Kisah Abam Trainer : Pejabat

Assalamualaikum pembaca FS dan admin FS. Terima kasihlah sekiranya menyiarkan lagi kisah aku ni. Sesungguhnya semua yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk semuanya dari kita sendiri.

Terima kasih FS kerana menyediakan platform untuk kami peminat FS ni berkongsi cerita. Kali ni aku nak kongsi cerita seram aku masa aku aktif sebagai seoran trainer. Kisah ni berlaku di pejabat aku sendiri di USJ.

Tak sahlah kalau aku tak cerita bagaimana rupa opis supaya senang dibayangkan. Pejabat aku kecil sahaja, memanjang dengan pintu keluar di tengah-tengah. Di hujung sebelah jalanraya ialah bilik aku (aku bos, tak share bilik..hahaha) dan di tepi bilik aku ialah bilik 2 orang “nyawa” aku, Zul yang hebat dalam IT dan Shah yang hebat dalam contents. Di luar ialah cubicles pekerja aku, Zai dan Ida. Di tengah dekat pintu ialah tempat kami letak semua jenis file dan ada tempat discussion dan kami juga solat di situ. Pantry dipisahkan dengan dinding, setengah kaca dan setengahnya plaster. Nak ke pantry kena buka pintu kaca dan toilet ialah di sebelah pantry. Pantry mengadap satu bangunan baru yang sedang didirikan (dulu hutan, banyak kera kat situ). Ada makcik cleaner part time datang cuci pejabat sekali sekala dan dia suka gantung apron putih dia yang boleh nampak dari pajabat aku sebab semuanya kaca. Peti ais aku letak dekat tempat discussion supaya senang nak capai minuman kalau dahaga. Pejabat aku di tingkat 3.

Satu masa tu, aku dapat job TNA dengan sebuah kilang di Kuantan. Banyak kerja kena buat dan input yang nak kena susun dan kena present pada pengurusan. Kerana timelinenya dekat-dekat, kami tak punya banyak masa kerana waktu yang diberi. Cuma sehari. Kenalah cepat. Balik dari Kuantan, kami bertiga terus ke pejabat untuk siapkan tugasan, lusa dah nak pergi ke Kuantan balik. Sampai di pejabat pun dah tengah malam. Selepas 2 jam buat kerja, Zul kata dia lapar dan nak beli makanan. Shah yang masa tu baru bertunang sibuk call tunang dia ajak makan. Dorang pergi dan tinggallah aku seorang di pejabat. Jam masa tu dalam 2.30 pagi. Di sinilah ceritanya bermula.

Sedang aku aku leka dengan kerja aku, tiba-tiba dari ekor mata aku, aku nampak macam apron putih tu jatuh. Aku pasang lampu sehingga ke cubilcle pekerja aku, jadi di pantry tu nampak gelap je tapi masih boleh nampak. Aku sambung buat kerja, Tiba-tiba aku terdengar suara perempuan humming, macam irama Jawa. Bunyinya datang dari tandas. Kan tandas selalunya bunyinya bergema. Mula-mula perlahan, kemudian aku dapat dengar dengan jelas bunyi humming tu. Suara perempuan yang sangat merdu. Memang lagunya irama Jawa.

Aku tak mengendahkan sangat kerana aku sangka pekerja Indonesia yang sedang bina bangunan sebelah tu pasang lagu dorang. Tiba-tiba aku dengar bunyi lif berdenting. Lif memang beberapa langkah je dari pintu keluar, dan pintu keluar aku ialah pintu kaca jenis tebal. Kalau orang di luar, hanya nampak macam bayang je. Aku fikir tentu malaun dua ekor tu dah balik. Tiba-tiba pintu kaca tu diketuk. Dalam hati aku fikir gatal budak-budak ni nak mengusik aku. Aku buat tak endah. Lantaklah, masuklah sendiri, access card ada, Kemudian, pintu tu diketuk lagi. Kali ni kuat. Aku masih tak endah, tiba-tiba ketukannya makin kuat.

Aku bangun dengan perasaan marah dan pergi ke pintu. Di luar, aku nampak bayang Zul tercegat berdiri di luar. Zul ni chubby. Aku cakap “masuklah sendiri, gatai miang nak suruh aku buka pintu pejadah!”. Tapi “Zul” tu tercegat saja kat situ. Aku pun keluarkan access card aku dan aku nampak “Zul” lari ke lif. Bila pintu aku buka, aku lihat pintu lif tertutup dan lampu lif tu menunjukkan lif tu berada di tingkat bawah. Tak mungkin dalam sekelip mata lif tu boleh sampai ke bawah. Aku mula rasa cuak.

Sampai je kat bilik aku, aku terima whatsapp dari Zul. Dorang hantar tunang Shah balik. Jadi, siapa yang ketuk pintu tadi? Aku pun bacalah doa pendinding dan tak berani nak angkat kepala. Tiba-tiba aku dengar macam cawan kat pantry berlaga sesame sendiri. Bunyinya agak kuat memaksa aku pandang. Tak ada apa-apa yang pelik, tapi… Apron putih tu tersangkut molek kat tempat dia. Ah sudah, kataku. Ketakutan masa tu, aku call dorang suruh cepat. Aku pun buka tingkap untuk merokok dan bila tingkap di buka, aku rasa lega bila nampak foodcourt cina tu masih beroperasi. Ramai customer kebulur tengah makan. Hilang sikit takut dan aku biarkan pintu bilik aku terbuka.

Aku buat keputusan untuk sambung kerja bila rasa seram tu sedikit hilang. Tiba-tiba dari ekor mata aku, aku nampak pintu pantry bergerak sedikit, seperti ada orang baru masuk. Ah dia buat lah ni, fikir aku. Aku bangun, dan jerit “jangan kacau aku, aku tak kacau kau. Ni pejabat aku, tempat aku cari makan!”. Tenang sekejap. Aku masih berdiri di meja aku dan tiba-tiba aku dengar bunyi humming tu, kali ni bunyinya datang dari kawasan discussion area. Peti ais memang tak nampak dari bilik aku sebab ada almari file. Bunyi humming tu tiba-tiba hilang.

Mata aku tiba-tiba tertancap pada sehelai kan putih yang tersorok di belakang almari fail tu, makin lama makin hilang di sebalik almari tu seperti ditarik dengan perlahan-lahan. Masa ni, memang aku dah seram gila dan aku call malaun dua ekor tu. Kata dorang dah nak dekat sampai dah. Shah minta aku ambil cawan dan pinggan dan letak atas meja supaya boleh terus makan. Aku cakap “aku takut wei..aku rasa ada benda dok ganggu aku ni. Cepatlah balik setannn..” Habis saja aku cakap, aku dengar seperti ketawa kecil datang dari belakang almari file. Kecil dan halus bergema bunyinya, macam bunyi mengejek. Masa tu aku dah tak ingat apa, aku berlari terus ke pintu dan nak turun.

Entah apa silapnya, aku tekan butang lif. Dok panik menekan tu, aku pendang ke arah pejabat. Dari luar, aku nampak sosok perempuan berbaju putih berambut panjang terjegat berdiri di sebalik pintu kaca di dalam pejabat. Walaupun kabur, tapi aku pasti apa yang aku nampak. Bila lif sampai dan pintu terbuka, aku masuk dan otomatik pandang pintu pejabat. Benda tu dah ghaib.

Sampai je kat bawah, aku terus berlari ke foodcourt cina tu, beli rokok. Aku hisap rokok macam naga sebab aku ketakutan. Gila tak takut… Dan kemudian aku nampai malaun dua ekor tu keluar kereta jinjing plastik berisi makanan. Sampai di atas, aku suruh dorang pergi ambil pinggan dan mangkuk segala dan aku enggan di tempat discussion. Bila nampak muka aku garang macam naga, dorang ambik segala mak nenek tu dan kami makan dalam bilik aku. Barulah aku buka cerita. Yang buat aku hangin, bukannya malaun dua ekor tu nak simpati ngan aku, tapi aku diketawakan. “haaa.. tau pun, kitaorang macam-macam kena dah. Dah biasa. Shah sampai ajak “minah tu dating, bro” kata Zul sambil ketawa. “Kami dah biasa nampak dia, ini pertama kali kami dengar bro cakap dia humming lagu Jawa. Tu sebab Ida dan Zai tak akan stay lepas pukul 6. Dorang lagi selalu kena kacau” kata Shah.

Aku pun dah tak guna pejabat tu dah. Kisah ni pun dah 4 tahun dah.

Wallahualam.

16 thoughts on “Kisah Abam Trainer : Pejabat”

  1. Haii encik bos..ni mesti sebelum ni awak gelakkan staff2 awk kn..xcaya. Manada antu kat opis sy ni..haha..sekali dia show off terus depan bos.😂..Lepasni kena ati2.. Walaupun kat tempat lain bnda cmni ada jer. Merata..

    Reply
  2. Kisah ini buat saya teringat office aku pulak, ada pak cik tu, aku stay dengan member jugak bila time nak closing, sekali tak jumpa folder yang aku saving file smlm,mencari2 ni, member aku pulak ckp uncle mana file dia, terus jumpa dlm komputer aku 😅 mlm2 pukul9 dia suka buat kopi kat pantry ambik cawan dlm kabinet pastu terus tekan air bunyi kuat, member aku ckp kejapla uncle aku nak balik ni 15 minit ye terus dia senyap 😂

    Reply
  3. Penah tgh tido tiba2 terjaga sbb dgr bunyi pompuan humming dkt btl dgn telinga. So aku ambik keputusan utk sambung tido balik & abaikan wlpn dada berdebar bagai nak pecah … dgn lampu yg masih lg tertutup.

    Reply
  4. samalah penah kena masa kt opis..tp dlm surau..konon2 nak nap sebelom zohor..tgk port biasa ade org, tukar port sblh dinding..mata punya mgntok..xminta izin kot..trus tutup muka dgn telekung..alih2 dgr ade org marah2 tp bhsa xpaham lgsg..siap tangan dia mcm dok kibas2 telekung tu..nmpk samar2 muka nenek tua..rambut putih panjang..lesson and learn..lain kali minta izin..tu port dia la kot

    Reply
  5. Seram siot! Jarang Ada cerita kt fs ni yg buat Aku bc sambil meremang bulu Roma. Ni Salah satu Dr nya. Satu lg kisah penulisan yg tertidor kt store kilang die. Then bila sedar je, da maghrib, lepastu pintu kelua xkey bukak sbb terkunci. ITU pun seram

    Reply

Leave a Comment