Keturunan Diraja

AssalammualaikumŲŒ nama aku Yan dan aku berasal dari utara tanah air. Kisah aku tak seram tapi aku nak berkongsi serba sedikit kisah hidup aku berkaitan dengan alam ghaib. Aku nak cerita ni aku pikiaq gak banyak kali sebab kisah ini terlalu peribadi utk keluarga kami. Maksud aku keluarga aku dan keluarga suamiku.

Kisah ini bermula semenjak aku mengenali suamiku, pertama kali berjumpa kami seakan tertarik antara satu sama lain seolah magnet gitu. Baru kenal 3 bulan, suatu hari, bakal suamiku itu menceritakan sesuatu yg tak boleh diterima dek akalku. Rupanya bakal suamiku itu selalu ‘diculik’ oleh seorg puteri semasa dia kecil. Kisah ini diceritakan oleh kakak2 beliau yg dia sering ‘hilang’ dan ‘dipulangkan’ kembali bila senja menyinsing. Bila ditanya, manalah suami aku ingat sebab kita masa kecik pon mana nak ingatkan kisah silam kita dulu dulu.

Diceritakan lagi, puteri tu nak ambik suami aku sebagai anaknya di alam yang lain, tetapi dihalang oleh ibu mertuaku (arwah) , sebabnya ibu mertuaku itu macam dah tau yg anak ini lah yang akan membela nasib keluarga suatu hari nanti, anak inilah yg akan menjaga keluarga, kalau diambil, siapa yg ada lagi yang boleh diharap untuk membela nasib keluarga.

Alhamdulillah puteri itu tidak jadi mengambil suamiku tetapi dipinjamkan semasa dia masih kecil. Cuma satu pesan puteri itu kpd arwah ibu mertuaku “Jika dia hidup di dunia kami, dia akan menjadi raja teragung, kalau dia hidup di zaman manusia, insyaAllah dia akan menjadi pemimpin yg baik jika dididik dengan betul, jika tidak dia akan menjadi penjahat paling jahat antara manusia dan hanya akan berkahwin dengan org yg sealiran dengannya”. Semenjak itu, suamiku sudah terputus hubungan dengan alam lain dan hidup seperti biasa, dan arwah ibu mertuaku mempersiapkan suamiku itu dengan bekalan ilmu agama yang cukup sebelum dia pergi tinggalkan dunia ketika suamiku masih dibangku sekolah.

Ya. Memang semenjak aku mengenali suami aku, dia seorang pemimpin yang sangat baik, menjadi imam dalam kalangan org yg dipimpinnya, dan sangat beratnggungjawab membuatkan aku jatuh cinta. Ya. Dan dia juga merupakan harapan keluarga dan menjaga keluarganya sekarang dengan tulang empat keratnya itu.

Walaupon kisahnya tak diterima dek akal, aku menerimanya seada dia. Kami bercadang untuk mempertemukan kedua buah keluarga dlm masa terdekat. Bila suami aku bercadang utk berjumpa dengan keluarga aku atas urusan merisik, ayah aku tiba-tiba jatuh sakit. Seolah-olah ada sesuatu yang marah atas pernikahan kami, lalu ayahlah yg menjadi mangsanya.

Sakit ayah, sakit misteri yang tak dapat digambarkan dan dialami sebelum ini. Kami dah cuak, sebab ayah masih muda, dan aku sebagai anak sulung mencadangkan supaya ayah berubat secara tradisional. Alhamdulillah, petang tu ayah pon pergi berubat. Semasa berubat, ayah aku ditegur oleh isteri ustaz A tentang keturunan ayah aku. Maksud keturunan tu salasilah keluarga aku. Ayah aku cuma jawab tak tahu, lalu ustaz tersebut minta ayah aku untuk mengkaji salasilah keluarga dan akan bertemu jawapan kepada penyakit misteri ayahku.

Minggu tu jugak ayah balik kampung, dan bertanya tentang keturunan keluarga dekat tok. Rupanya keluargaku dari keturunan d***h diraja. Raja yang tak didendangkan, raja yang lari dari negerinya kerana semua keturunannya akan d*****h oleh Sang Pengguling ketika itu. (Maaf, aku tak boleh sebut negeri apa) Oleh itu, untuk menyelamatkan anak cucunya, raja tersebut bersembunyi di celah-celahan hutan (yang kini menjadi sebuah negeri) dan membuka tahfiz(sekolah pondok untuk belajar agama, kekal sampai sekarang). Dan apa yang mengejutkan, semua adik-beradik ayah aku tahu tentang cerita ini, kecuali ayah aku!

Apa yang menyebabkan ayah aku sakit ya betul kerana takdir Allah dan ujian Allah untuk ayah aku lebih dekat dengan penciptaNya. Dihadiahkan sakit itu untuk menyuruh ayahku tetap dengan amalan dan kuatkan amal ibadat. Besar rupanya hikmah sakit yang kita tidak ketahui. Sejak itu, ayah selalu berqiamulaill dan alhamdulillah ayah sembuh dari penyakit misteri dan salasilah keluarga juga diketahui. Rupanya aku dan suami aku ‘sealiran’.

Pernikahan diteruskan. Dan kini, aku sah bergelar isteri kepada suamiku. Semuanya ok je bila sebulan kemudian, tiba- tiba suami aku merasakan sesuatu yang aneh sedang berlaku di dalam badannya. Kami segera pergi ke darussyifa dia masjid xxx. Ustaz scan, cakap takdak apa, tapi bila balik, suami minum air tawar yg diberi ustaz tu, suami aku tiba- tiba dirasuk. Dia tidak mengenali aku. Tetapi mencari aku, sedangkan aku berada di depan matanya.

Disebabkan terlalu lewat, kami pon pergi berubat di kampung ayahku, dan rupanya ‘sesuatu’ dari alam ghaib mahu berdamping dengan suamiku. Malam itu juga suamiku memutuskan hubungan dengan alam ghaib tersebut. Alhamdulillah setelah hampir 4 jam aku menunggu di luar, suami aku keluar sambil memelukku meminta maaf sebab tak kenal aku tadi.

Apa yg aku nak sampaikan ialah, kita manusia, walau bagaimanapun dan apa cara pon, kita tidak boleh berdamping dengan jin/bunian. Aku selalu bermimpi yang aku sering bermain dengan seorang puteri dan baru baru ni pon aku mimpi dia datang lagi ajak aku memasak (tapi dilarang keras oleh ayahandanya kerana kami sudah terputus hubungan). Untuk elak hampa pening kepala dgn cerita aku, aku sambung next part pasal diri aku pulak. Macam mana aku mula-mula jumpa dengan puteri tu. Ok?

Yan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

14 thoughts on “Keturunan Diraja”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.