak bukak keris dari sarungnya. Nak pegang dia pun ada cara. Kalau nak dikeluarkan dari sarungnya, jangan separuh-separuh. Keluarkan sampai habis terus.”

Aku “oh yeke . okay saya baru tahu. Boleh saya cuba..?”

Pakcik Idris “boleh, tapi ingat jangan dibuka separuh..terus tanggalkannya ya..”
.
Pakcik Idris membenarkan aku untuk mencuba. Aku pun seronok sangat nak cuba. Tapi dalam seronok-seronok tu entah mengapa tiba-tiba hati aku rasa tidak sedap sangat.
.
Ketika cuba menanggalkan keris tersebut dari sarungnya, aku taktahu kenapa aku berhenti setengah jalan. Maksudnya aku buka keris tu separuh jalan je. Ibarat macam ada yang mengawal badan aku. Aku cuba untuk meneruskan sehingga sarung tersebut benar-benar tertanggal namun takboleh. Berat sangat tangan aku ni.
.
Setelah berusaha untuk beberapa saat, akhirnya baru aku berjaya menanggalkan keris tersebut dari sarungnya. Ketika itu badan aku seperti macam ringan. Benda berat yang menghantui badan aku sebentar tadi macam dah hilang terus. Fuhh, lega tau. Lepastu aku terus bagi keris tu kembali ke pakcik Idris.
.
Kami kembali berborak tentang sejarah keris. Banyak ilmu yang aku peroleh daripada Pakcik Idris. Petang tu setelah selesai sesi menemuramah, aku pulang ke rumah.
.
Aku sampai di rumah pun hampir maghrib. Seletah mandi,solat dan makan, badan aku rasa letih yang terlampau. Jadi aku membuat keputusan untuk tidur awal. Dalam jam 9 begitu aku dah tidur. Entah kenapa badan aku ketika itu letih sangat.
.
Dalam syok aku tidur tu, tiba-tiba aku terjaga kerana keadaan sangat panas. Panas dia lain macam sangat. Oh lupa, katil aku ni menghadap pintu bilik tau. Jadi bila bukak mata je memang akan nampak ke arah pintu. Ketika itu aku tidur dengan pintu terbukak. Sebab aku ni takut tidur dalam gelap. Jadi, aku memang akan tidur bukak pintu supaya lampu di luar boleh masuk dalam bilik aku. Jam ketika itu mungkin dua tiga pagi kut aku tak ingat.
.
Aku pun golek ke kiri, ke kanan sebab terlampau panas. Sedang syok bergolek tu, tiba-tiba mata aku tertumpu ke arah pintu bilik aku.
.
Nak tahu tak apa yang aku nampak..?
.
Aku nampak benda hitam besar dan tinggi tengah berdiri dekat pintu. Aku tak pasti dia berbulu ke tak sebab aku ni rabun (syukur sangat rabun jadi taknampak lah benda mcmtu dengan lebih detail) . Tapi memang benda tu hitam yang sangat besar dan tinggi. Walaupun aku taknampak dengan lebih detail, tapi aku tahu bahawa benda tersebut sedang memerhati kan aku.
.
Tapi, aku macam tak ada perasaan takut pun ketika itu. Aku siap boleh pandang benda tu beberapa saat lamanya. Mungkin sebab aku rabun jadi perasaan takut tu kurang hehe.
.
Otak aku dah ligat berfikir benda apa yang dekat pintu tu. Namun, aku malas nak layan lebih, aku terus tarik selimut selubung diri dan paksa mata untuk lelap.
.
Akhirnya aku tertidur..Eh, tak habis lagi. Malam tu, aku bermimpi sesuatu. Seperti ada sesuatu yang marah. Aku tak ingat dia marah tentang apa, maaf ye. Tapi dalam mimpi tu , menggambarkan situasi yang sangat tegang. Andai lah aku masih ingat , aku bisa ceritakan kepada kalian.
.
Pagi esoknya selesai subuh, badan aku masih lagi letih. Dan aku mula berfikir tentang benda yang berdiri di pintu bilik aku tu. Aku cuba untuk ingat balik mimpi yang aku alami ketika malam itu namun tidak berjaya. Aneh. Seolah-olah ingatan aku hilang . Seolah-olah macam ‘dibersihkan’
.
Aku terfikir juga, benda malam tadi tu ada kaitan ke dengan keris yang aku pegang semalam. Sebab memang tak pernah ada benda ‘melawat’ sehingga ke bilik aku selama ni. Bila difikirkan lagi, salah aku juga kerana tak baca apa apa ketika pegang keris tersebut. Ini cuma andaian aku sahaja. Apa-apa pun, Yang Maha Berkuasa itu hanya Allah sahaja, maka aku tidak ingin berfikir lebih lagi tentang kejadian itu.
.
Walaupun kejadian tu dah bertahun lamanya berlaku, namun ketika aku ingin mengarang semula, aku terasa diperhatikan. Ni pun badan rasa seram sejuk je ni tatkala nak habiskan cerita.
.
Okaylah, aku tahu tak seram mana pun pengalaman ini, namun aku cuma ingin menceritakan sahaja. BTW, aku nak beritahu bahawa Keris melayu ni memang sangat seronok kalau dikaji dengan lebih mendalam tau. Sayangnya, aku takde rezeki untuk mengkaji dengan lebih lanjut. Ada masa lagi aku karang cerita lain pula ya! Adios!

bUlan
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

29 comments

  1. aku ada keris yg ampuh yang pompuan jer boleh pegang. sarung nya pun hanya ada dekat pompuan jer. selama keris tu ada pada aku pun memang takde sarung punya cuma ada pembalut yg menyelimuti nya.. itulah keris taming butuh yg ampuh. sekian..

    1. jgn layan geng hahah,serius talk budak ‘pengamput’ cmni sunyi sebenarnya..ini smua nk tarik perhatian..weyh pengamput better nk lucah tempat lain,sini org smua sudah matang bro.,nk cter pasal ko punya punai baik tayah la..beria lebih kat sini buat apa doh,menda la kau ni

  2. ok jugak cerita bab keris ni . tp kalau ada yg blh cerita dgn lebih detail and ada byk pengalaman dgn keris ni mesti lg best

  3. si pengamput ni mmg nak kena rembat ke mcm mana? semak je org mcm ni comment tak bermoral kat sini..kau salah page lah bro..buat malu melayu je..

  4. macam cerita telemovie dulu “Gara-gara Keris Lama” seram try tgk lebih kurang mcm crita diatas keris dia ada ‘isi’ ilmu hitam..btw crita best and hope ada smbungannya ya 😉

    1. cerita ni habis takat ni je. sebab itu sahaja yg terjadi. tapi kalau awk nak saya cerita pengalaman lain pula, boleh jer. insha Allah next story ya!

  5. saya pernah pegang keris kat kedai antik…
    rase mcm kene arus letrik tapi x silap kat sebelah tgn yg pegang keris tu je…
    sejak kejadian tu dah x minat keris dah huhu

  6. Elok potong keris sipengamput ni.. Bg dog mkn.. Mcm org sasau aku tgk.. Ko no laluk ke bro? Dlm otak tu asyik pikir kotor je.. Ko solat ke tidak ni.. Ke atheis?

  7. org yg pandai xkn bgaduh dgn org yg bodoh sbb die tau,yg org pandai ni xkn menang…sme jg cm pengamput ni,ag korng komen bls ttg pengamput ni,ag die ske sbb die mmg allah bg die mse utk trus jatuh kedalam lubang kebodohan,kebiadapan…jd,tgk nme pengomen,bce…jgn komen bls klu xske cre die komen,sbb klu bgtu,die lg ske sbb komen die dpt smbutan n org bce n reply…

    1. terima kasih. btw cerita ni simple je. tapi kalau nk lagi best, tanya je org-2 yg suka simpan barang antik. lagi banyak pengalaman mistik diorg, heheh

  8. Biasa kalau benda yang ada khadam ni. Sebelum kau nak pegang, kau kena bagi salam.
    Macam masuk rumah orang la. Sebelum masuk kena bagi salam dulu.
    – ni aku cakap berdasarkan pengalaman

    1. ha ah ada adab dia. tapi masa tu umur mentah lagi jadi redah je lah. pengalaman pertama pulak tu pegang keris. tu yang eksaited terlebih, hehe

  9. Ya la rasa kena bagi salam camna tah. Dulu penah tengok keris tu siap bergerak ke kiri ke kanan bila kita tanya. Dia pon boleh berdiri tegak tanpa apa-apa yang pegang. Biasa kalau ada isi kena bersihkan dengan limau nipis ke apa tah lupa dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.