Ketika Menjaga Atok | Kisah Seram Sekolah Rendah | Boleh Nampak Benda

KISAH 1: KETIKA MENJAGA ARWAH ATOK

Hai..sy sue dari sri aman sarawak..ini kisah saya semasa menjaga arwah atok saya di hospital sri aman.. Masa tu tahun 2014..pada satu malam semasa saya mengelap bdan arwah atok,saya terasa ingin buang air kecil.

saya pun tggalkan arwah atok saya sekejap..tok,saya ke tandas sekejap k..atok saya cuma mengangguk kan kepala..sewaktu masuk ketandas ada sorang pesakit ni dia tgh mandi..pintu dia tak d tutup.

saya jenguk la sekejap..eh tok..bila tok masok..lepas tu dia jwb tadi dah atok masok..ko x dgr ke aku ckp dgn ko aku nak mandi..saya terus hairan..sedangkan baru sekejap saya lap bdn arwah atok..di sebb kan saya x tahan nak buang air kecil saya terus masok bilik sebelah..beberapa minit lepas tu saya jenguk balik tmpat mandi tadi..atok dh x de..tapi yg hairan lantai lansung x basah..kering je.

saya pun dh rasa lain mcm..bulu tengkuk saya pun dh meremang..saya pun keluar dari tandas..saya tengok atok masih atas bed..masih duduk mcm sebelum saya tinggalkan dia sewaktu nak ketandas..saya pergi ketempat bed atok saya tadi.

saya terus tanya dia..dia ade mandi ke tadi..lepas tu dia jwb “ko pergi jamban tadi aku jenuh je duduk sini..tak turun lagi dari katil ni”..saya terus tergamam..saya terus duduk..dan toleh ke arah tandas saya nampak seorang lelaki tua dgn separuh bdn wajah yang buruk..mata terkeluar lidah terjelir di pintu masuk tanda tadi..saya terus pengsan..selepas kejadian saya terus demam seminggu..masih terbayang2 wajah org tua tu sampai sekarang..terima kasih.


KISAH 2: KISAH SERAM KETIKA SEKOLAH RENDAH

 

Salam semua, Malam ni rasa terpanggil untuk kongsi cerita sendiri. Nak kata seram tu rasanya ada lagi cerita yang lebih seram, rasanya boleh di kategorikan sebagai misteri… Hehe Cerita ni berlaku masa aku masih bersekolah rendah di rumah lama keluarga aku. Masa tu tengah cuti sekolah, sepupu aku yang muda 2 tahun dari aku datang ke rumah keluarga aku untuk bercuti dan jalan-jalan.

Dipendekkan cerita, pada malam kejadian tu aku macam biasa baring dekat atas tilam yang dihamparkan kat bawah sebelah katil 2 tingkat bilik kami. Aku memang suka baring dekat tilam bawah sebab nak tengok tv memandangkan aku ni jenis susah tido awal. Lagipun plug suis tv ada sebelah tilam aku je, bila aku nak tido aku akan terus tutup suis sebelah aku tu tanpa perlu bangun tutup punat pada tv.

Masa tu aku tengok adik aku dan sepupu aku dah tido atas katil. Malam tu aku menonton sampai pukul 12 lebih. Tengah syok ketawa tengok cerita lawak siaran indonesia tiba-tiba mata rasa berat sangat. Aku cuba lawan mata, bila terpejam aku celik balik tp tetap mata rasa berat. Dalam keadaan mata separuh terbuka aku tengok sepupu aku dengan baju biru dan seluar hijau dia tu berdiri hujung kaki aku dengan rambut jatuh ke bahu tolong tutupkan punat tv.

Masa dia tekan punat tv tu dia tunduk je tapi yang aku betul-betul ingat jari dia. Runcing je jari dia dengan gerakan perlahan tekan punat tv tu. Bila tv tu dah tertutup aku pun terus tertido. Bangun pagi tu aku tengok tv memang tertutup, suis tv kat tepi tilam aku masih menyala. Adik dengan sepupu aku belum bangun.

Bila dia dah bangun aku tanya dia “kau tutupkan tv ke malam tadi?” Untuk pengetahuan pembaca sepupu aku ni tersangat lah penakut orangnya. Bila aku tanya macam tu muka dia terus berkerut dan separuh menjerit dengan muka yang agak cuak dia jawab “tak, mana ada aku tutup!”.

Tapi Aku tetap berkeras cakap yang aku memang nampak dia yang tekan punat tv tu dengan jari runcing dan kuku yang sedikit panjang. Lepas tu dia dah nak nangis m**i-m**i cakap bukan dia yang tutup. Lepas tu aku baru perasan. Malam tu dia tido pakai baju hijau dengan seluar biru, minah yang tolong tutupkan tv tu pulak pakai baju biru seluar hijau.

Lepas dari kejadian malam tu sepupu aku serik nak datang rumah lama kami sorang2. Aku pulak asyik sakat dia je pasal minah misteri tu.haha.. Sekian sebahagian cerita misteri yang dapat aku kongsikan untuk malam ni. Terima kasih FS.


KISAH 3: BOLEH NAMPAK BENDA

saya tak tahu la seram ke tak tapi ni salah satu yang saya ingat la.. Ceritanya begini saya ni masa kecil saya dapat anugerah boleh nampak dan dengar makhluk halus ni..tapi bila saya dah makin berusia kelebihan tu makin hilang..cuma datang kekadang ja.

Masa saya sekolah rendah saya tinggal di perak..rumah taman dan berbelakangkan kelapa sawit dan sekolah.dan saya memang selalu nampak jadi saya dah lali..dan bila saya cerita dekat famili saya..diorang lebih kepada senyum saja la kan..

tapi sepanjang yg saya nampak sebelum ni..tak da yang merupa manusia…tapi yang ni lain sikit…panjang pulak mukadimah..haha Oke satu hari tu..

masa tu saya darjah lima dan sya ingat lagi..saya tengah tengok tv sorang2..mak saya kakak saya semua ada dekat dapur berbual dan buat kek..tiba-tiba mak saya panggil saya suruh tolong..saya pun dengan malas bangun..

jarak ruang tamu dengan dapur kena lalu depan ruang makan dan tangga…bila saya lalu..saya nampak “mak” saya tengah duduk atas kerusi dan menghadap ketangga..jadi saya kena lalu depan “mak” sya baru saya sampai dapur..saya tengok ja “mak”saya..dan “mak” saya tengok tepat pada saya tanpa berkelip..saya pon berhenti dari berjalan dan tengok “mak” saya.

.tapi yg peliknya saya langsung tak hinggin nak tegur mak saya..tiba-tiba mak saya dari dapur tegur saya..”ang tengok apa tu”..saya pandang mak sya di dapur bila saya tengok semula tempat “mak” saya duduk dia dah tak da..saya memang cuak tapi saya taknak la cerita sebab masa tu malam..segan nak cerita..haha Pada hari yang sama..mak ayah dan kak2 saya tidur diatas dan saya dan kak tidur bilik bawah sebelah dengan dapur..tapi malam tu ayah dan mak saya nak tidur di ruang tamu..saya dan kak pun join la sekali..alang-alang tu..kami pun tidur la diruang tamu.

kakak saya tidur sebelah saya..dan saya tak perasan pukul berapa..saya ni jenis suka terjaga malam sebab nak cari bantal untuk dipeluk..jadi saya raba2 atas toto nak cari bantal tapi sya tak buka mata lagi..bila saya dah dapat bantal peluk saya buka mata..dan tiba-tiba…. Ada lembaga putih tengah baring sebelah saya rambutnya panjang kain putihh yg diikat macam pucung.dan badannya sepanjang sofa bersaiz panjang.

Sebab saya tengok dari atas kepala dia sampai la ke kaki…tapi saya tak buka mata luas cuma sikit sahaja..sepatutnya sebelah saya tu kakak saya..tapi dia lindung kakak saya..dan nampak dia saja…saya masa tu hanya mampu baca doa apa yang saya ingat..sambil tutup mata…bila saya yakin nak bukak mata..saya buka dan dia dah tiada di sebelah saya dan baru saya nampak kakak saya tidur punya nyenyak.

haish..dan saya pun berani tengok sekeliling..tak da apa apa..saya pun sambung ja la tidur balik.. Keesokannya saya cerita dekat famili saya dan diorang pon hanya senyum dan kakak saya yg tidur sebelah saya tu..dah cuak…. Rumah saya tu dua tingkat dan kebnyakan kat situ berbangsa cina ..mak saya pun ada nampak juga bila mak saya sesorang ada dirumah semua berkerja dan pergi sekolah..rumah tu dua tingkat tapi kami banyak habiskan masa dibawah..jadi ada benda lain yg menghuni diatas..tapi tak da la ganguan yg teruk..cuma manja2 ja dan malangnya saya bole melihat benda tu dan sbb itula saya saja yg selalu nampak.. Itu sahaja yg saya nak share…bila saya ingat lagi saya akan bercerita lagi.. Assalamualaikum..

HANTAR KISAH ANDA: FIKSYENSHASHA.COM/SUBMIT

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.1]

6 thoughts on “Ketika Menjaga Atok | Kisah Seram Sekolah Rendah | Boleh Nampak Benda”

  1. Kisah 2 dah penah baca dah. Ish kisah 1 seram jugak. Cuak jugak aku pun kalau tengok balik lantai tempat mandi kering.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.