Ketua pukau bahagian 2

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Baiklah, tanpa berbunga-bunga, sambungan kisah yang lalu..

“sabar pak! Sabar! Biar bapak aku dengan pak seli uruskan!” kata aku!

Latip berkeras taknak mengalah! Marah sungguh dia sekeluarga dipukau dengan geng tu, bini latip dah menangis tersedu-sedu di jenang pintu… Kecewa melihat blender nya di bahagian belakang seat kereta perompak tu, agaknya..

Latip tolak aku ke sisi, tangan kanan nya lurus mengenggam parang..

“MAMPUS KAU! MAMPUS KAU KALI NI!” itu je ayat yang di ulang-ulang!

Tak boleh tunggu! Sebelum aku yang mampos kena tibai dengan bapak aku! Aku bentes cangkuk kaki latip!

GEDEBAB! Tersembam dia ke tanah!

Aku tindih dia bertinggung dengan lutut kanan di atas belikatnya, tangan nya aku selak dengan kunci pemati senjata, sampai terlepas cengkaman parang, dan aku biar dia meniarap bertenang kat situ!

Aku nampak beberapa orang kampung dah mula datang! Rumah-rumah yang jaraknya 7-8 ela dari rumah latip, dah mula terang benderang dengan limpahan cahaya..

Pak seli kekal berdiri tegak! Dari belakang tengkuknya, tak taulah kalau aku salah nampak ke apa ke, tapi keluar asap nipis naik ke udara…

Ketua penyamun mara menuju ke arah pak seli!

Bapak aku berlari laju dan terpa dengan terkaman ‘anak harimau’ dari kiri..

“JANGANNNNNNNN!!!!!” Jerit pak seli

Sekali ketua perompak tu libas pakai kaki belakang! Tercampak bapak aku kesisi!

BLUEEKKKKKK!!!! Bapak aku muntah d***h!

“nampak tu? Kalau ko masuk tadi pak, ko yang muntah d***h!” kata aku pada latip!

Aku dah bangun dari menindih dia! Latip pun dah nampak macam menyesal dengan tindakan tak berfikir panjang dia tadi!

Ketua perompak tu mara dekat dengan pak seli..

Aku nampak dia genggam benda, kecil… Sebesar penumbuk!

“PAK SELI, KERAMBITTT!!!!” Aku jerit pada pak seli

Dia buat isyarat bertahan!

Bapak aku, aku nampak dah mula duduk memeluk lutut.. Aku berkalih ke tempat bapak aku, lepas aku tengok latip dah tak sanggup nak memarang perompak tu lagi!

Pak seli jongket kan kaki kanan ke depan, tangan keduanya dinaikkan, macam watak wayang kulit, mulutnya masih terkumat kamit!

Penumbuk kanan berisi kerambit dihayun lencong menyasarkan perut pak seli!

Tersasar!

Lalu di sambung hayun cedok ke atas!

Pak seli, aku nampak mengelak dan melompat ke kiri dan ke kanan, tunggu masa sesuai.. Bermain acah-acah, menguji kemampuan musuh!

Peluh dingin di malam yang sejuk dah membasahi kepala aku!

Kaki kanan pak seli yang digantung dari tadi, di tolak dan di tarik, macam mengotak katikkan ketua perompak tu!

Marah betul ketua perompak tu nampaknya!

Masa tangan nya dilajak ke belakang, nak buat tumbukan serong…

Pak seli masuk dengan sekali lompatan dan tendangan, macam ayam sabung bertembung! Lompatan tinggi dan tujah tonjol ke bahagian kanan perut ketua perompak!

POMMMMM!!!

Kuat betul bunyi tu! Tak padan dengan orang dan suasana yang berlaku!

Terpelanting ketua perompak tu ke belakang! Dia tekup mulut dengan tangan kiri semasa berguling!

Dia pun muntah d***h nampaknya!!

Dia berdiri tegak!

Orang ramai dah mula mengepung sekitar kawasan! Suasana sungguh tegang! Hinggar binggar bunyi sekeliling!

“B***H DIA! B***H DIA! B***H DIA!!” Jerit orang kampung!

Ketua perompak tu pulak aku nampak terkumat kamit membaca sesuatu!

“GURU!!! PRAE NAK!!! HADIRLAH!!!” pekiknya!

Fuhhhh… Mengikut firasat aku yang tak cerdik ni, kalau dah level ‘seru’ nama guru secara ghaib ni, dia dah terdesak sangat dah ni!

Hening seketika….

Langit malam yang gelap, jadi lebih gelap!

Awan ribut nampak datang dari barat!!!

Bergegar-gegar pokok-pokok buah kat belakang aku! Ada bunyi tapak kaki besar memijak bumi

DUMM!!! DUMMM!!! DUMMM!!!!

pokok nampak macam ditolak ketepi! Tapi tak nampak apa pun!

Orang kampung dah mula berkuak ketepi! Risau di injak dek tapak kaki ghaib gergasi agaknya..

Angin pegun tiba-tiba!

Pokok pun berhenti bergoyang!

Secara tiba-tiba, ada asap nipis depan ketua perompak tu! Nipis senipis asap rokok…

Statik, berulir-ulir di tempat yang sama! Macam bentuk batang tubuh manusia yang sedang berdiri!

Kemudian asap tu meresap masuk ke dalam badan ketua perompak tu!

Seketika kemudian, dia mengelepar sendiri atas tanah! Macam ikan tak dapat air!

Takde siapa berani pergi dekat!

Kemudian dia bangun! Di tangannya kosong, tapi seolah dia mengenggam senjata besar gayanya…

Dia berjalan mendabik dada ke arah pak seli! Bila dah dekat, dia buat gaya pancung angin!

“ALLAHHHHH HU AKHBARRR!!!” suara pak seli jelas! Macam di cantas pakai pedang samurai!

Pak seli terpelanting ke belakang beberapa kaki! Berguling dia cuba stabilkan dirinya!

Pak seli mencangkung memegang dada!

Sakit sungguh gayanya tu!

Pak seli bangun! Bukak baju pagoda yang dipakai, menampakkan kulit badan renyuk yang dah dimamah usia, dah boleh iron bagi tegang balik!

Baju dikepit di celah ketiak kiri! Kaki kiri diinjak-injak kemas beberapa kali ke tanah! Nampak kakinya tenggelam seinci kedalam tanah! Mungkin tanah lembut baru lepas hujan kan!

“Arip! Kemari! Pijak bekas tapak kaki aku ni! PANTAS!!!!” Kata pak seli

Aku berlari dan sambung pijak bekas tapak kaki pak seli.. Aneh!!! Rasa panas!!

Pak seli tinggalkan bekas tapak kakinya..

Dan dia mula menari… Kiri berganti kanan!

Ketua perompak tu macam tak boleh bergerak! Macam dah dipasung kakinya ke tanah!

Kemas betul pencak orang tua ni! Berulir tangan bersulam tari, kiri bertindih kanan.. Kanan berganti kiri..

Dari sepuluh kaki jarak, jadi lima kaki, turun ke dua kaki…

Tangan kanan yang kosong bersilang diatas tangan kiri, kaki dibuka pencak penuh!

Serius memang kemas orang tua ni berpencak!

Meremang-remang bulu roma, aura pencaknya sampai, aku dapat rasakan!

Aku dapat tangkap dia sedang baca bait-bait ayat kursi!

“wa la ya u’ dzuhu hif zuhuma, wa hual ali yul adzimmmm!!!!” jelas kumat kamit bacaannya!

DIA MASUK MENYERANG!

“NYAH KAU SYAITAN!!” pekik pak seli!

Tumbukan lurus tepat ke jantung!

PRAKKKKKK!!!

aku dengar bunyi tulang patah!

Ketua perompak tu tak mengelak!

Tak boleh bergerak mungkin!

Terpelanting 3-4 kaki ke belakang!

Di sambut semburan d***h ke udara!

Ketua perompak muntah d***h lagi!

Entah dari mana, datang bunyi kumpulan gagak di sekitar tempat tu! Bunyi gagak bercempiaran lari menyelamatkan diri!

Tak bertangguh! Pak seli terkam dia yang masih ditanah!

Di geledahnya poket seluar ketua perompak tu! Jumpa daun 3 helai yang biasa diorang guna untuk memukau!

Di renggutnya daun tu dari poket ketua perompak tu!

“aku tau ilmu kau! Helai pertama kau guna untuk seru roh tuan rumah! Helai kedua kau masuk menyerang! Helai ketiga untuk tamatkan pukau! Aku kenal guru kau!” bentak pak seli

“mulai hari ni! Aku tawarkan SEGALA ILMU yang kau ada! Kau dah KOSONG!!” bentak pak seli!

Daun yang dipegang dengan tangan kanan, disumbat secara paksa ke dalam mulut ketua perompak tu!

Bergelut-gelut keduanya, ketua perompak taknak mengalah untuk buka mulut!

Sampailah pak seli capai dan patahkan sebatang jarinya!

“ARGHHHHH!!!!” Suara dia menjerit! Dan mulutnya menyeringai besar kesakitan!

Terus disumbat daun tu masuk ke mulut!

Seketika kemudian, aku nampak ketua perompak tu dah kembali mengelepar!!!

Macam diserang sawan!

Berbuih-buih mulutnya dengan liur berwarna merah kerana dah bercampur d***h!

Matanya putih semua!

Tak tertanggung dia ‘memakan’ ilmu hitamnya sendiri!

Pak seli bangun! Orang kampung mara nak pukul ketua perompak pakai cangkul, sabit dan pongkes!

“jangan di apa-apakan dia!” kata pak seli

“latip, bawak kan air masak segelas!” kata pak seli

Bini latip berlari ke dalam rumah, seketika kemudian keluar dengan satu gelas air ditatang atas piring putih!

Sekali lagi terkumat kamit mulut pak seli membaca sesuatu, dihembuskan ke dalam air

“arip, ambik air ni, bagi bapak kau!” kata pak seli..

Aku tinggalkan kesan tapak kaki ‘pra sejarah’ pak seli, dan sua kan air kat bapak aku!

Dua kali teguk, bapak aku dah lega!

“ini permainan syaitan je! Kau tak tumpah d***h pun mahat! Jangan risau!” kata pak seli

“latip, ambik semua barang kau dari motokar diorang, yang lain hubungi polis, kita boleh serah mereka ke balai malam ni!” keras arahan pak seli

Dalam bonet kereta, lebih banyak senjata yang ditemui, masa penduduk kampung geledah kereta tersebut!

Kat dashboard depan, ada banyak azimat dengan tulisan thai dan tangkal pelik ditemui

2-3 orang pemuda, papah ketua perompak tu untuk berdiri, benyai betul dia! Nak berdiri pun tak boleh! Lunyai kena titik!

Beberapa yang lain, mengangkat pembantu ketua perompak yang dah pecah lutut dan yang tercabut bahu!

Penduduk kampung serahkan ketua perompak dan konconya ke pihak berkuasa..

Malam yang panjang di tamatkan dengan bacaan fatihah beramai-ramai di depan rumah latip, seketika kemudian, semua bersurai…

Alhamdulillah, segala puji bagi penguasa kepada penguasa… Segalanya selesai! Tiada kekuasaan yang dapat mengatasi kekuasaanNYA dengan KEHENDAKNYA

Tiada lagi insiden dan isu rompakan pukau dimana-mana!

By the way, korang ingat tak cerita aku tentang brother seguru aku yang bersuluk? Cerita ni, di inspirasikan dari kisah benar yang dilaluinya semasa dia berusia belasan tahun! Insiden berlaku di era awal 80’an. Aku tukar nama dan watak, sebab identitinya aku dah berjanji untuk dirahsiakan, aku dalam cerita ni, adalah brother seguru yang amat aku segani selama ni…

Laptop dan henfon tu aku tambah untuk menampakkan betapa banyak ‘home appliances’ yang kena kebas! Bahaha

So pengajarannya untuk ilmu pukau 3 daun ni, jangan simpan banyak cash kat rumah.. Seeloknya rumah dipagar dengan ayat-ayat mustajab dari quran, tapi kalau dah nama ilmu hitam ni kan, adakalanya ilmu nya lebih tinggi, pagar pun roboh! Tapi lebih baiklah berpagar daripada tak berpagar!

Sebaiknya, dapatkan orang yang lebih arif dan mahir untuk memagar

Sekian cerita ‘bergasak dengan pengamal ilmu pukau’ kali ni, moga terhibur!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

4 thoughts on “Ketua pukau bahagian 2”

  1. Pengalaman cerita yang menarik dan digarap dengan baik daripada penulis.
    Modus Operandi ketua pukau ada persamaan dengan Siri Bercakap Dengan Jin nukilan Tamar Jalis – Memburu Raja Pukau.
    (menggunakan helaian daun)

    Reply
  2. Hebat ..kisah ni ….segala sesuatu atas kehendak Allah swt …
    Orang Melayu memang handal dalam Ilmu Hitam mahupun putih …
    Seronok dapat membaca langkah Pendekar …Ilmu Pendekar pencak dan Kebatinan Seiringan …
    Sungguh menarik ..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.